Series
206
Di dalam bilik yang kemas dan teratur itu, kelihatan seorang gadis jelita sedang menyapu sampah. Siapa lagi kalau bukan Elisyah Natasya?
Ketika dia sedang membetulkan cadar katilnya, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan panggilan masuk. Laju tangannya mencapai telefon dengan wajah ceria. Mana tidaknya, buah hatinya menelefon.
"Hello, Hash. Kenapa you tak angkat call semalam? I risau, tau..." soal Elisyah dengan nada manja bercampur rajuk.
"Alaa, sorry la... semalam I busy sangat. You jangan la merajuk," pujuk Hashim lembut.
"Hmm... you ni, walaupun busy macam mana pun, jangan la lupakan I," kata Elisyah manja. Sudah lama dia tidak bermanja dengan tunangnya itu.
"Ish, you ni... mana ada I lupa you. I cuma busy kebelakangan ni. Lagipun, kita kan nak kahwin minggu depan? So, I kenalah kerja lebih sikit. Supaya lepas kahwin nanti, I boleh spend time lebih banyak dengan you," jelas Hashim.
Kata-kata Hashim yang lembut itu membuatkan Elisyah tersenyum. Matanya jatuh pada cincin di jari manisnya. Dia rasa seperti baru semalam mereka bertunang, padahal sudah hampir sebulan berlalu, dan minggu depan mereka bakal disatukan.
"Hello? Sya dengar tak?" suara Hashim dari hujung talian menyedarkannya daripada lamunan.
"Hehe, sorry sayang. Takpe, I faham. You habiskan kerja you dulu. Tapi kalau lepas kahwin nanti I nampak you kerja masa kita tengah honeymoon... siap you!" usik Elisyah.
"Hahaha yelah, I janji. Okaylah, malam nanti I call you balik. I nak sambung kerja," ujar Hashim.
"Okay, bye. I love you so much."
"I love you more," balas Hashim lembut.
Setelah menamatkan panggilan, Elisyah meletakkan telefon di atas katil. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk.
"Masuklah!" laung Elisyah.
"Kakak, Mama panggil makan," ujar adiknya, Melisyah, yang merupakan anak bongsu dalam keluarga.
"Okay, kejap lagi kakak turun. Kakak nak kemas meja sikit," jawab Elisyah sambil meneruskan kemas bilik.
"Okay," balas Melisyah lalu turun ke bawah.
---
Di ruang makan...
"Wah, sedapnya bau!" kata Elisyah sambil menghampiri meja makan.
"Hari ni Mama masak ayam masak merah," jelas Puan Sarah sambil meletakkan lauk ke atas meja.
"Eh, kenapa banyak sangat lauk ni? Kita makan bertiga je kan?" tanya Elisyah hairan, memandangkan Papa mereka bekerja di luar kawasan.
"Oh, kawan sekolah menengah Mama nak datang malam ni. Dah lama tak jumpa. Dia baru balik dari luar negara," terang Puan Sarah sambil bergerak membuat air.
"Emm... faham. Mama nak Sya tolong apa-apa ke?"
Belum sempat Puan Sarah menjawab, loceng rumah berbunyi.
"Ha, bagus kamu tanya. Tolong bukakan pintu depan tu," arah Puan Sarah.
Tanpa banyak soal, Elisyah berjalan ke arah pintu dan membukanya.
"Assalamualaikum. Eh, ini Elisyah kan? Dah besar panjang kamu sekarang ya. Dulu masa Aunty jumpa, kamu masih lagi menangis nak susu," kata Datin Mirah sambil tersenyum.
Elisyah hanya membalas dengan senyuman mesra. Dia memang tidak mengingati wanita itu kerana ketika itu umurnya baru dua tahun lebih.
"Jemputlah masuk, Aunty. Mama ada kat dapur tu," pelawa Elisyah.
Datin Mirah melangkah masuk. Elisyah hendak menutup pintu semula, namun ditegah dengan lembut.
"Eh, Elisyah... jangan tutup pintu lagi. Malik nak masuk..."
Belum sempat Datin Mirah menghabiskan ayatnya, Puan Sarah muncul dari dapur.
"Eh Mirah, kau bawa anak kau sekali ke? Mana dia?" soal Puan Sarah teruja ingin bertemu Tengku Malik, anak Datin Mirah, yang beza tiga tahun dari Elisyah.
"Oh, Malik ada urusan sikit dalam kereta. Katanya boss telefon," jawab Datin Mirah.
Puan Sarah mengangguk lalu memeluk rakan lamanya itu. Mereka pun mula berbual panjang.
---
POV: Tengku Malik Aiman
"Hoi! Kenapa kau buat aku macam ni, ha Rayhana?!" jerit Tengku Malik dengan suara garang. Kesabarannya sudah hilang.
"Eh, sebelum kau soal aku, baik kau soal diri kau sendiri dulu!" balas Rayhana sinis di hujung talian.
"Woi, kau dengar sini ya! Aku sayang kau sepenuh hati aku. Tapi kau... kau khianati aku macam tu je!" Mata Malik sudah merah menahan air mata. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan perempuan itu.
"Kau tahu tak kenapa aku curang?" soal Rayhana tajam.
"Kenapa? Cakap! Apa yang kurang pada aku?! Aku bagi semuanya kat kau!" Akhirnya, air mata jantan Malik tumpah juga. Dia sudah tidak mampu menahan perasaan.
"Sebab kau tu acah alim! Nak pegang tangan sikit pun tak bagi. Katanya tunggu kahwin. Eh, kau ingat aku penyabar sangat ke?! Dan lagi satu, kau tu bukanlah sehebat lelaki aku sekarang. Hahaha. Aku tak nak kau dah. Sedar diri sikit!" kata Rayhana tanpa sekelumit simpati.
"Okay... aku minta maaf. Kita kahwin cepat, lepas tu kau boleh pegang tangan aku sampai bila-bila. Aku pun akan ke kedai dan cuba nampak lebih hensem!" ujar Malik, sanggup merendahkan egonya kerana terlalu sayang.
"Eh sudahlah! Aku tak sayang kau dah. Tak faham-faham lagi ke? Blah dari hidup aku! Aku dah jumpa orang yang lebih hebat dari kau!" Tutt - talian dimatikan.
"Erghhh... aku benci kau, Rayhana! Aku benci kau!" Tengku Malik menghentakkan kepalanya ke stereng kereta.
"Aku tak pernah tinggi suara dengan kau. Tak pernah marah, tak pernah naik tangan... malah aku jaga kau sepenuh hati. Apa lagi yang kurang?!"
Sila tinggalkan komen anda! Saya suka nak baca komen2. Terima kasih sebab baca!
Saya harap pembaca berasa best bila membaca cerita saya! Sayang semua!
Share this novel