2

Romance Completed 48873

Pagi itu Hazim terburu-buru bersiap untuk untuk ke pejabat. Terlewat pula dia terkejut pagi itu. Lengkap sahaja berpakaian, laju Hazim keluar mendapatkan keretanya.

Selesai menghidupkan suis kereta dan memasang tali pinggang kaledar, mata Hazim tertancap ke arah sesuatu di celah tempat duduk bahagian sebelahnya.

"Mana datang pulak benda ni.. " gumam Hazim sendiri.

Dompet perempuan berwarna gelap itu dibelek-belek sesaat sebelum dia teringat akan kejadian semalam.

"Sophia..." terus terpacul nama gadis itu dari mulut Hazim.

Dompet itu dibuka, dan ternyata benarlah ianya milik Sophia Kirana.

'SOPHIA KIRANA BINTI BAKRI'

Kad pengenalan Sophia yang terpapar pada dompet itu ditatap. Ternyata memang gadis itu secantik malam tadi. Hazim kembali tersedar sebelum menerawang jauh.

"Ish, dah lambat ni! Nanti lah." setelah difikir-fikir, Hazim menyimpan dompet Sophia di dalam dashboard, lalu perjalanan ke tempat kerja dimulai.

--

Bunyi deringan telefon bimbit Sophia tidak henti-henti memekak dari tadi. Sophia mencengkam bantal ke kepala dengan lebih erat, serabut benar dia hari itu. Tahu akan siapa gerangan yang membuat panggilan, Sophia langsung tidak mahu mengangkat. Sakit hatinya masih belum hilang.

Setelah bunyi itu diam beberapa saat, Sophia bangkit mengintai di sisi telefon bimbit. Tidak semena-mena, panggilan masuk lagi.

"Huh!!" jerit Sophia dalam bengang. Kali ini butang hijau pada skrin telefon ditekan, apa nak jadi jadilah!

"Hello!" jawab Sophia keras.

"Sophia! Apa hal kau susah sangat angkat telefon?! Seharian aku telefon kau! Kau tunggu, aku dah on the way pergi sana. Tunggu!" Iqbal memekak di hujung talian.

"Buat apa nak datang? Aku tak nak jumpa kau lah!" balas Sophia.

"Aku belum habis dengan kau Sophia! Tunggu!" panggilan dimatikan, Sophia sudah tidak senang duduk.

Pasti ada lagi onar Iqbal kali ini. Sudah lah tinggal dia seorang di rumah memandangkan kedua ibu bapa dan adik perempuannya sedang di luar negara. Gila sungguh lelaki itu!

Mundar-mandir Sophia di ruang tamu sambil dia menjenguk ke arah luar rumah. Ketika Proton Preve milik Iqbal muncul di sebalik pagar rumah, Sophia mendengus geram.

Iqbal yang berpakaian kemas dan becermin mata hitam sudah keluar dari kereta. Sophia menjeling sekilas, 'Hmph, nak sorok muka 'high' dia lah tu!'

Sophia berjalan keluar, sesekali dia memandang kiri kanan sekiranya ada jiran-jiran tetangga yang melihat. Mahu sahaja dia menyorokkan wajahnya ketika ini. Malam-malam begini masih ada orang gila yang ingin mengacaunya.

"Kau nak apa?" tanya Sophia kasar, pandang muka Iqbal pun dia tak kuasa.

"Tak nak bagi aku masuk?" Iqbal memandang ke arah pagar yang berkunci, rasa marah masih cuba dia tahan.

"Dah malam lah. Kau nak apa? Cakap lah cepat!" Sophia memberanikan diri.

"Kau jangan berlagak dengan aku eh Sophia!" Iqbal meluru ke depan dan mencengkam pagar besi yang memisahkan mereka. Sophia terkejut dan hampir terjatuh ke belakang.

"Berhenti ganggu aku, Iqbal! Tak cukup ke apa kau buat kat aku semalam?! Kau bernasib baik aku tak report polis tau!" Sophia menangis lagi, biar Iqbal lihat. Biar segala lebam dan calar di wajahnya akibat malam tadi dilihat Iqbal.

Berombak dada Iqbal memendam emosi, cermin mata hitam ditanggalkan. Dia lihat dengan jelas luka di bibir Sophia akibat tamparannya semalam. Juga lebam kebiruan di bahagian pipi gadis itu, membuat dia rasa bersalah. Iqbal meramas rambutnya kasar.

"Aku minta maaf, Sophia. A-aku minta maaf. Aku...tak sengaja.. Aku terlalu marah. Sophia, tolong..jangan buat aku macam ni! Kita nak kahwin kan?" Iqbal merayu pula.

Sophia mengesat air matanya, sambil menggeleng kepala.

"Aku nak putus..." bisiknya perlahan. Cukuplah selama ini dia menderita disakiti Iqbal. Dia bukan perempuan bodoh.

"Sophia-"

"Aku nak putus! Aku nak putus, Iqbal! Aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau! Berhenti jumpa aku!" Sophia mengulangi lagi isi hatinya.

"Kenapa?! Kenapa! Kenapa!!! Aku dah janji nak kahwin dengan kau! Kenapa Sophia!" Iqbal bagaikan kerasukan, pagar rumah itu digoncang-goncang tanda tidak puas hati.

Sophia sudah teresak-esak melihat perlakuan Iqbal. "Stop lah Bal! Stop...!"

"Kau ada jantan lain?! Kau ada jantan lain kan, Sophia! Cakap!!! Arghh!!!" Iqbal terus mengamuk.

"Diam!!! Pergi kau dari sini! Pergi!" jerit Sophia dalam ketakutan. Iqbal cuba pula mencapai dia dari sebalik palang besi.

"Keluar kalau kau berani, Sophia! Keluar kau!!!"

--

Selesai minum bersama salah seorang rakan sekerja, Hazim baru terpandang akan jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 11 lebih. Jalan masih sibuk, mungkin kerana hari minggu sudah bermula.

Dalam kesesakan lalu lintas, Hazim sempat meregangkan otot yang terasa lenguh. Kepala ditelengkan ke kanan, dan ke kiri. Lalu dia terpandang ke arah dashboard. Baru dia teringakat akan sesuatu.

"Damn..." bisik Hazim sendiri. Dashboard pantas dibuka, dompet itu masih di situ.

"Sophia... Sophia..." nama itu meniti di bibir Hazim beberapa kali.

"Pergi rumah Sophia dulu lah!" akhirnya Hazim membuat keputusan. Mujur dia masih ingat jalan ke rumah gadis itu, lagi pun tidak jauh mana dari tempat tinggalnya.

Sampai di jalan yang menuju ke rumah Sophia, Hazim perasan akan sebuah kereta di hadapan rumah itu. Kelibat seorang lelaki yang pernah dia lihat sedang di hadapan pagar rumah. Kelihatan sedang bercakap-cakap dengan penuh emosi.

Semakin dekat kereta Hazim, semakin jelas bayangan lelaki itu yang sedang berpaut di besi pagar. Tidak silap itulah dia lelaki yang dilihat bertengkar dengan Sophia semalam.

Lampu kereta Hazim tinggikan agar lelaki itu sedar akan kedatangannya. Lalu hon diberi tatkala Hazim melihat Sophia seakan sedang ketakutan.

Melihat sahaja kehadiran sebuah kereta, Iqbal pantas memakai kembali kaca matanya.

"Kau selamat kali ni, Sophia. Kau tunggu!" Iqbal mengugut, lalu cepat dia masuk ke dalam kereta.

Hazim baru sahaja keluar dari kereta, tapi sempat dia melihat Iqbal yang memandu laju pergi dari situ. Dia kemudiannya berjalan laju ke arah Sophia.

Melihat kehadiran Hazim yang tiba-tiba itu, Sophia yang masih ketakutan lantas membuka pintu pagar. Lega apabila Iqbal sudah berlalu pergi, dan juga syukur dengan kedatangan Hazim.

"Sophia.." Hazim mendapatkan Sophia yang mengesat air mata. Bimbangnya hanya Tuhan yang tahu.

"Hazim..." Sophia mencapai tangan Hazim dengan spontan, cuba mencari kekuatan. Hazim hanya membiarkan.

"You okay? What happen? Dia ada sakitkan awak??" bertalu-talu soalan Hazim ketika merasakan tangan Sophia menggeletar di dalam genggamannya.

"Takkk... Saya okay. I'm just... lega bila awak datang." luah Sophia.
--

"Betul awak okay?" Hazim bertanya untuk kepastian. Mereka kini duduk di kerusi batu di halaman rumah setelah dibenarkan Sophia.

"Saya okey."

"How's your wound?"

"Better. Thank you, Hazim" Hazim angguk faham.

"Anyway, awak tertinggal dompet dalam kereta saya. Saya datang nak pulangkan." Hazim menghulurkan beg milik Sophia.

"Oh... maaf, saya terlupa. Terima kasih."

"Lelaki tadi tu ... kawan awak yang semalam kan?" Hazim perasan akan kelainan pada wajah Sophia tatkala disoal.

"Sebenarnya... dia bekas teman lelaki saya. Kami baru je putus." Sophia berterus terang.

"Maaf sebab tak beritahu perkara sebenar... saya takut..." luah Sophia. Dengan Hazim, dia merasakan bahawa dia harus jujur memandangkan sudah banyak kali dia diselamatkan oleh lelaki itu.

"It's okay. Tapi awak mesti buat laporan polis. Kalau saya tak datang tadi, things could have been worse."

"Saya takut! Dia ugut saya supaya rahsiakan hal ni. Saya tak berani, Hazim." Sophia menundukkan pandangan yang mulai berkaca. Apalah sangat kudratnya sebagai seorang wanita, dia bimbang Iqbal akan bertindak lebih ganas.

"How about this. Awak ambil nombor telefon saya, anything awak boleh call saya. Boleh?" Hazim tahu akan risiko yang bakal dihadapi, tapi niatnya hanya ingin membantu.

"Tapi saya tak nak libatkan awak. Awak dah banyak kali selamatkan saya." tolak Sophia.

"Saya dah pun terlibat bila dia nampak saya tadi." jawab Hazim.

"I'm sorry, Ha-" timbul rasa bersalah di hati Sophia.

"No need. Yang penting keselamatan awak. Please, Sophia. Ni bukan main-main." Hazim membawa jari-jemari Sophia ke dalam tangannya.
Pandangan serius dihantar ke arah gadis itu.

Sophia terpaku sejenak. Sudah lama dia tidak merasa debaran begini. Lagi-lagi dengan Iqbal. Mungkin kerana sayangnya pada Iqbal sudah mulai pudar. Malah dia disakiti berkali-kali oleh lelaki itu.

Hazim melarikan pegangan apabila merasakan bahawa dia sudah melampaui batas. Sophia kembali sedar akan apa yang berlaku.

"I will.. Kalau ada apa-apa nanti saya call awak." Sophia memberi kata putus.

Ada riak lega di wajah Hazim. Sekurang-kurangnya Sophia tidak menolak permintaannya itu. Entah dia juga tidak tahu mengapa dia bersetuju.

"Hazim..." panggil Sophia.

"Hmm?" Hazim pandang mata Sophia sekali lagi.

"Kenapa awak bersungguh-sungguh nak tolong saya?"

Hazim mencari-cari jawapan yang sesuai. Sejujurnya dia tidak punya.

"Anggap je saya sebagai kawan. Honestly, i don't know. Saya cuma nak tolong." akhirnya hanya kata-kata itu yang mampu Hazim ucapkan.

'I've seen my women getting hurted few times. I just can't stand it...' bisik Hazim sekadar dalam hati.

Segaris senyum ikhlas dihadiahkan kepada Sophia. Harap gadis itu berpuas hati dengan jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience