Pandangan dilontarkan ke luar kereta. Tinggal beberapa detik lagi, dia bakal menjadi suami orang. Kali ketiga bakal melafaz akad nikah namun debarannya masih terasa. Hazim cuba bertenang dan lebih relaks sebelum sampai ke destinasi.
Jauh fikirannya melayang. Teringat akan pesan arwah isteri yang takkan pernah dia lupa.
"Abang janji dengan Ati. Kalau Ati dah tak ada. Kalau ditakdirkan Ati pergi dulu. Abang carilah pengganti Ati. Cari yang lebih baik dari Ati... Yang akan sayang dan jaga abang lebih dari yang Ati mampu. I just want you to be happy..."
Pesan terakhir dari arwah Hana yang sering bermain-main di ingatan, lagi-lagi kebelakangan ini. Tidak pasti sama ada dia bakal menjumpai pengganti yang setanding Hana. Mungkin tidak.
Sophia... jauh berbeza dengan Hana. Tapi Sophia buat dia rasa senang, rasa dihargai. Keikhlasan Sophia dalam hubungan mereka dapat dia rasai. Setiap kali bersama Sophia, Hazim terasa ingin melindunginya.
Walaupun berlainan kisah, kedua-duanya punya tempat istimewa di hati Hazim.
"Hazim." panggil Puan Noor. Hazim tersedar dari lamunan, mereka sudah sampi ke perkarangan rumah keluarga Sophia.
Rombongan pengantin lelaki yang terdiri daripada Hazim Ikmal, umi dan ayahnya juga beberapa orang saudara terdekat sudah tiba. Pengantin perempuan diminta untuk bersedia dan turun ke ruang utama.
Sophia pula ditemani oleh Nadine dan Puan Natrah di sisi. Makin kuat debaran di hati ketika melihat Hazim yang lengkap berbaju melayu putih sudah duduk bersila di hadapan tok kadi. Kacaknya, usah dibilang.
Suasana sedikit sepi apabila upacara akad nikah mula dijalankan. Para tetamu fokus, dan ramai juga yang sudah bersiap sedia dengan kamera telefon masing-masing.
"Aku terima nikahnya Sophia Kirana binti Bakri dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." lafaz Hazim tenang. Encik Bakri yang menjadi saksi mengangguk kepala tanda sah.
Kedengaran kalimah syukur diucapkan tetamu di situ. Lega hati Sophia tatkala kini dia sah menjadi milik orang. Syukur hinggakan menitis air mata. Kegembiraan jelas terpancar di wajah papa dan mamanya. Pandangan Hazim yang berlaga dengannya dibalas dengan senyuman.
Upacara membatalkan air sembahyang seterusnya menyaksikan Hazim menyarung cincin ke jari manis Sophia. Lalu Sophia mencium tangan suaminya. Sebagai balasan, Hazim juga mencium dahi Sophia.
.
Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam di sebuah hotel. Rata-rata yang hadir cumalah ahli keluarga terdekat, namun tidak kurang meriahnya.
Dewan bankuet yang indah dihiasi oleh pelbagai hiasan bertema vintage menjadi pilihan. Cahaya kamera silih berganti, membuatkan pasangan pengantin tak henti-henti tersenyum. Acara selesai setelah habis sesi bersalaman dan fotografi bersama pengantin.
Lewat malam barulah Hazim dan Sophia sampai ke rumah. Mereka akan bermalam di rumah keluarga Sophia untuk beberapa hari sebelum berpindah ke rumah milik Hazim.
Badan sudah letih yang amat, berjam-jam berdiri dan menyantuni tetamu. Hazim dan Sophia sempat mengucapkan selamat malam sebelum naik ke bilik pengantin.
"Good night lovebirds!" Usikan dari Nadine dibalas dengan jelir dari Sophia.
Hazim hanya senyum melihat telatah adik iparnya sambil tangan Sophia ditarik untuk menaiki tangga. Sampai ke bilik, Sophia sudah menguap beberapa kali.
Kali pertama berdua-duaan dengan Hazim di dalam satu bilik, hatinya terasa malu. Bilik tidur yang dihias cantik sudah dijeling-jeling. Alangkah indahnya jika dia dapat terjun terus ke atas katil!
Berpaling ke arah suaminya, Hazim sudah menanggalkan bow tie yang dipakai, begitu juga dengan kotnya. Sophia kembali berpusing ke arah lain. Segannya rasa pabila hendak mula menukar pakaian. 'Dah suami kan, malu apa?'
"Nak saya tolong?" suara garau Hazim mengejutkan Sophia, terhinjut bahunya.
Hazim sengih melihat reaksi Sophia. 'Comel je!'
"Sorry, sorry. Assalamualaikum sayang." tutur Hazim lembut. Dia tahu pasti Sophia lagi berdebar dan takut-takut. Aih, cantik pula isterinya itu malam ini.
"Waalaikumusalam abang..." Sophia jawab malu-malu. Seraya itu tangan sudah menanggalkan tiara di atas kepala. Hazim makin galak merenung wajah Sophia yang kemerahan. 'Dah panggil abang ye!'
"Abang cakap tadi nak tolong?" tegur Sophia cuba menahan bahang di muka. 'Janganlah tenung macam tu, cik abang oi!'
"Malu ye? Yelah, yelah abang tolong." usik Hazim lagi. Dia tahu konflik gaun pengantin memang selalu dihadapi oleh pengantin perempuan, sebab itu dia menawarkan bantuan.
Berkat pertolongan Hazim, dapatlah Sophia melepaskan gaun pengantin yang sarat itu. Bahu yang terdedah setelah zip terbuka dicium Hazim selamba, terlopong Sophia dibuatnya.
Sementara dia menukar pakaian, Hazim sudah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Sophia bergerak ke arah almari untuk mengambil baju tidur. Ada baju tidur satin biasa, ada lingerie seksi maut. Mana satu pilihan dia?
Idea Nadine lah ni, suruh dia memakai baju tidur seksi. Banyak baca novel! Tidak dapat bayangkan kalau dia memakai gaun tidur bertali halus itu, sekali tarik habis semua terdedah! Akhirnya, baju tidur biasa yang dicapai.
Berdua, mereka solat isyak berjemaah. Jam sudah semakin lewat, dan mata juga sudah semakin berat. Usai mengemaskan telekung dan sejadah, Hazim menarik tangan Sophia lalu mereka rebah ke atas katil.
Sophia dan Hazim saling ketawa. Mahu tercabut jantung Sophia memandangkan dia kini berada di atas badan Hazim. Gembira dan tidak sangka, lelaki idaman selama ini kini jadi milik dia! Malunya hanya Tuhan yang tahu!
Mata saling berpandangan, lalu dahi mereka berlaga. "You have to get used to this."
Kata-kata Hazim itu menambah sesak di dada Sophia. "Maksud abang?"
Satu ciuman hinggap di batang hidung Sophia. "I love kisses."
Sophia menguntum senyum lalu pipi Hazim dipicit lembut. "Saya tak kisah..."
"Looots of kisses." kedua belah pipi Sophia pula jadi mangsa. Hazim suka melihat pipi itu kemerahan tanda malu.
"I don't mind." jawab Sophia lagi. Dia juga sukakan ciuman Hazim, buat dia rasa disayangi.
"Loooooooooottssss of kisses!!!" kali ini ciuman Hazim hinggap merata di wajah Sophia, tangannya pula menggeletek pinggang kecil Sophia.
Meletus ketawa Sophia sambil dia menahan kegelian. Sempat dia menutup mulut agar tidak terdengar dek keluarga di luar. "Abang!" bahu Hazim ditepuk perlahan.
Lengan panjang Hazim masih lagi melingkar di belakang Sophia. "Thank you, sebab terima abang."
Panahan mata Hazim membuat Sophia cair. "You're welcome." pipi Hazim yang dihiasi jambang halus diusap penuh sayang.
Tak tahan melihat bibir mungil Sophia, satu kucupan singgah di situ. Sophia apa lagi, tersipu-sipu melihat Hazim. "Gosh, stop being cute!"
Isyarat mata Hazim menandakan sesuatu. Sophia memejam mata lalu membalas kembali ciuman suaminya. Bahagianya dirasakan!
"Sayang mesti penat kan. Jom tidur." Hazim menarik Sophia dekat ke dalam pelukan.
"Good night, abang." Sophia dapat rasakan seluruh tubuhnya memberat. Dia hanya berfikir untuk melelapkan mata ketika ini. Dia juga keletihan sebenarnya.
Sophia merangkul erat tubuh suaminya. Kalau tidak penat, pasti dia dah ajak Hazim bergusti malam ini. Sabar... nanti di rumah sendiri kita bergusti! Muka disembam ke dada Hazim, selesa benar! 'Hmm...best juga tidur berpeluk macam ni'
"Good night, Sophia." Kesempatan itu digunakan Hazim untuk mengucup ubun-ubun Sophia. Harum rambut Sophia dicium dalam-dalam sambil memejam mata. Tanpa sedar, perlahan-lahan dihanyutkan mimpi.
Ayat terakhir yang sempat menyapa telinganya adalah, "I love you, abang..."
Share this novel