6

Romance Completed 48873

Sophia mencari-cari kasut yang sesuai dipadankan dengan blaus kapas berwarna ungu di tangan. Hampir sejam dia memilih pakaian untuk temu janji malam itu, padahal masih berbaki empat jam.

Nadine muncul di sebalik pintu, menggeleng kepala melihat karenah kakaknya. "Tak siap lagi ke mimilih, cik kak?"

"Nadine! Masuklah tolong akak, mana lagi okey?" kali ini diangkat pula sekali satu blaus yang lain.

"Mana-mana pun cantik, kakakku!" jawab Nadine sambil mendarat ke atas katil.

"Ye ke? Tak over sangat kan??"

"Akak ni dah macam first time pergi date. Macam orang baru bercinta!" tegur Nadine.

"Nadine... kakak rasa kakak dah suka kat dia lah." pantas Sophia menukar topik.

Beberapa hari setelah pertemuan dengan Hazim dan Puan Noor, Sophia sering terfikirkan Hazim. Agak sukar untuk mengatur temujanji dengan jejaka itu, memandangkan masing-masing sibuk dengan pekerjaan.

"Hmm... ye Nadine tahu. Sebut je nama dia mesti mata kakak bersinar-sinar, obvious sangat."

"Ye ke?! Malu lah akak... Tapi dia tua dua belas tahun dari akak tau! Nadine rasa okey ke?" Sophia sudah membayangkan jika dia dan Hazim berpasangan, sesuaikah?

"Aduh, dah parah akak ni. Up to you lah kak, asalkan akak bahagia. Tapi Nadine tengok okey lah, tak lah nampak tua sangat. Asalkan bukan dengan si Iqbal tu!" jawab Nadine.

"Ish, tak payah lah sebut nama dia! Meluat pulak!" Sophia mencantas perbualan.

"Ek eleh, kalau bukan sebab dia akak tak kenal dengan si apa nama... Hazim tu tau?"

"Haah kan... Ah, lantaklah! Nadine cepatlah pilihkan mana satu untuk akak."

"Yelah yelah, ambik yang purple tu je!" Nadine bersyukur kakaknya kelihatan ceria hari itu, dia tumpang gembira.

.
.

Melihat sahaja susuk Hazim yang sedang berjalan ke arahnya, Sophia senyum lebar. Hazim kelihatan segak berbaju T, membalas senyum Sophia. Selesai membuat pesanan, Sophia terdiam memandang lelaki di hadapannya ini.

"Sorry, hari ni baru saya free. Banyak sangat kerja kat office. I have to travel back and forth to Kuantan pulak untuk another new project. Sorry banyak kali saya miss panggilan awak." panjang lebar Hazim membuka bicara.

Sophia pula hanya mendengar dengan fokus, hampir tak berkelip mata dia memandang Hazim dari tadi. Nampak makin berkarisma Hazim kali ini berbanding terakhir kali mereka berjumpa. Mungkin perasaan dia sahaja.

"It's okay. Saya pulak banyak menganggu awak. Saya pun minta maaf. Awak... tak kisah kan saya ajak awak keluar ni?" tanya Sophia pula. Mana tahu jika ada yang cemburu sekiranya dia keluar dengan Hazim.

"Okey. Tak kisah."

"Saya banyak terhutang budi dengan awak. Thank you, for everything. Susah untuk saya balas kebaikan awak." ucap Sophia jujur.

"You're welcome. Saya ikhlas tolong. Sophia, boleh saya tanya sesuatu?"

"Ye?"

"Awak okey? I mean, ada orang kacau awak lagi tak?" tanya Hazim. Dia sentiasa mahu memastikan agar gadis itu selamat.

"Saya okey. Sebenarnya dah lama Iqbal berhenti cari saya. Lepas saya tolak pinangan dia hari tu. Mungkin dia dah give up." Sophia berterus terang, walaupun hatinya tidak sedap. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Baguslah kalau macam tu. Saya risau sebenarnya. Awak kena jaga diri."

"Saya tahu, terima kasih. Hazim, kalau saya nak tanya sesuatu pulak boleh?" Sophia tanya teragak-agak. Setelah mendapat anggukkan dari lelaki itu, dia terus menyoal.

"What happen to your previous marriage? Kalau awak tak nak cerita, tak apa. Saya cuma—"

"Sebab mak kita suruh berkenalan?" cantas Hazim. Sophia menggeleng, Hazim melepas tawa kecil.

"Kalau awak tahu, mesti awak dah tak nak kawan dengan saya lepas ni." Hazim melakar senyum hambar.

Apa yang mahu dia ceritakan kepada Sophia? Tentang bagaimana kedua-dua rumahtangganya yang lepas hancur kerana sikapnya?

"Macam mana saya nak decide untuk kawan dengan awak atau tak kalau saya belum tahu cerita tu?" Sophia belum putus asa.

Suasana diam sebentar ketika pelayan sudah membawa minuman dan makanan yang telah mereka pesan tadi.

"Awak betul-betul nak tahu?" Hazim meminta kepastian dari Sophia. Dari tadi gadis itu masih memandang penuh perhatian.

"Tell me. Saya nak tahu." Sophia sudah sedia menongkat dagu, tanda dia mahu fokus sepenuhnya kepada Hazim.

"Saya pernah kahwin dua kali."

Sophia angguk dengan tenang walaupun dia agak terkejut.

"Saya pernah sia-siakan perempuan yang saya sayang. Mulut, saya cakap cinta. Tapi secara fizikal, saya tak betul-betul ambil berat pasal dia. She suffered a lot, because of me. Mati-matian dia sayangkan saya, sedangkan saya buat dia menderita. Satu lagi, sebab... tak ada jodoh? They are too good for me. I know... bunyi macam cliche. Tapi lelaki sekejam saya tak pantas untuk perempuan sebaik mereka."

Sophia sedar akan mata Hazim yang sedikit berkaca. Mungkin ada kisah lain disebalik yang diceritakan.

"Bila saya jumpa awak, saya teringatkan arwah isteri saya. Hana nama dia. Meninggal sebab sakit Leukemia. Saya tak sanggup tengok awak disakiti, Sophia. I may not abused my Hana physically. But mentally, maybe yes."

Sophia angguk faham. Biarpun Hazim masih belum menceritakan dengan jelas, dia faham pasti tidak mudah melakukan itu.

"Sorry about your late wife." ucap Sophia simpati.

"There's a lot, kalau nak cerita. Basically, im a jerk. Saya tak tahu kalau ada orang yang masih nak terima saya." Hazim tunduk sambil bermain dengan jari sendiri.

"Semua orang ada masa silam masing-masing. We can always learn from past." kata-kata Sophia disambut dengan anggukkan oleh Hazim.

"Kalau saya cakap saya boleh terima awak dengan masa silam awak, macam mana?" kata Sophia. Dengan beraninya dia ingin meluahkan perasaan yang terpendam.

Hazim terdiam sambil memandang wajah Sophia. Gadis itu seakan tertunggu-tunggu jawapan darinya.

"Maksud awak?" Hazim menelan liur.

"Saya nak kenal awak dengan lebih rapat. Saya rasa... saya dah suka awak, Hazim."

Hazim diam sejenak sebelum ketawa halus.

"Ada-ada je awak ni."

"I'm serious, Hazim." sekali lagi kata-kata Sophia membuat Hazim terkedu.

"Sure? Jangan menyesal..." Hazim cuba memberi amaran. Setelah beberapa kali gagal dalam perhubungan, bukan mudah untuk dia buka kembali hatinya.

"Kenapa? Awak tak sudi? Yelah. Mungkin saya ni bukan taste awak..." Sophia kedengaran hampa.

"Don't get me wrong. Bukan saya tak sudi. Malah saya rasa saya tak layak untuk awak, Sophia. Awak muda lagi, you can find a better man." Hazim terus terang.

"It's okay. Saya faham. Maaf, saya cuma jujur tentang perasaan saya." Sophia menunduk malu, terus terang Hazim seakan menolak jadi tidak perlu dia bercakap panjang.

Hazim diam tanpa kata, tahu bahawa kata-kata dia tadi mungkin membuatkan hati Sophia terguris. Riak Sophia yang berbeza itu menguatkan lagi sangkaannya.

"Makanlah. Nanti sejuk makanan tu." Sophia cuba mengetepikan soal perasaannya seketika. Kecewanya dipendam saja.

.
.

Seminggu berlalu setelah pertemuannya dengan Hazim. Sophia selesa untuk tidak mengingat apa yang telah berlaku. Dia mahu berehat dari memikirkan soal hati dan perasaan. Fokusnya hanya pada kerja.

Sedang Sophia dirias oleh jurusolek, ada mesej yang masuk ke telefon bimbitnya. Nama Hazim yang terpapar di skrin membuatkan dia terkejut.

'Sophia, esok awak free tak?'
'Can we go out for lunch?'

Sophia mencebik dalam diam. 'Kata aku ni tak layak untuk dia, pastu ajak keluar lunch pulak. Ish, lantak kau la!'

Sophia berkeputusan untuk membiarkan sahaja mesej dari Hazim itu. Mengapa tiba-tiba saja Hazim ingin menghubunginya? Kerana terpaksa? Sebab umi dia yang paksa mungkin?

.

Hazim menggaru kepala setelah lebih setengah jam menunggu balasan dari mesej Whatsapp yang dihantar. Tidak bluetick walhal tadi dia melihat status Sophia sedang 'online'.

"Merajuk lagi kot?" bisiknya sendiri.

Hazim memicit kepala dan cuba menarik nafas tenang. Selama seminggu juga dia cuba untuk melupakan Sophia, namun tidak berjaya. Tidak tahu bagaimana untuk dia jelaskan perasaannya.

Sophia sangat cantik, baginya. Malah lebih cantik jika dibandingkan dengan Hana dan Mona. Personaliti gadis itu yang agak berterus terang memang memikat hatinya. Tambah-tambah lagi dengan mata bundar Sophia yang sentiasa berkilau.

Namun Hazim takut. Takut sekiranya Sophia rapat dan menerima nasib yang sama seperti Hana dan Mona.

Nombor Sophia akhirnya didail. Tidak juga diangkat. Pastinya Sophia sudah tawar hati dengan dia. Hazim meraup muka lagi. Jujur dia tidak bermaksud untuk mengecewakan Sophia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience