39

Romance Completed 48873

"Mana bini aku?!" tanya Hazim separuh menjerit di hujung talian. Namun hanya dibalas dengan tawa Iqbal.

"Jangan risau, dia selamat dengan aku. Cuma, aku takkan lepaskan dia free free la Hazim." Iqbal mengerling ke arah Sophia yang sedang meronta-ronta sambil mulutnya ditekup Jackie.

Habuan yang bakal diterima adalah bertujuan untuk dia meloloskan diri dari Malaysia. Sedar dirinya sudah tidak selamat di negara ini, Iqbal harus bertindak cepat. Polis sudah menjejakinya di mana-mana, dia kini penjenayah yang paling dikehendaki.

"Apa maksud kau?" terketar-ketar Hazim menahan amarah. Kalau Iqbal di depan mata, memang sudah lunyai dia kerjakan.

"Sophia aku jadikan tebusan. Kalau kau nak dia selamat, kau kena bayar harganya. Hahaha!"

Mendengarkan kata-kata Iqbal, Sophia semakin sebak. Ingin sahaja dia menjerit meminta tolong kepada suaminya tapi apakan daya. Dia hanya mampu menangisi nasib malang yang menimpanya.

"Bangsat kau, Iqbal!" Hazim tambah bengang.

Nadine dan orang tuanya memandang ke arah Hazim yang meninggikan suara di corong telefon. Mereka tahu ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Sekembalinya Hazim ke dalam rumah, wajahnya sugul.

"Macam mana, Zim?" tanya ayah Sophia.

"Dia nakkan RM500,000." jawab Hazim lemah.

"What?! Banyak tu! Macam mana ni papa? Takkan senang-senang je kita nak bagi duit tu?" Nadine mengeluh sambil menenangkan mamanya yang dari tadi tidak sedap hati.

"Abang...Kita kena repot polis ni, anak kita dalam bahaya!" suara cemas Puan Natrah akhirnya kedengaran setelah sekian lama membisu.

"Betul tu, kita tak boleh biarkan penjenayah tu apa-apakan Sophia!" sokong Puan Noor yang juga ada di situ.

"Jangan, saya ada rancangan... Sebaiknya kita beritahu Inspektor Azfar dahulu." balas Encik Bakri.

.

"Ada sentuhan terasa di pipinya, perlahan Sophia membuka sepasang matanya yang berat. Wajah pertama yang dilihat masih lagi orang yang sama. Puas dia menangis hingga tertidur, mengharapkan agar mimpi buruk ini bakal berakhir.

"Jangan sentuh aku!" Sophia memalingkan wajah, hanya disambut dengan tawa Iqbal.

"Sombong! Heh! Makan! Aku belum nak tengok lagi kau mati kering kat sini." Sebungkus plastik berisi bekas polisterin ditolak ke arah Sophia.

Langsung wanita itu tidak memandangnya. Iqbal jadi stres.

"Degil kau ya?! Eh pompuan, aku cakap makan!" bungkusan makanan dibuka. Menggunakan sudu plastik, nasi ditonyoh juga ke arah mulut Sophia.

Meronta-ronta Sophia menolaknya. "Tak nak! Hmph!!!"

"Degil! Patutlah suami kau tak sayangkan kau!"

Mengalir air mata Sophia. Pandangan tajam dihalakan ke arah wajah yang dibenci itu. Sesungguhnya kata-kata Iqbal itu sedikit merobek hatinya. Dia masih juga keliru dengan apa yang terjadi pada hubungannya dengan Hazim.

"Kenapa? Sedih? Hahaha! Kau memang bodoh, dari dulu lagi Sophia!"

"Diam!" kali ini Sophia menjerit.

Iqbal mengejek Sophia dalam diam. Puas hati mendera perasaan wanita itu.

"Bal..." Jackie muncul entah dari mana, telefon di tangan dihulurkan kepada Iqbal.

Sophia mulai lagi menjerit meminta tolong. Dia pasti Hazim yang sedang berada di talian.

"Tutup mulut dia!" arah Iqbal sementara panggilan telefon dibisukan.

"Hello, Hazim." jawab Iqbal sambil keluar dari bilik gelap itu.

"Dah sedia? Bagus! Aku akan beritahu lokasinya, tapi ingat! Kalau kau libatkan polis, habis Sophia aku kerjakan."

.

Sebuah briefcase berisi wang tunai lima ratus ribu digenggam erat. Lokasi yang dikirim Iqbal menjadi destinasinya kini. Berbekalkan doa dan tawakal, Hazim mengorak langkah.

Mengikut rancangan semalam, Encik Bakri dan Inspektor Azfar bakal mengawasinya dari jauh. Ini bagi memastikan keselamatan Hazim, tanpa pengetahuan Iqbal. Pihak polis yang terdiri daripada anggota Unit Tindakan Khas (UTK) baru sahaja dimaklumkan, dan mereka juga bakal bersedia untuk ke tempat kejadian, yakni di kawasan agak jauh dari bandar.

Mereka akan bergerak dengan kenderaan yang berasingan, Encik Bakri dan Inspektor Azfar mengekori kereta Hazim yang menuju ke sebuah perkampungan yang agak terpencil. Sekelilingnya hanya dipenuhi pokok kelapa sawit.

Alat pengesan GPS yang membawa Hazim akhirnya berhenti di sebuah penempatan. Ada sebuah stesen minyak dan beberapa buah kedai kecil di situ. Orang pula tidak begitu ramai. Hazim memberhentikan keretanya di tempat parkir stesen minyak itu.

Baru sahaja dia ingin mengeluarkan telefon bimbit dari kocek, cermin keretanya diketuk. Muncul seorang lelaki bermata sepet dengan memakai topeng separuh muka di tepinya. Mungkin inilah dia orang suruhan Iqbal.

"Mana wang?" tanya lelaki itu sejurus sahaja tingkap kereta dibuka Hazim.

Hazim menunjukkan briefcase yang dibawa, lalu lelaki itu mengangguk. Dipandangnya kiri dan kanan, untuk memastikan Hazim benar-benar datang sendiri. Lalu dia berpuas hati.

"Your phone?" tanya dia lagi.

Hazim terpaksa menunjukkan telefon bimbitnya.

"Leave it here. Sekarang kau ikut aku, bawak wang tu!"

Hazim tidak bersuara, segala arahan diikut memandangkan dia juga merisaukan keselamatannya sendiri. Belum tentu lelaki ini tidak bersenjata.

.

Pihak polis yang sedang bersama ayah Sophia sedang menunggu di sebuah simpang masuk ke sebuah kampung. Hazim disyaki sudah pun dibawa pergi oleh suspek ke tempat lain memandangkan alat pengesan GPS yang menghubungkan mereka telah berhenti bergerak.

Inspektor Azfar memberi beberapa arahan melalui walkie-talkie. Katanya, anggota UTK sudah mulai bergerak untuk mengepung lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Iqbal. Melalui seorang informer yang juga penduduk tempatan, mereka mengesyaki wujudnya aktiviti yang mencurigakan di sebuah bangunan sekolah lama di kampung itu.

Rupa-rupanya sudah hampir sebulan Iqbal berada di kampung itu, bersembunyi sambil melakukan beberapa kegiatan haram seperti memproses dan mengedar dadah.

"Encik Bakri, sebaiknya encik duduk di sini. Biar saya dan anggota lain masuk ke sana. Rakan saya akan temankan encik di sini. Kami akan cuba selamatkan Sophia." pesan Inspektor Azfar yang sudah lengkap berpakaian khas dan bersenjata.

Encik Bakri yang sememangnya berharap hanya mengangguk faham. Kepercayaan diletakkan kepada pihak polis untuk menyelamatkan anaknya, dan selebihnya dia hanya berdoa kepada yang Maha Esa.

Telefon bimbitnya dikeluarkan setelah dari tadi bertubi-tubi panggilan dari ahli keluarga yang lain masuk.
.

Di sebuah bangsal di belakang bangunan sekolah lama, Iqbal masih bertikam lidah dengan Sophia. Beberapa orang suruhannya sedia menunggu di luar, manakala Jackie dihantar untuk berurusan dengan Hazim.

"Kenapa kau tak ingat aku Sophia?! Kau memang sengaja kan!!! " Iqbal membentak Sophia lagi. Sebelum Hazim sampai, dia ingin menyiksa Sophia sepuas hati.

"Sakitlah! Lepaskan aku! Tolong! Tolong!" walau dengan suaranya yang semakin serak, Sophia meminta pertolongan.

"Diam!"

"Ah!" pipi Sophia  ditampar lagi, kali ini ada titis darah yang mengalir. Sophia menganduh sedih.

"Selagi kau tak ingat aku, aku seksa kau Sophia! Ingat aku, Sophia! Ingat aku! Dulu kau buang aku! Kau tolak pinangan aku! Aku cuba hapuskan kau! Tapi kau hidup lagi!" Iqbal yang bagai dirasuk hantu itu mencengkam rambut Sophia kuat agar wanita itu memandangnya.

"Kau! Arghh!!!" Sakit yang menyucuk di kepala membuatkan Sophia mengerang. Sekelilingnya berbalam-balam.

"Kau! Iqbal!" kepala Sophia berpusing hebat, kata-kata Iqbal tadi sedikit demi sedikit mula mengembalikan memorinya. Termasuklah kejadian yang hampir meragut nyawanya.

"Kau dah ingat aku?? Kau dah ingat aku Sophia? Ya. Aku Iqbal!" Iqbal menepuk dada dengan bangga.

"Kau memang setan! Aku benci kau! Sampai mati aku benci kau! Argh!" Sophia cuba menendang Iqbal sekuat hati dan ingin bangun. Iqbal jatuh terduduk, namun dia sempat bangun untuk menyerang Sophia.

"Mana kau nak lari hah?! Perempuan jalang!" rambut Sophia sempat dicapai, lalu satu pukulan singgah di wajah Sophia.

"Arghh!!!" Sophia jatuh terjelopok dalam kesakitan. Kelihatan cecair merah mula membasahi celah kangkangnya, makin kuat Sophia menangis. Tenaganya sudah semakin habis. Perutnya ditekan-tekan.
"Tolong...!"

Langkah Hazim yang diekori oleh Jackie dilajukan setelah mendengar suara isterinya menjerit. Dia yakin itu Sophia.

"Woi!" laju Jackie harus mengejar Hazim yang terlepas dari pegangannya.

Sampai di bangsal buruk itu, Hazim menerpa ke dalamnya. Kelihatan Sophia sedang terbaring di lantai. Di sebelahnya pula Iqbal yang cuba menutup mulut Sophia.

"Celaka kau, Iqbal!!!" Hazim meluru ke arah Iqbal. Kolar baju lelaki itu ditarik menjauhi isterinya, lalu sebiji penumbuk dilayangkan.

"Sayang...!" Baru sahaja dia ingin mendapatkan Sophia, Iqbal menerkamnya dari belakang.

Mereka berlawan tumbukan. Jackie yang melihat Iqbal diserang bertubi-tubi terus keluar dari situ untuk mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.

BUK! BUK!

Iqbal dan Hazim masih bertumbuk sakan. Sophia pula mengerang kesakitan.

"Abang! Sakit bang!" Dia cuba mengengsot ke arah pintu keluar dengan susah payah.

"Iqbal! Stop!!!" rayuan demi rayuan dari Sophia langsung tak dihiraukan oleh Iqbal.

Ikatan di tangan masih belum lepas, menyukarkan dia untuk bergerak. Hazim yang berkali-kali ingin mendapatkannya gagal setelah dihalang Iqbal.

"Puas hati aku! Biar bini kau mampus! Sekali dengan anak kau!" jerit Iqbal. Mereka sudah masing-masing berlumuran darah.

Waktu itu juga Jackie masuk dan menghentak kepala Hazim dengan sebatang kayu. Hazim jatuh menyembah lantai. Kepalanya dirasakan amat berat.

"Abang!!! No!" jeritan Sophia terngiang-ngiang di telinganya, namun dia semakin lemah.

"Jackie! Cepat lari! Bawak duit!" Iqbal kelihatan terhuyung-hayang cuba untuk bangun. Jackie sudah melarikan diri, diikuti oleh Iqbal.

Tinggal sepasang suami isteri itu yang sedang berjuang menahan sakit.

"Abang! Abang bangun, bang!" kata-kata terakhir dari Sophia itu didengari Hazim sebelum matanya semakin merapat.

"Abang!" jerit Sophia lagi. Makin lama, perutnya makin sakit.

"Allah...Allah..." ucap Sophia acap kali ketika dirasakan sakit itu datang.

"Abang, bangun abang!" Sophia mencapai bahu Hazim yang terbaring.

Mata Hazim kembali celik, walaupun kepalanya masih berdenyut. "Sophia..."

"Abang, saya sakittt! Tolong bang! Baby..."

"Sophia! Sabar sayang! Tolong! Tolong!" Hazim kembali bangkit dan menjerit meminta tolong. Ikatan tangan isterinya dileraikan. Luluh hatinya melihat keadaan Sophia begitu.

Jarinya dibiarkan digenggam oleh Sophia. Dia mengerti isterinya sedang bertarung nyawa. Mengalir air mata jantannya meminta tolong.

Tidak lama selepas itu, bunyi beberapa das tembakan kedengaran disertai dengan panggilan dan jeritan beberapa orang di luar bangsal. Sophia semakin tidak berdaya, hanya zikir bermain di bibir agar diselamatkan segera.

.

Sepantas kilat beberapa ahli perubatan mendapatkan Sophia yang sedang meraung kesakitan. Pengusung diturunkan dari ambulan, Sophia ditolak menuju ke ruang kecemasan.

"Abang...ampunkan Sophia abang... sakittt...!" peluh membasahi wajahnya, kesakitan untuk melahirkan sudah semakin dirasai.

"Tahan ya, sayang. Sikit lagi...!" Hazim yang separuh sedar turut berkejar. Tangan mereka erat bergenggaman. Sophia sempat menitip pesan.

"Abang selamatkan baby kita abang, tolong abang! Abang janji kalau sesuatu berlaku dekat saya, abang jaga anak kita ya bang? Janji dengan saya, selamatkan anak kita ya?!" pesan Sophia sambil mengerang lagi. Sakitnya hanya Tuhan yang mengerti. Hanya pada Allah dia berserah nyawa.

"Sayang, sabar sayang. Jangan cakap macam ni. Sabar! Sayang mesti selamat, anak kita akan selamat!" Hazim menggeleng tidak setuju dengan kata-kata Sophia.

"Ampunkan saya bang, maafkan dosa-dosa saya selama ni dekat abang..." laju airmata Sophia mengalir tanpa dia sedari.

Biarlah sekurang-kurangnya Hazim memaafkannya andai takdir tidak menyebelahinya. Terasa banyak silapnya sepanjang menjadi isteri lelaki itu, sedangkan Hazim sabar melayan setiap karenahnya.

"Sayang tak ada salah dengan abang, abang dan maafkan...tahan ya, sayang kuat!" luluh hati Hazim melihat si isteri yang semakin lelah. Perasaan lama itu datang kembali, Hazim cuba menahan sebak yang menggunung.

"Sakit, abang!"

Perlahan-lahan, pandangan Sophia mulai kabur. Kedengaran beberapa suara sedang menggerakkan tubuh badannya, sayup-sayup sahaja.

Hanya sepotong ayat terakhir dari suaminya kedengaran,

"Abang sayang awak, Sophia..."

Maaf buat yang lama menunggu, sis sibuk dengan kerja hehehe. Selamat membaca, jangan lupa komen support. Sayang readers ku semua :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience