Bab 4

Romance Series 206

“Ermm… sedapnya ayam ni!” Elisyah terjerit kecil.

“Sedap, kan? Ni lah tempat kakak I selalu bawa I makan waktu kecil dulu.”

Mengingatkan hal itu membuatkan riak wajah Hashim berubah. Dia rindu pada kakaknya. Orang pertama yang membuat dia gembira sebelum Elisyah hadir. Mereka berdua anak yatim piatu. Hashim tak pernah kenal siapa ibu bapanya kerana ketika itu dia masih bayi, manakala kakaknya berumur lima tahun. Semua cerita tentang mak ayah mereka hanya datang daripada mulut kakaknya, dan semuanya baik-baik belaka. Sebab itu dia tak faham kenapa mereka ditinggalkan.

Tiap kali dia bertanya, jawapan kakaknya tetap sama “Tak tahu.” Mungkin kakaknya pun masih kecil waktu itu untuk faham? Entahlah. Yang pasti, dia hanya ada kakaknya sepanjang membesar.

“Are you okay, Hash?” tanya Elisyah risau melihat riak wajah tunangnya itu.

“I okay je… cuma I rindu kakak I,” jawab Hashim perlahan.

“I tahu rindu tu sakit, tapi kakak you pergi untuk kebaikan dia, kan? You kenalah terima,” nasihat Elisyah lembut. Dia faham rasa itu. Kalau dia sendiri perlu berjauhan dengan orang yang dia sayang, dia pun tak sanggup. Namun apakan daya, kakaknya perlu sembuh.

“I dah terima… cuma kadang-kadang tu tetap rindu. Nak call pun, kakak tak berapa sihat,” luah Hashim lagi. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa risau akan keadaan kakaknya.

“Sekarang kanser kakak you tu makin kurang ke? Doktor cakap apa?” tanya Elisyah sambil menyedut minumannya.

“Tak… kakak masih dalam rawatan. Malam ni baru tahu result.” Hashim menarik nafas. Kanser kakaknya sangat serius. Dia terpaksa ke luar negara kerana doktor yang mengenalinya sejak kecil berada di sana. Biasanya, tiga bulan sekali kakaknya akan pulang ke Malaysia  itu pun bergantung sama ada dia larat atau tidak. Kali ini, sudah tujuh bulan kakaknya tak balik. Hampir setahun juga.

Bukan kakaknya tak mahu pulang, tapi keadaan tidak mengizinkan.

“Okay… apa-apa you inform I tau. I harap keadaan kakak you bertambah baik,” kata Elisyah lalu menyambung makan. Mereka terus berbual panjang, kebanyakannya tentang perancangan selepas berkahwin.

“Hash, terima kasih belanja I makan,” kata Elisyah sambil membuka pintu kereta. Mereka memang sudah terbiasa saling berterima kasih setiap kali salah seorang mengeluarkan duit atau berbuat sesuatu, sejak awal lagi hubungan mereka.

“Nanti…” Elisyah menutup pintu kereta semula.

“Ye? Ada apa yang you nak luah?” soal Elisyah sopan.

“Takdelah… I cuma nak cakap yang I sayang sangat-sangat kat you. I nak you ingat, walau apa pun yang berlaku, I masih setia dengan you.”

Nafas Hashim tersekat-sekat ketika itu. Entah kenapa, hari ini dia rasa lain.

“Hash, I pun sayang you sangat-sangat. I pun akan setia dengan you. Tapi kenapa dari pagi you macam ni? You ada sorok something ke dari I?” tanya Elisyah. Dia mula rasa pelik. Lelaki itu tak pernah begini.

“Tak… mana ada! I cuma nak luahkan perasaan I je. Mana tahu ta..”

Belum sempat Hashim menghabiskan ayatnya, Elisyah cepat memotong.

“Tak! Takde apa-apa yang akan jadi kepada kita. Kita akan naik pelamin bersama dan gembira. Tolong jangan macam ni… please,” rayu Elisyah. Entah kenapa, hatinya sebak mendengar kata-kata lelaki itu.

“Sorry kalau I buat you risau. Masuklah… takde pape pun. I yang overthinking lebih-lebih. Okay, nanti esok I ambik you, kita pergi tengok rumah,” kata Hashim, rasa bersalah kerana membuat buah hatinya sedih.

“Okay, jumpa esok. Love you,” balas Elisyah sambil tersenyum ceria. Lega sedikit hati Hashim.

“Okay, bye my love,” ucap Hashim sambil melambai, sebelum berlalu pergi.

Komen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience