18

Romance Completed 48873

Sophia menarik nafas sedalam-dalamnya. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, nampaknya dia harus bersikap jujur kepada suaminya.

“Saya boleh jelaskan semuanya.”

“Then explain.”

“Dia ada hantar gambar kan dekat abang? Tu semua gambar-gambar lama. Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia.” Jelas Sophia.

Hazim didekati, tangan Sophia cuba meraih lengan lelaki itu. Hazim masih memandang tajam ke arahnya.

“Abang percayalah saya… Iqbal tu sengaja nak ganggu rumah tangga kita, dia masih dendam dekat saya!” rayu Sophia.

“Kenapa rahsiakan dari abang?” Hazim membuang pandang.

“Saya takut—”

“Kalau takut, kita report polis! Bukan diamkan je macam ni! Ikut je apa dia mintak. Susah sangat ke nak dengar nasihat abang?” Hazim meleraikan pegangan Sophia padanya.

“Saya dah buat. Saya dah buat report dengan Nadine, bang.” Perlahan suara Sophia menjawab. Hatinya terguris dengan kata-kata Hazim tadi, sudahnya dia hanya tunduk memandang lantai.

“Abang masih tak faham kenapa awak tak ceritakan kata abang. Apa guna abang sebagai suami? Atau awak tak percayakan abang?” Hazim meluahkan kekesalannya. Sebagai seorang suami, dia rasa diketepikan.

“Bukan. Bukan macam tu. Saya tak nak abang risau.” Sophia kematian kata.

“Saya minta maaf, bang.” Maaf diucapkan ketika Hazim terus membisu.

Ucapan maaf tadi ibarat angin lalu. Hazim mula mengorak langkah untuk keluar dari bilik. Sophia yang baru ingin mengekorinya terhenti ketika Hazim bersuara.

“Bagi abang masa bersendiri…”

Sophia akur sambil melihat Hazim berlalu pergi. Sekali lagi hatinya dirundung pilu.

Hazim duduk di kerusi batu di luar rumah. Dari tadi dia cuma berzikir di dalam hati. Amarahnya perlahan-lahan reda dengan bantuan kalimah suci itu. Namun kekecewaan masih bersisa.

Wajah diraup perlahan. Bukan sahaja dia marah soal Sophia berahsia, dia juga cemburu melihat gambar Sophia dan Iqbal tempoh hari. Hazim masih berbelah bahagi sama ada ingin percaya seratus peratus atau tidak.

Dia tidak suka apabila Sophia berahsia dengannya. Keliru, buntu, perasaannya tidak menentu. ‘Kenapa, Sophia? Kenapa?’

Sophia memandang sayu Hazim melalui sliding door. Hampir setengah jam suaminya bersendiri, selama itu juga dia setia menunggu di dalam rumah. Sedari tadi, Hazim belum menjamah makanan yang dimasak. Dia rela menunggu di situ.

Hazim masuk semula ke dalam rumah. Dari ekor mata, dia melihat Sophia mengikuti langkahnya dari belakang. Walaupun masih belum reda perasaannya, perut yang lapar perlu diisi. Hazim menuju ke dapur tanpa berkata apa-apa.

Sophia sedikit lega ketika Hazim mahu duduk makan. Pantas dia menghidang makan malam untuk si suami. Masing-masing tidak bercakap. Sophia tahu emosi Hazim mungkin masih belum stabil. Tiada perbualan mesra seprti selalu.

Mereka makan dalam diam. Riak Hazim yang langsung tidak senyum menambah gerun di hati Sophia. Pahit terasa butir-butir nasi yang ditelan, seleranya sudah entah ke mana.

Hazim terlebih dahulu selesai makan dan bangun dari situ. Setelah mencuci pinggan dan meneguk segelas air, Hazim meninggalkan dapur. Sophia ditinggalkan terkulat-kulat sendirian.

Pinggan nasi Sophia tolak ke tepi. Mata yang sudah dikaburi air mata tidak dapat dibendung. Sophia akhirnya menangis sendiri tanpa suara. Setelah berterus terang pun, Hazim seakan masih menyalahkan dia atas apa yang terjadi.

.

“Encik Hazim nak saya ekori Puan Sophia?” tanya lelaki berkemeja hitam itu untuk kepastian. Selama ini tugasnya hanya sebagai pengiring peribadi kepada Hazim. Kali ini dia diberi tugas khas, untuk menjadi mata-mata Hazim.

“Just, inform saya mana dia pergi dan tolong tengok-tengokkan dia. Saya tak nak dia syak apa-apa.” Jelas Hazim.

Setelah difikir-fikir, itu salah satu jalan yang Hazim punya. Mungkin dia masih belum percaya sepenuhnya kepada Sophia, dalam masa yang sama dia ingin seseorang memantau isterinya jika dalam bahaya. Dia terlalu sibuk untuk sentiasa bersama Sophia.

“Baiklah, Encik Hazim. Jangan risau, saya akan pastikan Puan Sophia selamat.” Pemuda itu angguk faham.

“Terima kasih. Awak boleh pergi sekarang. Apa-apa inform saya secepat mungkin.”

“Baik, Encik Hazim. Saya gerak dulu.”

Hazim menyandar lesu di kerusinya. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Kerja yang berlambak ditambah pula dengan masalah peribadi sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatannya.

Butang interkom ditekan, Yusra dipanggil masuk. Dengan keadaan tubuh yang tidak larat, Hazim hanya mahu pulang dan merebahkan diri ke katil.

Sophia mendail nombor pembantu eksekutif suaminya, Yusra setelah panggilannya tidak diangkat Hazim.

Hajatnya ingin mengajak Hazim keluar makan tengah hari bersama, namun Hazim gagal dihubungi.

“Hello?”

“Hello, Yusra. It’s me Sophia. Hazim ada kat office? Saya call dia tak dapat.”

“Encik Hazim tak ada kat office, dia dah balik lebih awal. Kurang sihat katanya.”
Serta merta Sophia bertukar risau. Pasti Hazim ada di rumah ketika ini. Sampai hati Hazim tidak memberitahunya.

“Oh. Thank you, Yusra.” Usai menamatkan panggilan, Sophia terus memandu pulang ke rumah.

Sebelum pulang, dia sempat membeli makanan dan sedikit ubat untuk Hazim. Tibanya di rumah, Sophia sedikit lega melihat kereta milik Hazim terparkir di halaman rumah.

“Assalamualaikum. Abang?” Sophia memberi salam.

Kedengaran suara Hazim batuk kecil dari tingkat atas. Sophia bergegas naik setelah meletakkan barang-barang di dapur.

Sampai di bilik, Sophia melihat Hazim sedang duduk di birai katil sambil mengurut tengkuk.

“Abang… abang tak sihat ke?” Sophia mengambil tempat di sebelah Hazim yang hanya memakai singlet putih dan seluar kerja.

“Saya call abang banyak kali. Kenapa abang tak bagitahu saya abang balik rumah, hmm?” Hazim diam dan membiarkan sahaja Sophia mencapai tangannya.

Sophia melekapkan pula tangannya ke dahi Hazim, hangat rasanya. Pipi suaminya diusap dengan perasaan khawatir. Hazim nampak tidak bermaya.

“Panas ni bang. Abang dah makan?” Hazim menggeleng. Hatinya seakan terpujuk mendengar suara lembut Sophia, namun dia betul-betul tidak larat.

“Saya ada belikan makanan. Lepas makan abang ambil ubat ya? Abang rehat dulu.”

Hazim hanya akur. Sophia membantunya mandi dan menukar pakaian tanpa rasa kekok. Selepas itu, Sophia menyuapnya makan pula. Selepas makan ubat, Hazim terus melelapkan mata.

Sesekali Hazim meracau dalam tidur, Sophia terpaksa bangun untuk menenangkannya. Hazim tetap sahaja begitu, diam dan dingin terhadapnya.

.

Sophia menolak troli berisi barang dapur yang baru dibeli dari sebuah pasaraya. Hari sudah semakin lewat, dia harus segera pulang sebelum Hazim mengesyaki yang bukan-bukan. Dia tahu Hazim masih meragui perkara sebenar. Kecewa, namun Sophia menganggap itu sebahagian dari ujian dalam rumah tangga. Dia harus sentiasa sabar.

Sedang dia leka mendorong troli, laluannya disekat. "What a surprise!"

Sophia mengutuk di dalam hati. Mengapa di waktu begini juga dia harus bertemu jantan tak guna ini. Dia sudah serik! Langkah diteruskan namun tetap sahaja dia diganggu.

"How bout the pics? Husband kau suka tak?" usik Iqbal.

"Kau ni memang jantan tak guna, kau tahu tak? Pengecut! Aku dah report polis! Kau tunggu je, aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara sebab perbuatan kau!" Sophia memandang tajam Iqbal, puas dia menghambur marah yang selama ini ditahan.

"Eh, Sophia! Ingat aku takut?!!" Iqbal bertindak mencengkam lengan Sophia tanpa belas kasihan, hinggakan wanita itu menganduh kesakitan.

"Kau kenapa hah? Tak cukup ke aku dah habiskan duit untuk kau! Selama ni aku sabar! Kau ingat aku apa? Aku bukan mainan kau! Sekarang kau nak kacau aku dengan suami aku pulak! Kau memang binatang Iqbal!"

"Aku tak hadap lah duit kau! Aku sakit hati dengan kau! Aku takkan biar kau bahagia dengan laki tu! Ingat janji aku ni Sophia! Dia dah rampas kau dari aku! Aku memang dendam dengan kau dan suami kau!!!" jerit Iqbal bagaikan orang hilang akal.

Hatinya bagai dirobek-robek melihat kebahagiaan Hazim dan Sophia. Sebelum dia ditangkap polis, akan dia pastikan hubungan Hazim dan Sophia berantakkan.

"Sakit! Lepaslah! Tolong! Tolong!!!" Sophia cuba melepaskan diri apabila dirasakan Iqbal semakin memaksa dia.

Mujurlah jeritannya didengari. Seorang lelaki yang muncul entah dari mana cuba menolongnya. "Woii!"

Iqbal pantas melepaskan Sophia dan berlari pergi. Sophia menggosok lengan yang direntap keras oleh Iqbal. Lelaki yang berjaket hitam dan bertopi tadi lekas menghampiri dan bertanyakan keadaannya.

"Puan tak apa-apa? Puan ada cedera tak?"

"Tak ada. Saya tak apa-apa. Terima kasih, encik." lengannya sedikit merah akibat pegangan Iqbal tadi.

"Elok puan cepat masuk dalam kereta. Dah lewat ni." pesan lelaki itu.

Sophia mengangguk dan segera memunggah barang-barang ke dalam kereta dengan bantuan lelaki itu.

Setelah melihat kereta milik Sophia meninggalkan tempat parkir, lelaki itu mengeluarkan semula telefon dari kocek dan nombor seseorang didail.

Share this novel

Lya Mizi
2020-03-20 02:50:45 

plis sambung cepat next chapter,xsabar tunggu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience