Bab 2

Romance Series 206

POV: ELISYAH NATASYAH

Di ruang tamu yang agak luas itu, kedengaran gelak tawa Puan Sarah dan Datin Mirah.

“Eh, aku lupa nak tanya kau ni… Elisyah ni dah berpunya ke?” soal Datin Mirah.

“Alhamdulillah, minggu depan Elisyah dah nak kahwin,” jawab Puan Sarah sambil tersenyum.

“Oh, tak apalah kalau macam tu,” balas Datin Mirah dengan nada sedikit kecewa.

“Kenapa kau tanya macam tu?” Puan Sarah memandang hairan.

“Tak ada apa… saja je. Kalau Elisyah tak berpunya, bolehlah aku kenalkan dengan anak aku, Malik. Maklumlah, Malik tu pun belum ada pasangan,” jelas Datin Mirah panjang lebar. Dia tidak tahu bahawa anaknya sebenarnya baru sahaja putus dengan teman wanita bernama Rayhana. Rayhana sendiri yang meminta agar perkara itu tidak diberitahu kerana katanya, dia belum bersedia.

“Assalamualaikum, boleh saya masuk?” suara lelaki kedengaran dari luar.
“Eh, masuklah,” pelawa Puan Sarah.

Tengku Malik melangkah masuk. Elisyah sekilas memandang wajahnya. Badannya tegap, ototnya jelas kelihatan. Mata hazel itu menyerlahkan ketampanannya, ditambah pula dengan hidung separa mancung.

“Tapi tak boleh lawan Hash aku,” bisik Elisyah di dalam hati. Yelah, kalau dah sayang… walau takde rupa pun kita rasa ada rupa. Tapi jujurnya Hashim tetap lebih kacak dari Tengku Malik, hehe.

“Malik, inilah kawan umi yang umi cerita tu,” terang Datin Mirah kepada anaknya.

“Oh, Aunty sihat?” sapa Tengku Malik sekadar berbasa-basi.

“Alhamdulillah, Aunty sihat,” jawab Puan Sarah.

Elisyah muncul dari dapur dengan membawa minuman yang dibuat oleh Puan Sarah. Dia meletakkannya di atas meja.

“Jemput minum… nah Aunty, nah err… abang,” katanya sambil tersipu.

Tengku Malik tergelak kecil, sedikit terhibur selepas pertengkaran yang dilaluinya tadi.

“Tak payah panggil abang, panggil Malik je. Tapi kalau nak panggil abang… boleh je,” usik Tengku Malik.

“Oh, sorry… tapi kekoklah nak panggil Malik. Yelah, abang kan beza tiga tahun je dengan Sya,” balas Elisyah.

“Okay, tak apa,” jawab Malik sambil tersenyum. Entah kenapa dia rasa Elisyah ini comel.

“Eh, jomlah makan. Nanti lauk sejuk,” pelawa Puan Sarah. Dia dan Datin Mirah terus ke dapur.

“Erm, aku nak tanya… adik kau mana? Umi aku kata kau dua beradik je?” soal Malik sekadar mahu berbual.

“Oh, dia ada kat atas. Katanya nak study. Bila dah nak makan, baru dia turun,” jawab Elisyah sambil mengangkat cawan dan jug untuk dibasuh. Sebenarnya dia mahu mengelak daripada bertentang mata dengan Tengku Malik. Mahu jaga pandangan katanya.

Tengku Malik hanya memerhati Elisyah berjalan ke dapur, lalu dia mengikutinya.

Selepas doa makan diaminkan oleh Tengku Malik, Melisyah turun dari atas.

“Sorry lambat, mama,” katanya lalu duduk di sebelah kakaknya.

“Ha, semua jemput makan,” ujar Puan Sarah sambil menghulurkan pinggan.

Ketika makan, Melisyah berbisik kepada Elisyah, “Kak, hensem nak mati weh mamat tu,” sambil tersenyum lebar. Dia nampak jelas sudah jatuh hati.

“Eleh, pantang nampak mamat hensem terus cair. Gatal,” usik Elisyah.

“Ish, kakak ni… mana ada Mel gatal. Dah dia tu terlalu hensem, nak buat macam mana,” jawab Melisyah, membuatkan kakaknya hanya menggeleng kepala.

“Kamu ni dah kenapa Sya? Senyum-senyum sorang,” tegur Puan Sarah yang baru perasan.

“Mana ada… mama ni,” Elisyah tersipu malu.

Dua jam berlalu. Puan Sarah dan Datin Mirah rancak berbual, sementara Elisyah dan Tengku Malik lebih banyak diam.

Beberapa minit kemudian, Tengku Malik melihat telefonnya lalu memandang Datin Mirah.

“Umi, boss Malik mesej. Katanya ada emergency meeting sekarang,” katanya berharap uminya faham. Dia tidak mahu nampak seperti terburu-buru mahu pulang. Lagipun, keluarganya memang beradab walau mereka orang berada.

“Oh, okay-okay,” Datin Mirah mengangguk.

“Weh, aku rasa kita borak lama sangat la. Aku kena balik dah ni. Malik ni ha,” kata Datin Mirah sambil menunjuk ke arah anaknya.

“Eh, pergilah cepat! Mana tahu penting,” Puan Sarah berlalu ke dapur untuk membungkus nasi goreng yang baru digorengnya.

“Nah, ni nasi goreng. Aunty masak pagi tadi. Makanlah dengan umi dalam kereta. Alas perut dulu,” ujar Puan Sarah sambil menghulurkan bungkusan itu.

“Terima kasih Aunty, susah-susah je,” jawab Tengku Malik sambil tersenyum.

“Sama-sama. Elisyah! Salam dengan Datin Mirah ni,” panggil Puan Sarah dari dapur.

“Kejap mama!” sahut Elisyah.

Selepas bersalaman, Elisyah memandang Tengku Malik di dalam kereta dan melambai. Malik membalas lambaian itu. Sebenarnya dari tadi Elisyah perasan Malik kerap memandangnya, tapi dia tak mahu fikir bukan-bukan.

Di dalam kereta, Datin Mirah duduk di tempat penumpang manakala Malik memandu.

“Malik, kamu tak payah hantar umi balik rumah. Terus je pergi office, nanti lambat,” arah Datin Mirah.

“Eh, takpelah umi. Malik hantar dulu umi. Takpe lambat sikit,” balas Malik. Dia tak sanggup membiarkan ibunya menunggu.

“Alah kamu ni… macam umi ni tak ada driver. Kamu hantar umi pergi office, nanti umi panggil driver. Takyahlah drama sangat,” kata Datin Mirah sambil ketawa.

Malik hanya tersenyum dan kembali fokus memandu.

Diam seketika, kemudian dia bersuara, “Erm… umi, Malik nak tanya ni.”

“Ha, kenapa? Tanyalah. Macam tak biasa je,” jawab Datin Mirah.

“Tak ada apa… cuma nak tanya. Umi jangan fikir bukan-bukan,” katanya. Datin Mirah mengangguk, mula rasa curious.

Tolong komen ya! Saya suka baca komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience