Bab 26

Romance Series 206

Sayang, dah siap kemas barang ke?" soal Tengku Malik sambil merangkul pinggang isterinya dari belakang. Elisyah yang sedang menggosok baju tergelak kecil, terasa geli dengan usikan manja itu.

"Abang ni, sabarlah. Kita nak pergi empat hari. Mestilah Sya nak pastikan semua cukup. Takkan nak biar ada yang tertinggal," balas Elisyah sambil matanya masih fokus pada baju di papan gosok.

Tengku Malik mendengus kecil, pura-pura tidak puas hati. "Alaa, kalau tertinggal nanti beli sajalah kat sana. Bukannya suami sayang ni tak mampu," katanya sambil mencubit manja pinggang isterinya.

Elisyah berhenti seketika, meletakkan seterika di tepi. Dia berpaling menghadap suaminya, merenung wajah lelaki itu dengan senyuman lembut. "Abang... Sya tahu abang mampu. Tapi kalau boleh elakkan membazir, buat apa nak membazir. Duit tu boleh guna untuk benda lebih penting, kan?" ucapnya sambil tangannya naik membetulkan anak rambut suaminya yang terjuntai di dahi.

Renungan Tengku Malik melembut. Dia menggenggam tangan isterinya lalu mengucup dengan penuh kasih. "Untuk sayang, tak wujud istilah membazir. Apa saja yang buat sayang senang hati, abang akan usaha."

Elisyah tersenyum malu, pipinya merona. "Ish, abang ni... pandai betul pujuk. Tapi Sya tetap nak kemas sampai puas hati. Jangan kacau Sya ya, nanti tak siap pulak," katanya cuba menolak dada suaminya perlahan.

Namun, bukannya berundur, Tengku Malik buat muka merajuk. Bibirnya dicebik, matanya merenung Elisyah seperti anak kecil yang minta dipujuk. "Jahatlah sayang ni. Sampai hati halau abang. Ingat senang ke abang nak lepaskan sayang ni buat kerja sorang-sorang?"

Elisyah hanya menggeleng kecil sambil pura-pura tak layan, meneruskan semula kerjanya. Namun di dalam hati, dia tergelak kecil. Jarang benar suaminya berlagak manja begini. Melihat sisi itu membuatkan hatinya rasa hangat, seolah-olah cintanya pada lelaki itu semakin bertambah.

Suasana cerah di Korea direnung lama oleh Elisyah. Udara sejuk yang menyapa kulit membuatkan senyumannya makin lebar. Dari tadi hatinya bergetar dengan rasa syukur, seolah-olah mimpi yang sejak kecil dia simpan akhirnya jadi nyata. Inilah tempat yang selalu dia bayangkan bila tengok drama, bila tengok gambar di internet. Kini, dia benar-benar berada di sini.

“Sayang nak makan apa?” suara Tengku Malik memecahkan lamunannya.

Elisyah terkelip-kelip, tersentak kecil. Dia mengulum senyum sambil menjawab lembut, “Apa-apa je, Sya tak kisah. Janji halal.”

Tengku Malik hanya mengangguk lalu menoleh pada pelayan, menyampaikan pesanan dengan tenang. Namun, matanya sempat melirik isterinya yang kembali termenung. “Sayang… jauh sangat termenung tadi. Tak seronok ke ikut abang ke sini?” nada suaranya terpalit dengan kerisauan.

Mendengarnya, Elisyah ketawa kecil, geli hati dengan kerisauan suaminya itu. “Abang ni… kalau Sya tak happy, buat apa kita sampai sini? Mestilah Sya happy. Malah, Sya rasa macam nak nangis pun ada sebab terlalu gembira,” balasnya jujur lalu menyandarkan kepalanya ke bahu Tengku Malik.

“Abang… terima kasih, ya. Sebab bawak Sya ke sini. Ini impian Sya dari dulu.” Suaranya bergetar, penuh rasa terharu.

Tengku Malik mengeratkan rangkulannya di bahu isterinya. Senyuman nipis terukir di bibir, namun di hatinya ada rasa yang lain. Rasa takut, rasa bimbang. Seolah-olah kebahagiaan ini terlalu indah dan mungkin sekejap. Dia memandang wajah Elisyah yang penuh tenang itu, berdoa dalam diam agar takdir tak merampas wanita itu darinya.

“Abang… Sya nak tidur kejap. Bila makanan dah sampai nanti, kejutkan Sya ya?” pesan Elisyah lembut, matanya sudah memberat.

“Tidurlah, sayang,” balas Tengku Malik perlahan.

Dia hanya duduk tegak, membiarkan Elisyah lena di bahunya. Pandangannya tak beralih dari wajah itu. Wajah yang menjadi separuh jiwanya. Dalam diam, dia berbisik dalam hati, Ya Allah, jangan pernah Kau ambil dia dari sisi aku. Biarlah aku yang hilang, asal bukan dia.

Di meja itu, makanan sudah penuh terhidang. Bau aroma masakan Korea menusuk ke dalam hidung, namun suasana yang sepatutnya meriah bertukar menjadi tegang.

Tengku Malik mengusap lembut kepala isterinya yang sedang terlelap di bahunya. “Sayang, bangun… makanan dah sampai ni,” bisiknya perlahan sambil menggoncang sedikit bahu Elisyah.

Namun tiada tindak balas.

Hatinya mula bergetar. Dia menunduk, menatap wajah isterinya yang pucat. “Sayang? Jom makan. Sayang sendiri yang suruh abang kejut tadi, kan?” suaranya cuba kedengaran tenang, tetapi getarannya jelas ketara.

Masih tiada respon.

Degupan jantung Tengku Malik semakin laju. Kali ini dia menggoncang bahu Elisyah dengan lebih kuat. “Sayang! Sayang bangun, jangan buat abang risau macam ni!” nadanya bertukar cemas.

Orang sekeliling mula menoleh. Panik mula menguasai dirinya. “Tolong! Tolong! Isteri saya pengsan!” jeritnya kuat. Dalam sekelip mata, beberapa orang pelayan restoran dan pelanggan lain datang menghulurkan bantuan. Tanpa berlengah, mereka segera membawa Elisyah ke hospital yang berdekatan.

---

Beberapa jam kemudian, di dalam wad putih yang sunyi, Tengku Malik setia duduk di sisi katil isterinya. Wajahnya muram, matanya merah menahan sebak. Dia menggenggam tangan Elisyah erat-erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

“Sayang… jangan buat abang macam ni. Abang takut… abang risau,” suaranya serak, hampir putus di hujung. Air matanya mula bergenang. “Bangunlah, sayang. Kalau sayang hilang, abang tak tahu macam mana abang nak hidup…”

Baru sahaja air matanya menitis, pintu wad diketuk perlahan. Seorang doktor masuk dengan wajah tenang. “Hello, can you speak Korean?” soalnya.

Tengku Malik cepat-cepat menggeleng. Wajahnya sedikit panik. Hanya Elisyah yang fasih berbahasa Korea. Saat itu, suara isterinya terngiang-ngiang di telinga:

“Itulah abang, orang suruh belajar tak nak. Dah dekat nak pergi Korea, baru nak belajar memang terlambatlah…”

Dia menggenggam rambutnya, menyesal sendiri.

“Okay, I will speak English. You know English?” soal doktor itu lagi.

Kali ini Tengku Malik cepat-cepat mengangguk, matanya penuh harapan.

Doktor itu tersenyum kecil sebelum berkata, “Congratulations. Your wife is pregnant. Don’t worry, both mother and child are safe. Your wife just fainted because she is tired.”

Berderau darah Tengku Malik mendengarnya. Suasana cemas tadi bertukar menjadi lautan syukur. Air matanya menitis, namun kali ini bukan kerana takut kehilangan, tetapi kerana terlalu gembira.

Dia menggenggam erat tangan isterinya, membisikkan syukur berkali-kali. “Alhamdulillah… syukur ya Allah. Sayang, abang takut sangat tadi. Tapi rupanya Allah bagi rezeki besar untuk kita. Anak kita, sayang… anak kita selamat.”

Air matanya jatuh di atas tangan Elisyah. Senyumannya bercampur dengan esakan kecil. Dia tunduk, mengucup jemari isterinya penuh kasih.

“Terima kasih, sayang. Abang janji abang akan jaga sayang dengan anak kita baik-baik. Abang takkan biarkan apa-apa pun terjadi pada kalian,” bisiknya dengan tekad yang mendalam.

Elisyah menggeliat perlahan di katil, matanya yang berat cuba dibuka. Cahaya putih dari siling membuatkan pandangannya sedikit silau. Dia mengerutkan dahi, keliru dengan keadaan sekeliling.

“Ab… abang?” suaranya serak, hampir berbisik.

Serentak itu, Tengku Malik yang duduk di sisi terus tersentak. Dia menggenggam tangan isterinya dengan pantas. “Sayang! Alhamdulillah… sayang dah sedar.” Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan lagi.

Elisyah yang masih mamai cuba tersenyum. “Kenapa abang menangis? Sya sakitkan abang?”

Tengku Malik menggeleng laju, menggenggam tangan itu sekuat hati. “Tak… sayang tak salah apa-apa. Sayang cuma buat abang takut sangat. Abang fikir abang akan hilang sayang…” suaranya bergetar, penuh emosi.

Elisyah menatap wajah suaminya. Jelas nampak mata merah itu, tanda dia benar-benar menangis kerana dirinya. Hatinya tersentuh. Perlahan, dia mengangkat tangan untuk menyapu air mata di pipi lelaki itu. “Sya kan ada lagi kat sini. Jangan nangis ya, abang.”

Tengku Malik menunduk, mengucup lembut tangan isterinya. Nafasnya turun naik, menahan sebak. “Sayang… Allah bagi kita rezeki. Abang dapat dua nikmat sekaligus. Sayang selamat… dan abang baru tahu yang sayang tengah mengandungkan anak kita.”

Elisyah terdiam. Wajahnya kaku, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. “Abang… betul ke apa abang cakap ni?”

Tengku Malik mengangguk, senyumannya bercampur dengan tangisan. “Ya, sayang. Doktor sendiri yang beritahu abang tadi. Anak kita selamat, sayang. Abang akan jadi ayah… dan sayang akan jadi ibu.”

Air mata Elisyah jatuh tanpa dapat dibendung. Dia menutup mulutnya, teresak-esak. “Ya Allah… betul ke ni, abang? Sya… Sya tak sangka…”

Tengku Malik segera meraih isterinya ke dalam pelukan. “Sayang, jangan menangis lagi. Air mata sayang terlalu berharga. Abang nak tengok sayang senyum, sebab abang tahu, anak kita pun nak rasa bahagia dalam rahim sayang.”

Pelukan mereka erat, penuh rasa syukur dan cinta. Untuk pertama kalinya sejak berkahwin, Elisyah benar-benar merasakan makna kebahagiaan itu bukan sekadar kata-kata, tetapi anugerah yang kini tumbuh di dalam dirinya.

Love you all ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience