4

Romance Completed 48873

"Kakak! Kenapa ni, asyik mundar mandir je?" tegur Nadine bila melihat Sophia asyik-asyik bangun menjengah ke arah luar rumah.

"Takda apa.. Heheh." Sophia sembunyi riak risau.

Nadine mengecilkan matanya ke arah Sophia. Pasti ada yang tak kena dengan kakaknya ini. "Serius lah?"

"Takda.. Akak ada beli barang online, kot kot lah hari ni sampai tapi takda pula." bohong Sophia. Belum lagi dia menceritakan kepada sesiapa tentang mesej yang diterima Iqbal.

Nadine hanya menjongket bahu sambil menyambung kembali menonton televisyen. Serentak itu telefon bimbit Sophia bergetar tanda ada mesej masuk.

'Dah sedia ke sayang?' - Iqbal

Sophia berdecit perlahan, lalu dia melangkah laju naik ke kamar. Nombor Iqbal didail dengan geram. Dari pagi tadi dia tak senang duduk.

"Angkat lah! Tak guna kau, Bal!" Setelah panggilannya tidak berhasil, Sophia membalas pesanan dari Iqbal.

'Kau gila ke Iqbal?? Kenapa tak angkat call aku? Tolonglah jangan buat kerja gila!' - Sophia

Setelah yakin mesejnya sudah dibaca, nama Iqbal muncul di skrin telefon.

"Hello, Sophia. Heheheh.." gelak dari Iqbal menyapa telinga Sophia.

"Apa kau nak buat ni? Tolonglah Iqbal, tolong faham yang kita dah putus! Jangan kacau aku lagi!" jerit Sophia.

"Less than an hour, Sophia. Aku akan tunaikan janji aku. Kau tak boleh lari... Get ready, sayang."

"Ready apa? Kita dah putus! Aku tak nak kahwin dengan kau lah!" suara Sophia sudah serak-serak menahan tangis.

"Aku tak peduli! Kau dah setuju! Ingat Sophia, jangan berani kau tolak pinangan aku. Aku tak main-main!" suara Iqbal di hujung talian makin meninggi. Bertambah gelabah Sophia dibuatnya apabila panggilannya segera ditamatkan Iqbal.

"Gila punya lelaki!" bentak Sophia sambil memicit kepala.

"Macam mana ni... Fikir, Sophia fikir!"
Sophia mengetuk-ngetuk kepala sendiri, dia tidak mahu dipaksa kahwin!

Sophia menjenguk sebentar ke bahagian ruang tamu, kosong. Mungkin Nadine sudah naik ke biliknya. Mama dan papanya pula mungkin sedang di dapur. Ini peluang dia!

"Oh God... Betul ke apa aku buat ni?" Sophia gumam sendiri sambil memandang telefon bimbit di tangan.

"Not today, Bal. Sorry." serentak itu Sophia menekan butang hijau di iphone miliknya.

Hanga satu cara yang dia terfikir saat itu. Apa mahu jadi, Sophia sudah tidak peduli. Dia terdesak yang amat! Siapa lagi yang bakal menolongnya kalau bukan ...

.

Ayah Iqbal, Encik James memberi salam dari luar rumah milik Sophia. Isterinya juga turut bersama di belakang. Salamnya terdengar dijawab oleh seorang wanita yakni mama Sophia.

"Waalaikumusalam." mama Sophia agak terkejut melihat gerangan yang berkunjung, namun wajah tetap dimaniskan kepada tetamu itu.

.

"Macam ni Puan Natrah, Encik Bakri. Tujuan kami ke sini besar hajatnya. Kami nak meminang anak Puan, Sophia untuk Iqbal." tenang ibu Iqbal, Puan Noreen berbicara bagi pihak anaknya.

Puan Natrah sudah serba salah, disuruh Nadine memanggil Sophia malah lama pula anak bongsunya itu menghilang. Lengan suaminya dicuit agar membantu menjawab lamaran dari keluarga Iqbal.

"Err... Puan, saya kena tanya dengan Sophia dulu. Kena mintak izin tuan punya badan." Encik Bakri hampir kehilangan kata.

Sudahlah kedatangan keluarga Iqbal secara mengejut, mereka langsung tidak diberitahu apalagi membuat sebarang persediaan.

"Kalau macam tu, boleh kami jumpa Sophia? Senang kalau kami bertanya terus ke tuan punya badan." balas ayah Iqbal pula.

Puan Natrah memandang sekilas wajah suaminya sebelum meminta diri untuk ke atas memanggil anak perempuan mereka.

Setelah sampai ke bilik Sophia, Nadine segera mendapatkannya. Cemas kelihatan wajah Nadine.

"Mama, kakak tak ada!" adu Nadine.

.

"Sophia, awak okay tak ni?" tanya Hazim ketika dia masih tercari-cari arah tuju mereka tengah hari itu.

Gadis di sebelahnya itu tiba-tiba menelefonnya meminta pertolongan. Sesuai janjinya sebelum ini, Hazim pantas menghulurkan bantuan. Namun Sophia masih tidak menceritakan hal yang telah terjadi.

"Saya okay." jawab Sophia. Sekejap-sekejap dia memandang telefon bimbitnya, bimbang ada yang mencari.

"Come. Dah sampai. Atau awak nak duduk dalam kereta je?" tanya Hazim setelah mereka sampai di salah sebuah kafe yang sering dikunjungi Hazim.

Gadis itu seakan tidak mahu berganjak dari tempat duduk. Hazim perasan akan riak wajah Sophia yang seperti kerisauan.

Sophia memandang wajah Hazim yang jelas ambil berat, dalam pada itu lelaki itu juga kebingungan.

"Hazim... Thank you sebab selamatkan saya lagi kali ni. Saya tak tahu nak buat apa, saya buntu! Saya cuma nak lari dari dia." laju tutur Sophia menjelaskan keadaan.

"Wait... Calm down. Kenapa ni? Lelaki tu kacau awak lagi ke?" Hazim cuba menenangkan Sophia yang terlihat kacau.

"Iqbal... Dia nak masuk meminang saya. Saya tak nak! Saya takut, awak. Sebab tu saya lari dari rumah." memikirkan soal ugutan Iqbal, Sophia terasa ingin menangis lagi.

"Kenapa awak tak tolak je? Awak berhak untuk bantah, Sophia." balas Hazim. 'Perempuan, sikit-sikit nak lari!'

"Saya takut... Saya tak tahu... Dia ugut saya, Hazim." Sophia mati akal. Sememangnya dia yang salah, kerana lebih sanggup lari dari menghadap kedua ibu bapa Iqbal.

Hazim hanya diam sejurus itu. Dia juga buntu. Namun, dia juga bakal terlibat sekali sekiranya ketahuan Sophia lari dari rumah. Sedang dia berfikir-fikir, telefon milik Sophia berdering.

"It's my mum..." pucat lesi wajah Sophia. Panggilan masih belum diangkat.

"Hazim... Macam mana?" Sophia meminta pertolongan Hazim yang juga senyap.

"Ok. Just angkat. Explain betul-betul dekat your mum. Dia mesti faham." nasihat Hazim.

"Kalau dia marah—"

"Sophia, trust me. Cakap elok-elok..."
Lama Hazim jeda sebelum menyambung kembali ayatnya.

"Cakap je, yang awak dah ada pilihan sendiri. Yang awak tak nak kahwin dengan Iqbal sebab awak dah ada orang lain." entah dari mana datang idea gila itu Hazim juga tidak tahu.

Sophia lantas angguk faham sebelum berkeputusan mengangkat panggilan yang sudah ter'miss' beberapa kali itu. Kali ini Hazim memberi dia buah fikiran yang bernas.

"Hello, mama." perlahan suara Sophia menyapa Puan Natrah.

"Sophia! Sophie kat mana ni? Kenapa keluar tak bagitahu mama? Tahu tak parents Iqbal datang rumah? Diorang nak masuk meminang Sophia. Sophia kat mana ni?" bertalu-talu pertanyaan dari Puan Natrah, agak kuat suaranya sehinggakan Hazim juga dapat mendengar.

"Mama, Sophia minta maaf... Sophia tak nak." terluah juga lafaz itu dari mulutnya.

Sophia memandang Hazim di sisi, terasa hangat seketika takung matanya. Situasi yang agak tidak masuk akal, ditambah pula dengan perasaan aneh yang tiba-tiba bertandang.

.

"Bodoh!!! Berani kau tolak pinangan aku, Sophia. Kau memang sengaja buat aku macam ni!" pekik Iqbal di dalam bilik.

Penumbuk dikepal-kepal tanda geram. Kalau Sophia berada di depan matanya, pasti sahaja dia mengamuk sakan.

"Iqbal! Sabar la, Bal. Sudah la tu!" Puan Noreen mengetuk pintu bilik Iqbal dari luar.

Setelah dikhabarkan tentang penolakan dari Sophia, Iqbal sampai tidak mahu keluar dari bilik.

"Kenapa dia tolak lamaran Iqbal, mummy?! Apa kurangnya Iqbal?!!"

Puan Noreen menggeleng kepala mendengar jawapan dari Iqbal. Marah sungguh nampaknya anak tunggalnya itu. Sudahlah susah dipujuk, dia juga takut Iqbal berbuat hal bukan-bukan.

"Sabarlah, dear. We can't force her. Ramai lagi perempuan kat luar sana, sayang. Jangan macam ni ye? Keluar la, Bal. Talk to me, dear..." Puan Noreen memujuk lagi dengan sabar.

"I want Sophia, mom!!!" tegas Iqbal.

"But she don't want it. You can find better woman out there, sayang. Come on, jangan macam ni please..."

Rayuan demi rayuan dari Puan Noreen tidak diendahkan Iqbal. Kini dendamnya terhadap Sophia menebal.

"Senang-senang kau cari pengganti aku ye! Takpe, Sophia. We'll see. Bagus sangat ke jantan baru kau tu!" bisik Iqbal sendiri.

Dia tidak akan berhenti di situ. Janjinya, Sophia tidak akan senang selagi tidak jatuh ke tangannya.

.

Hazim memberhentikan kereta agak jauh dari rumah Sophia atas permintaan gadis itu. Itu pun setelah Sophia berkeras tidak mahu membenarkan Hazim berjumpa dengan mama dan papanya.

"Be safe." pesan Hazim sebelum Sophia ingin melangkah keluar dari kereta.

"Hmm..." Sophia mengangguk.

"Terus terang je dengan mak ayah awak, please. Saya yakin mereka pun mesti tak nak awak kahwin dengan abuser macam tu." tambah Hazim lagi.

Dia kasihan melihat Sophia, namun apa sahajalah yang bisa dia bantu. Semestinya tidak mudah jika dia berada di tempat Sophia. Untuk keluar dari suatu hubungan yang 'toxic' itu tidak sesenang yang  disangkakan.

Sophia pasti masih trauma. Dan demi tidak mahu memperbesarkan hal, dia sanggup berdiam diri. Kerana itu, Hazim jadi risau.

"Thanks a lot, Hazim. Awak betul-betul penyelamat saya. Saya tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. I just think of you..." jawab Sophia.

Hazim terkedu seketika mendengar kata-kata Sophia. Benarkah Sophia hanya terfikir tentang dia? Sebentar, pandangan matanya dan Sophia saling berlaga.

"Oh. No problem. Anytime awak perlukan pertolongan saya." Hazim pantas memberi jawapan selamat.

Masih sahaja dia cuba untuk tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Sophia. Kerana cara perempuan itu melihatnya berbeza, seakan ada sesuatu yang Sophia ingin katakan. Mata itu sering bersinar dan menarik minat dia.

"Hazim." panggilan Sophia menyentak Hazim dari lamunannya.

Terasa tangannya disentuh Sophia, cepat-cepat dia melarikan jari jemarinya. Sophia agak kaget namun dia cuba sembunyi riaknya.

"Yes??"

"Saya pergi dulu. Terima kasih." ucap Sophia sebelum keluar dari kereta milik Hazim.

"Sama-sama."

Setelah yakin kereta Hazim sudah menjauh, Sophia menepuk dahi sendiri. "Bodohnya kau, Sophia! Suka-suka hati je sentuh tangan dia! Ish!!"

Malu juga bila dia terang-terang ingin mendekati Hazim. Dia mahu berlama-lamaan dengan lelaki itu. Kerana setiap kali dia bersama Hazim, dia merasa selamat. Selamat dari buruan Iqbal.

Baru beberapa dia menapak, ada suara yang memanggil Sophia. Nadine sudah berdiri sambil mencekak pinggang di hadapan rumah.

"Kakak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience