"Mama... Sorry sangat... Mama jangan marah Sophie lagi pleaseee!" Sophia merengek apabila dari tadi mamanya memuncung. Barangkali masih marah akan kejadian dua hari lepas.
"Sophia, you're a grown up. Malu mama dengan papa tau." bebel Puan Natrah sambil tangannya lincah membuat persiapan untuk makan malam.
"Sophie tau... Sorry la mama. Sophie janji lepas ni tak buat dah." Sophia tayang muka kesian.
"Yelah... Hairan la mama, Sophie dah elok-elok dengan Iqbal kenapa tiba-tiba break?" soal Puan Natrah.
Walaupun dia lebih selesa tidak masuk campur hubungan anaknya dengan mana-mana lelaki, pernah juga dia berjumpa sekali dua dengan Iqbal. Setahunya sudah tiga tahun lebih mereka bersama.
Pertanyaan itu pula ibarat menjerat Sophia. Tak mungkin dia mahu mengadu tentang apa yang telah berlaku antara dia dan Iqbal. Silap-silap Iqbal diserang pula.
"Things just don't work out, ma." jawab Sophia pendek.
"Mama ingat Sophie ada cakap pasal orang lain. Who's that guy, then?" Puan Natrah memutarkan pula soalan tadi.
Sophia telan air liur. Takkan nak sebut nama Hazim kot?! Memang tak lah...
"Takda pun, ma. Actually tu cuma alasan..."
Puan Natrah sudah geleng kepala. Macam-macam betul lah si Sophia ni!
"You better find someone better than Iqbal lepas ni. Mama tak nak Sophie sembarangan pilih orang untuk jadi suami tau? Atau senang-senang mama je yang carikan untuk Sophie!"
Sophia hanya mengangguk faham. 'Jangan risau, mama. Iqbal dah masuk blacklist!' Untuk suami, pastilah orang baik seperti Hazim yang menjadi pilihan.
'Eh, kenapa Hazim pulak?! Stop fikir pasal dia lah!' hati Sophia berkata.
"Haa, apalah yang dia menungkan tu. Tengokkan lauk atas dapur tu kejap!" tegur Puan Natrah kepada Sophia yang menongkat dagu sambil senyum-senyum. Berangan la tu!
"Okay, boss!" pantas Sophia menurut sebelum dibebel lagi.
Dalam hati masih sempat berharap, agar pertemuan dengan Hazim tempoh hari bukanlah yang terakhir kali.
'Kalau kita jumpa lagi lepas ni, anggap je la awak jodoh saya Hazim.' Sophia kemudian senyum sendiri. Haih, sudah angau rasanya!
.
Dua minggu kemudian...
Puan Noor mengambil tempat di sebelah Hazim yang sedang leka menonton televisyen. Setelah makan malam bersama-sama, Hazim masih belum pulang ke rumahnya. Petanda mungkin anak lelakinya itu ingin bermalam di situ.
"Azim." Puan Noor mencuba membuka topik.
"Ya, mi?" Hazim memandang sebantar wajah uminya, sebelum mata kembali tertumpu ke arah tv.
"Azim nak tidur sini malam ni?" Puan Noor sekadar berbasa-basi.
"Ye la kot. Tengok la macam mana. Dah lewat ni, macam malas je nak balik sana."
"Maaf kalau umi nak tanya ni." Hazim hanya angguk sekali.
"Azim tak nak kahwin lagi?" tanya umi Hazim.
Sudah lama sebenarnya dia ingin bertanyakan soalan itu, namun bimbang akan perasaan Hazim. Sudah pasti ingin cucu dari satu-satunya anak kandungnya itu.
"Kalau Azim kahwin, sekurang-kurangnya ada yang jaga makan pakai Azim. Umi teringin tengok Azim berkeluarga. Nanti boleh umi main dengan cucu-cucu umi." Puan Noor meneruskan bicara, besar harapannya agar Hazim mempertimbangkan permintaan yang satu itu.
"Azim belum fikir lagi, umi." Hazim akhirnya melempar senyuman pahit.
"Azim masih teringatkan Hana?" tebak Puan Noor.
"Mana mungkin Azim lupakan dia..." Jawab Hazim perlahan, tumpuan kini dialihkan sepenuhnya ke arah uminya.
Memang arwah Hana tidak pernah dia lupakan. Walaupun sedar tidak sedar, sudah beberapa tahun berlalu. Dia sudah redha, cuma terkadang masih juga dia terbayangkan wajah manis isterinya itu.
"Umi faham. Tapi Azim kena fikirkan masa depan Azim juga. Umi yakin arwah Hana pun pasti nakkan Azim bahagia." pujuk Puan Noor.
"Azim tahu.. Tapi ada ke orang yang nakkan duda macam Azim ni umi?" seloroh Hazim.
Tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum dia memasuki 40-an. Secara zahirnya, pasti ada yang tidak percaya dengan penampilannya yang masih bergaya seperti orang muda. Kenyataannya, dia sudah dua kali menikah!
"Apa pulak tak ada? Handsome lagi lah anak umi ni! Macam ni. Hujung minggu ni umi nak ajak Azim pergi dinner dengan kawan umi. Umi nak kenalkan Azim dengan anak perempuan dia. Azim nak?" Puan Noor memberi cadangan.
Teringat pula kepada anak gadis kawan baiknya yang dibualkan tempoh hari. Apa salahnya jika dia cuba 'kenenkan' pada satu-satunya anak lelaki miliknya itu.
"Siapa pulak ni umi?" Hazim hanya ketawa halus.
"Alah.. Umi nak kenal-kenalkan saja. Cantik anaknya. Umi tengok padan dengan Azim. Tapi kalau Azim tak nak, tak apa. Umi tak paksa." cepat-cepat Puan Noor memperjelaskan.
Tidak mahu sejarah lama berulang kembali. Tidak mahu rumahtangga Hazim diperjudikan seperti dahulu.
"Umi nak carikan calon isteri untuk Azim?"
"Umi beri cadangan aje, mana tahu kalau kalau Azim berkenan. Tapi kalau Azim tak nak, jangan paksa diri ya?" bahu Hazim digosok perlahan.
Hazim melihat wajah umi yang disayanginya itu, penuh pengharapan. Tidak salah jika kali ini dia turuti sahaja. Lagipun cuma berkenalan, kalau tidak suka takkan mahu dipaksa?
"Kalau macam tu, nanti Azim teman umi." jawab Hazim.
Wajah Puan Noor kembali senyum. Tidak sangka kali ini Hazim bisa dipujuk.
"Betul ni Azim nak ikut?" tanya Puan Noor lagi.
Hazim mengangguk sambil tersenyum. Senang melihat uminya yang sudah seperti anak kecil yang mendapat gula-gula. Seronok!
.
Sophia masih terlentang di sofa sambil bermain telefon bimbit. Puan Natrah yang sudah bersiap muncul di sebelah. Melihat Sophia yang masih bersenang-senang, bahu gadis itu dicuit.
"Sophie... Dah pukul berapa ni, cepat la siap sayang. Nanti lewat kawan mama tunggu."
"Ala, ma.. Kalau Nadine yang ikut tak boleh ke?" Sophia memberi alasan.
Terlanjur dia berjanji untuk menemani mamanya untuk keluar makan tengah hari bersama seorang teman. Kebetulan pula hari ini ada kelapangan, memang susah untuk menolak ajakan Puan Natrah.
"Mama nak bawak Sophie yang jumpa anak aunty Noor. Lagipun Nadine nak keluar nanti. Cepatlah siap, Sophie." Puan Natrah memujuk lagi.
"Kalau tak ikut tak boleh ke ma?" Sophia mencuba nasib lagi.
"Sophie you promised me last time, cepatlah sayang... Mama dah janji dengan Aunty Noor, dia nak bawak Ikmal tu sekali."
"Alaa, malulah Sophie ma!" Sophia membuat muka geli, dengar cerita si Ikmal yang sering disebut Puan Natrah adalah seorang duda!
"Sophie, come on! Kenal-kenal lah dulu. Cepattt!!!" kali ini lengan Sophia sudah ditarik.
"Alright, alright fine." Sophia menyerah akhirnya sebelum angkat punggung pergi dari situ.
Sophia membuat muka cemberut sepanjang perjalanan sehinggakan beberapa kali dicuit Puan Natrah. Macam-macam alasan diberikan, dress tidak sesuailah, sakit perutlah, semuanya tidak menjadi!
"Senyum sikit, sayang. Nanti salam dengan Aunty Noor tau?" Puan Natrah memesan lagi setelah mereka sedang berjalan masuk ke sebuah restoran dinamakan 'Silhouette' itu.
"Malu la, mama." rengek Sophia lagi.
"Malu apanya... Relaks okay." Puan Natrah sudah senyum melihat kelibat yang dicari di suatu sudut restoran. 'Amboi, mama ni. Sukalah tu jumpa bakal menantu dia!'
Seorang wanita lebih separuh abad yang amat manis wajahnya, berkaca mata dan bertudung sedang duduk bertentangan dengan seorang lelaki.
Sophia sudah menunduk sambil terkumat-kamit berdoa dalam hati. Tidak sangka seserius ini jadinya. Dia hanya mampu menyorokkan diri di belakang Puan Natrah ketika ini.
"Assalamualaikum." Puan Natrah terlebih dahulu memberi salam kepada Puan Noor.
Puan Noor menyambut salam, sambil sempat dia mengintai Sophia di belakang Puan Natrah. Puan Natrah lantas menarik Sophia mendekat untuk turut bersalam.
Lelaki yang membelakanginya itu juga menjawab salam dan bangun. Melihat Sophia bersama Puan Natrah, dia terkedu sebentar. Tidak lama selepas itu, pandangan mereka berlaga akhirnya.
Puan Noor dan Puan Natrah yang selesai berpelukan melihat kedua anak mereka yang dari tadi diam.
"Sophia."
"Hazim."
Serentak mereka berdua menyebut nama masing-masing. Dada Sophia bergetar hebat.
"Eh, Sophie kenal dengan Ikmal?" tanya Puan Natrah, memecah kesunyian antara mereka.
Sophia mengangguk. Rupa-rupanya Ikmal yang dimaksudkan mamanya selama ini adalah Hazim Ikmal! Dan seorang duda. Teringatkan bagaimana dia bisa mengenali Hazim, Sophia jadi bimbang pula.
"Baguslah kalau Hazim dah kenal Sophia!" sambut Puan Noor pula.
Sophia sempat mengenyitkan mata ke arah Hazim supaya merahsiakan perkara yang patut.
"Ya. Azim pernah jumpa kat satu event ni." bohong Hazim. Dia juga masih terkejut dengan kehadiran Sophia di situ.
"Betul. He's a mutual friend." Sophia senyum sambil menyokong.
"Wah! Bagus, bagus. Senang kerja kita lepas ni. Eh duduklah Natrah, Sophia. Lama kan kita tak jumpa, Nat?" jemput Puan Noor.
"Betul tu. Untung anak-anak kita pun dah saling kenal, kan Noor?" usik Puan Natrah sebelum keduanya saling berbual.
Sophia pula memandang Hazim malu-malu. Tidak sangka dipertemukan dalam keadaan begini. Suka, sudah tentu. Namun dia juga berdebar mengingatkan tujuan mereka di sini.
Hazim juga menggaru kepala yang tidak gatal sambil sembunyi senyum. Kekok pun ada, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Patutlah kebelakangan ini dia teringatkan gadis itu.
.
"It was a pleasure meeting you again, Sophia." kata Hazim setelah mereka selesai makan dan mahu pulang.
"Me too. Tak sangka kan, our mother saling kenal." Sophia masih mencuba menyembunyikan debaran di hati.
"That's funny. Kecik betul dunia ni! Harap awak tak terasa hati dengan my mum tadi. Dia memang suka mengusik." jelas Hazim. Melihatkan usaha uminya yang benar-benar ingin mereka rapat, dia jadi malu sendiri.
"It's okay. Saya pun sama. Saya takut juga tadi sebab saya tak kenal pun Ikmal yang mama asyik sebut-sebut tu. Rupa-rupanya... Awak orangnya."
Hazim hanya angguk dan gelak kecil. Sophia ralit memandang wajah kacak itu yang sedang tersengih sumbing. Nampaknya hati dia sudah betul-betul sukakan Hazim...
"Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu." Hazim meminta diri, tidak ingin Puan Noor menunggu lama di dalam kereta.
"Sure. Jumpa lagi." hati Sophia sedikit kehampaan.
"Bye, Sophia." ucap Hazim sebelum ingin berjalan pergi.
"Bye, Hazim." balas Sophia. Dia masih memerhatikan Hazim melangkah pergi.
"Hazim!" nama itu akhirnya dipanggil sekali lagi.
Hazim berpaling, Sophia sudah berjalan ke arahnya.
"Can we go out, someday? Saya nak belanja awak makan. For helping me?" tanya Sophia, takut-takut. Entah dari mana dia punya keberanian untuk berbuat demikian.
"Sure. Saya masih guna nombor lama, you can call me anytime." Hazim melempar senyuman manis.
"Okey. Nanti saya call awak." Sophia membalas senyuman lelaki itu.
Sempat dia melambai balik ke arah Hazim buat kali terakhir. Hilang sahaja Hazim dari pandangan, Sophia mengucap syukur panjang. "Yesss!" Sophia jerit kecil.
Bahagianya hari ini, tiada siapa tahu. Kalaulah dia menolak keras ajakan mamanya, pasti dia terlepas peluang keemasan itu. Kini dia merasa makin dekat dengan Hazim, tanpa sedar dia mula menyukai lelaki itu.
Cara Hazim berbicara dan menyantuni ibunya juga Puan Natrah membuat dia makin suka. Tentang status Hazim, dia masih berteka-teki. Meskipun tahu bahawa Hazim pernah berkahwin, tidak banyak tentang hal itu yang dibicarakan tadi.
"It's okay. Everyone has a past."
Share this novel