Bab 18

Romance Series 206

Elisyah menatap bulan dari celahan tingkap biliknya. Suara wali ketika lafaz akad nikah pagi tadi masih bergema di fikirannya, berulang-ulang tanpa henti. Sekarang, dia sudah menjadi isteri orang. Ya… isteri kepada Tengku Malik Aiman. Hatinya mengeluh perlahan.

Saat dia duduk di pelamin akad tadi, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati itu menahan rasa. Semua orang gembira, bergelak ketawa, meraikan. Dia? Hanya senyum sekejap atas permintaan Puan Sarah. Selebihnya, hatinya kering. Kalau boleh, dia mahu terus bersembunyi di bilik.

Sepatutnya esok majlis bersanding. Tapi Elisyah tekad, dia tidak sanggup. Dia mahu menolak dengan apa cara sekalipun.

Tangannya mengusap rantai di leher, rantai yang penuh dengan kenangan. Namun tiba-tiba, terasa pelukan hangat di pinggang. Terkejut, Elisyah menolak tangan itu laju.

“Awak buat apa ni?” soalnya kasar.

“Buat apa? Peluk aje,” balas Tengku Malik sambil tersenyum, tenang.

“Peluk je? Ada saya bagi kebenaran?” suara Elisyah menurun, tapi nada tajamnya jelas.

“Hehe, sorry sayang,” Malik ketawa kecil.

“Malik, jangan panggil saya macam tu. Boleh?” pinta Elisyah lembut, matanya masih menghadap tingkap.

“Sayang… benda lain abang boleh dengar. Tapi satu ni… abang tetap nak panggil awak ‘sayang’.” Malik mengangkat telunjuknya sambil tersenyum nakal.

Elisyah mengeluh. “Suka hati awaklah.” Balasnya sedikit kasar, walau pipinya merah menahan perasaan. Apa kena dengan aku ni? hatinya berbisik.

“Sayang…” Malik mendekat, tangannya perlahan menarik dagu Elisyah agar memandangnya.

“Apa?” Elisyah menepis tangannya cepat-cepat. Malik sedikit terkilan, tapi dia tidak memaksa.

“Abang nak tanya jujur. Sayang… happy tak kahwin dengan abang? Walau sikit pun?” suaranya penuh harap.

Elisyah menahan nafas. Hatinya sakit lagi. “Kan saya dah kata, saya tak ada perasaan pada awak. Tapi awak yang beria nak kahwin dengan saya. Jadi, awak kena faham… hati saya masih tertutup.” Nadanya dingin.

Tengku Malik tunduk, senyum tipis. “Baiklah sayang. Abang faham.”

Matanya kemudian jatuh pada rantai yang melingkari leher isterinya. “Ini rantai sayang ke?” soalnya perlahan.

Elisyah kaku, gelabah. Cepat-cepat dia memalingkan wajah, kembali menatap bulan di luar.

“Tak apa… kalau sayang tak nak cerita. Abang faham. Tapi kalau satu hari nanti sayang rasa nak kongsi… abang ada je di sisi sayang,” bisik Malik sebelum tangannya singgah mengucup dahi Elisyah lembut.

Elisyah terdiam. Ada sesuatu dalam dirinya yang terusik, walau dia cuba menafikan. Hanya matanya mengikuti langkah suaminya keluar dari bilik itu. Sunyi kembali mengisi ruang, tapi hatinya? Semakin berselirat.

Elisyah mengambil wuduk lalu membentangkan sejadah di tengah bilik. Baru sahaja dia mahu mengangkat takbir, pintu bilik terbuka. Tengku Malik masuk dalam keadaan tercungap-cungap.

“Tunggu abang… boleh abang jadi imam, sayang?” soalnya lembut, matanya penuh harap.

Elisyah menarik nafas berat. “Hmm… cepatlah,” jawabnya perlahan, cuba menyembunyikan debaran di hati.

Tengku Malik segera berdiri di hadapan, mengangkat takbir dengan penuh khusyuk. Bacaan imamnya tenang, namun jantung Elisyah berdegup kencang sepanjang solat. Selesai memberi salam, dia masih menunduk, bermain-main dengan hujung sejadah.

“Sayang, tengok sini,” arah Tengku Malik lembut.

Dengan berat hati, Elisyah mengangkat wajah.

“Abang doakan… semoga isteri abang dimurahkan rezeki, diampunkan dosa… dan paling penting, semoga hati sayang sentiasa dekat dengan abang.”

Usai doa, Tengku Malik tunduk mengucup kepala isterinya yang masih berbalut telekung. Elisyah tersentak, dadanya terasa hangat. Baik sungguh suaminya ini…

Tanpa mampu berkata apa-apa, dia menyalami tangan Tengku Malik dengan cepat, lalu segera melipat sejadahnya. Wajahnya merah, tapi dia menunduk agar tidak terlihat.

Tengku Malik hanya memerhati, senyum halus terukir di bibirnya.

Elisyah hanya berbaring di atas katil. Dia belum bersedia untuk keluar dari bilik itu. Hatinya masih rapuh, penuh luka yang sukar diubati. Dari jauh kedengaran bunyi pinggan mangkuk disusun, perabot dialihkan. Semuanya kerja tangan Tengku Malik dan mamanya yang sibuk mengemas di luar.

Jam sudah pun menunjukkan hampir 12 malam ketika pintu bilik perlahan-lahan terbuka. Tengku Malik melangkah masuk, wajahnya letih tapi tetap ada senyuman kecil. Elisyah sempat menjeling dari ekor mata, sebelum cepat-cepat berpaling seolah tidak peduli.

Selesai membersihkan diri, Tengku Malik keluar dari bilik air, lalu bergerak ke arah almari. Dia mengambil bantal dan selimut, membuatkan Elisyah mengangkat kening, pelik.

“Awak nak buat apa dengan selimut tu?” soalnya hairan.

Tengku Malik menoleh, bibirnya meleret senyum. “Laa… tidur bawah lah. Takkan abang nak tidur sebelah sayang. Kalau sayang benarkan, barulah abang naik tidur tepi.”

Elisyah terdiam. Ada sesuatu yang mengetuk hatinya. “Apa-apa jelah. Kalau awak tak selesa, tidur kat sofa luar pun boleh,” katanya, walaupun dalam hati terasa kasihan.

“Takpe…” balas Tengku Malik perlahan, sambil membentang selimut di lantai. “Tidur sebilik dengan sayang pun… dah cukup buat abang bahagia.”

Kata-kata itu membuatkan dada Elisyah bergetar. Dia cepat-cepat memusingkan badan, membelakangi suaminya, menatap ke arah tingkap gelap.

Hehehhe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience