Series
206
"Abang… Sya ada benda nak bagitahu…” suara Elisyah serak, hampir terputus di hujung ayat. Tangannya menggigil erat menggenggam lutut suaminya.
Tengku Malik terpinga, dadanya berdegup kencang. Dia tunduk, mengangkat dagu isterinya perlahan. Wajah itu penuh dengan linangan air mata yang cuba disembunyikan. “Sayang… cakap dengan abang. Apa sebenarnya?”
Elisyah menggeleng kuat, air mata semakin deras mengalir. Dia cuba membuka mulut, tetapi suaranya tersekat di kerongkong. “Abang… maafkan Sya…”
“Kenapa nak minta maaf? Sayang tak buat salah apa pun…” pujuk Tengku Malik, namun hatinya kian resah.
Elisyah menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan, dia mengangkat tangannya, mengusap perutnya yang kini kosong. Pandangannya jatuh ke arah itu, sebelum kembali memandang suaminya. “Bagaboo kita, bang…” suaranya bergetar. “…bagaboo kita… dah tak ada.”
Tengku Malik terdiam. Jantungnya seakan berhenti. Kata-kata itu menghentam dadanya sekuat kilat. Dia ternganga, tidak mampu bersuara.
“Pagi tadi… Sya bangun tidur… Sya nampak darah atas katil.” Air mata Elisyah jatuh tanpa henti. “Sya panik… terus pergi hospital sorang-sorang. Sya tak nak susahkan abang… Sya fikir mungkin benda kecil saja. Tapi doktor cakap… doktor cakap kandungan Sya dah gugur…”
“Ya Allah…” hanya itu yang mampu keluar dari bibir Tengku Malik. Tangannya menekup mulutnya, tubuhnya terasa lemah seketika.
“Doktor cakap… sebab Sya terlalu stress… dan Sya… Sya ambil ubat lebih dari sepatutnya.” Suaranya makin serak, setiap patah kata bagaikan belati menikam dirinya sendiri. “Sya bodoh, bang. Sya tak jaga diri. Sya lalai. Semua ni salah Sya! Kalau Sya kuat… kalau Sya tak stress… Bagaboo kita masih ada…” Elisyah meraung kecil, tubuhnya menggigil.
Tengku Malik pantas menarik isterinya ke dalam pelukan. Air matanya sendiri akhirnya pecah. Dia memeluk Elisyah erat-erat, seolah-olah mahu melekatkan kembali hati isterinya yang retak. “Sayang… jangan cakap macam tu. Jangan salahkan diri sayang. Tolonglah… ini bukan salah sayang. Allah lebih tahu. Dia lebih sayangkan anak kita.”
“Tapi abang… Sya bunuh anak kita…!” jerit Elisyah, cuba menolak pelukan itu, namun tubuhnya terlalu lemah.
“Diam, sayang…” Tengku Malik menekup kepala isterinya ke dadanya, suaranya bergetar menahan tangis. “Jangan sakiti diri dengan kata-kata tu. Anak kita pergi dengan cara yang Allah tentukan, bukan sebab sayang. Abang tahu… Sayang dah cuba jadi mama yang terbaik. Dan abang… abang tetap ada dengan sayang. Kita redha sama-sama ya, sayang?”
Tangisan mereka bergema di ruang tamu yang sunyi. Dua hati yang patah, saling berpaut pada satu sama lain. Cuba mencari kekuatan di tengah kehilangan.
Dalam pelukan itu, Elisyah akhirnya teresak perlahan. “Abang janji… abang tak benci Sya?”
Tengku Malik menutup matanya, air mata jatuh semakin deras. “Abang? Benci? Sayang… abang sayang Sya sampai nafas terakhir abang. Tak ada apa pun boleh ubah itu.”
Dia mencium ubun-ubun isterinya penuh kasih. “InsyaAllah, kita akan jumpa balik bagaboo kita di syurga nanti. Percayalah, Allah simpan dia untuk kita.”
Selepas hampir sejam mereka menangis bersama, suasana mula senyap. Hanya bunyi esakan kecil Elisyah sesekali kedengaran. Tengku Malik masih memeluknya erat, mengusap belakang isterinya perlahan, seolah-olah setiap usapan itu mahu memadamkan rasa sakit yang bersarang di hati Elisyah.
“Sayang…” bisiknya lembut. “Abang tak sanggup tengok Sya terus macam ni. Kalau Sya terus tenggelam dalam rasa bersalah, siapa nak jaga hati abang? Siapa nak jadi peneman abang sampai tua nanti?”
Elisyah diam, hanya air matanya yang terus mengalir.
Tengku Malik menarik wajah isterinya, mengelap pipinya dengan ibu jari. “Sayang, kita dah kehilangan satu anugerah Allah. Tapi… kita masih ada satu sama lain. Kita masih ada cinta kita. Jangan biar rasa bersalah ni musnahkan semua tu.”
Elisyah teresak lagi. “Sya takut, bang. Sya takut abang kecewa. Sya takut abang menyesal kahwin dengan Sya.”
“Eh, jangan cakap macam tu.” Tengku Malik menunduk, mencium tangan isterinya lama. “Abang kahwin dengan sayang bukan sebab anak. Abang kahwin dengan sayang sebab abang cinta pada sayang. Anak tu rezeki… kalau Allah nak, nanti Dia bagi lagi. Tapi kalau abang kehilangan sayang… abang takkan kuat.”
Elisyah terkedu. Kata-kata suaminya membuatkan hatinya sedikit demi sedikit cair, walaupun luka masih terasa.
Tengku Malik tersenyum nipis, cuba menceriakan suasana. “Macam ni lah… esok abang cuti. Abang nak bawa sayang keluar jalan-jalan. Kita pergi taman, hirup udara segar. Abang tahu, sayang suka tengok orang main dengan kucing kan? Nanti abang belanja sayang ais krim sekali. Boleh?”
Elisyah mengangkat wajahnya perlahan. Air matanya masih menitis, tapi kali ini bibirnya mengukir senyuman halus. “Abang ni… pandai betul nak pujuk.”
“Of course.” Tengku Malik mengenyit mata, cuba berlagak nakal. “Suami kesayangan bagaboo kan?”
Elisyah mengusap dadanya, cuba menahan tawa di celah tangisan. Rasa sakitnya masih ada, tapi kehadiran suami yang tak pernah jemu membuatkan hatinya terasa sedikit ringan.
Malam itu, mereka berdua tidur dalam pelukan. Walaupun jiwa Elisyah masih berperang dengan rasa bersalah, dia tahu… dia tidak lagi bersendirian. Selagi ada Tengku Malik, dia ada tempat untuk kembali.
Keesokan paginya, udara segar menyambut mereka sebaik keluar dari kereta. Burung-burung berkicauan, dedaunan bergoyang perlahan ditiup angin pagi. Taman itu tidak terlalu sesak, hanya beberapa keluarga kecil sedang beriadah, ada juga kanak-kanak bermain bola sambil ketawa riang.
Tengku Malik berjalan perlahan di sisi isterinya, sesekali memegang tangan Elisyah erat. “Kan abang dah kata… udara pagi ni ubat terbaik. Macam terapi, kan?”
Elisyah menarik nafas panjang, dadanya terasa lebih lapang sedikit. “Hmm… betul juga. Rasa macam… ringan sikit kepala.”
Mereka berhenti seketika di bangku berdekatan kolam. Beberapa ekor kucing liar berlari-lari kecil berhampiran, ada yang duduk menjilat bulu sendiri. Elisyah tersenyum kecil, matanya memandang seekor anak kucing belang yang comel.
Tengku Malik perasan senyuman itu. “Haa, nampak tu? Senyum juga akhirnya. Kalau abang tahu kucing ni pandai buat sayang senyum, abang dah bawa seekor balik rumah semalam.”
“Eh, jangan main-main, bang. Nanti rumah kita penuh bulu kucing.” Elisyah menggeleng sambil menahan tawa, suaranya sudah kurang bergetar seperti semalam.
“Tak apa… biar penuh bulu pun, janji rumah kita penuh dengan ketawa sayang.” Tengku Malik membalas sambil tersenyum nakal.
Elisyah hanya menggeleng, namun hatinya terasa hangat. Dia tahu luka semalam masih belum sembuh sepenuhnya. Tapi di saat ini, melihat suaminya berusaha keras membuatnya tersenyum, dia sedar satu perkara. Dia tak perlu hadapi semua ini seorang diri.
“Terima kasih, bang…” bisiknya perlahan, matanya sedikit berkaca.
Tengku Malik menggenggam tangan isterinya lebih erat. “Tak payah ucap terima kasih. Abang ada untuk sayang, bukan untuk sehari dua… tapi selamanya.”
Udara pagi terasa semakin indah. Elisyah memejamkan mata sebentar, menikmati rasa tenang yang akhirnya singgah, walau hanya seketika.
Selepas hampir sejam duduk di taman, mereka akhirnya melangkah pulang. Di sepanjang perjalanan, Elisyah hanya diam, kepalanya bersandar di bahu Tengku Malik. Dia tak banyak bercakap, tapi wajahnya sudah tidak sekelam semalam. Ada sinar lembut yang kembali, walaupun samar.
Sampai sahaja di rumah, Elisyah perlahan-lahan membuka pintu. Dia terhenti sejenak, pandangannya melilau ke ruang tamu yang masih kemas. Entah kenapa, hatinya rasa lain. Rumah itu seolah-olah menyambut kepulangannya dengan tenang.
Tengku Malik meletakkan kunci di atas meja. Dia memandang isterinya yang masih tercegat. “Sayang… masuklah. Ni rumah kita. Rumah ni takkan jadi bermakna kalau tak ada sayang.”
Elisyah menoleh, matanya bergenang. Dia melangkah perlahan, lalu duduk di sofa. Tangannya mengusap perut tanpa sedar. “Entah kenapa, bang… hari ni Sya rasa… macam ada harapan balik. Macam ada ruang untuk kita mulakan semula.”
Tengku Malik duduk di sebelah, lalu meraih tangan isterinya. “Sayang tak perlu jadi kuat sorang-sorang. Abang ada. Kita sama-sama bina balik, ya?”
Air mata Elisyah jatuh juga akhirnya, tapi kali ini bukan sebab sakit hati atau kecewa. Ia air mata lega. Dia mengangguk kecil, senyuman tipis terukir di bibirnya.
“Okay, bang… Sya cuba,” suaranya bergetar, tapi penuh dengan tekad.
Tengku Malik terus memeluknya erat. Di dalam pelukan itu, Elisyah tahu, walaupun luka masih ada, dia tidak keseorangan. Untuk pertama kali selepas sekian lama, hatinya mula percaya bahawa kebahagiaan itu mungkin masih ada untuk mereka.
Puan Sarah menangis teresak-esak di bahu Elisyah. Tubuhnya terhuyung-hayang, seluruh kudrat seolah-olah hilang ditelan rasa bersalah yang sudah lama dipendam. Elisyah hanya terdiam, kaku menerima tangisan itu, manakala Melisyah dan Tengku Malik memerhati dari sisi. Masing-masing dengan hati yang penuh rasa sebak.
“Sayang anak mama… maafkan mama, nak. Mama dah banyak lukakan hati Sya. Sepatutnya waktu arwah papa meninggal dulu, kita saling memujuk, saling kuatkan antara satu sama lain. Tapi mama… mama bodoh. Mama letakkan kesalahan tu pada kamu. Mama tuduh kamu yang bukan-bukan. Sampai akhirnya…” suara Puan Sarah tersekat, lalu dia menangis lebih kuat, “…sampai kamu gugur. Mama takkan maafkan diri mama sendiri, Sya. Maafkan mama ya, nak?”
Elisyah terkedu. Matanya terarah pada Melisyah, mencari jawapan yang tak terucap. Melisyah hanya mengangkat bahu sambil memberikan senyuman kecil yang penuh makna. Dia sebenarnya sudah lama tahu kakaknya mengandung. Setiap kali datang melawat sewaktu Elisyah murung, dia cuba menjaga rahsia itu. Tapi bila akhirnya kakaknya gugur, dia tidak sanggup lagi menanggung beban. Dia terus beritahu Puan Sarah, dengan harapan hubungan yang retak ini dapat kembali terjalin.
“Mama…” Elisyah akhirnya bersuara perlahan, cuba menenangkan tangisan mamanya. Dia mengusap lembut belakang tubuh wanita itu. “Sudahlah mama. Benda ni dah pun terjadi. Kita tak boleh nak undur balik masa, kan? Sya tak pernah salahkan mama pun. Jadi, tolonglah mama… jangan salahkan diri mama lagi. Kita lupakan semua yang dah jadi sebelum ni, ya? Mulakan semula…”
Puan Sarah masih tersedu, tetapi genggaman tangannya pada anak sulungnya semakin erat, seakan-akan tidak mahu melepaskan lagi. Rasa serba salah yang menyesakkan dada perlahan-lahan bertukar jadi kelegaan bila mendengar kata-kata itu.
Melisyah yang dari tadi hanya berdiam diri, tiba-tiba memandang Tengku Malik dengan senyum nakal yang cuba menutup rasa sebaknya.
“Bro… sorry tau. Kitaorang main terjah rumah abang macam ni,” ujarnya.
Tengku Malik tergelak kecil sambil mengangkat ibu jari tanda sokongan. “Takpe lah. Lain kali terjah awal sikit, boleh aku standby buat air. Baru lengkap ‘drama keluarga’ ni,” usiknya.
Gelak kecil itu akhirnya mencairkan suasana tegang. Perlahan-lahan, mereka semua duduk bersama di ruang tamu. Tangisan tadi bertukar menjadi senyuman tipis, dan luka yang terbuka perlahan-lahan terasa disapu dengan kasih sayang. Malam itu, buat pertama kalinya sejak sekian lama, rumah itu kembali dipenuhi dengan rasa kekeluargaan.
Korang mesti ingat drama dah habis kan? Hahaha tekaan korang salah! Ini baru permulaan drama.. Tapi, kalau korang rasa boring nak buat cana kan?Takpelah harap korang suka. Kepada yang membaca, terima kasih sayang korang MUAH
Dah, tunggu besok baru update
Share this novel