Bab 11

Romance Series 206

Tok! Tok! Tok!
Ketukan bertalu-talu itu membuatkan Elisyah mendengus kasar. Dengan malas dia bangun lalu membuka pintu.

“Mel nak apa lagi?” soal Elisyah kasar.

“Apa kakak ni? Orang panggil elok-elok, dia melenting pulak. Kerjalah! Dah setahun kak Sya asyik minta cuti tanpa gaji. Kesian mama papa tau,” kata Melisyah. Pandangannya meneliti badan kakaknya dari atas ke bawah. Rambut kusut, wajah pucat, baju pun tak terurus. Melisyah hanya mampu menggeleng kepala.

“Kalau kamu datang depan muka kakak cuma nak membebel pasal kerja, baik tak payah. Tak berbaloi pun. Kakak tak nak kerja. Kakak cuma nak tenangkan diri.”
Sudah setahun perang dingin itu berlarutan. Mereka memang jarang bergaduh, tapi sekali bergaduh, lama benar hendak baik.

“Berapa lama kakak nak tenangkan diri? Lima tahun? Lima puluh tahun? Sudah-sudahlah kak dengan cinta tak berguna tu. Buat apa fikirkan orang yang langsung tak pernah ingat kita?” balas Melisyah, nada semakin tajam.

Mata Elisyah mencerlung, kata-kata “cinta tak berguna” itu betul-betul menikam hatinya.

“Eh! Kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam je. Hashim tak macam tu! Dia setia dengan akak,” suara Elisyah bergetar. Tangannya laju mahu menutup pintu biliknya.

“Setia?” Melisyah ketawa sinis. “Huh! Setia apa kalau tinggal kita tanpa khabar? Siap block lagi! Hahaha… kelakar betul akak ni. Kalau Hash tu setia, mesti dia dah datang cari akak. Atau sekurang-kurangnya call, wasap. Ada? Takde! Itu ke yang kakak panggil setia? Sedarlah kak dari dunia akak tu.”

“Hish! Diamlah!” jerit Elisyah, suara separuh marah, separuh sebak.

Elisyah terus menghempas pintu biliknya kuat. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya pecah juga. Dia jatuh terduduk di tepi pintu sambil menekup muka.

“Hashim… kenapa you tinggalkan I macam ni…” bisiknya perlahan, suaranya terputus-putus menahan sebak. Hatinya perit, dadanya sakit, seolah-olah luka lama yang masih bernanah terus dikorek lagi.

Dia bangun perlahan-lahan, melangkah longlai ke katil. Tubuhnya rebah, wajahnya disembunyikan dalam bantal. Tangisannya semakin kuat. Sudah setahun dia menunggu, setahun dia bertahan dengan harapan kosong. Tapi setiap kali dia cuba lepaskan, hatinya tetap kembali pada nama yang sama....Hashim.

Di luar bilik, Melisyah masih berdiri kaku. Kata-kata kasarnya tadi masih terngiang di telinga sendiri. Dia tahu dia sudah melukakan hati kakaknya, tapi egonya menahan daripada meminta maaf. Nafasnya turun naik, dadanya terasa berat.

“Ya Allah… kenapa kakak tak boleh nampak apa yang aku nampak…” desis hati Melisyah. Perlahan, dia berlalu pergi meninggalkan pintu itu.

Namun, sebelum sempat langkahnya jauh, suara esakan kakaknya menembusi dinding tipis rumah itu. Melisyah terdiam. Ada rasa bersalah menikam dalam diam, tapi bibirnya masih terkunci rapat.

POV: Hashim Mikael

Di hadapan pintu ICU itu, Hashim duduk membongkok di atas kerusi. Hujung jari-jarinya menekup muka, namun air mata masih turun, meninggalkan garisan pada pipi. Sesekali dia teresak, suaranya terkawal antara rintih dan doa.

“I minta maaf, Sya. I terpaksa mungkir janji kita. I bukan lelaki terbaik untuk you. I harap you jumpa kebahagiaan, walau bukan dengan I,” bisiknya, tahu suara itu hanya pergi ke dinding dan siling bilik hospital  bukan ke telinga Elisyah.

Di pangkuannya, telefon bimbit bergetar ringan. Wajah Elisyah terpampang di skrin; Hashim menyentuh gambar itu dengan hujung ibu jarinya, seolah mengusap pipi yang jauh. Ingatannya masih lagi di bilik perbincangan tadi, kata-kata doktor yang dingin tetapi perlu bergema di kepala.

“Macam mana doktor… dengan kakak saya?” tanya Hashim ketika doktor muncul, langkahnya terhenti di hadapan mereka.

Doktor menghela nafas panjang, mata menunduk sebelum menjawab perlahan, “Alhamdulillah, pembedahan berjalan selamat. Cuma…” Dia berhenti, seolah menimbang perkataan. “Kakak awak disahkan koma. Kita tidak tahu sampai bila dia boleh sedar. Ada kemungkinan dia koma lebih dari sebulan, malah mungkin berpanjangan. Ada juga risiko dia tidak sedar kembali. Kami minta keluarga berada rapat dan sediakan diri untuk penjagaan lanjut.”

Kata-kata itu seperti palu menetak dada Hashim. Doktor berlalu pergi, meninggalkan ruang yang tiba-tiba terasa sangat sunyi.

Hashim terduduk, kepala dilabuhkan ke tangan. Matanya memandang tubuh kakaknya melalui cermin bilik ICU. Wayar-wayar dan tiub berselirat, mesin bip yang berdegup seperti jam yang tak mahu berhenti. Wajah kakaknya kelihatan lebih pucat dari kebiasaan, bibirnya kering, nafas yang keluar masuk dipantau peranti.

“Sya… I sayang you,” dia berbisik, suaranya patah. “I terpaksa block you supaya you tak letakkan harapan tinggi pada I. I buat semua ni supaya you tak terlalu percaya pada I… tapi I salah. I guna duit kahwin kita sebab I takut bila-bila masa perlu kos perubatan kakak. Maafkan I, Sya. I janji satu hari nanti I akan bayar balik semua duit tu.”

Dia mengulang ayat itu berkali-kali, bukan untuk mengubah apa yang telah berlaku, tetapi untuk menenangkan hatinya yang bergegar. Di dalam diam, Hashim berdoa  bukan sekadar mohon agar kakaknya kembali, tetapi juga memohon ampun atas pilihan-pilihan yang dibuatnya demi sebuah pengorbanan yang terasa lebih pahit dari manis.

Pintu yang sedikit terbuka itu dorong perlahan. Puan Sarah mengeluh melihat anak sulungnya masih termenung di hadapan tingkap, mata kosong memandang jauh. “Sya, anak mama… jom makan. Mama masak tomyam kegemaran kamu ni,” panggil Puan Sarah lembut, cuba menarik perhatian.

Namun Elisyah tidak menjawab. Pandangannya masih melekat di luar tingkap, seperti menunggu sesuatu yang tak pasti. Puan Sarah mendekat, meletakkan punggungnya di sebelah anak itu. Setahun sudah anaknya mengunci diri dalam bilik dan jarang bercakap, hanya keluar untuk makan, kemudian kembali menangis sendirian.

“Sayang, mama merayu sangat. Tolonglah lupakan semua ni. Sampai bila nak terperap dalam bilik macam ni?” suara Puan Sarah pecah, menahan risau yang menebal.

Elisyah tarik nafas, nada suaranya pahit. “Mama cakap senanglah… yang sakitnya Sya.”

Puan Sarah menggenggam tangan Elisyah, cuba memujuk. “Kalau susah sangat nak move on, mama dan papa mungkin kena buat keputusan, cari calon untuk kahwinkan kamu. Kamu nak macam tu?” soalnya, nada lembut tapi tegas.

Elisyah menoleh, matanya berkaca. “Mama! Sya tak nak. Sya akan tunggu Hash balik. Sya percaya dia. Mestilah dia ada sebab buat Sya macam ni. Sya yakin satu hari nanti Hash akan call Sya dan kahwin dengan Sya. Sya takkan terima mana-mana lelaki lain. Itu janji Sya pada Hash.” Suaranya tegas, tetapi hatinya bergetar.

Puan Sarah melepaskan nafas panjang, bibirnya digigit perlahan. Dia mencapai tangan anaknya, jari-jarinya meremas lembut. “Bukan mama tak percaya, Sya. Tapi kamu dah besar, mama cuma mahu yang terbaik untuk kamu. Mama rindu Sya yang dulu.” Suara Puan Sarah serak, penuh rindu yang menekan.

Dia bangun kemudian, menoleh sambil memberi pesanan terakhir, “Kalau kamu nak makan, beritahu ya.”

Tuan Mazlan hanya memerhati dari jauh, tangan tergenggam kuat. Matanya berkobar. Bukan marah, tapi api rindu dan kesakitan melihat anaknya tertusuk luka yang tak kelihatan. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu. Dia rindu Elisyah yang pernah ceria dan kuat.

Elisyah kembali termenung, memeluk lutut rapat-rapat. Dalam suara yang serak, dia berbisik sendirian, “Tiada siapa faham I. Semua suruh I lupakan you. Hash, I percaya kat you. I tahu you takkan mungkir janji. Jangan risau… I akan tunggu kat sini. Baliklah cepat.” Kata Elisyah sambil
Mengelus lembut rantai miliknya yang diberi oleh Hashim.

Dia memejam mata, seperti seorang kanak-kanak lima tahun merajuk. Kuat pada kata, rapuh di dalam.

Saya harap korang suka. Dan, ni saya punya nama Whattpad. SafiyaNini. Siapa yang berminat tolong follow saya. Sama ada di sini atau di Whattpad

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience