28

Romance Completed 48873

“Encik Hazim? Encik?” suara Dr. Kamal mengembalikan Hazim ke alam realiti.

"Sorry, doc." Hazim kembali menumpukan perhatian.

Minda masih menerawang, barangkali masih memikirkan cara untuk menghadapi dugaan yang menimpa.

“I know it’s hard for you. Saya harap encik Hazim bersabar. Apa yang terjadi pada Puan Sophia sebenarnya satu keajaiban. Alhamdulillah, dia sekarang dah stabil dan kandungannya pun sihat.”

Hazim angguk setuju.

“Melalui pemeriksaan saya, Puan Sophia mengalami ‘post-traumatic amnesia’. Atau lebih spesifik, 'retrograde amnesia'. Ianya adalah satu keadaan di mana pesakit kehilangan ingatan akibat gegaran atau kecederaan otak dan trauma."

"Retrograde amnesia ini merujuk kepada kegagalan pesakit untuk bersifat retrograde, iaitu, peristiwa dari masa sebelum kecederaan dilupakan. Satu keadaan yang biasa dialami oleh pesakit yang baru sedar dari koma.” terang Dr. Kamal panjang lebar.

“Will she remember me, doc?” tanya Hazim tanpa berselindung.

“Inshaallah, she will. Mudah-mudahan dengan bantuan terapi dan orang sekeliling, ingatan Puan Sophia akan kembali pulih. Saya yakin dia boleh. She’s a strong woman. Beruntung encik Hazim.” Kata-kata Dr. Kamal sedikit sebanyak menyuntik semangat baru ke dalam diri Hazim.

Sukar untuk dia menerima berita itu, hampir hilang separuh jiwanya apabila Sophia tidak mengenalinya.

.

Hazim menjenguk di balik cermin bilik wad sekembalinya dari bilik Dr. Kamal. Sophia kelihatan sedang bercakap-cakap dengan mama dan papanya. Hazim terkesan melihat keadaan Sophia yang agak kekeliruan.

Saat dia melangkah masuk, Natrah dan suami segera memberi ruang antaranya dan Sophia. Melihat Sophia yang kembali diam, otak Hazim ligat menyusun ayat.

Hazim duduk sedikit jarak dengan Sophia. Dia tidak mahu menimbulkan ketakutan terhadap Sophia.

“Sayang okey?” Hazim tanya sepatah.

‘Okey.” Sophia juga menjawab sepatah. Janggal apabila dipanggil sayang.

“Kepala saya masih sakit.” Lalu dia menyambung.

“Kalau sayang rasa tak selesa, abang boleh panggilkan nurse—” Hazim terlanjur memegang lengan Sophia, hinggakan dia dapat merasa bahu Sophia terangkat.

“Takpa. Saya okey.” Balas Sophia cepat-cepat sebelum kedua-duanya kembali diam. Dia masih tidak betah duduk dengan Hazim.

Hazim pula buntu untuk memulakan bicara. Terasa begitu kekok apabila Sophia tidak seceria selalu.

“Apa doktor cakap pasal saya?” suara Sophia memecah kesunyian.

“Sayang menghidap amnesia. Sebab tu sayang lupa sebahagian dari ingatan. Nanti lama-lama ingatan tu akan pulih. Itu yang doktor cakap.” Hazim cuba menyedapkan hati Sophia.

“Oh…”

“Maaf, saya betul-betul tak ingat awak…” ujar Sophia berhati-hati. Terlalu berat untuknya menerima kenyataan yang baru ini.

“It’s okay. It’s totally normal. Abang akan bantu sayang.” Hazim mencapai tangan Sophia, cuba menyalurkan kekuatan buatnya.

Sophia agak terkejut dengan tindakan Hazim. Wajah Hazim sedikit berubah ketika dia cuba megeraskan tangannya. Lalu dia mengalihkan pandangan.

“Maaf. Abang tak berniat untuk buat sayang terkejut.” Hazim meleraikan pegangannya perlahan-lahan.

"Err... bila saya boleh balik?" Sophia senyum kekok sambil menukar topik. Kepala yang mulai berdenyut ditahan.

"Soon... minggu depan awak dah boleh discharge."

Sophia sedikit lega mendengar khabar itu. Terasa sudah lama dia tinggal di hospital, tidak sabar mahu keluar dari situ.

"Boleh saya, nak cakap dengan mama sekejap?" tanya Sophia. Sengaja dia mencari alasan agar tidak lama berdua-duaan dengan Hazim.

Reaksi tidak senang Sophia dapat dikesan oleh Hazim. Walaupun merasa sedikit sedih, Hazim cuba mengawal riak wajah.

"Sure. Abang panggilkan mama." Hazim bangun dari situ dengan hati yang berat.

'I miss you, i wanna touch you...' bisik hatinya pilu.

.

Kedatangan Nadine ke hospital ditunggu-tunggu oleh Hazim. Nadine sudah terlebih dahulu mengetahui keadaan sebenar Sophia dari mama dan papanya. Saat adik iparnya merapati, Hazim hanya senyum pahit.

"Abang Hazim... betul ke apa yang Nadine dengar tadi?"

"Betul lah." jawab Hazim pendek. Satu keluhan terbit jua dari mulut Nadine. 'Lepas satu, satu...'

"Abang Hazim sabar ye... Nanti Nadine cuba cakap dengan kak Sophia. Mungkin dia terkejut lagi tu." pujuk Nadine.

"Nadine masuk lah, dari tadi kakak tunggu." pelawa Hazim.

"Okey."

"Err, Nadine! Boleh abang mintak tolong sikit?" Hazim sempat menahan Nadine sebelum gadis itu mahu pergi.

"Ada apa, bang?"

"Boleh Nadine jangan cakap dulu pasal accident tu? Abang takut kalau akak masih trauma. Just, don't mention about 'him'." wajah Hazim jelas berharap.

Dia yakin Nadine mengerti siapa 'him' yang dimaksudkan. Akibat lelaki iti juga, Sophia sampai jadi begini. Pihak polis masih membuat siasatan lebih lanjut, justeru itu Sophia mungkin masih dalam keadaan bahaya.

Nadine mengangguk sebelum meminta diri. Waktu dia masuk bertemu dengan Sophia, mula-mula kakaknya itu kelihatan ragu-ragu juga.

"Akak?" Nadine mendekati Sophia perlahan-lahan. Cuba memastikan dirinya dikenali. Wajah Sophia tampak sedikit terkejut.

"Nadine?" panggil Sophia. Lalu Nadine cepat-cepat mendapatkan Sophia dan memeluknya.

"Kakak! Nadine ingat akak dah lupakan Nadine!" bergenang mata Nadine mengingatkan Sophia akhirnya bangun dari koma.

"Kakak ingat! Nadine! Apa yang dah jadi ni?" Sophia merenung wajah adiknya, meminta penjelasan.

"Akak keliru. Akak tak ingat apa-apa..." tangan Sophia jatuh ke perut yang mulai membesar.

Nadine sudah berasa serba salah. Dia tahu Sophia tertanya-tanya akan Hazim. Dan juga bayi yang di dalam kandungannya.

"It's okay, kakak. Kita semua akan tolong akak. Yang penting, akak kena banyak berehat dulu. Mesti kepala akak tengah pening." Nadine cuba menenangkan Sophia.

"Mama papa cakap Hazim tu suami akak, betul ke?" tanya Sophia lagi.

Nadine akhirnya mengangguk. "Ya. Akak jangan risau, dia faham keadaan akak. Kami semua boleh ingatkan akak balik. Akak jangan banyak fikir ye?"

Sophia ingin bertanya lagi, tetapi dia tetap dengan nasihat Nadine dan doktor supaya banyakkan istirehat. Sesungguhnya, dia juga belum bersedia untuk menerima terlalu banyak maklumat baru.

.

Sepanjang hari dia sibuk berbincang dengan doktor perihal Sophia. Temujanji dengan pakar terapi dan neurologi diatur segera. Tidak lama lagi, Sophia sudah boleh menjalani rawatan terapi susulan.

Hazim disuruh pulang dahulu sementara Sophia dijaga oleh Natrah. Tidak banyak yang mampu dia bicarakan dengan isterinya. Walaupun agak terkilan, Hazim cuba untuk memahami.

"Ikmal balik la dulu. Mama boleh jagakan Sophie." ujar Natrah lewat petang itu.

"Sebab Sophia yang suruh?" balas Hazim perlahan. Sedaya upayanya dia cuba menyembunyikan rasa sedih yang bertandang di hati.

"Dia cuma minta mama temankan dia malam ni. Mungkin dia masih cuba nak sesuaikan diri." Dia turut simpati melihat wajah Hazim yang kepenatan.

"Maaf, mama." Hazim sedar akan terlanjur bicara.

"Tak apa. Mama faham. Ikmal dah buat yang terbaik untuk Sophia. Mungkin dia lupa Ikmal sebab jambang ni kot." Natrah cuba mengusik jejambang halus yang menghiasi wajah Hazim.

Hazim hanya tersenyum tawar. Masakan hanya kerana rupa yang membuatkan Sophia lupa padanya.

"Kalau macam tu saya balik dulu, mama. Just let me know if anything happen." Hazim akur sebelum meminta diri untuk pulang.

Hazim sempat mengintai Sophia dari luar bilik. Kelihatan isterinya sudah diulit mimpi.

"Masuklah kalau Ikmal nak jenguk dia." tegur Natrah perlahan.

Hazim angguk dan melangkah penuh hemat ke arah Sophia. Melihat wajah tenang Sophia yang tertidur, rindunya yang selama ini menggunung terlerai satu-persatu.

Sekurang-kurangnya kini dia tahu, Sophia akan bangun lagi keesokkan harinya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience