31

Romance Completed 48873

Bunyi getar dari telefon bimbit membuatkan lena Sophia terganggu. Mata yang berat dipaksa untuk celik. Baru sahaja dia ingin menenyeh mata, Sophia terkejut besar.

Wajah Hazim yang begitu dekat dengannya hampir buat Sophia terjerit. Pabila teringatkan lelaki yang disisinya kini adalah suami sendiri, Sophia pantas menekup mulut. Laju sahaja mata dia segar. Nampaknya dia harus membiasakan diri dengan sitiuasi ini juga.

Bahu suaminya dicuit beberapa kali. Yang sedang bergetar bagai nak rak itu adalah Iphone milik Hazim, tapi tuannya malah tidur mati.

"Awak... bangun." bisik Sophia halus.

Hazim mengeliat kecil, lalu sempat tangannya melingkar di pinggang Sophia yang ingin bangkit dari katil.

"Morning..." suara serak Hazim kedengaran menyapa. Sambil mata terpejam, Hazim menghentikan penggera di telefon bimbitnya.

"Hmm... morning." jawab Sophia.

Baru nak dialih lengan sasa Hazim, suara itu berkata lagi, "Subuh sama-sama tau?"

"Okay." jawab Sophia pendek.

Mujur kali ini Hazim sedang menggeliat, dapat dia bangun dari katil yang empuk itu. Kalau bukan kerana kalut pertama kali bangun di sisi Hazim, sudah pasti dia berlama-lamaan lagi di dalam selimut. Selesa oi!

Usai solat subuh, Sophia menyalami tangan Hazim. Saat ubun-ubunnya dicium, dia berasa tenang. Sentuhan dari Hazim walaupun sukar dia jangka, mampu mendamaikan hatinya. Entah mengapa.

"Sayang nak breakfast apa pagi ni?" tanya Hazim sambil tangannya tak lepas dari mengenggam jari-jari Sophia.

"Tak kisah." jawapan selamat diberikan.

Time-time syahdu macam ni ditanya soal makan, Sophia jadi 'blur' sekejap. Mungkin kerana dia terpana dengan aura Hazim yang luar biasa waktu subuh itu. Aduh...

"Betul? Tak craving apa-apa?"

"Hmm... nasi lemak?" Jawapan Sophia yang kemudiannya itu membuahkan senyum Hazim. Terbayang pula nasi lemak sambal kerang, dimakan panas-panas. Wah!

"Abang order jela ye. Kita makan kat rumah."

"Okey." Baru sahaja Sophia ingin menanggalkan telekung, tangan Hazim elok melekap di perutnya.

"Good morning sayang daddy... buat apa tu?" suara Hazim bertanya lembut. Telinga didekatkan di sisi Sophia.

Sophia tidak dapat menahan senyum apabila Hazim bercakap-cakap dengan si kecil yang di dalam kandungannya itu. Kalau di rumah mama, Nadine lah yang sibuk bersembang dengan baby begitu.

"Tak sabarnya daddy nak jumpa awak..."

Pandangan Hazim naik memandang wajah isterinya. Sophia tersenyum sambil membalasnya.

Sedang mereka asyik berpandangan sesama sendiri, Sophia dapat merasakan sesuatu bergerak-gerak di bahagian perutnya.

"Wow!" terkejut Sophia dibuatnya. Ini kali pertama dia merasakan pergerakan bayi yang dikandungnya. Rasa teruja!

"Kenapa sayang?"

"Baby menendang..." ujar Sophia sambil garu kepala. Aktif betul baby ni bila dekat daddy dia!

Hazim ketawa halus. Dagu Sophia dicuit sebelum dia menyambung sesi perbualan yang terhenti.

"Awak nak tegur daddy ye? Pandai la dia... Duduk elok-elok dalam ni, jangan naughty tau. Sian mummy." bisik Hazim.

"Sayang okey?" tanya dia kepada Sophia pula, masih terkejut agaknya.

"Okey. First time. Tak sangka dia aktif pulak pagi ni." Sophia juga turut mengusap perutnya. Senang hati melihat keprihatinan Hazim. Rasa teramat disayangi.

"Mestilah, dia excited dengar suara daddy dia." Hazim mengenyit mata nakal.

Melihat Sophia tersenyum malu, dia juga ikut senang. Akan dia pastikan senyuman itu kekal terukir. Setelah apa yang berlaku, Hazim berjanji akan terus membahagiakan Sophia selagi dia mampu.

.

Waktu masih awal pagi, Sophia bersandar di kerusi kekenyangan. Baru dua hari dia di rumah ini, dia dilayan bak permaisuri. Apa yang dia teringin makan, pasti akan Hazim dapatkan. 'Heaven' bak kata orang putih...

Hazim yang sedang menyusun pinggan yang sudah dicuci dipandang dengan tekun. Ralit dia memerhati Hazim membuat kerja-kerja rumah, tak kekok langsung.

Sedar dirinya diperhatikan, Hazim sembunyi senyum. "You need anything?"

Sophia menggeleng perlahan. Kantoi pula asyik merenung suami sendiri.

"Awak tak kerja ke hari ni?" tanya Sophia. Baru dia perasan, dia masih belum tahu pekerjaan yang dilakukan si suami.

"Tak. Saja ambik cuti. Come." Selesai tugasan di dapur, Hazim menghulur tangannya ke arah Sophia.

Tanpa buang masa, Sophia menyambutnya malu-malu. Dia ditarik menuju ke ruang tamu. Tempat diambil di atas sebuah sofa panjang.

"Your therapist cakap abang kena bantu sayang untuk kembalikan memori sayang. So, abang ingat hari ni abang nak buat sesi perkenalan semula. Boleh?" Hazim memulakan perbualan.

"Boleh." Sophia sudah menyelesakan diri, memang banyak pertanyaan yang ingin dia ajukan buat Hazim. Inilah masa yang sesuai.

"Great. Ok, jom kita mulakan." Hazim menghulur tangan tanda salam.

"Nama saya Hazim Ikmal. Umur saya 40 tahun. Tua dah..."

Sophia gelak kecil apabila mendengarnya. Dia juga sedikit terkejut, tetapi tetap mengangguk.

"Saya bekerja sebagai seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat. Sudah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat cantik bernama Sophia Kirana." Hazim sempat menjeling manja ke arah Sophia hinggakan dia tersipu-sipu.

"Hari ni saya tak kerja, sebab saya nak teman isteri saya kat rumah. How about you?" soal Hazim kepada Sophia pula.

"Ok. Nama saya Sophia Kirana, umur saya 28 tahun. Saya... lupa saya kerja apa." Sophia garu kepala yang tak gatal.

Dia yakin maklumat itu mungkin pernah diberitahu oleh ahli keluarganya sebelum ini, tetapi memori yang masih agak lemah menghalangnya untuk mengingat kembali.

Kali ini Hazim pula mahu tergelak, tetapi dia cepat-cepat mengawalnya dan memberi isyarat supaya Sophia meneruskan perbualan.

"Saya dah berkahwin. Nama suami saya Hazim Ikmal." terang Sophia berhati-hati.

"That's all?" tanya Hazim.

"Ya." Sophia angguk yakin. Itu sahaja maklumat yang terlintas di fikiran dan yang mampu dia ingat. Bantai sahaja lah!

Hazim memberi senyum dorongan. Rambut Sophia diusap lembut. "Good job. Slowly okay?"

"Okay. Thank you." balas Sophia persis anak kecil.

Suatu perkara yang dia mulai perasan, Hazim suka menterjemahkan kasih sayangnya melalui sentuhan. Dan dia juga sedikit sebanyak merasa selesa.

"Sayang kerja sebagai seorang model. But abang ingat sayang rehat je la dulu sampai lepas bersalin. Jangan lasak-lasak sangat. Kejap, abang nak tunjuk something." Hazim mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar.

Galeri dibuka, beberapa foto milik Sophia dipaparkan.

"Dalam phone abang banyak gambar sayang tau?"

"Ye ke?" Sophia teruja menjenguk gambar-gambar sendiri di dalam iphone Hazim. Memang banyak, bermacam-macam gaya.

"Dulu sayang suka hantar selfie hari-hari dekat abang."

Telefon sudah bertukar tangan, Sophia ralit menelek gambar sendiri. Riak wajah yang dahulunya riang itu membuat dia bertanya sendiri. Bagitu bahagiakah dia sebelum ini?

"Tapi abang belum ada gambar latest sayang. Jom, abang ambilkan." Hazim mengambil kembali iphone dari Sophia.

Kamera dibuka, lalu dihalakan ke arah Sophia.

"Malulah awak, mesti pipi saya dah kembang sangat ni!" Sophia menyentuh dua belah pipi yang agaknya dah macam pau.

"Tak lah, you are still pretty. Makin cantik adalah..." Hazim memujuk dan cuba menahan Sophia dari memalingkan wajah.

Pujiannya ikhlas. Memang Sophia tampak sedikit berbeza. Bertambah jelita dia di mata Hazim. Seri ibu mengandung agaknya.

"Tapi saya gemuk kan? Dah tak macam dalam gambar-gambar tu." adu Sophia lagi.

Mana taknya, sejak keluar hospital selera dia membuak-buak. Ada sahaja benda yang dia teringin makan. Dan pasti kehendaknya akan dituruti. Habis hilang dagunya yang runcing itu.

"Hey, listen. Awak gemuk ke, kurus ke, abang terima seadanya." ujar Hazim sambil dia mengelus pipi Sophia.

Itu salah satu permintaan Sophia yang Hazim ingat hingga hari ini. Kerana Sophia sudi menerima dia seadanya, dia juga bakal menyayangi dan mencintai wanita itu apa adanya.

"Betul?" duga Sophia.

"Betul, sayang. Lagipun awak makin berseri-seri lepas pregnant ni. Geram tau abang tengok?" usik Hazim lagi. Mulalah pipi Sophia memerah.

"Apa pulak..." Sophia cuba mengalihkan wajah ke arah lain tapi tangan dia erat dalam genggaman Hazim.

"Seksi sangat! Aum!" Hazim tayang muka gatal tanpa rasa bersalah.

"Awak!" serta merta Sophia teringatkan insiden semalam.

"Ok ok, sorry! Alolo sayang, smile sayang abang nak ambil gambar. Please..." Hazim menyambung kembali agenda yang tergendala tadi.

Sophia senyum malu-malu. Tak mampu untuk mengelak tatkala melihat kesungguhan Hazim untuk mengambil gambarnya. Pujukan Hazim buat hatinya senang.

"Siap, abang dah buat wallpaper." Hazim menayang kembali telefon yang skrin utamanya terpampang wajah Sophia.

Sophia tersengih sambil geleng kepala perlahan. Terasa hubungan antara mereka mulai rapat, walaupun baru sahaja berkenalan. Hazim memang pandai mengambil hatinya.

.

Sepanjang pagi Sophia dan Hazim berbual tentang pelbagai perkara, termasuklah melihat kembali gambar-gambar perkahwinan mereka. Sophia akhirnya ketiduran setelah solat Zohor.

Petang itu, Hazim menerima panggilan dari Inspektor Azfar. Kata inspektor, Iqbal berjaya melarikan diri ketika satu serbuan di sebuah kelab malam dijalankan.

Pihak polis masih terus berusaha untuk menjejaki Iqbal memandang dia kini disabitkan dengan beberapa lagi kes lain seperti penyalahgunaan dadah dan gangguan seksual.

Hazim meraup wajah sambil mundar-mandir di halaman rumah. Bimbang memikirkan kemungkinan Iqbal boleh muncul bila-bila masa sahaja. Dan Sophia pula tidak tahu apa-apa.

Otak Hazim ligat mencari cara untuk membincangkan perkara itu dengan Nadine dan ibu bapa mertuanya. Tanpa pengetahuan Sophia.

"Awak fikir apa tu?" suara Sophia menegur dari belakang. Dia berjalan menghampiri Hazim sambil menenyeh mata.

Hazim membiarkan Sophia mendekatinya. Alahai, comel betul isterinya yang tengah mamai itu!

"Takda apa. Sekejapnya sayang tidur?" Hazim ubah topik.

"Dahaga, saya turun nak minum air tadi. Awak buat apa kat luar? Siapa yang call?" tanya Sophia lagi.

Dari tadi dia perasan Hazim tidak ada di bilik waktu terkejut dari tidur. Lalu dia teringin untuk membasahkan tekak. Ternampak pula Hazim yang sedang serius bercakap di telefon, dia jadi ingin tahu.

"Kawan abang. Ada hal kerja sikit." Hazim berdalih.

"Kenapa dengan kerja? Awak ada masalah ya?"

"Tak adalah. Tak ada masalah pun. Jangan risaulah."

"Kalau awak kena kerja, pergilah. Saya boleh ajak mama temankan saya kat sini." Sophia mengambil tempat di sebelah Hazim.

Sebagai seorang pegawai eksekutif, pasti banyak tugasan yang perlu dilakukan oleh suaminya itu. Dia pula sebagai isteri, harus memahami.

"No, it's okay. Hal kerja tu pekerja boleh uruskan. Abang nak duduk rumah jaga sayang. Is that okay?" balas Hazim.

"Okay. Thank you sebab jaga saya."

"You're welcome, sayang. Abang akan lindungi sayang, walau apa pun yang jadi. I've promised your mama and papa. And now i promise you. Abang akan jaga sayang macam nyawa abang sendiri."

Hazim membawa Sophia dekat dengannya. Sayang untuk melepaskan Sophia buat kali kedua. Walaupun bukan yang pertama, cukuplah Sophia jadi yang terakhir buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience