8

Romance Completed 48873

Hazim mengerling skrin telefon bimbit yang rancak berdering. Paperwork yang dihadap hampir sejam lebih diletak tepi, lalu panggilan diangkat. Suara Puan Noor membeli salam menerpa telinga.

"Waalaikumusalam, umi."

"Azim jadi ke nak pergi esok?" tanya Puan Noor.

"Inshaallah, jadi. Esok umi nak Azim pick up pukul berapa?" Hazim pandang jam di dinding, menunjukkan jam 10.15. Dia perlu tidur awal untuk program esok nampaknya.

"7.30 Azim datang lah. Ni, umi ingat umi ada cadangan sikit. Apa kata kalau Azim ajak Sophia sekali dengan kita?" Puan Noor senyum-senyum di hujung talian tanpa pengetahuan Hazim.

Padahal sudah diutarakan cadangan itu kepada Puan Natrah semalam. Ingin dia mengajak Sophia untuk ikut serta dengan program gotong-royong yang akan diadakan di sebuah rumah anak-anak yatim yang sering dikunjunginya.

Alah, sengaja mahu Hazim meluangkan masa dengan Sophia. Dengar cerita mereka sudah makin rapat.

"Boleh ke macam tu umi? Nak ke dia ikut kita?"

"Azim tanyalah dia. Tanya sekarang tau? Nanti apa-apa Whatsapp umi. Tau??" Nampak gaya harus dituruti juga permintaan uminya.

"Yelah, nanti Azim cuba tanya."

"Tanya sekarang, okey? Jangan lambat-lambat. Assalamualaikum..." selesai memberi arahan, panggilan ditamatkan. Amboi umi ni...

Tergeleng kecil kepala Hazim sambil mula menaip sesuatu di telefon. Bagus juga cadangan umi.

.

Nadine yang sudah siap berpakaian sukan untuk keluar jogging pagi itu mengintai di balik pintu bilik Sophia yang sedikit terbuka. Pantang melihat kakaknya itu cantik bersiap, pasti dia akan bertanya.

"Nak pergi mana tu??" soal Nadine. Awal pagi sudah mahu keluar dating kah?

"Eh, Nadine. Akak nak ikut abang Hazim pergi program gotong royong."

"Wah... Bukan main, abang Hazim sekarang! Eii bestnya tak lama lagi dapat abang ipar," usik Nadine.

"Ada ada je lah dia ni! Dah umi dia yang ajak, takkan nak tolak." Sophia memberi alasan. Minyak wangi disembur sedikit ke badan, biar wangi dan segar.

"Ye lah tu! Dia dah banyak kali ajak akak keluar kan? Maknanya dia suka lah tu berkawan dengan akak." Nadine membuat kesimpulan, dan Sophia juga menyetujuinya.

"Tapi... akak tak nampak macam terdesak sangat kan? Nadine rasa macam mana?"

"Sikittt je kot. Alah, tak kesah lah. Sekarang ni, misi akak kena dapatkan abang Hazim. Kena ambil hati family dia. Misi mengorat Cik Abang Hazim onzzz!" sahut Nadine penuh semangat.

Sophia juga makin berkobar-kobar mendengar pesanan Nadine. Peluang yang ada digunakan untuk mencuri hati si duda hot. Eh!

"Yes, onzzz! Ish, jangan kuat-kuat nanti mama papa dengar!" Sophia membuat isyarat diam, padahal dia dah tercuit hati melihat gelagat Nadine.

"Sophie! Hazim dah datang!!!" suara Puan Natrah bergema dari luar bilik.

"Good luck kakak!"

.

Meriah suasana di Rumah Anak Yatim Intan Kasih pada pagi itu. Program jalinan kasih yang diadakan sebuah yayasan diketuai Puan Noor berjalan lancar. Ramai antara teman-teman rapat Puan Noor tertanya-tanya akan gadis yang datang bersama dia dan Hazim.

"Bakal menantu ke, Kak Noor?" tanya salah seorang rakan yang bersama-sama menyediakan juadah makan tengah hari bersama Puan Noor.

"Inshaallah. Sesuai kan dia dengan Hazim?" Puan Noor melihat dari jauh Sophia tekun membantu membersihkan kawasan sekitar rumah anak yatim.

Sophia juga mudah mesra dan disenangi orang-orang di situ. Gelagatnya yang lucu dan tidak kekok menambat hati anak-anak Rumah Anak Yatim Intan Kasih.

"Sesuai Kak Noor, rajin budak tu buat kerja. Cantik pulak tu!"

Pujian itu diakui Puan Noor. Sejuk hatinya melihat Sophia beramah mesra dengan para anak yatim. Dia juga perasan beberapa kali anak lelakinya mencuri pandang ke arah Sophia. Sengih sendiri Puan Noor dibuatnya. Memang raut wajah Sophia cantik, jadi tidak salah jika Hazim terpikat.

"Umi, ada apa-apa Sophia boleh tolong?" Sophia sudah mendekati arah dapur asrama yang sedang sibuk menyediakan makanan. Bahagian luar sudah siap dibersihkan, dia mahu membantu kerja-kerja di dapur pula.

"Jom, dah boleh hidang ni juadah kita." Puan Noor mengajak Sophia sama-sama untuk menghidang makanan yang semuanya hampir siap dimasak. Sophia menurut tanpa bantahan. Bersungguh-sungguh dia mahu mengambil hati bakal ibu mertua. Bila lagi kan?

Selesai acara gotong-royong, makan tengah hari dan penyampaian derma dan sumbangan, program hari itu melabuhkan tirai. Habis aktiviti membersih dan mengemas, masing-masing bersiap untuk pulang.

Masuk waktu Zohor, Sophia dihantar pulang oleh Hazim. Puan Noor senyum lebar tatkala Sophia ingin bersalaman dengannya.

"Terima kasih umi, sudi ajak Sophia." sempat lagi mereka berlaga pipi.

Hazim melihat dari hujung mata, sambil sembunyi senyum mendengar Sophia memanggil Puan Noor dengan panggilan 'umi'.

"Sama-sama. Nanti ada masa kita jumpa lagi tau, boleh Sophia teman umi pergi charity event lagi. Kirim salam kat mama."

"Inshaallah. Bye umi." Sophia melambai tangan kepada Puan Noor.

Kemudian dia menoleh ke arah Hazim di bahagian pemandu. Hazim juga membalas lambaian sambil senyum simpul. Sophia tersengih-sengih. Ibarat jatuh cinta padang kedua pula!

Masuk sahaja ke halaman rumah, ada seseorang sudah menunggu dia di muka pintu. Siapa lagi kalau bukan adik kesayangan...

"Phewitt!"

.

"Macam mana, okey tak?" tanya Puan Noor kepada Hazim yang sedang fokus memandu.

Hanya sengihan yang diberikan sebagai jawapan. Teringat kembali dia sewaktu di rumah anak yatim tadi. Ada beberapa kali Hazim terkantoi mencuri pandang ke arah Sophia. Gadis itu malah bermain mata lagi dengannya.

"Sengih pulak?" Puan Noor tidak puas hati dengan reaksi diberikan Hazim.

"Umi rasa macam mana?" Tanya Hazim kembali.

"Kalau tanya umi, umi cakap lulus. Pass!"
Hazim ketawa.

"Eh dia gelakkan kita pulak!"

"Kalau dengan umi lulus, dengan Hazim pun lulus lah." jawab Hazim sambil dia kembali serius.

"Betul ni? Kan umi dah cakap. Umi kenal dia dari kecik tau. Dia memang rajin." melambung-lambung pujian buat Sophia.

"Azim suka tengok dia dengan anak-anak yatim tadi. Nampak serasi, tak kekok." luah Hazim jujur.

Dia melihat ada aura keibuan dari cara Sophia melayan anak kecil. Mungkin kerana Sophia punyai adik. Terserlah sisi penyayang gadis itu yang dia tidak tahu, memandangkan Sophia lebih mempamerkan sisi 'berani' nya selama ini.

"Betul, betul. Umi alhamdulillah tau kalau Azim jadi dengan Sophia. Teringinnya..." makin galak Hazim ketawa mendengar kata-kata Puan Noor.

Sudahnya, mereka berdua ketawa. Hazim senang melihat uminya selesa dengan Sophia. Suatu petanda yang baik untuk permulaan hubungan mereka.

.

Sophia sedang menyiapkan baju untuk dibawa memandangkan dia punya tugasan di luar Malaysia selama seminggu lebih. Bermakna seminggu lebih juga dia harus berjauhan dengan buah hati. Eh?

Nadine pula sedang bersenang-senang di atas katilnya. Dari tadi dia leka melayari internet untuk menyiasat latar belakang Hazim. Katanya.

"Ada Instagram, tapi private lah kak!" keluh Nadine.

"Biasalah tu. Mungkin dia nakkan privasi." jawab Sophia yang sedang melipat baju.

"Boleh jadi. Nadine tengah google dia ni. Nampaknya boleh tahan famous bakal abang ipar Nadine ni." Sophia hanya tergelak kecil. Mood stalker on!

"Ada gosip pasal his previous marriage! Bekas isteri dia model jugak rupanya."

"Mona Ellisa?" potong Sophia. Dia juga baru tahu. Sebenarnya dia baru sedar akan kewujudan Hazim Ikmal.

"Akak kenal?"

"Kenal gitu-gitu je. Lagi lagi?" Sophia meminta agar Nadine menyambung.

"Nothing much. Cuma dia ada cakap la yang perkahwinan bersama Mona Ellisa berakhir kerana isteri pertama. Wow... not bad. Duda terlajak laris nampaknya."

"Kan? Mula-mula akak tak percaya tau dia pernah kahwin dua kali. Sebab dia nampak tak terlalu tua. Nampak kacak..." Terbayang sahaja wajah Hazim, tangan Sophia hingga berhenti bekerja. Pasti dia bakal merindui lelaki itu nanti!

"That's all. Selebihnya, cerita pasal event business and so on. Mari kita tengok profile dia pula." Nadine mengangguk-angguk.

Sebuah laman tidak rasmi menceritakan tentang latar belakang Hazim Ikmal dibaca. Gambar-gambar lelaki itu yang dilampirkan sekali juga dilihat. Memang segak Hazim ni. Patutlah kakak dia suka.

"Akak, birthday dia hujung bulan ni! 25 haribulan."

"25? Alaa... 25 akak kat Korea lagi." rengek Sophia. Nadine sudah berfikir-fikir bagaimana cara supaya Sophia dapat meraikan hari lahir Hazim.

"Eh, lewat sikit takpe kot. Akak buatlah surprise dinner. Mesti dia suka auch! So romantic, kakkkk!" Nadine pula seronok membayangkan betapa romantis jika menyambut ulangtahun kelahiran dengan candlelight dinner.

"Eeeiiii bestnya! Okay, okay boleh jugak tu!"
Sophia mulai merencana sesuatu. Tapi dia tidak pasti kalau Hazim akan menyukainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience