Chapter 32

Romance Completed 16646

BAB 32

Setahun kemudian..

"Anak umi, cantik sangat" umi memuji Ainur yang berpakaian lengkap dress sopan putih berserta tudung. Ya, tarikh harini. Tarikh keramat yang akhirnya tiba. Tarikh Aman dan Ainur bakal disatukan. Tarikh yang telah lama ditunggu Ainur dari sekolah menengah lagi. Sungguh, dia langsung tidak menyangka setelah apa yang berlaku selama ini. Dia masih diberi peluang untuk bersama dengan Aman.

Itulah yang orang kata, kalau dah jodoh tak kemana kan? "Dah cantik lah Ainur. Sudah sudah lah tenung muka kat cermin tuh" kata umi bergurau. Ainur tersenyum gembira. "Umi keluarlah dulu. Settlekan apa yang patut" Ainur hendak bersendiri di dalam bilik itu. "Ainur halau umi ke?" Gurau umi lagi. "Eh taklah" Ainur tiba tiba rasa bersalah. "Hahaha umi gurau je sayang. Okay, umi leave you alone k?" Umi kemudiannya beredar keluar dari bilik pengantin. Ainur duduk di katil dan membelek telefon di tangannya.

Gambar Adam dan dirinya yamh sedang honeymoon ditenung lama. 'Abang, ini yang abang nak kan? Abang nak saya bagi peluang kedua pada Aman. Saya dah laksanakan. Tapi jangan risau. Abang tetap ada kat hati Ainur. Ainur dah semat nama Abang kat tempat paling istimewa sekali dalam hati Ainur. Abang doakan kebahagiaan Ainur ye bang? Ainur rindu sangat dengan abang'

Tanpa Ainur sedari, seseorang sedang cuba masuk ke dalam biliknya. Rumah umi memang setingkat. Jadi terdapat sliding door di bilik Ainur yang menghubungkan bilik ke laman rumah. Ainur yang sibuk memerhati gambarnya dengan Adam langsung tidak menyedari kehadiran makhluk tersebut. Sehingga lah makhluk itu menekup mulut Ainur dan Ainur akhirnya pengsan dek kerana ubat tidur.

Ainur diangkat oleh dua lelaki dan terus menuju ke sebuah van. Penglihatan Ainur samar tetapi dia pasti pemandu van itu seorang perempuan.

"Ahhahahahahah puas hati aku Aman! Kalau aku tak dapat kau! Takde siapa boleh dapat kau. Kahwin konon. Ahhahahahah" suara itu seperti sudah lali di telinga Ainur. Dia cuba ingat kembali siapa empunya suara itu tapi dia gagal dek kerana kepalanya yang pening sejak tadi kesan daripada ubat yang dah ditekup ke mulutnya.

"Kau campak perempuan tuh kat luar" kata perempuan itu setelah mereka tiba di suatu tempat. Ainur akhirnya tersedar dari lenanya. "Lepaskan aku! Kau siapa! Lepaskan aku" Ainur memberontak apabila dua orang lelaki memegang tangannya supaya dia tidak bergerak. "Kau diam perempuan" balas salah seorang lelaki yang memaut tangannya. Wanita yang mempunyai suara yang sangat dikenalinya itu tadi menelefon seseorang.

Sementara di rumah umi, sedara mara yang hadir sibuk mencari Ainur. Kelibat Ainur langsung tidak ditemui. Umi telah menelefon Aman. Aman bergegas ke rumah Ainur. "Umi, mana Ainur?" Tanya Aman gelisah. "Tadi dia suruh umi keluar. Sebab dia perlu masa bersendirian. Lepas setengah jam umi keluar. Umi masuk balik bilik nak panggil dia. Lepastu umi perasan pintu sliding door dah terbuka luas. Kelibat Ainur dah takde" umi cerita detail kepada Aman.

"Dah takpe, ibu jangan risau. Saya akan cuba usahakan untuk cari Ainur" sungguh hatinya juga dalan keadaan yang gundah. Tiba tiba telefonnye berdering. Aman mengangkat. "Hai sayang, sayang sihat? Saya rindu lah dengan sayang" dah perempuan mana pulak menggatal time time macam ni. "Kau siapa? Cakap apa yang perlu atau aku tutup telefon ni" tegas Aman. "Tenang, kau tak rasa nak tutup telefon bila kau dengar suara ni" wanita itu menghulurkan telefon kepada Ainur. "Aman tolong saya Aman" suara Ainur kedengaran sayu. "Kau siapa! Apa kau nak dari aku! Lepaskan dia!" Aman tidak dapat menahan baran.

"Tenang sayang. Kau lupa siapa aku? Akulah! Kekasih hati kau dulu" Aman terus teringat Zara di minda nya. "What the.. Apa yang kau nak dari aku!" Tanya Aman marah. "Aku nak kau!" Zara menggila. "Lepaskan Ainur!" Balas

Aman. "Kau ingat tempat yang kita selalu date dulu sayang? Aku bagi kau masa 45 minit untuk kau sampai sini or perempuan yang kau sayang tuh mati no in between" sumpah Zara memang sudah gila. "Ye aku datang sekarang" Aman terus mengambil kunci kereta dan bergegas ke tempat yang selalu dia jumpa Zara dulu.

Setelah sampai di sebuah tempat, dia keluar daripada perut kereta. "Hai sayang" tegur Zara. Sebelah tangannya memaut leher Ainur, sebelah lagi memegang pistol. Sungguh seperti drama tv kejadian itu. "Tolong! Lepaskan dia! Lepas!" Aman merayu. "Baiklah, tapi kau aku punya!" Zara ketawa mengilai. Sungguh menyeramkan. "Ye, aku kau punya. Lepaskan dia Zara!" Aman merayu lagi. Kali ni sehingga melutut. Fuh.

"Ah, dengan apa yang jadi, kau ingat aku percaya cakap kau? Tak Aman tak! Hahahahahaha" Zara ketawa lagi. Kalini tangannya memaut leher Ainur lebih kuat. "Lepaskan aku Zara" Ainur merayu. "Kau diam" buat seketika Aman dan Ainur terdiam. Satu das tembakan telah dilepaskan tepat ke dahi Zara. Zara tidak menyedari yang Aman datang bersama polis. Polis sudah bersembunyi di balik pokok. Tunggu masa untuk melepaskan tembakan.

Zara rebah. Ainur terus berlari mendapatkan Aman. Ainur memeluk Aman sekuat yang mungkin. "Janji dengan saya, awak takkan tinggalkan saya" Ainur sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku. "Ye sayang. Saya takkan. Im here. Di samping awak. Saya takkan pernah tinggalkan awak lagi. Itu janji saya.

TAMAT..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience