Series
206
Tiga bulan kemudian...
Elisyah kelam-kabut di dapur, tangannya laju mengacau nasi goreng semalam yang sedang dipanaskan. Walaupun ringkas, baginya itu lebih baik daripada membiarkan suaminya keluar bekerja tanpa bekal. Bagi Elisyah, menyediakan makanan untuk Tengku Malik bukan sekadar tanggungjawab, tapi cara dia menenangkan hatinya sendiri.
"Sayang, dah siap ke? Cepat sikit, kita dah lambat ni!" Laung Tengku Malik dari ruang tamu sambil tunduk mengikat tali kasutnya. Nada suaranya bukan marah, tapi penuh cemas kerana masa semakin suntuk.
"Kejap, abang! Sya nak siap dah ni," sahut Elisyah dari dapur, suaranya agak tercungap-cungap. Dia menutup bekal dengan cermat, seolah-olah nasi goreng itu adalah hidangan lima bintang.
Sambil mencapai beg tangan, dia sempat berhenti di hadapan cermin kecil yang tergantung dekat pintu. Jari-jemarinya cepat membetulkan tudung yang sedikit senget, dan dia cuba menghadiahkan senyuman untuk dirinya sendiri. Senyuman tipis, sekadar tanda dia masih kuat untuk melangkah ke hari baru.
"Okay, siap!" katanya kecil, lalu melangkah pantas ke arah suaminya.
Tengku Malik yang sudah menunggu di pintu hanya menggeleng kecil sambil tersenyum melihat gelagat isterinya. "Lain kali bangun awal sikit, sayang. Abang tak kisah pun kalau lambat sikit, tapi abang nak tengok sayang tenang, bukan kalut macam ni."
Elisyah sekadar tersenyum, tidak menjawab. Hatinya tahu, sejak tiga bulan lalu, banyak yang dia cuba ubah. Dia tidak mahu terus hanyut dalam kesedihan, jadi dia memilih untuk sibuk.
Mereka keluar bersama, tangan Elisyah sempat berpaut di lengan suaminya sebelum masuk ke kereta. Hanya sentuhan itu sahaja sudah cukup membuatnya rasa selamat.
Sesampai di pejabat, Elisyah melabuhkan duduk di meja kerjanya. Kelakar rasanya, meja Tengku Malik hanya lima langkah dari tempatnya. Setiap kali dia menoleh, wajah suaminya jelas di mata. Cuma dinding dan langsir sahaja yang menghalang.
Sebenarnya, inilah sebab utama dia minta untuk bekerja di syarikat keluarga itu. Dia tidak mahu dibiarkan sendirian di rumah, terperangkap dengan kenangan pahit kehilangan 'Bagaboo'-nya. Biarlah dia penat bekerja, asalkan matanya selalu terpaku pada lelaki yang menjadi sandarannya. Selagi dia dapat lihat wajah suaminya, luka di hatinya terasa sedikit terubat.
Pagi itu pejabat sudah mula dipenuhi pekerja. Bunyi papan kekunci, deringan telefon, dan bisikan mesyuarat kecil bertindih-tindih. Elisyah duduk di mejanya sambil menghidupkan komputer, namun fikirannya tidak seiring dengan tangannya. Dia cuba fokus, tapi setiap kali bayangan kecil tentang 'Bagaboo' melintas, hatinya seperti ditusuk sembilu.
Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menghalau rasa itu. Tak boleh, Sya. Kau kena kuat. Malik ada dekat sini. Jangan nampak lemah lagi.
"Sayang..." suara perlahan itu memecah lamunannya. Tengku Malik berdiri di sisi meja, fail tebal di tangannya. Pandangannya lembut, seolah-olah dia tahu apa yang sedang menghantui fikiran isterinya.
Elisyah cepat-cepat tersenyum nipis, pura-pura sibuk menekan papan kekunci. "Ya, abang? Ada apa?"
Malik meletakkan fail itu di mejanya, kemudian merendahkan suara. "Kalau penat, rehat. Abang tak nak sayang paksa diri." Matanya menatap dalam, penuh kebimbangan.
"Tak... Sya okay," balasnya, walaupun hatinya tahu dia berbohong.
Beberapa orang staf yang lalu-lalang sempat mencuri pandang. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang senyum-senyum melihat betapa caring-nya Tengku Malik terhadap isterinya.
Elisyah mula rasa malu. "Abang... janganlah risau sangat. Orang tengok nanti," bisiknya, cuba mengalihkan pandangan.
Tengku Malik hanya tersenyum kecil. Dia mendekatkan wajahnya sedikit lalu berbisik di telinga isterinya, "Biar orang tahu abang sayang isteri abang. Biar semua tahu abang ada sebab untuk jaga sayang."
Wajah Elisyah merona merah. Dia menunduk, berpura-pura menyemak fail untuk menutup debaran hatinya.
Dalam diam, dia berbisik pada diri sendiri. Alhamdulillah, ya Allah... Walaupun Kau tarik satu nikmat dari aku, Kau tetap hadiahkan aku seorang suami yang jadi kekuatan aku. Aku janji kali ini aku akan kuat.
Ketika Elisyah melangkah menuju ke bilik suaminya untuk menghantar hasil kerjanya, matanya tiba-tiba tertancap pada seorang wanita asing yang melangkah masuk. Jantungnya berdegup sedikit laju. Siapa tu? Tak pernah nampak pun. Wanita itu berpakaian agak seksi, langsung tidak sesuai dengan imej staf biasa di pejabat. Baru dia mahu mendekati bilik itu, dia rasa nak muntah. Jadi dia pergi ke bilik air dulu.
Di dalam bilik, Tengku Malik yang sedang fokus meneliti dokumen, segera mendongak apabila terdengar ketukan pintu. Senyuman kecil hampir terukir kerana menyangka itu isterinya. Namun, senyuman itu mati serta-merta.
Rayhana.
Bekas tunang yang sudah lama hilang dari hidupnya, kini berdiri di hadapannya dengan wajah penuh sinis. Malik terus bangun, cepat-cepat menutup pintu dan melabuhkan langsir. Dia tahu, jika Elisyah ternampak... hati isterinya pasti hancur.
Rayhana ketawa kecil sambil merenungnya dengan pandangan penuh berani.
"Hello... kenapa kalut sangat ni? Baru jumpa I, you dah gelabah macam nampak hantu."
Malik mengetap bibir, nada suaranya kasar. "Kau buat apa kat sini, Rayhana?!"
Rayhana berjalan mendekat, lenggok tubuhnya penuh kepura-puraan menggoda. Tangannya cuba menyentuh tangan Malik, tetapi lelaki itu cepat menepis dengan kasar.
"Jangan berani sentuh aku! Kau dah gila ke apa!" jerkah Malik.
Rayhana tersentak seketika, tapi senyumannya kembali terukir penuh sindiran.
"Ouhh... you takut isteri you tahu ya? Takut bini nampak bekas tunang datang pejabat suami dia?"
Urat leher Malik mula tegang. Dia benar-benar tidak mahu drama ini berlaku di pejabat, lebih-lebih lagi ketika Elisyah ada di sini.
Rayhana sengaja melangkah ke arah tingkap, pura-pura mahu membuka langsir. Malik cepat-cepat menahan.
"Cukup! Kau nak apa sebenarnya? Cakap cepat sebelum aku halau kau keluar sekarang juga."
Rayhana berpura-pura mengeluh, kemudian duduk bersilang kaki di kerusi tetamu. "Relaxlah, Malik. I datang ni pasal kerja. You tahu kan, syarikat ni milik arwah Tuan Mazlan, papa mertua you?"
Malik mengangguk malas. "So? Apa kaitan kau dengan semua ni?"
Rayhana menyandarkan tubuhnya, wajahnya penuh kepuasan kerana dapat membuat Malik resah.
"Dua tahun lepas, papa you. Tuan Mazlan, ada tandatangan satu perjanjian dengan bapak I. Tahun ni, syarikat you dengan syarikat bapak I akan bergabung untuk hasilkan satu produk besar. Confirm meletup kat pasaran."
Malik mengerutkan dahi. Memang dia pernah terbaca dokumen itu, tapi tidak pula dia sangka Rayhana ialah pewaris Dato' Mirza.
"Jadi?" Malik sudah mula hilang sabar.
"Jadi... bulan depan you kena pergi outstation kat Australia. Dan of course, I akan ikut sekali sebab I wakil bapak I. Dia sakit. Tak ada siapa lagi yang boleh sign kontrak tu selain waris dia, iaitu I."
Malik mengepal penumbuk di bawah meja. "Kalau kau tak ikut, tak boleh ke?"
Rayhana merenung tajam, ketawa sinis. "Tak boleh, Malik. You suka ke tak suka ke, kita tetap akan bersama dekat sana. Outstation panjang pulak tu. Heh, I nak tengok muka isteri you nanti... sanggup ke dia tengok suami dia satu trip dengan bekas tunang sendiri?"
Tengku Malik mahu sahaja menjawab “tak, sekarang”. Namun bila difikirkan semula, janji dan amanahnya dengan papa mertua lebih penting daripada emosinya sendiri. Nafasnya ditarik panjang sebelum dia bersuara dingin.
“Okay, kau dah habis cakap kan? Kalau dah, boleh blah sekarang.” Tengku Malik bangun lalu membuka pintu, memberi isyarat jelas agar Rayhana keluar.
Namun, bukannya berundur, Rayhana sebaliknya tersenyum sinis.
“Amboi, you sekarang makin kurang ajar ya? Mesti isteri gila you tu yang ajar sampai jadi biadap macam ni, kan?”
Kata-kata itu bagai pisau menikam dada Tengku Malik. Darahnya mendidih. Dia menutup pintu kembali dengan kasar lalu menghampiri Rayhana.
“Berani kau cakap bini aku macam tu?! Kau tahu tak, bini aku seribu kali ganda lebih mulia, lebih baik daripada kau! Jangan pernah hina dia lagi, faham?!” Tengku Malik menuding jari telunjuk tepat ke wajah Rayhana. Rahangnya mengetap kuat, urat hijau di pelipisnya timbul jelas menahan amarah.
Rayhana menepis kasar tangannya.
“Ceh, jangan ingat kau tu bagus sangat! Kau tu jantan tak guna, lari dari tanggungjawab!”
Tangan Tengku Malik terangkat tinggi, hampir sahaja mahu menghempas ke pipi Rayhana. Tetapi sebelum sempat tangannya mendarat, satu tamparan kuat berbunyi hinggap tepat di pipi Rayhana.
Rayhana terundur sedikit. Bibirnya pecah, darah merah pekat mengalir perlahan di tepinya. Dia terkejut, lalu menoleh.
Di hadapannya kini berdiri seorang wanita dengan mata yang berkaca-kaca menahan marah.
Elisyah.
Rayhana terdiam seketika sebelum ketawa kecil mengejek. “Hoi, perempuan! Kau siapa nak tampar aku hah?!”
Elisyah tidak berganjak walau sedikit. Suaranya tegas, matanya tajam menikam Rayhana.
“Aku tak peduli kalau kau nak mengata aku macam-macam. Tapi bila kau hina suami aku... aku takkan berdiam diri. Jangan pernah rasa kau tu perfect. Aku tak nak tahu, dan aku tak peduli apa hubungan kau dengan dia. Tapi aku bagi kau amaran terakhir, jangan buka mulut hina laki aku lagi. Aku benci orang yang cuba jatuhkan maruah dia.”
Tengku Malik terpaku. Dia langsung tidak menjangka isterinya sanggup melindunginya sebegitu rupa. Hatinya sebak bercampur serba salah.
“Sayang… abang boleh explain. Abang—”
Namun Elisyah terus memotong. Suaranya bergetar menahan emosi.
“Kan Sya dah cakap… Sya tak nak ambil tahu pun apa hubungan abang dengan dia. Cukuplah.”
Air matanya jatuh tanpa ditahan lagi. Dia berpaling, lalu berlari keluar meninggalkan bilik itu.
“Sayang!” Tengku Malik cuba mengejarnya, namun sekejap sahaja langkah isterinya sudah hilang dari pandangan.
Dia berpaling ke arah Rayhana yang masih mengesat bibir berdarah. Pandangan matanya penuh benci.
“Kau! Aku belum habis dengan kau!”
Rayhana tidak gentar. Malah senyumannya makin sinis. Dia mengambil semula fail yang jatuh ke lantai, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Wau… berani betul bini kau. Takpe, Tengku Malik. Ini baru permulaan.”
Rayhana melangkah keluar dengan penuh gaya, meninggalkan bilik itu bersama aura dendam yang makin membara.
Setakat ni, korang rasa best tak? Sorry tau kalau cerita ni boring. Sebenarnya cerita ni datang dari fake senario saya time makan. Alang - alang ada senario, baik buat novel. Jadi harap korang suka. Kalau tak suka pun boleh komen. Supaya saya boleh belajar dari kesilapan.
Harap korang suka ?
Share this novel