Series
206
Tengku Malik berlari menuruni tangga dengan dada yang berombak kencang. Setiap langkahnya terasa berat, seakan-akan ada batu besar menekan dadanya. Dia terus menuju ke kawasan parkir. Matanya liar mencari kelibat kereta mereka.
Namun... tempat keretanya kosong.
Dia menutup mata seketika, lalu menarik nafas panjang.
"Alhamdulillah..." bisiknya perlahan.
Bukan lega kerana ditinggalkan, tapi sekurang-kurangnya Elisyah balik menggunakan kereta mereka sendiri. Itu bermakna isterinya tidak pergi terlalu jauh, dan yang paling penting, selamat. Sekurang-kurangnya hatinya sedikit terubat daripada rasa risau yang hampir membunuh jiwa.
Namun, fikirannya tidak berhenti berputar. Dia perlu cari jalan untuk menjejaki Elisyah. Saat itu, satu nama muncul di kepalanya.
Melisyah.
Ya, hanya Melisyah yang mungkin tahu di mana kakaknya berada. Lagipun, adik iparnya itu bekerja di tingkat lain, dalam department yang sama. Pantas, dia mengeluarkan telefon dan menekan nombor Melisyah.
Tidak sampai beberapa deringan, panggilan berjawab.
"Kenapa bro? Awal-awal pagi dah call. Ada masalah ke?" suara Melisyah kedengaran santai, tapi hatinya sudah agak. Abang iparnya ini biasanya hanya akan menghubungi dia kalau ada benda besar berlaku.
Tengku Malik tidak banyak masa untuk berbasa-basi.
"Mel... tolong abang hantar balik rumah, boleh? Dalam kereta abang explain semuanya. Cepat sikit ya," arah Tengku Malik, suaranya tergesa-gesa sebelum sempat Melisyah membalas, talian sudah diputuskan.
Melisyah mendengus.
"Fuhh, sedap je arahkan orang. Aku ni Grab Car ke apa? Tapi takpelah... demi kakak aku juga," rungutnya sambil menggeleng kepala, walau dalam hati dia risaukan kakaknya.
Beberapa minit kemudian, kereta Melisyah sudah menjemput Tengku Malik. Sepanjang perjalanan, Tengku Malik menceritakan apa yang berlaku. Tentang Rayhana, tentang Elisyah yang nampak segalanya, dan tentang tamparan yang masih terngiang di fikirannya.
Melisyah mendengar tanpa mencelah, sesekali mengangguk. Air mukanya serius, tapi akhirnya dia bersuara.
"Abang, kakak saya tu jenis hati lembut. Dia nampak je keras depan orang, tapi dalam hati dia rapuh. Kalau abang nak pujuk, jangan ego. Turunkan nada. Tunjuk abang betul-betul menyesal. Jangan salahkan dia, jangan salahkan sesiapa. Ikhlas. Itu je cara dia boleh cair."
Nasihat itu membuatkan Tengku Malik terdiam. Dia menunduk, merenung jarinya sendiri yang masih bergetar sejak tadi. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Terima kasih, Mel."
Sampai sahaja di hadapan rumah, Tengku Malik segera keluar.
"Thanks," ucapnya ringkas sebelum berlari masuk.
Melisyah mengetap bibir, lalu menghempaskan tubuh ke stereng.
"Thanks je? Duit minyak? Upah penat aku jadi kaunselor free-free tadi? Cis..." bebelnya sambil menjeling ke arah pintu rumah.
Baru sahaja dia mahu menghidupkan enjin, pintu rumah terbuka semula. Tengku Malik keluar dengan wajah cemas, berlari ke arah kereta. Nafasnya tercungap-cungap, rambutnya sedikit serabai.
Melisyah membuka tingkap, mengangkat kening.
"Ha, kenapa lagi bro? Tadi kata nak masuk rumah. Kak Sya takde eh?"
Tengku Malik menggeleng, wajahnya jelas gusar.
"Dah cari semua tempat. Bilik, dapur, ruang tamu, bilik tetamu... tak jumpa. Dia tak ada dalam rumah."
Wajahnya pucat, bibirnya bergetar.
"Tapi... abang yakin dia ada kat satu tempat. Tempat yang selalu dia pergi bila dia sedih. Abang kena cari dia sekarang juga."
Melisyah mengeluh panjang, tapi akhirnya mengangguk.
"Naik. Mel drive. Kita cari sama-sama. Kalau tak, abang confirm takkan jumpa dia."
Tengku Malik duduk kembali di kerusi penumpang, wajahnya masih sarat dengan resah. Dalam hati, hanya satu doa terulang-ulang. Semoga dia sempat bertemu isterinya sebelum terlambat.
Mereka tiba di hadapan Taman Rainbow. Tengku Malik turun dari kereta dengan langkah tergesa-gesa, dada berdebar bagai mahu meletup. Dia berlari menerobos deretan pokok dan gelak-tawa kanak-kanak, langsung tidak menghiraukan pandangan orang ramai. Di belakangnya, Melisyah mengunci kereta dan mengikuti perlahan, mata sentiasa memerhati setiap langkah abang iparnya.
Buih-buih sabun melayang-layang di udara, memantulkan cahaya matahari seperti serpihan harapan kecil. Kontras dengan kebimbangan yang mencengkam hati Tengku Malik. Di celah-celah kanak-kanak yang bermain, dia ternampak satu tubuh menunduk di bangku. Tudungnya sedikit kusut, bahunya bergetar. Itu Elisyah.
Hatinya tersentap. Tanpa berlengah lagi, Malik menghampiri dan memeluk isterinya dari belakang, memeluk seerat yang mampu menahan segala kegusaran. "Sayang... alhamdulillah abang jumpa sayang," suaranya pecah, penuh lega tapi juga bersalah. "Abang minta maaf sangat-sangat kalau abang buat sayang menangis."
Elisyah mengerutkan kening sejenak, seperti mahu menilai kebenaran di sebalik kata-katanya. Tengku Malik menarik nafas panjang, suaranya jatuh serak. "Kalau sayang nak pukul abang... pukullah. Tumbuk, balik pukul abang. Abang sanggup terima asalkan sayang dengar explanation abang." Dia duduk di sebelah Elisyah, menutup mata seketika, cuba mengumpul keberanian.
"Pukullah abang, sayang. Tumbuk abang. Janji... jangan lagi air mata sayang mengalir." Suara Elisyah kedengaran tegas. ada geram, ada lelah. Tapi kemudian, tiba-tiba sentuhan lembut menyapu pipi Tengku Malik. Ia bukan tamparan; ia sapuan penuh pengertian. Malik membuka mata lalu terpaku melihat wajah isterinya yang kini mengukir senyum kecil, sayu tetapi tenang.
"Abang... Sya nak cakap, dengar la. Sya tak marah abang, okey?" bisik Elisyah, senyum itu menghuru-hara hati Malik. Dia masih terbayang Elisyah tadi yang menunduk seperti menangis; kini wajah itu damai, tidak lagi dirundung badai.
"Betul ke? Tadi sayang menangis ke?" suara Malik bergetar, takut-takut, hendak memastikan apa yang dia lihat tadi bukan kenyataan. Di sisi, Melisyah berdiri membisu, memberi ruang. Dia tidak mahu mengganggu.
Elisyah ketawa kecil, matanya berbinar. "Abang ni... apa abang merepek? Sya tak menangis sebab hal tu. Sya cuma nampak seekor kucing jalanan dekat situ. Dia nampak macam sakit. Sya kasihan. Boleh kita ambil dia bawa balik? Tolonglah." Cara dia membujuk itu lembut, tulus, penuh rasa belas.
Tengku Malik menahan nafas, perlahan-lahan menolak dagu Elisyah naik supaya matanya dan mata Elisyah bertemu. "Sayang, pandang abang," pinta Malik sendu. Elisyah menatap, terus menatap jauh ke dalam mata lelaki yang menjadi sandarannya. Di situ, Malik lihat penyesalan, ketulusan dan cinta yang tak pernah pudar.
"Sayang, betul-betul okay ke? Abang taknak sayang terus pendam perasaan. Abang sanggup tanggung apa pun, tapi jangan biar sayang sendiri menanggung semuanya," suara Malik hampir pecah menahan emosi.
Elisyah menarik nafas panjang, suaranya lembut tetapi penuh ketetapan. "Ya! Pada mulanya, Sya memang marah rasa geram, rasa nak smack down je abang." Elisyah tergelak kecil dengan ayatnya. "Tapi bila Sya duduk sendiri di taman ni, Sya fikir semula. Kita suami isteri kena saling percaya. Kalau Sya tak beri abang peluang untuk jelaskan, macam mana kita nak berbaik? Jadi Sya pilih percaya. Sya beri abang ruang untuk berterus terang." Kata-katanya perlahan, mengalir seperti ubat sejuk ke dalam dada Malik.
Mendengar itu, Malik melepaskan nafas paling lega yang pernah dia hayati. Bayangan hitam yang selama ini menekan dadanya perlahan-lahan mencair. Dia menggenggam tangan Elisyah erat, telapak yang berpeluh menandakan betapa dia berjuang menahan segala perasaan. "Terima kasih, sayang. Abang janji, abang akan jujur. Abang akan buat yang terbaik untuk pulihkan hati sayang."
Elisyah membalas genggaman itu lebih erat, senyumannya kini mengandungi sedikit harapan. Di hadapan mereka, anak kucing kecil yang sakit mengangkat kepala, seolah-olah mengerti bahawa di taman itu bukan sahaja luka hati yang cuba disembuhkan, tetapi juga ada kasih sayang yang mahu diberi.
Di sekeliling, bunyi gelak kanak-kanak dan bunyi gelembung sabun terus menari; suasana yang sama, namun bagi mereka, hari itu menandakan permulaan baru. Perlahan, berhati-hati, tapi penuh dengan janji untuk bangkit bersama.
“Pasal abang dengan Rayhana tu, sebenarnya—”
Belum sempat habis ayat, mulut Tengku Malik cepat-cepat ditutup lembut oleh telapak tangan Elisyah. “Abang… orang dengarlah. Tak perlu cerita kat sini. Nanti kat rumah abang explain elok-elok, okey?” nada Elisyah tenang, tapi matanya tajam penuh makna. Dia mahu jawapan, cuma bukan di tempat awam begini.
Tengku Malik tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal, cuba menghilangkan rasa serba salah. Senyuman nakalnya muncul, menampakkan lesung pipit dalam di pipinya. Rona merah di wajah Elisyah jelas blushing kerana malu ditunjukkan sebegitu rupa oleh suaminya.
Namun sekelip mata, tumpuan Elisyah beralih. Dari celah bahu suaminya, dia menangkap kelibat seseorang. Dia sudah agak, confirm adik bongsunya. “Mel,” tegurnya sambil mengangkat kening, “mesti abang kamu ni minta tolong kamu lagi kan?”
Melisyah yang sedang leka belek kukunya, tersengih sebelum melabuhkan punggung di sisi kakaknya. “Ha’ah kak… suami akak ni selalu je call Mel. Suruh pujuk kakaklah, buat birthday partylah, jadi driver tak berbayarlah. Mel dah letih tau. Kakak yang kahwin, Mel pulak yang kena jaga perangai gila abang ipar ni.” Suaranya penuh rungutan tapi jelas nada itu lebih kepada menceriakan suasana, bukan menambah tegang.
Elisyah terbahak ketawa mendengar celoteh adiknya. Dia teringat minggu lepas, betapa kalut suaminya menyambut ulang tahun kelahirannya. Tengku Malik sampai ajak Melisyah teman sama-sama pilih hadiah, takut kalau hadiah yang dibelinya nanti tak kena dengan citarasa isterinya. “Nasib kamulah, Melisyah…” Elisyah menepuk perlahan bahu adiknya, masih dengan senyum yang susah nak padam.
Melisyah terus bangun, menepuk-nepuk seluarnya. “Okeylah, daripada Mel duduk sini tengok drama laki bini ni, baik Mel balik. Dahlah kena jadi kaunselor tak berbayar.”
Kata-katanya bersulam perli, membuatkan Tengku Malik terus menjeling tajam. “Perli abang ke tu?” tanyanya dengan suara separuh serius.
Melisyah ketawa, lalu lari anak menuju ke keretanya. “Pandai-pandailah jawab sendiri dengan kakak, abang!” balasnya sambil melambai.
Elisyah hanya menggeleng kepala melihat telatah adik dan suaminya yang macam budak-budak. Namun jauh di sudut hatinya, dia lega. Sekurang-kurangnya, ketegangan tadi mula mencair. Berganti dengan gurau senda yang menenangkan.
Korang mesti ingat dorang akan berbaik dan tiada apa lagi yang mengganggukan? Hahaha korang salah lagi. Maaflah kalau saya ni annoying sangat heheh...Korang sabar tau. Dan vote sikit please?
Hehhe
Share this novel