26

Romance Completed 48873

Nasha mengusap keliling leher yang kemerahan. Insiden kelmarin masih segar di ingatan. Setelah teruk dikerjakan, dia dihantar pulang. Pagi ini seluruh badannya rasa lemah.

Nasha kuatkan diri untuk bersiap. Ada tempat yang perlu dia tuju. Setelah berfikir panjang. Hanya satu cara untuk dia dapatkan pembelaan. Iqbal memang sudah melampau.

Baru sahaja langkah diatur menuju ke pintu utama, bunyi kereta yang amat dia kenal menyapa telinga. Melalui tingkap rumah Nasha menjenguk. Iqbal sedang berjalan bersahaja.

Pintu diketuk dibiarkan beberapa kali. Nasha terkumat-kamit berdoa untuk keselamatan diri.

"Sha..." suara halus Iqbal menyapa ketika pintu rumah dibuka oleh Nasha dari dalam.

"Kau nak apa?" tanya Nasha tanpa membuka kunci pintu gril. Biar begitu lebih selamat.

"Tak nak bagi aku masuk? Let me see your face..." Iqbal cuba mencapai wajah lesu Nasha namun cepat ditepis oleh gadis itu.

"Sakit tahu, tak?!" bentak Nasha.

Iqbal ketawa sinis. "Itu apa kau dapat, sebab buat aku angin!"

"Balik la! Kau nak apa?"

"Sophia sekarang kat hospital mana?" Iqbal terus bertanya tanpa basa-basi.

Hospital kerajaan yang berdekatan sudah dilawati, namun tiada nama yang dia cari.

"Aku tak tahu..." bohong Nasha.

"Mana boleh kau tak tahu!" Iqbal menjerkah kuat.

"Aku tak tahu lah! Bukan masalah aku!" Nasha undur beberapa langkah. Mujur ada pintu memisahkan antara mereka.

"Ok. Kau tak nak bagitahu aku, takpe. Aku sendiri akan cari dia. Kau jangan risau." tajam mata Iqbal merenung wajah Nasha yang ketakutan.

"Berambus lah!" balas Nasha sebelum menutup kasar pintu.

Nasha bersandar pada pintu tanpa mempedulikan cemuhan Iqbal di luar. Dia menangis mengingatkan betapa bodoh selama ini dia mempercayai lelaki itu.

Sakit yang diberikan Iqbal cukup untuk membuat dia sedar bahawa Iqbal tidak pernah ikhlas, apatah lagi menyukainya.

Kerana kebodohan itu juga, dia menyimpan benci terhadap Sophia. Sedangkan Sophia tidak pernah menyakitinya.

"Aku takkan biarkan kau dekat dengan Sophia. Kau akan terima balasannya, Iqbal!" bisik Nasha.

.

Hazim membantu mengelap bahagian tubuh Sophia dengan kain basah. Seminggu lebih membiasakan diri di hospital, Hazim banyak belajar dari jururawat cara-cara untuk menguruskan isterinya.

Setelah siap mengganti pakaian, dia mengucup perlahan pipi Sophia. Jarinya bermain-main dengan rambut Sophia yang sudah semakin panjang.

"Rindunya isteri abang ni..." bisik Hazim.

Keadaan Sophia masih sama. Belum ada gerak balas walaupun sudah hampir tiga minggu. Kecederaan di bahagian lain sudah semakin pulih. Lebam-lebam di sekitar wajah beransur hilang.

Sophia dibekalkan tenaga berterusan dalam bentuk susu melalui tiub. Tekanan darah, gula dan glukosa dalam darah pula sentiasa dipantau oleh doktor. Amat penting untuk memastikan keadaan ibu dan kandungan tidak terjejas sepanjang 'comatose'.

Manakala 'Serial ultrasound' turut dilakukan untuk memantau pertumbuhan dan saiz janin. Dan setiap kali prosedur dilakukan, Hazim akan ada di sisi Sophia.

Setiap penerangan dari doktor didengar dengan teliti. Syukurlah, hasil pemeriksaan menunjukkan petanda positif iaitu appropriate fetal size and growth.

"Dah dua minggu lebih sayang tak cakap dengan abang. Sayang masih marahkan abang ke?" Hazim mencapai tangan isterinya.

"Janganlah merajuk lama sangat... susah abang nak tidur malam. Asyik teringatkan sayang. Teringatkan baby." Hazim senyum nipis.

"Hari-hari abang doakan sayang cepat sedar. Rumah tu sunyi sangat kalau sayang tak ada."

Hazim melepas keluh panjang. Berharap Sophia dapat mendengar walaupun agak mustahil. Kata doktor, bercakap-cakap dengan pesakit mungkin dapat membantu menyegerakan proses mereka untuk sedar dari koma.

Dahi Sophia dicium sekali lagi. Kalau Sophia tidak tidur panjang begini, pasti ciumannya berbalas.

Bunyi ketukan pada pintu menyedarkan Hazim. Wajah ibu mertuanya muncul di balik situ, diikuti oleh suaminya.

"Assalamualaikum..." ucap Natrah.

"Waalaikumusalam, mama."

"Macam mana Sophie, okey ke?" tanya Bakri setelah bersalaman dengan Hazim.

"Okey, pa. Baby pun okey, sihat." jawab Hazim.

"Alhamdulillah."

"Mama yakin, Sophie dan baby kuat. Inshaallah tak lama lagi Sophie akan sihat balik." ujar Natrah.

"Inshaallah, ma."

"Macam mana dengan kes accident tu? Ada apa-apa maklumat dari inspektor tu?" tanya Bakri lagi. Doanya, agar penjenayah yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.

"Kes tu masih dalam siasatan, pa."

"Ikmal balik la dulu, mesti penat dari semalam jaga Sophie. Malam ni biar mama pulak stay. Ikmal balik rehat dulu ya?" pesan Natrah kepada Hazim.

Hazim akur lalu meminta diri untuk pulang. Saban hari dia banyak meluangkan waktu di hospital. Penat lelah tidak dihiraukan, sebaliknya dia tertunggu-tunggu detik agar Sophia bangun dari lena yang panjang.

.

Hazim melangkah masuk ke rumah yang kelihatan sedikit kelam. Hanya cahaya dari lampu di luar rumah yang lolos masuk ke ruang tamu.

Langkah dibawa ke bahagian bilik atas. Sungguh pun penat, rasa sunyi mengatasi segala-galanya. Hazim duduk di hujung katil sambil membuka dua butang atas kemeja.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek. Jam sudah menunjukkan angka 11 lebih. Hatinya kembali bergetar pabila melihat wallpaper yang masih terhias wajah Sophia.

Hazim ukir senyum walau amat susah. Sepi di hati hanya Tuhan yang mengerti. Tak pernah dia rindukan Sophia sehebat ini. Selama ini dia betah tidak bercakap dengan Sophia walaupun isterinya itu sentiasa di depan mata.

Kini sebaliknya, Sophia dapat dia lihat, dapat dia sentuh. Tetapi sayangnya tidak ada balasan pun dari tubuh Sophia yang kaku itu. Itu lebih menyiksakan.

Hazim biarkan titis air mata yang jatuh. Aplikasi Whatsapp dibuka, nama 'Sayang' yang berada di paling atas ditekan. Hazim membaca kembali pesanan terakhir yang dihantar oleh Sophia.

Hatinya kembali dihimpit pilu yang teramat.

'Happy five monthsary, abang. Saya tahu saya bukan seorang isteri yang sempurna. Saya banyak kekurangan. Saya banyak menyusahkan abang.Tapi percayalah, saya sangat bahagia selama menjadi isteri abang. Abang segala-galanya buat saya. Saya cuma harap abang dapat terima saya seadanya. Nanti abang balik, kita makan malam sama-sama ye. I always love you, abang.'

"Sayang sempurna... cukup sempurna untuk abang..." bisik Hazim.

Sophia yang menawan hati, manja dan sentiasa menyanyangi dia apa adanya.

Sophia tidak pernah jemu mengucapkan kata cinta.

"Baliklah pada abang, abang pun sayangkan Sophia..."

Serak-serak suara Hazim berbicara sendiri. Sedang dia leka melayan perasaan, Hazim teringatkan sesuatu. Dia segera bangun dan menuju ke arah meja solek.

Segala laci di situ dibuka dan diperiksa satu persatu. Setelah dirasakan apa yang dicari tidak ada, Hazim beralih ke almari milik Sophia.

Almari itu penuh dengan pakaian milik isterinya. Hazim membelek di sebalik baju-baju yang tergantung kemas. Sehelai dress berwarna kuning yang pernah dihadiahkan kepada Sophia dicapai dan dibawa dekatnya.

Bau haruman yang sering dipakai Sophia menambahkan lagi kerinduan Hazim. Lama dia memegang dress itu sambil membayangkan Sophia di sisi. Mahu gila rasanya!

Ketika ingin meletakkan kembali dress itu, matanya terpandang akan sesuatu. Di bahagian bawah almari, di sebalik baju-baju yang tersimpan rapi, Hazim menemukan sebuah kotak kecil.

Hazim terduduk di tepi almari. Kotak itu dibuka perlahan. Tangisannya pecah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience