Chapter 3

Romance Completed 16646

Bab 3- Surat cinta ?

Pagi itu, Ainur bingkas bangun kerana tidak mahu terlewat sampai ke sekolah, sesudah dia mandi, dia terus menyediakan sarapan untuk ibu tirinya dan Kat.

Nasib Ainur sangat malang pagi itu apabila, Kat dengan sengaja menumpahkan air panas ke tangannya. Dia tau Kat sangat membencinya, tetapi, dia tidak tau pula tahap benci Kat pada dirinya sampai sanggup tumpahkan air panas di tangannya hingga melecur sebegitu rupa. Ainur menahan kesakitan lalu membalut tangannya.

Setelah itu, dia terus meminta izin daripada ibu tirinya untuk berangkat ke sekolah. Ainur tahu dia mesti hormat ibu tirinya, jadi, dia sering menahan sakit hati terhadap ibu tirinya.

Pagi itu, seperti biasa, dia pergi ke sekolah dan meletakkan beg galasnya di atas kerusi. Hatinya tergerak untuk membersihkan bawah mejanya lalu, dia ternampak surat yang memberitahunya

Saya selalu ada, di samping awak. Membuat awak sentiasa tenang.

-secret admirer-

Ainur tidak terlalu terkejut kerana dia selalu menerima surat yang entah dari siapa yang kadang kala, membuat nya rasa seperti mahu menyiasat siapa pemberi surat itu, tetapi dia tidak mempunyai masa, SPM semakin menghampiri.

Sedang dia sibuk membelek surat itu, Aman menerjahnya dari belakang, dia sangat terkejut dan surat di tangannya terlepas dari genggaman.

"Wow! surat cinta dari siapa tu sayang?" .

Aman bersuara, Ainur tersentak, mukanya menjadi kemerah merahan apabila Aman memanggilnya sayang.

"Tak payah bersayang sangat la Aman, gedik sangat tu".

balas Ainur menahan malunya.

"takde salah pun kan? hahaha takde lah, aku nak ajak kau teman aku pergi kantin, jom".

Sempat lagi Aman ni nak makan, sedangkan lagi 15minit je, dah nak start perhimpunan.

"Taknaklah" .balas Ainur pendek. "Alaaaa jom laaaa aku lapar". Aman buat muka seposen dia.

Tidak dinafikan lagi, Ainur senang menundukkan pendiriannya apabila Aman mula buat muka seposen. Ainur akur, lalu membuat langkah untuk teman Aman.

Ainur sangat beruntung kerana dia dapat mendekati Aman yang sering menjadi pujaan ramai gadis di sekolahnya.

Pernah juga, rakan seusianya memarahi Ainur kerana terlalu rapat dengan Aman. Namun, dia hanya buat tidak endah. Pedulilah apa orang nak kata.

Asalkan, Aman masih ada untuknya sudah cukup membuat dia rasa selamat.

"Aku tengok, kau ni dari tadi termenung". Aman bersuara apabila melihat Ainur yang hanya diam sepanjang perjalanannya ke kantin itu. "Kau terfikir pasal aku eh? kenapa lah perempuan kat sekolah ni suka sangat fikir pasal aku yang kacak dan bergaya nih? susah tau!" . Balas Aman lagi.

"Boleh tak, kalau kau jangan nak perasaaaan sangat? cuba diam, bising je dari tadi ". Jawab Ainur. Dia tahu Aman boleh membaca mata dan hatinya. Tapi, dia selalu menidakkan kenyataan Aman tentang dirinya walaupun benda tu betul sebenarnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience