25

Romance Completed 48873

Nadine mengambil tempat di sebelah katil. Lengan Sophia digosok perlahan. Remuk redam hatinya melihat kakaknya yang masih tak sedarkan diri. Apa salah Sophia sampai dia menerima nasib sebegini?

Hazim setia menjadi pemerhati di belakang.

"Ya Allah, besarnya dugaan atas Kak Sophia." lirih Nadine.

"Maafkan abang. Kalau abang lebih peka, mungkin hal ni takkan terjadi." celah Hazim.

"Bukan salah abang pun..." jawab Nadine dingin.

Nadine mengelus rambut Sophia.Tangan kakaknya masih dipegang, berharap ada tindakbalas dari sekujur tubuh itu.

"Abang tahu Nadine pun marahkan abang."

Hazim kembali diam. Andai dapat dia putar kembali masa, pasti dia tak akan biarkan Sophia terluka.

"Abang pernah ke fikir pasal perasaan akak?" suara Nadine memecah kesunyian.

“Apa yang kakak bagitahu Nadine?” tanya Hazim.

“Dia sayangkan abang sangat. Dia akan jaga abang dan baby macam nyawa dia sendiri.”

“Abang gagal penuhi janji-janji abang.”

"Akak terlalu sayangkan Abang Hazim. Dia sanggup ketepikan perasaan dia. Pernah abang sedar?"

"Abang—"

"Abang masih tak move on? Sebab abang masih teringatkan arwah isteri abang?" Nadine memotong tanpa sempat Hazim menghabiskan ayat.

"Maaf kalau Abang Hazim anggap Nadine kurang ajar. Tapi Nadine cuma nakkan keadilan untuk akak." Nadine cuba mengawal suara agar tidak kedengaran biadap. Niatnya cuma mahu menyedarkan Hazim.

"Akak selalu ceritakan kat Nadine, yang dia nak jadi sebaik arwah isteri abang tu. Sebab dia tahu, dia banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan arwah. Sebab tu dia berusaha untuk tunjukkan rasa cinta kat abang."

"Dia akur, yang arwah pernah jadi sebahagian dari hidup abang. Dia takkan pernah dapat gantikan tempat arwah kat hati abang. Dia cuba jadi diri sendiri."

Hazim mengiyakan. Benar, Sophia tidak pernah menunjukkan rasa cemburu setiap kali dia berceritakan tentang arwah Hana.

"Kak Sophia ni walaupun periang, dia memang suka memendam. Sebab dia tak nak nampak lemah. Dia tak nak bergantung harap dekat sesiapa. Tuhan je yang tahu berapa banyak cerita yang dia pendam." panjang lebar luahan Nadine.

"She just need a listener. Who would listen without judging. Dengan siapa lagi dia nak bercerita kalau bukan pasangan hidup dia sendiri..."

"I was too busy, sampai banyak benda yang abang tak tahu. Bila kakak banyak berahsia dari abang, abang marahkan dia. Abang tak patut cepat menghukum." Hazim tidak mampu angkat muka melihat adik iparnya. Dia benar-benar malu.

"Kalau Nadine jadi akak, Nadine pun akan tutup mulut. Buat apa bercerita kalau asyik kena marah." tambah Nadine lagi. Terasa mahu menampar mulut sendiri pula kerana lantang bersuara. Geram!

“Abang sayangkan Kak Sophia?” Nadine menanyakan soalan yang sama pernah diajukan ke Sophia. Sesungguhnya dia masih berharap Hazim untuk membahagiakan kakaknya.

"Sayang..." Hazim mengangguk beberapa kali. Mana mungkin dia tidak menyayangi insan yang kini menghamilkan zuriatnya.

“Nadine harap abang dapat buktikan kata-kata abang tu. Kalau betul abang sayangkan Kak Sophia, jaga dia. Lindungi dia selayaknya. Kalau akak boleh terima abang dan masa lalu abang, sepatutnya abang pun buat perkara yang sama.”

Selesai Nadine 'mensekolahkan' Hazim, dia meminta diri untuk beredar kerana ada urusan. Kata-kata Nadine tadi meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada Hazim.

Tanpa dilihat sesiapa, Hazim bercakap-cakap sendiri dengan Sophia. Mengucapkan kata-kata maaf dan rindu. Sesungguhnya, jiwanya terseksa melihat keadaan Sophia.

.

"Macam mana keadaan Sophia? Apa doktor cakap?" Noor bersuara setelah beberapa saat mengambil tempat di sebelah Hazim.

Walaupun marahnya sudah reda, selagi Sophia masih begitu selagi itu dia dihimpit rasa kesal.

"Keadaan dia stabil. Cuma masih tak ada perkembangan."

"Sampai hati ada orang sanggup buat macam tu kat Sophia..."

Mereka kembali diam. Serba salah untuk berbicara tentang apa yang sudah terjadi. Sudah dia tahu ada yang tidak kena antara Hazim dan Sophia.

“Azim ni, memang pembawa malang kan?” Hazim menahan tubir mata yang mulai basah.

“Apa Azim cakap ni?”

“Setiap kali Azim kahwin, isteri Azim akan tinggalkan Azim. Mungkin sebab Azim ni pembawa sial kot.”

"Astaghfirullahazim... mengucap Zim."

"Azim ni suami yang gagal, umi. Azim sia-siakan insan yang ikhlas sayangkan Azim. Azim memang tak guna! Mungkin sampai bila-bila pun Azim takkan bahagia!" kata Hazim lagi.

"Umi tak pernah anggap Azim macam tu. Walaupun umi kesal, umi redha..."

"Azim dah banyak kali malukan umi..."

"Memang umi marah bila umi dapat tahu. Tapi apa yang jadi, pasti ada hikmah. Mungkin ini masanya untuk Azim berubah. Buang ego tu, jadi orang penyabar, bertanggungjawab. Allah uji ada sebab, Zim."

"Macam mana kalau Azim kehilangan Sophia sekali lagi, umi? Kenapa mesti orang yang Azim sayang pergi tinggalkan Azim? Azim tak sanggup..." airmata Hazim gugur lagi.

"Doa, nak. Doa banyak-banyak. Allah tempat kita bergantung." Noor mengusap belakang Hazim yang teresak-esak.

.

Nasha mendengar desas desus dari bilik solekan yang terselit nama Sophia. Perasaan ingin tahu membuak-buak, hinggakan terpaksa menebalkan muka bertanya kepada Linda yang baru menapak keluar dari situ.

“Linda, apa kecoh-kecoh tu?” Nasha menarik sedikit Linda mendekatinya.

“Sophia, accident dua hari lepas. Langgar lari. Kau baru tahu eh?” bisik Linda pada Nasha.

“Langgar lari?” Nasha sedikit kaget. Dia baru tahu tentang perkara itu. Serta merta, wajah Iqbal menerpa mindanya.

“Ye, sekarang dia tengah koma. Tengah pregnant pulak tu!” tambah Linda lagi.

“Oh…” Nasha terbungkam. Tak dapat dia bayang keadaan Sophia sekarang.

“Takpe lah, I gotta go!” Nasha pantas meminta diri.

Nasha mundar mandir di bilik persalinan, lagi sepuluh minit Iqbal bakal menjemputnya. Dia gigit bibir sambil melihat jam.

Setelah angka jam bertukar, Nasha menapak keluar. Di luar bangunan, kereta Iqbal sudah menunggu. Langkahnya mendekati penuh sangsi. Masuk sahaja ke dalam kereta, Iqbal menegur seperti biasa.

“Kenapa masam ni?” Iqbal cuba mengelus pipi Nasha.

“What happened to Sophia?” Nasha bertanya dingin. Hatinya kuat menyangkakan Iqbal dalang disebalik perkara yang terjadi.

“What happened to her?” Iqbal mengalih pandangan. Pura-pura tidak tahu.

“You jangan buat tak tahu. Ni semua kerja you kan?” suara Nasha meninggi.

“Apa kau cakap ni?”

“You pernah cakap nak hapuskan Sophia. You yang langgar dia kan?!”

“Memang aku yang langgar!!! Aku yang buat!” Iqbal yang rasa tercabar menyahut.

“Ya Allah... Dia tengah mengandung, Bal! Kenapa you kejam sangat sampai nak membunuh! You tahu tak sekarang dia tengah koma?”

“Oh, tak mati lagi rupanya…” sindir Iqbal halus.

“You’re such a jerk! You takkan boleh lari. Polis akan cari you!”

“Aku tak nak dengar! Sophia dengan anak bodoh dia tu patut mati! Kau jangan nak pandai-pandai ajar aku! Kau pun suka la kan dia jadi macam tu?” Iqbal mencengkam leher Nasha.

“Binatang! Aku tak jahat macam kau lah! Aku menyesal sayang kau! Hmph!!! Lepaskan aku!” Nasha menahan pedih di leher.

Pergelutan antara mereka berdua hanya dipandang sepi oleh orang yang lalu lalang. Tiada siapa yang berani masuk campur walaupun Nasha menjerit meminta belas.

Peluangnya menipis apabila Iqbal lebih laju bertindak memecut lari dari tempat kejadian. Pasti kali ini dia jadi tempat melampias amarah lelaki itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience