Bab 3

Romance Series 206

"Kalau Malik kahwin, umi bagi tak?" Malik mengangkat kening kanannya.

"Laa… kamu nak kahwin ke? Bila? Siapa?" Datin Mirah terus menyerang dengan soalan bertubi-tubi.

"Tengok, belum apa-apa umi dah buat andaian sendiri. Mana ada orang nak kahwin. Malik tanya je," jawab Tengku Malik sambil memusingkan stereng untuk membelok.

"Oh, ye ke? Sia-sia je umi happy," Datin Mirah pura-pura buat muka sedih.

"Umi ni betul-betul lah… orang tanya je ni," Malik mula geram dengan uminya yang suka berdrama. Kata orang dia yang suka drama, rupanya ada lagi yang lebih pro.

"Yelah-yelah… mestilah umi suka kalau kamu kahwin. Kalau kamu kahwin, mungkin umi dah pengsan kat rumah sebab terlalu gembira," usik Datin Mirah sambil tergelak.

Tengku Malik hanya menjeling manja ke arah uminya.

"Err… lagi satu, Elisyah tu dah kahwin ke?" entah kenapa soalan itu terkeluar.

"Minggu depan kahwin katanya. Kenapa? Kamu suka dia ke?" Datin Mirah mula curiga.
"Takdelah… tanya je," jawab Malik ringkas. Mana mungkin dia melupakan Rayhana secepat itu.

"Okay, kalau kamu kata macam tu," Datin Mirah tersenyum nipis, lalu mengambil telefon dan mendail nombor pemandunya.

---

Beberapa hari kemudian…

Elisyah dan Hashim sedang fitting baju kahwin. Lagi dua hari mereka akan disatukan. Sementara menunggu pekerja butik mengambilkan pakaian mereka, Elisyah memandang Hashim.

"Hash, I macam tak percaya dua hari lagi I akan jadi isteri orang," katanya sambil tersenyum.

"Eh, bukan isteri orang… tapi isteri Muhammad Hashim Mikael," Hashim membetulkan ayat tunangnya itu.

"Yelah, sorry," Elisyah ketawa kecil. Sejak akhir-akhir ini dia memang banyak ketawa. Mungkin kerana terlalu gembira.

Hashim tersenyum lalu membuka begnya. Dia mengeluarkan seutas rantai perak yang cantik, bertulis “HASH&SYA”. Rekaan itu adalah hasil tangannya sendiri.

"Apa ni?" tanya Elisyah.

"Sya, ini hadiah untuk you. I tahu I tak sekaya lelaki lain, tapi I akan berusaha bahagiakan you. Dari kita kenal sampai sekarang, I simpan duit untuk beli rantai ni. I nak you pakai masa hari perkahwinan kita nanti. Harap you suka," Hashim menarik nafas perlahan. Dia gugup. Sepanjang lima tahun bercinta, inilah hadiah paling mahal yang pernah dia beri. Selalunya, Elisyah yang lebih banyak memberi.

"Cantiknya! I suka sangat. I tak kisah pun pasal kekayaan you, Hash. I sayang you seadanya. Terima kasih banyak… I janji akan ada di sisi you sampai bila-bila," balas Elisyah sambil memegang rantai itu.

Hashim tiba-tiba berkata dengan nada sebak, "Tapi… kalau kita tak jadi kahwin, I nak you simpan rantai ni sebagai kenangan. Walaupun masa tu mungkin you dah lupakan I."

"Ish, I dah kata I tak suka you cakap macam tu. Hash, you akan kahwin dengan I dan hidup sampai akhir hayat. Jangan pernah fikir benda tu lagi," kening Elisyah berkerut. Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung, "Tiada lelaki yang boleh ganti tempat you walau apa pun jadi. Faham?"

Hashim hanya mengangguk.

---

"Akak, abang… ni bajunya. Boleh try dalam bilik tukar baju ye," ujar pekerja butik sambil menghulurkan pakaian.

"Lawanya baju ni… mesti mahal. Kesian Hash," bisik Elisyah sendirian. Dia keluar dari bilik lalu memanggil tunangnya, "Hash, tengok ni."

"Wauu… cantiknya bakal isteri siapa la ni," Hashim mengambil telefon lalu menangkap gambar Elisyah.

Pipi Elisyah merona merah.
"Elehh… blushing la tu," Hashim sengaja menyakat.

"Ish, mana tak blushing… kalau dah tangkap gambar macam tu. Sabar lah, lagi dua hari kita kahwin. Masa tu ada photographer yang lagi lawa ambil gambar," balas Elisyah. Dia tahu Hashim akan menatap gambar itu berkali-kali.

"Alaa… kalau I rindu you nanti, boleh lah I tatap gambar ni. Jangan risau, walau beribu kali tengok, I tetap akan terpesona masa hari perkahwinan kita," Hashim tersenyum.

"You ni tahu-tahu je," Elisyah tersipu malu.

"Okay, sekarang turn you pula," Elisyah menolak Hashim ke bilik tukar baju.

Beberapa minit kemudian, Hashim keluar dan bertanya, "Macam mana? Hensem tak I?"

Elisyah meletakkan tangan di bawah dagu, pura-pura berfikir.
"Tak," jawabnya selamba sambil menahan tawa.

"Ha? Tak sesuai dengan I ke?" Hashim menggaru kepala, keliru.

"Hahaha… comel lah you ni. Takdelah, hensem sangat. Memang sesuai dengan bakal suami saya ni," jawab Elisyah sambil ketawa.

"Laa… you ni buat I panik je," Hashim menggeleng.

"Okay dah, jom balik," ajak Elisyah.

"Okay, wait," Hashim kembali masuk menukar baju.

---

Di dalam kereta selepas mengisi minyak, Hashim bertanya sambil mengetuk tingkap, "You nak beli apa-apa tak? Buat isi perut ke?"

"Takpelah, kejap lagi kita makan juga. Nanti membazir," balas Elisyah lembut.

Kalau boleh, dia memang nak berjimat, walaupun duit itu duit Hashim. Apatah lagi mereka bakal berkahwin.

"Okay, my love," Hashim membentuk mini love dengan jarinya. Bahagia sungguh mereka pada saat itu.

Tolong komen ya! heheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience