23

Romance Completed 48873

PAPP!!

"Arghh!!" Sophia menjerit ketika pipinya ditampar kuat. Makin laju air matanya.

Ada sedikit darah yang mengalir di hujung bibir Sophia, membuatkan Iqbal terhenti dari terus menyakitinya.

"Sophie... sayang... maafkan aku..." Iqbal yang tadi mengamuk sakan menarik Sophia ke dalam pelukan. Air mata Sophia cuba dikesat namun Sophia menepis kasar.

"Jangan sentuh aku!" jerit Sophia. Walaupun semakin penat, dia gagahi jua untuk menolak.

"Maafkan aku, sayang. Please balik dekat aku, aku sayang kau!" Emosi Iqbal berubah tanpa amaran, kini dia cuba untuk merangkul dan mencium Sophia.

"Jantan tak guna!" Terasa kehormatannya dicabul, Sophia membalas tamparan Iqbal tadi.

"Aku sayang kau, Sophia! Aku tak boleh hidup tanpa kau!" tangan Iqbal menekup kedua belah pipi Sophia.

"Tipu!!! Kau jahat! Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?! Apa dosa aku, Bal! Puas hati kau! Puas hati kau hancurkan rumahtangga aku?!" Sophia tiba-tiba naik berang apabila Iqbal cuba memujuknya.

Sakit hati melihat manusia berperangai syaitan di hadapannya ini. Insan yang dulu pernah dia sayang, kini dia jadi benci-sebencinya. Iqbal memang kejam!

"Aku takkan maafkan kau! Aku takkan maafkan kau, Iqbal!"

Iqbal cuba memulas tangan Sophia supaya gadis itu berhenti memberontak.

"Diam!"

Namun dengan tenaga empat keratnya, Sophia cepat melepaskan diri dengan menendang Iqbal di bahagian celah peha lelaki itu. Iqbal mengerang kesakitan. "Arnggg! Fuck!!!"

Sophia lantas membuka kunci pintu kereta dan memboloskan diri. Sambil memegang perutnya, dia berlari terhincut-hincut ke arah kereta. Segala kesakitan tak dihiraukan.

Pintu keretanya dikunci, dan suis dihidupkan. Sophia memandu laju meninggalkan tempat parkir. Sophia terus memecut laju manakala kereta Iqbal mengekori dari belakang.

"Kau takkan boleh lari dari aku, Sophia!”

Lampu isyarat yang menunjukkan warna merah sudah tidak diendahkan, Sophia memandu selajunya. Telefon bimbit cuba dicapai, talian 999 didail dengan tergesa-gesa. Malangnya, tidak sempat lama panggilan itu dibuat, telefonnya mati kerana kehabisan bateri. “Damn!”

Kereta Iqbal dibelakangnya mencucuk-cucuk, dan mereka saling berhambatan di atas jalan raya yang agak lengang. Sophia menangis ketakutan, dia menjerit saat kereta Iqbal sudah menghampiri di tepi.

“Berhenti Sophia!” jerit Iqbal dari dalam keretanya sambil membuat isyarat tangan.

Sophia menggeleng dan terus menekan pedal minyak. Iqbal sudah tidak dapat menahan marah, dia cuba menyaingi pemanduan Sophia. Hingga akhirnya dia semakin dekat, dan terus bertindak merempuh Axia putih itu dari tepi.

“Aaaahhh!!!” jerit Sophia sekuat hati. Belum sempat dia menekan pedal brek, terasa keretanya berpusing-pusing setelah dilanggar. Lebih malang lagi, ianya terseret keluar dari jalan utama dan merempuh sebuah pokok.

Iqbal terlopong melihat betapa remuk kereta yang dilanggarnya dari jauh. Dia mula panik. Tangan berpeluh-peluh sambil dia terkumat-kamit sendiri. “Maafkan aku, Sophia. Aku terpaksa, maafkan aku!”

Sedar akan akibat jika tertangkap, Iqbal jadi takut. Ini sudah dikira kes membunuh dengan sengaja! Akhirnya Iqbal memecut laju meninggalkan tempat kejadian. Alang-alang tiada yang melihat, baik dia melarikan diri dari situ.

.

Hazim masuk ke dalam rumah dengan menjinjit plastik berisi kek dari Secret Recipe. Beberapa potong kek dibeli, salah satunya kek keju kegemaran Sophia.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Jam sudah semakin lewat, namun batang hidung isteri dia masih tak nampak. Kereta Sophia pula tidak ada di depan. 'Kata nak dinner sama-sama?'

Nombor Sophia didail berkali-kali tetapi tiada jawapan. Hatinya mula berasa tidak enak. Baru dia mahu naik ke atas untuk membersihkan diri, telefonnya berdering.

"Helo? Waalaikumusalam. Ya, saya." Hazim menjawab salam.

Butir kata yang dituturkan si pemanggil didengar teliti. Terasa lemah lututnya. Tangan yang memegang telefon kejap, walaupun sedikit goyah. Hazim menahan tubuh pada dinding tanpa suara.

Sophia kemalangan.

.

Melihat darah yang merata di tubuh kecil yang tak bermaya itu, Hazim dihambat perasaan pilu yang menggunung. Dia hampir tidak cam rupa isterinya sendiri.

Hazim tidak dapat menahan tangis apabila melihat sekumpulan jururawat bertungkus lumus menolak stretcher yang membawa Sophia ke wad kecemasan. Sampai sahaja di wad, dia dihalang dari memasuki ruang itu.

“Tolong selamatkan isteri saya, nurse. Please…” dia hanya mampu berbisik merayu agar Sophia diselamatkan.

Hazim membawa langkah yang melonglai ke ruang menunggu. Perasaan sama waktu dia hampir kehilangan arwah Hana kembali menghantuinya. Kini, sekali lagi dia diuji.

Berkali-kali Hazim beristighfar untuk menenangkan diri. Cukuplah dia pernah kehilangan Hana. ‘Selamatkan isteri aku, Ya Allah. Jangan ambil dia dari aku lagi.’

Azan maghrib kedengaran sayup dari jauh. Sementara menunggu kehadiran ahli keluarga yang lain, Hazim membawa diri ke surau berhampiran. Perasaan bersalah terus mengekorinya.

Sepatutnya hari ini hari istimewa buat dia dan Sophia. Sebaliknya, mereka ditimpa ujian yang tak disangka-sangka. Sudahlah hubungan mereka sebelum ini cukup dingin. Mungkin ini salah satu cara Tuhan untuk menegurnya. Allah...

Dari jauh Hazim melihat ibu bapa Sophia berjalan laju ke arahnya. Usai bersalaman, muncul pula Nadine dari arah yang sama.

“Apa dah jadi ni, bang?” Nadine yang berkaca-kaca matanya bertanya.

“Abang Hazim pernah janji akan jaga Kak Sophia. Tapi kenapa sampai jadi macam ni?” bertalu-talu soalan Nadine.

Hazim diam tak berkutik. Memang itu janjinya suatu ketika dahulu. Wajarlah dia disalahkan dalam hal ini. Dia tidak reti menjaga bini sendiri!

“Abang Hazim tahu tak…”
“Yang akak tengah mengandung?”

Hazim mengangkat kepala. Lidah kelu untuk berkata-kata. Menggigil apabila mengetahui dua nyawa sedang berjuang untuk hidup.

“Siang tadi Nadine teman akak beli barang baby. Dia cakap nak surprisekan abang malam ni. Dia nampak happy sangat. Tapi Nadine tahu dalam hati dia sedih. Sebab dia tengah gaduh dengan abang, kan?”

“Abang betul-betul tak tahu.” Hazim tunduk menekur lantai. Nafasnya ibarat tersekat di kerongkong. ‘Sophia mengandung? Ya Allah, isteri aku mengandung. Apa akan jadi dengan keselamatan kandungannya?’

“Sebab abang tak ambik tahu!” Nadine mencantas.

“Nadine, sabar sayang.” Natrah cuba menenangkan anak bongsunya itu. Dia dan suami juga terdiam, tak sangka sampai jadi begini.

“Azim, betul ke apa yang Nadine cakap ni?” Hajah Noor yang tiba-tiba  muncul di antara mereka bertanya. Apa lagi onar Hazim kali ini?

"Umi..."

"Jawab umi tanya, betul ke Azim tak tahu yang Sophie pregnant?"

Hazim angguk lemah. 'Aku takkan maafkan diri aku kalau sesuatu terjadi dekat isteri dengan anak aku!'

"Allahu..." Noor melepaskan keluhan berat. Rasa kecewa terhadap sikap sambil lewa Hazim. Juga rasa bersalah terhadap besan yang turut berada di situ.

Ada riak kecewa pada wajah semua orang di situ. Sekali lagi Hazim dihambat kekesalan. Hebatnya ujian yang satu ini. ‘Apa jenis suami kau ni, Hazim?’

.

Kelihatan wajah sugul Natrah tak henti mendoakan keselamatan si anak. Hazim pula menunggu agak berdekatan dengan pintu bilik bedah.

Setelah hampir dua jam, kelibat seorang doktor muncul dari dalam bilik bedah. Orang pertama yang menyambutnya pastilah Hazim.

“Doc, macam mana keadaan dia?” tanya Hazim. Ahli keluarga yang lain juga sudah bangun menghampiri.

“Encik suami ni Puan Sophia?”

“Ya, saya suami dia.”

“Boleh saya bincang sekejap dengan encik? Mari.” Hazim diajak untuk berbincang secara peribadi.

Wajah serius doktor itu cukup membuatkan ahli keluarga yang lain bertambah risau. Masing-masing hanya berdoa dalam hati agar tiada sebarang khabar tidak baik yang bakal diterima.

Sampai di sebuah bilik, Hazim diterangkan mengenai keadaan Sophia. Sebak di dada ditahan apabila mendengar penjelasan doktor bernama Kamal itu.

“Alhamdulillah, Puan Sophia selamat. Kandungan dia juga selamat.”

“Thank you, doktor.”

Hazim mengucap syukur panjang. Allah kabulkan doanya. Tangisan kegembiraan yang jatuh dikesat perlahan. Tidak lama selepas itu, suatu berita kurang enak pula menyusul.

“Walaubagaimanapun, ada pendarahan serius dalam otak Puan Sophia, dan kami perlu lakukan operation dengan segera. Jadi, kami perlukan kebenaran dari Encik untuk lakukan pembedahan tu secepat mungkin.”

Mata Hazim kembali berair, kuatnya ujian ke atas isterinya kali ini. Dia takut, macam macam yang bermain di fikiran.

“Terpaksa saya terus terang di sini, pembedahan kali ni boleh jadi sedikit rumit. Tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Sophia dan baby.”

“Tolong buat apa saja untuk selamatkan isteri saya, doc. Saya mohon.”

“Kami akan cuba semampunya. Encik isi borang ni dulu ya. Lepas ni ada perkara lanjut lagi yang saya perlu bincang tentang isteri encik." Doktor Kamal menghulurkan sekeping borang kebenaran sebelum melakukan pembedahan.

Dengan bismillah di dalam hati, Hazim menandatangani borang yang diminta dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

"Tolong selamatkan isteri saya doktor..."

P/s: Maafkan saya jika beberapa medical terms yang digunakan dalam cerita ini mungkin kurang tepat. Saya akan cuba research lagi. Kalau ada salah tolong betulkan ya? Kita sama sama belajar hehehe :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience