Iqbal masih sedang menunggu Nasha bersiap untuk pulang. Hari ini giliran Nasha pula dikikis, memandangkan gadis itu akan menerima bayaran penuh bagi job yang telah diselesaikan.
Sedang Iqbal leka membelek telefon bimbit ruang menunggu, dia didatangi seseorang. "Iqbal!"
"Eh, Sophia!" Iqbal mendongak lalu berdiri untuk mendapatkan Sophia yang tiba-tiba muncul. Sophia menolak tubuh Iqbal yang ingin memeluknya.
"Get your hands off me!"
"Kenapa ni marah marah?" tanya Iqbal sinis.
"Mana gambar-gambar tu? Delete la Iqbal! Aku dah bagi apa kau nak!" Sophia bergelut dengan Iqbal, telefon di tangan Iqbal cuba dirampas.
"Hei hei hei! Kau ingat cukup ke duit yang kau kasi?!" Iqbal genggam kemas lengan Sophia sambil memandang tajam.
"Lepas! Kau ni memang gila lah, tahu tak?! Sanggup kau buat aku macam ni? Jangan ingat aku tak boleh report polis, Iqbal!"
"Sebab kau aku jadi macam ni!"
"Apa salah aku hah?! Kenapa kau buat aku macam ni!" Sophia menjerit tanpa menghiraukan sekeliling. Sabarnya makin menipis.
"Kenapa Iqbal!"
"Kau yang rela, Sophia. Kau yang murah!"
PAPP!!! Suatu tamparan hinggap ke pipi Iqbal.
"Aku tak murah! Jaga sikit mulut kau!!!" lantang suara Sophia, hinggakan Iqbal terdiam menahan marah.
"Hoi, pompuan!" kali ini Nasha pula muncul di tengah-tengah.
"Kau kenapa hah, tampar Iqbal macam ni? Apa masalah kau?!"
Soalan Nasha dibiarkan Sophia tanpa jawapan. Baik dia pergi dari situ, tidak sanggup lagi dia mendengar kata-kata hina yang bakal dilemparkan kepadanya. Dia bukan perempuan murahan seperti yang Iqbal katakan.
Pipi Iqbal dirasakan berbekas dan pijar. “Sakit ke? You okey tak?” Nasha cuba mengusap wajah Iqbal yang seperti menahan marah, malah dia ditepis kasar.
“Nampak macam I okey ke?!” Iqbal juga pergi dari situ dengan perasaan marah. Lagi-lagi bila Sophia baru sahaja menggertak untuk membuat laporan polis.
.
Hazim memasang sebelah earbud ke telinga. Panggilan dari isteri tersayang diangkat sambil matanya terus fokus ke hadapan.
"Hello. Abang?"
"Ye, sayang. Abang baru habis appointment. Kenapa ni?"
"Abang, hari ni Sophia tak dapat dapat teman abang lunch tau. Ada kerja kat studio."
Hazim menjeling jam di tangan kanan. Sudah masuk waktu makan tengah hari, jalan raya sudah beransur sibuk.
"Okay la kalau macam tu. Tapi make sure makan. Abang ingat nak pergi McD je la. Lama tak makan McD. You want anything?" tiang tinggi dengan lambang huruf M besar sudah makin dihampiri.
"No, it's okay. Alright Encik Hazim. Enjoy your lunch. Jangan nakal-nakal!"
"You, too. Bye sayang." Hazim tersengih mendengar pesanan Sophia. Manalah dia nak menggatal lagi kalau dah ada bini tersayang.
Masih belum ramai pelanggan di dalam restoran McD. Hazim berkeputusan untuk makan di situ sahaja. Kaunter pesanan dihampiri. Dia langsung tidak menyedari akan gerangan yang mengekorinya sejak tadi. Mungkin kerana terlalu lapar.
Nasha beratur di kaunter pertama, tepat di belakang Hazim Ikmal. Matanya sibuk memerhati Hazim atas bawah. Tinggi orangnya, dan jauh lebih tampan dari dalam gambar yang dia lihat sebelum ini.
Memang tidak kurang segaknya, patutlah Sophia terpikat. Lelaki ini langsung tidak kelihatan seperti seorang duda.
Nasha pantas memulakan langkah, misinya harus berjaya.
"Hai!" teguran Nasha membuatkan Hazim berpaling ke belakang.
“Hai.” Hazim senyum nipis ketika gadis muda berambut pendek itu menegurnya. Terus dia teringatkan pesan bininya sebentar tadi. Macam tahu-tahu pula Sophia ni.
"Sorry, you Hazim Ikmal kan? Husband Sophia?" Nasha merenung Hazim yang jelas kelihatan tertanya-tanya itu.
“Yes. And you?” tanya Hazim kembali. Sumpah dia tidak kenal dengan perempuan ini.
“I kawan Sophia. Her colleague. You sorang je ke? Sophia mana?” Nasha mengelak dripada memperkenalkan diri kepada Hazim.
“Oh. I sorang. Sophia ada kerja.” Jawab Hazim pendek. Dia mula rasa tidak selesa.
"I see... anyway i'm glad Sophia dan berbaik dengan Iqbal. Bagus kan, dua-dua dah move on." kata Nasha tiba-tiba.
“Sorry. Maksud you?” sejujurnya, dia agak kaget ketika nama Iqbal disebut. Setahunya sudah lama Sophia tidak bercerita dengannya tentang Iqbal. Kerana lelaki itu sudah berhenti menggangu isterinya.
"I nampak Sophia dengan Iqbal semalam, diorang macam dah okey je. Mungkin Iqbal dah boleh terima kenyataan kot yang Sophia dah jadi isteri you. Bagus la tu kan?" Nasha perasan akan riak wajah Hazin yang perlahan-lahan berubah. Nampaknya sedikit lagi rancangannya akan berhasil.
Hazim hanya mengangguk. Tiba-tiba hatinya rasa tidak sedap. Takkanlah Sophia berahsia dengannya. Hanya satu cara untuk mendapatkan kepastian, dengan bertanya terus kepada Sophia.
“Excuse me. I ada salah cakap ke?” Nasha bersorak di dalam hati, pasti Hazim sudah termakan kata-katanya.
“No.” Hazim terus berpaling dari situ. Hilang terus seleranya. Apa sebenarnya motif gadis ini? Betulkah Sophia sudah berbaik dengan Iqbal?
.
Hazim masuk ke bilik tidur setelah selesai menyiapkan sedikit tugas dari pejabat. Isterinya dilihat sedang di hadapan meja solek, barangkali sedang bersiap untuk tidur.
Sophia senyum ke arah Hazim melalui pantulan cermin. Hazim berjalan masuk ke bilik air setelah membalas pendek senyum tadi.
Sophia meneruskan usapan losyen ke badan dengan sedikit kerutan di dahi. Sepanjang mereka makan malam tadi pun, Hazim tidak banyak bersuara. Hanya menjawab bila perlu. Fikirnya, mungkin Hazim penat seharian bekerja.
Ketika keluar dari bilik air, Sophia sudah di atas katil. Kelihatannya sedang menunggu Hazim untuk naik ke situ seperti biasa. Sophia memerhati gerak geri suaminya. Bagaikan tidak percaya, lelaki dambaannya ini sudah sebulan lebih menjadi hak mutlak dia seorang.
Hazim merupakan suatu perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidupnya. Oleh itu, setiap hari dia tak akan lupa untuk mengungkapkan kata cinta kepada lelaki itu.
“You got something to tell me?” Hazim yang sedang menanggalkan t-shirt dipakainya sedar diperhatikan dari tadi. Sophia menggeleng kecil.
Hazim merebahkan diri di sebelah Sophia. Hatinya meronta-ronta untuk menanyakan soalan yang bermain di fikiran, namun mindanya mengarahkan perkara sebaliknya.
“How bout you?” Sophia menongkat dagu, masih lagi merenung Hazim. Hazim diam sebentar sambil memandang siling.
“Abang nak tanya something…” suara Hazim perlahan, namun masih dapat didengari.
“Apa dia?”
“Sayang ada jumpa Iqbal? Dah lama tak dengar cerita pasal dia.”
Sophia cuba mengawal riak. Setiap kali nama itu disebut, dia jadi tidak senang.
"Tak jumpa pun. Abang ada jumpa dia ke?" bohongnya. Sophia bergerak merapati Hazim. Tubuh Hazim yang tidak berbaju itu dipeluk. Takkan dibiarkan Hazim tahu tentang apa yang terjadi antara dia dan Iqbal baru-baru ini.
"Takde lah. Just wondering. Sayang tak pernah ceritakan pasal dia?" Hazim menunggu jawapan Sophia.
Selama ini hanya dia yang banyak bercerita tentang kisah silam dia dan Hana. Teringin juga dia tahu sejarah Sophia dan Iqbal. Sophia diam sebentar. Benar kata Hazim. Jarang dia membuka cerita lepas. Lagipun Hazim suaminya, tidak salah dia berkongsi.
"Abang nak tahu ke?" Sophia mengambil nafas sebelum bercerita.
"Of course." Hazim menumpukan sepenuh perhatian kepada Sophia.
"Saya kenal Iqbal melalui kerja. Kami bekerja bawah agensi model yang sama. Dua tahun lebih bercinta, Iqbal mula buat perangai. Dia mula naik tangan. Tiap kali kami gaduh, saya akan jadi mangsa. Dia terlalu panas baran, kuat cemburu. Kalau saya ugut nak tinggalkan dia, dia lagi marah. Sebab sayang, saya sanggup stay. Sampailah saya rasa dah tak tahan. Mana mungkin saya nak hidup selama-lamanya dengan orang yang suka sakiti saya." Sophia memandang ke arah lain. Hina rasanya bila menceritakan perihal peribadi. Dia menyesal kerana membiarkan Iqbal berkali-kali melukainya.
"Saya tahu. Mesti abang ingat saya ni bodoh. Sebab sanggup setia dengan orang macam tu—" Sophia cuba menebak tanggapan Hazim yang hanya diam itu. Tiba-tiba takung matanya terasa hangat. Terasa lemah, apabila mengingatkan apa yang terjadi.
"Tapi percayalah, saya selalu cuba. Cuba untuk larikan diri, tapi saya tak mampu. Saya takut." perlahan-lahan air mata Sophia gugur.
Sophia masih tidak menceritakan ke Hazim tentang ugutan Iqbal. Sekali lagi ketakutan menguasai diri. Dia takut rumahtangga yang baru dibina ini goyah kerana kesilapan waktu silam.
"Shh... Jangan cakap macam tu." Hazim lekas memeluk Sophia yang mula teresak kecil. Lupa terus akan tujuan utama dia bertanyakan soal bekas kekasih Sophia.
Pujukan Hazim malah membuat esakan Sophia makin kuat. Dia ingin memeluk Hazim terus dekat dengannya. Hanya dengan Hazim dia berasa selamat.
"I won't judge you, sayang. Abang tak pernah ada kat tempat sayang. I can only imagine the pain you're going through." bisik Hazim.
Rambut isterinya diusap penuh kasih sayang. Kasihan, itulah juga yang dirasakannya sejak pertama kali dia bertemu Sophia. Di sebalik sikap periang Sophia, ada kisah sedih. Dia yakin Sophia banyak memendam rasa.
"Abang penyelamat saya..." Sophia mengesat tangisan yang bersisa. Melalui Hazim, dia bertemu kekuatan.
"Abang akan jaga sayang. Abang takkan biarkan sesiapa pun sakitkan sayang." tutur Hazim dengan yakin. Sophia kini amanah besar buatnya.Tekadnya dalam hati, dia tidak akan mempersiakan lagi cintanya.
"Janji?" mata Sophia yang bersinar memandang Hazim.
"Janji." dahi Sophia dicium penuh kasih.
Sophia menarik wajah Hazim mendekat, hingga bibir mereka saling bersentuhan. Rangkulan dieratkan, tanda dia tak mahu lepaskan Hazim. Biar Hazim tahu betapa dia amat sayangkan lelaki itu.
"I love you so much, abang..." sempat Sophia berbisik sebelum ciuman mereka semakin ghairah.
Share this novel