19

Romance Completed 48873

Sophia masuk ke dapur dengan menjinjit barang yang dibawa pulang. Hazim kelihatan sedang duduk di meja dengan segelas air. Selesai meletakkan barang-barang basah di dalam sinki, Sophia membasuh kedua belah tangan.

Sophia menganduh kecil apabila terasa sengal si bahagian pergelangan tangan. Akibat pergelutan dengan Iqbal tadi, sekeliling tangannya itu bertukar kemerahan.

Hazim dapat mendengar jelas suara Sophia menganduh. Kata orang upahannya, dia nampak Iqbal merentap kasar lengan isterinya di parkir sebuah pasaraya. Gambar juga dihantar sebagai bukti.

"Kenapa tu?" tanya Hazim sepatah. Kiranya, Sophia akan berterus terang dengan apa yang berlaku. Memandangkan mereka pernah berselisih faham disebabkan hal sama.

"Tak ada apa-apa. Saya nak naik mandi kejap, nanti saya masak." Sophia sudah kelam kabut menurunkan lengan baju dan mengeringkan tangan dengan tuala dapur.

"Abang tanya betul-betul ni!" baru sahaja Sophia ingin meninggalkan ruang itu, suara Hazim meninggi. Apa lagi kali ini?

"Kenapa ni bang?" jawab Sophia. Dia terkejut mendengar perubahan suara Hazim yang tiba-tiba itu.

"Boleh tak jujur dengan abang, sekali ni je? Mana awak pergi?"

"Saya pergi supermarket lah. Kan saya beli barang tu." Sophia cuba untuk tidak meninggi suara.

"Tangan tu kenapa?" soalan Hazim bagaikan memerangkap Sophia. Hinggakan wanita itu diam sejenak.

"Abang tahu. Abang cuma nak dengar dari mulut awak." Hazim sudah bangun dan memeluk tubuh.

Sophia mengetap bibir. Nafas diatur perlahan. Jika seorang api, seorang lagi perlu jadi air. Itu pesan mamanya. Hidup berumah tangga memang banyak ujian. Salah seorang perlu mengalah agar keadaan tidak bertambah keruh.

"Tadi saya jumpa Iqbal. Dia yang kacau saya. Saya dah bagi amaran dekat dia." bergetar suara Sophia bercerita.

"See? Itulah masalah awak! Awak selalu nak berahsia dengan abang. Selalu nak pendam benda-benda macam tu! Kalau abang tak upah orang untuk tengokkan awak, mungkin sampai bila-bila awak takkan cerita kan?" Ton suara Hazim naik seoktaf.

"Habis tu abang upah spy? Untuk ikut saya? Abang tak percayakan saya kan? Abang buat tanpa pengetahuan saya, sebab abang ingat saya menipu?" bagai hilang pertimbangan, Sophia juga berusaha menegakkan benang yang basah.

"Sebab awak tak jujur! Abang tak akan selalu ada dengan awak, abang nak awak selamat. Dengan perangai gila si Iqbal tu, awak ingat abang tak risau ke?" pandangan mata Hazim yang tajam tertunak tepat ke arah Sophia.

"Dengan video-video mengarut macam ni. Awak ingat abang tak tercabar ke?! Awak suka lah, abang ni dilabel tak pandai jaga bini?!" Hazim mencampak telefon bimbit yang terpapar video dia dan Iqbal di atas meja. Sabar makin menipis apabila melihat adegan mesra Sophia dan bekas teman lelakinya bercumbuan.

Sophia terdiam mendengar butir bicara Hazim yang menghiris hati. Tiada daya untuk dia melawan lagi. Memang itu silapnya. Memang wanita di dalam video itu diri dia. Tapi itu semua cerita lama. Mengapa ingin diungkit lagi? Mengapa Iqbal sanggup memalukan dia di hadapan suami sendiri sampai ke tahap ini?

"I'm sorry..." Sophia hanya mampu mengucapkan maaf. Walaupun maaf itu mungkin tidak cukup untuk mengubat hati suaminya yang kecewa.

"Saya tak nak abang risau. Saya tahu dia akan buat macam ni. Dia sengaja nak buat kita gaduh. Abang, tolonglah. Kita boleh bincang." Sophia mendekati Hazim yang dari tadi berpaling tidak memandangnya. Kalau sudah begitu, pasti lelaki itu marah benar terhadapnya.

"Saya yang tak pandai jaga diri. Saya mengaku, ini semua salah saya. Abang dah jaga saya sebaik mungkin. Saya yang degil, bang. Abang marahlah saya kalau abang nak." Sophia cuba memegang wajah Hazim, malah lelaki itu tetap berkeras.

"Abang, pandang saya. Please... saya mintak maaf." bersungguh Sophia merayu Hazim untuk melihatnya, tetapi Hazim tetap juga melawan.

"Jangan–" Hazim cuba meleraikan pegangan Sophia. Kepalanya sudah pening-pening lalat. Terasa sesuatu mulai naik ke kerongkong dan dia terpaksa menahan Sophia dari dekat dengannya.

"Abang!" Sophia terjerit kecil apabila bahunya dilanggar. Hazim berlari pergi tanpa berkata apa. Meninggalkan dia sendiri, bergenang air mata.

.

Sophia hanya mampu memandang dari luar bilik air. Hazim langsung tidak membenarkan dia masuk. Dari tadi lelaki itu melutut mengeluarkan isi perut ke dalam mangkuk tandas.

"Uwekk!!!" saat Hazim hampir terbangun, Sophia cepat-cepat ingin mendekat.

"Jangan! Jangan!" Hazim menegah lagi. Dia menekan pam tandas dan bangun dengan susah payah.

"Demam abang tak kebah lagi tu! Abang belum makan lagi. Saya risau abang gastrik pula nanti." Sophia teragak-agak ingin masuk juga melihat keadaan suaminya. Risau, walaupun mereka baru sahaja habis bertekak.

Hazim membasuh mulut di sinki, serta diratakan juga air ke muka. Badannya terasa sangat lemah. Letih juga lepas gaduh dengan bini.

Sophia meluru mendapatkan Hazim ketika lelaki itu sudah keluar dari bilik air. Sophia cuba untuk memimpin tangan Hazim tetapi ditegah. Sudahnya, dia hanya memerhati Hazim yang cuba berbaring di katil. Air mata yang ingin tumpah lagi ditahan.

"Saya buatkan bubur untuk abang. Kejap ye." Sophia pantas keluar dari bilik setelah tiada jawapan dari Hazim.

Sambil menuju ke dapur, air matanya dikesat dengan hujung baju. Kerana kebodohan sendiri, Hazim sampaikan tidak lagi mahu memandangnya.

Tanpa mempedulikan perasaan yang sudah remuk, tangan Sophia lincah menyediakan makanan untuk Hazim. Tanggungjawab tetap dilaksanakan untuk suami tersayang. Biarlah Hazim menenangkan diri dahulu.

.

Beberapa hari setelah kejadian, hubungan suami isteri antara Sophia dan Hazim semakin hambar. Kemesraan antara keduanya makin lama makin pudar. Hazim tetap sahaja begitu.

Walau demam sudah semakin membaik, tetap sahaja dia mengelak dari mendekati Sophia. Setiap kali Sophia cuba bermesra, Hazim pasti mencari alasan.

Pelbagai cara dilakukan Sophia untuk menambat kembali hati sang suami yang dingin. Perasaannya diketepikan demi memujuk hati Hazim. Biarlah dia sahaja yang terluka. Takkan dibiarkan Hazim merasakan yang sama. Dia tidak mahu jadi isteri derhaka.

Melihat Hazim termenung di balkoni, Sophia ketap bibir. Susah sungguh mendekati lelaki itu kebelakangan ini. Malam ini, dia akan cuba memujuk Hazim lagi. Lantaklah dikatakan terdesak sekali pun.

Sophia yang mengenakan pakaian tidur satin berwarna biru lembut mengemaskan rambut panjangnya. Tubuh sudah segar dan disapu losyen kegemaran Hazim. Dadanya berdetak laju sebelum mendekati Hazim.

Angin malam yang sejuk membuat bulu-bulu romanya tegak. Lagi takut menghadap lelaki tegap yang hanya bersinglet di hadapannya kini.

Tangan Sophia melingkar di pinggang Hazim. Tubuhnya dirapatkan ke badan lelaki itu. Rindunya terhadap Hazim menebal, sudah lama rasanya tidak bermesra dengan Hazim.

Sedar akan Sophia yang memeluknya dari belakang, Hazim mula menggeliat kecil. Rasa aneh itu menjengah kembali. Lengan Sophia ditarik agar menghadapnya.

"Abang, jom tidur. Dah lewat ni." Tangan Sophia menjalar pula ke bahagian leher lelaki itu, menarik Hazim mendekat untuk meninggalkan satu kucupan.

Tidak sempat bibir Sophia melabuh di situ, Hazim pantas mengalihkan wajah. "Sophie..."

Sophia sempat mencapai tangan Hazim kembali mendekat. Hazim sibuk-sibuk menekup mulut. "Kenapa ni?"

"What's wrong?" hatinya ingin mulai menangis lagi. Sampai begitu sekalikah Hazim jijik dengannya?

"Abang masih marahkan saya?" tanya Sophia dengan nada kecewa. Kini ada jarak antara mereka, cukup untuk menggambarkan hati mereka yang saling berjauhan.

"Abang masih tak percayakan saya? Abang dah tak nak pandang saya langsung ke?"

"Apa yang awak cakap ni?" Hazim cuba berdalih. Dia cuba untuk tidak mengelak, namun setiap kali Sophia mendekat tekaknya terasa mual.

"Saya tanya abang, abang masih ingat saya tipu abang? Abang ragu-ragu dengan cinta saya?"

Hazim berperang dengan perasaan sendiri. Sophia selalu mengungkapkan kata cinta. Hingga dia sendiri keliru mengapa dia masih melayan Sophia sebegitu rupa.

"Bagitahu saya, kenapa abang cuba mengelak. Saya boleh jujur, saya boleh cerita apa je yang abang nak tahu. Memang dulu saya pernah buat benda tak senonoh. Saya ni bukan perempuan baik. Tapi saya tak pernah terlanjur, saya masih tahu halal haram." Sophia mengakui tanpa ditanya. Sakit rasanya di saat tiada yang faham perasaannya.

Hazim terpukul dengan pengakuan Sophia. Dia akui, Sophia masih suci ketika mereka mula berkahwin.

"Tapi percayalah, saya cuma sayang abang sorang. Tolonglah, abang. Jangan diam macam ni." Sophia merayu, tangisan mulai pecah.

P/s: Korang buat apa musim kuarantin ni? Sis pun bosan sampai nak update terus beberapa bab cerita ni hehehe. Jangan lupa komen tau? muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience