Chapter 24

Romance Completed 16646

Bab 24

Adam kata dia nak bawak pergi makan malam special. Siap suruh aku pakai cantik cantik segala. Kenapa eh? Makan malam macam mana yang dia rancang. Baju apa yang aku nak pakai. Perut dah makin buncit. Baju semua dah tak berapa nak muat. Hai lahai nasib badan. Ngomel hati Ainur petang itu.

Dari pagi tidak kelihatan pula wajah suami kesayangannya itu. Kerja barangkali. Tiba tiba bunyi 'pop' di telefon bimbit Ainur berbunyi, menandakan ada orang yang menghantar mesej whatsapp.

"Sayang, can't wait for tonight. Wear something nice remember? And I will pick you up at 8 okay?"

Ainur membaca sambil tersenyum. Ada je Adam ni. Ainur membelek baju di almarinya. Dia terlihat satu baju yang berwarna putih. Dress labuh yang diberi oleh ayahnya. Malangnya, sewaktu ayah Ainur beri baju itu, Ainur tidak muat kerana baju itu terlalu besar buat dirinya. Jadi, dia terus mengambil baju itu dan memakainya.

Baju itu sangat padan dengan dirinya. Ainur kelihatan sangat cantik apabila dia mengenakan pakaian itu. Ainur kemudiannya mengambil tudung bawal satin berwarna hitam dan yes. Itu pakaiannya pada malam ini. Selesai sahaja mandi, dia mengenakan semula pakaian, tudung dan juga minyak wangi serta make up.

Done! Bisik hati Ainur. Tiba tiba bunyi hon memecah suasana pada malam itu. Em? Kereta siapa tu? Kereta starex? Setahu aku, mana ada Adam beli kereta tuh? Tu kan kereta favourite aku. Aduh duh. Aku menjejakkan kaki ke luar rumah untuk menjenguk siapakah pemandu yang sibuk hon hon ketika dia sibuk bersiap.

Tiba tiba pemandu kereta itu keluar "Puan Ainur?" Pemandu pelik itu bertanya kepada Ainur. "Ye saya?" Balas Ainur pendek. "Suami puan minta saya mengambil puan" pemandu kereta itu bersuara lagi. Ainur akur dan terus menaiki kereta yang besar itu. Masuk sahaja di dalam kereta, Ainur terlihat sekuntum bunga ros di atas tempat duduk. Dia mengambil ros itu. Berserta ros itu, terdapat juga kad berwarna putih.

"Saya akan selalu sayang awak, cinta awak hingga nafas saya yang terakhir. Mencintai awak adalah perkara yang sungguh indah dalam hidup saya. Kau anugerah yang diberi allah untuk diriku"

Ainur berasa sangat terharu apabila membaca ayat ayat puitis yang diberi oleh Adam. Dia menyeka air mata teruja yang mengalir di pipinya yang gebu.

"Em, boleh saya tanya? Awak nak bawa saya ke mana?" Soal Ainur apabila dia melihat pemandu itu pergi jauh dari kawasan perumahan.

Pemandu itu hanya berdiam diri. Perjalanan yang mengambil masa sehingga dua jam itu, membuat Ainur terlena dibuai mimpi. "Puan, kita dah sampai" kata pemandu itu mengejut Ainur. Ainur menggosok matanya yang sangat mengantuk. Dia keluar dari kereta itu dengan membawa sekuntum bunga ros tadi. Kelihatan sebuah pemandangan laut yang telah dihiasi dengan lampu lampu yang sangat cantik.

Ainur mencari kelibat Adam. Tiba tiba Adam muncul di belakangnya dan menutupi matanya. Ainur berasa terkejut dan memegang tangan yang menutup matanya. Dia menoleh ke belakang. "Abang?" Adam mengangguk dan memegang tangan Ainur lalu ke meja makan. Tiada orang pun di situ. Ainur melihat sekeliling. Tiba tiba ada pelayan yang datang. Heh datang mana pulak restoran kat sini, selesai sahaja pelayan itu menghantar makanan, Ainur terus menikmati pemandangan yang indah itu. Adam melihat wajah Ainur dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, kalau esok lah masa saya untuk pergi, saya nak awak bahagia" Adam membuka bicara.

"Abang tahukan, saya tak suka abang cakap pasal ni?"

"Saya tahu, tapi kalau ada apa apa jadi kat saya, saya nak awak bahagia sayang. Kejar semula cinta pertama awak"

"Apa yang awak cuba sampaikan? Cinta pertama? Cinta pertama saya, abang"

"Tak sayang, awak kejar semula Aman. Dia layak dapat peluang kedua"

Ainur hanya terdiam dan memakan makanan kesukaannya yang dihantar pelayan sebentar tadi. Adam memegang tangan Ainur. Ainur hanya berdiam diri. Adam memasangkan cincin di jari manis Ainur. Jaga cincin pemberian terakhir saya.

Ainur pelik dengan perangai Adam. Mereka pun akhirnya pulang ke rumah apabila mereka sudah habis menikmati makanan mereka.

****************************

Pukul 3 pagi....

Adam memegang tangan Ainur lemah. Dia cuba mengejut Ainur. Darah kelihatan mengalir dari hidungnya. "Abang!" Ainur tersedar dan terlihat keadaan suaminya. Dia mengangkat kepala Adam ke atas paha kanannya. Air mata mengalir ke pipi Ainur.

Adam tersenyum. "Sayang jangan nangis, lap air mata awak. Taknak macam ni" Ainur terus terusan menangis tanpa henti. Adam mengusap lembut pipi Ainur. "Saya dah lama tanggung sakit ni sayang. Lepaskan saya pergi hmm? Saya sayang awak hingga nafas saya yang terakhir" Adam akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.

Ainur clueless. Dia tidak tahu kenapa dengan Adam. Dia menangis dan terus menangis. Dia seperti tidak tahu mahu berbuat apa. Dia akhirnya menelefon ibu Adam.

*************************************** Selesai majlis pengebumian Adam..

"Dah lah sayang, jangan meratap pemergian Adam" mama cuba memujuk Ainur yang tidak mahu meninggalkan pusara suaminya. "Jom, sayang, mama hantar awak balik" Ainur akhirnya akur dan dihantar pulang oleh mama. Malam itu, mama tidur di rumah mereka. Mama risau takut ada apa apa jadi pada Ainur memandangkan dia sedang hamil 3bulan. Dari tadi Ainur menguncikan diri di dalam bilik, dia tidak mahu keluar bahkan makan. Dia sibuk menangis apabila pulang sahaja dari tanah perkuburan.

Hati Ainur terdetik untuk membuka laci di tepi katilnya. Terlihat sampul surat berwarna putih yang tertulis nama ' Ainur' Ainur membuka sampul surat itu dan membaca isi dalam surat itu.

"Sayang, I know you're crying right now. Oh come on, lap air mata awak. I've told you I don't want to see any tears from you. Sayang, I'm so sorry sebab sembunyikan penyakit yang saya hadapi dari awak. 9 tahun dulu, saya pindah tanpa pengetahuan awak, bukan sebab saya sengaja. Saya memerlukan rawatan di luar negara. Apabila saya sembuh, saya minta mama untuk pulang ke Malaysia dan masuk minang awak. I've a good time when I be with you. Saya sayang sangat dengan awak. Saya happy sangat bila kita dah nak dapat anak. Walaupun, saya mungkin tak sempat nak tengok wajah anak kita. Peluk cium dia untuk saya ye sayang. Bila dia dah besar, kalau dia tanya mana saya. Awak cakap dengan dia, saya ada selalu, tengok dia walaupun dia tak nampak saya. Sayang, saya nak sangat awak bagi peluang kedua untuk Aman. Saya tau, awak masih sayangkan dia. Make sure dia boleh jadi bapa yang baik untuk anak anak kita ye sayang. Last word, don't forget to eat. Kesian anak kita lapar"

Ainur terkedu membaca surat itu. Lagi kuat tangisannya. Ahh aku kena kuat.

Aku perlu kuat untuk anak aku. Aku tak boleh lemah. Kau tak boleh lemah Ainur. Kau kena kuat. Anak kau perlukan kau. Ye sayang, I will. Saya akan ingat semua nasihat awak. Ainur melipat semula surat itu dan memasukkan semula surat itu ke dalam sampul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience