Bab 10

Romance Series 206

Keesokan harinya…

Seawal jam 5 pagi, Elisyah sudah berada di dapur. Dia menyibukkan diri dengan memasak supaya tidak terlalu teringatkan Hashim. Sejak malam tadi, dia langsung tidak dapat melelapkan mata kerana risau kalau-kalau ada mesej atau panggilan daripada Hashim yang dia terlepas pandang. Namun, sampai ke pagi, langsung tiada khabar.

Elisyah teringin untuk menelefon Hashim, tetapi dia takut mengganggu. Jadi, lebih baik dia sibukkan diri. Mana tahu, tiba-tiba ada mesej masuk nanti.

Tangan Elisyah ligat bekerja. Pagi ini, dia berniat mahu membuat donat sebagai cara memujuk papanya. Setelah sejam menguli dan membentuk, dia memasukkan donat ke dalam oven.

“Alhamdulillah, siap juga. Hmm… hangit sikitlah. Harap-harap papa suka,” gumam Elisyah, sedikit kecewa.

Matanya terarah pada jam dinding. 6:20 pagi! Dia segera menutup oven, meletakkan donat di atas meja lalu mencapai telefonnya. Sambil menaiki tangga, dia sempat membuka WhatsApp.

Tak apa, kejap lagi je aku call dia, bisiknya perlahan.

Selesai solat Subuh, Elisyah mengejutkan adiknya.
“Mel! Bangunlah! Dah sejuta kali akak kejut ni,” serunya sambil mencubit kaki Melisyah perlahan.

“Eee! Apasal akak bangun awal sangat hari ni?” rungut Melisyah, menepis tangan kakaknya lalu memeluk bantal busuk semula.

Elisyah tersengih nakal. “Mel, tunggu tau. Nanti akak datang balik.” Dia terus berlalu ke bawah.

“Apa-apalah…” Melisyah menjawab malas sambil menyambung tidur. Biasanya dia yang kejutkan kakaknya untuk pergi kerja, tapi kali ini terbalik pula. Tambah pelik, Elisyah bangun sejam lebih awal dari biasa.

Tak lama kemudian…

“Melisyah! Tengok ni!” jerit Elisyah sambil membawa sepinggan donat.

Terbuntang mata Melisyah melihatnya. Dia terus terduduk di atas katil.
“Siapa masak ni? Kakak ke?” soalnya, tidak percaya.

Selama ini, Elisyah memang penakut dengan api kerana trauma, sebab itu dia tidak suka masuk dapur.

“Of course la kakak yang masak,” jawab Elisyah dengan bangga, menunjuk dirinya. “Tapi guna oven la.”

Melisyah terus baring semula. “La… ingatkan trauma kakak dah okay.” Tangannya mencapai sebiji donat. “Ermm… sedapnyaaa. Walaupun hangit,” puji Melisyah ikhlas.

“Hehe, cukup dua je. Yang lain untuk mama dengan papa,” kata Elisyah sambil menarik semula pinggan itu.

Melisyah mencebik. “Alaa… kedekut!” Namun senyumannya tetap terukir sebelum dia bangun menuju bilik air.

"Mama, papa… meh la makan sama-sama," Elisyah menghulurkan pinggan kepada mama dan papanya. Dia juga tidak lupa memanaskan nasi goreng semalam di dalam microwave, sekadar menambah hidangan pagi itu.

“Papa tahu tak, kak Sya bangun pukul 5 pagi semata-mata nak buat donut kegemaran papa tau,” Melisyah masuk ‘line’ sambil menjeling kakaknya. Jelas mahu bantu memujuk.

“Papa, cuba rasa ni… maaflah hangit sikit,” suara Elisyah perlahan, penuh harap.

Namun Tuan Mazlan hanya diam. Matanya tertunduk, seolah-olah menolak untuk memandang wajah anaknya. Riak wajah Elisyah berubah serta-merta, hatinya bagai dihiris.

Puan Sarah yang menyedari itu cepat-cepat mengambil peranan.
“Abang, kenapa ni? Tak nak rasa sikit ke? Penat Elisyah bangun awal pagi buat untuk abang. Nah, rasa sikit ya…” Puan Sarah cuba menyuap suaminya dengan penuh kelembutan.

Tapi tiba-tiba, Tuan Mazlan bangun berdiri. Semua yang ada di meja terkejut. Jantung Elisyah berdegup laju, matanya sudah berkaca. Papa nak marah lagi ke? Dia pejamkan mata rapat-rapat, bimbang mendengar kata-kata pedih sekali lagi.

Namun, tidak semena-mena, ada sentuhan hangat memeluknya dari belakang. Perlahan, Elisyah buka mata. Dia sudah berada dalam dakapan papanya.

“Sayang… papa minta maaf,” suara Tuan Mazlan bergetar. “Semalam papa marah kamu tak tentu pasal. Papa silap… papa lupa kamu ada hak nak cerita atau tidak. Papa betul-betul minta maaf, nak. Maafkan papa ya…”

Ucapan itu diulang berkali-kali. Tubuh tua itu bergetar, air mata lelakinya gugur tanpa dapat ditahan.

“Papa… jangan macam ni,” suara Elisyah tersekat-sekat sambil mengucup tangan ayahnya. “Sya yang patut minta maaf. Tolonglah… jangan menangis minta maaf lagi, papa. Sya tak sanggup tengok.”

Tuan Mazlan mengusap kepala anaknya perlahan. “Kamu baik sangat… sama macam arwah ibu kamu,” bisiknya di telinga Elisyah.

Elisyah hanya mampu tersenyum dengan linangan air mata.

“Sudahlah… mama tak nak tengok drama pukul 3 pagi-pagi ni,” Puan Sarah cuba menceriakan suasana. “Abang pun, bukan budak-budak lagi nak menangis depan anak. Elisyah pun, kalau nak masak… ajaklah mama sekali. Mama boleh tolong.”

Suasana kembali tenang. Tawa kecil mula terukir.

“Rindunya Sya dengar mama membebel. Comel sangat,” kata Elisyah sambil mengelap air matanya. Mereka semua ketawa bersama.

Tetapi senyuman itu hanya bertahan sekejap.

“Tut… tut… tut…”
Sudah berkali-kali nombor itu dipanggil, tapi tiada jawapan. WhatsApp juga sunyi, hanya dua tick kelabu.

Elisyah meletakkan telefon di atas katil, dadanya sebak. “Kenapa you buat I macam ni? Tak kesian ke dekat I?” suaranya pecah menahan tangis. Dengan geram, dia mencampakkan telefon ke tilam.

Air matanya jatuh lagi. Sudah lima bulan sejak Hashim pergi tanpa khabar. Lima bulan dia setia menunggu, menangis, dan cuba menelefon berkali-kali. Tapi yang tinggal hanya sepi.

Dia dah penat… penat sangat.

Air mata masih mengalir tanpa henti. Elisyah duduk termenung di hujung katil, memeluk lututnya rapat-rapat. Telefon di sisi hanya bisu, seolah-olah turut menolak dirinya.

Tangannya menggenggam erat telefon itu, seolah-olah kalau dia lepas, Hashim akan pergi jauh selamanya.

“Hashim… Sya tunggu. Walaupun Sya dah penat, Sya tetap tunggu. Baliklah… walaupun sekali. Jangan biar Sya menunggu dalam gelap macam ni…” bisiknya perlahan, suaranya pecah disambut esakan kecil.

Di luar bilik, pagi yang cerah menyapa. Tapi di hati Elisyah, hanya ada malam yang panjang.

Saya harap korang suka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience