Bab 13

Romance Series 206

Jam menunjukkan pukul 9:30 malam. Elisyah dan Melisyah sudah berada di atas katil. Elisyah duduk bersila sambil memeluk bantal erat-erat di pangkuannya. Rasa gementar bercampur teruja berlari-lari dalam dadanya. Di sebelah, Melisyah duduk menemani kakaknya dengan tenang, walaupun dia sendiri sebenarnya turut rasa berdebar.

Elisyah menatap skrin telefon. Bibirnya tersenyum tak henti-henti.
“Tak sabarnya! Nak dengar suara dia!” jeritnya kecil, penuh keterujaan.

“Iya, tahu... sabarlah. Lagi setengah jam je,” balas Melisyah, cuba menenangkan kakaknya.

Detik jam terasa lambat sungguh. Tik tok... tik tok... Elisyah tak berhenti kerling jam dinding. Hingga akhirnya jarum panjang tepat ke angka 12,pukul 10 malam. Tanpa fikir panjang, dia menekan butang ‘call’.

Satu minit berlalu... dan akhirnya talian bersambung.

“Hello! Hash! I rindu you sangat-sangat! You hilang ke mana selama ni?!” Elisyah menyoal bertubi-tubi, suaranya sarat dengan rindu yang selama ini dipendam.

Melisyah cepat-cepat menepuk peha kakaknya perlahan, mengisyaratkan supaya dia bertenang.

Kedengaran Hashim menarik nafas panjang di hujung talian.
“Hello, Sya...” Suaranya berat, penuh serba salah. “I call malam ni sebab ada benda nak cakap... Tapi sebelum tu...” Dia berhenti seketika, kedengaran suaranya bergetar. “I nak minta maaf. Sebab hilang. Sebab block you. Semua tu salah I.”

Hati Elisyah berdetak laju. Rasa lega mula menular. Sekurang-kurangnya dia kembali.

Tapi kata-kata seterusnya membuatkan nafasnya seolah-olah terhenti.
“I janji I akan pulangkan balik duit kahwin yang I pinjam. Dan... Sya, maafkan I. I tak boleh jadi peneman hati you.”

“Apa maksud you?” suara Elisyah bergetar, senyumannya lenyap sekelip mata.

“I... I tak boleh kahwin dengan you.” Suara Hashim tersekat-sekat.

Elisyah terasa seluruh tubuhnya kaku. “Ta... tapi... kenapa?” Air mata sudah mula bergenang, matanya kabur.

“I dah jumpa orang lain. I dah jatuh cinta kat dia. Dan I dah tak nak ada apa-apa dengan you lagi. Please, Sya... lupakan I. I doakan you jumpa kebahagiaan sendiri.”

Tut... talian terputus.

Telefon yang masih di tangan Elisyah jatuh ke lantai. Jantungnya bagai dirobek kasar. Air mata deras menuruni pipi tanpa henti.

“Mel... dia dah ada orang lain. Dia dah tak nak akak, Mel...” Suaranya pecah, penuh hancur.

“Elisyah...” Melisyah hanya mampu mengusap belakang kakaknya, wajahnya turut dibasahi air mata.

“Kenapa dia buat akak macam ni?! Dia janji! Dia kata nak jaga akak sampai hujung nyawa. Dia yang selalu cakap akak cinta terakhir dia. Tapi sekarang... sekarang dia buang akak macam ni?!” raung Elisyah, suaranya pecah bergetar.

Kata-kata Hashim dulu berputar ligat dalam fikirannya. “Sya, you jangan takut. Apa jadi pun, I akan sentiasa ada. I takkan pernah tinggalkan you. Kita kahwin nanti, I akan jadi imam you.” Ayat-ayat itu menikam jiwanya, menghiris lebih dalam daripada pisau.

Puan Sarah dan Tuan Mazlan yang baru selesai solat Isyak, bergegas masuk ke bilik.
“Kenapa ni, sayang?!” Puan Sarah terus mendapatkan anaknya.

Dalam esakan, Melisyah menceritakan apa yang berlaku.

Sampai hati kau, Hash...! Jerit Elisyah dalam hati. Hatinya remuk, luluh, pecah berderai. Pilu yang mencengkam itu. Hanya Tuhan saja yang tahu.

POV: Hashim Mikael

Tut...

Selepas talian terputus, Hashim terdiam kaku. Telefon di tangannya jatuh ke sisi. Dadanya terasa sempit, seolah-olah ada batu besar menindih tanpa belas. Perlahan-lahan, dia menutup wajah dengan kedua tangannya. Air matanya yang sejak tadi ditahan akhirnya jatuh, mengalir deras membasahi pipinya.

“Sya... maafkan I ya,” suaranya pecah, bergetar penuh penyesalan. “I terpaksa cakap macam tu. I terpaksa lukakan hati you, supaya you tak terus berharap dengan I. Supaya you tak terikat pada janji yang I sendiri tak mampu tunaikan.”

Dia tunduk, bahunya bergegar menahan esak. Dalam hatinya, hanya nama Elisyah yang bergema. Setiap kenangan bersama gadis itu berputar satu persatu. Senyum manisnya, gurau manjanya, janji-janjinya. Semuanya menghentak dada tanpa belas.

“Mungkin I takkan balik, Sya...” Hashim berbisik lagi, seolah-olah suaranya mampu sampai pada gadis yang sedang dia sakiti. “I tak nak you menunggu. I nak you kahwin dengan orang yang boleh bahagiakan you, bukan orang macam I. Tapi percayalah... rasa sayang I kat you, sampai bila-bila pun takkan hilang.”

Hashim menggenggam rambutnya sendiri, menunduk rendah. Air matanya terus menitis, jatuh ke lantai. Hatinya benar-benar rapuh saat ini.

Dia berpaling, memandang ke sisi. Di situ, kakaknya terbaring kaku. Kakak yang selama ini menjadi satu-satunya sandaran hidupnya. Dengan tangan yang bergetar, Hashim meraih tangan kakaknya, menggenggam erat seolah-olah mahu berpaut pada sisa kekuatan yang masih tinggal.

“Jangan risau, kak...” Hashim menelan sebak di kerongkongnya. “Im janji... Im akan jaga kakak. Walau apa pun jadi pada Im nanti, kak tetap ada Im. Sampai akhir hayat.”

Matanya merah, wajahnya basah dengan air mata. Dalam diam, Hashim tahu, hatinya akan sentiasa berpaut pada nama Elisyah. Tapi realiti memaksanya melepaskan. Dan itulah pengorbanan paling kejam yang harus dia pikul.

❤️❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience