Sophia termenung di sinki setelah selesai menyediakan juadah makan malam. Sejak pulang dari Singapura, Hazim banyak membisu. Suaminya hanya akan menjawab apabila ditanya. Puas Sophia memikirkan sekiranya dia ada tersilap bicara.
Bunyi langkah seseorang dari belakang membuatkan Sophia berpaling spontan. Hazim sudah mengambil tempat di meja makan. Seperti biasa, Sophia memaniskan wajah dan mula menghidangkan makanan.
Mereka makan tanpa banyak bercakap. Terbantut niat Sophia untuk bersuara apabila melihat wajah Hazim yang serius. Sudahnya, mereka saling diam hingga selesai menjamu selera.
Hazim mematung di atas katil, mata sahaja melekat di televisyen. Fikirannya melayang entah ke mana. Riak dikawal ketika mendengar Sophia baru sahaja keluar dari bilik air. Perlahan-lahan isterinya turut mengambil tempat di sebelah.
Terasa jarinya disentuh Sophia, namun Hazim membiarkan sahaja. Kalau diikutkan, perasaannya berkecamuk. Hendak marah, Sophia mungkin tidak tahu apa-apa.
“Abang…” Sophia memberanikan diri menegur.
“Hmm…”
“Abang. Kenapa abang macam diam je? Abang ada masalah?”
Hazim hanya menggeleng. Renungan Sophia di sebelah tidak dibalas. Terusik hati Sophia dibuatnya. Kalaulah Hazim tahu betapa dia rindukan suaminya itu. Tiga malam dia tidur tanpa Hazim di sisi, tiada yang memeluknya seperti selalu.
“Can you, focus on me?” Sophia bertindak mencapai alat kawalan TV lalu televisyen dimatikan.
“Layanlah saya. Kenapa ni? Abang stress pasal kerja?” Sophia naik ke atas tubuh Hazim tanpa amaran.
Tangannya mengusap lembut dada Hazim. Wajah yang dirinduinya itu ditatap penuh minat. Hazim masih bersikap selamba. Tiada senyum, namun tidak juga marah. Bohong kalau dia tidak rindukan Sophia, tapi demi ego dia memaksa diri untuk diam.
“Sophia…” Hazim mengeluh perlahan apabila tangan kecil Sophia sudah merayap di tempat paling sensitifnya.
“Talk to me… please...” Sophia berbisik sambil meninggalkan ciuman di sekitar leher Hazim. Tidak betah melihat Hazim seakan tidak mengendahkannya. Dia mahukan bicara, sentuhan dan belaian Hazim, sungguh!
“Sophia, please.” Hazim sempat menahan tangan Sophia sebelum tersasar jauh. Serta merta riak Sophia berubah mendengar nada tegas Hazim.
“I’m tired.” Kata Hazim sepatah.
Sophia perlahan bergerak turun dari menindih Hazim. Perasannya hampa. Pertama kali Hazim menolak permintaannya. Kecewanya menggunung. Hazim cuba berbaring membelakangi Sophia, namun lengannya ditarik kembali.
“Abang tak nak cakap dengan saya? Saya ada buat salah ke? Kenapa abang macam nak mengelak je ni?” soal Sophia bertalu-talu.
“Kalau abang ada apa-apa nak bagitahu, saya boleh dengar. Saya tahu abang ada pendam sesuatu.” Mata Sophia yang berkaca dipandang Hazim.
“Awak pulak macam mana? Ada awak pendam sesuatu dari abang?” Hazim memulangkan soalan, nada suaranya masih terkawal.
Hazim cuba mencari kejujuran di sebalik wajah si isteri. Lama-lama Sophia menggeleng. Masih bukan waktu yang sesuai untuk dia berterus terang, bimbang kalau Hazim naik marah. Cukuplah hanya dalam mimpi dia melihat Hazim menyinga.
“Takda apa yang abang pendam. Abang cuma nak awak tahu, abang tak suka ditipu.” Hazim kembali baring memejam mata.
Kata-kata Hazim itu sedikit sebanyak membuat Sophia terasa. Apa maksud yang Hazim cuba sampaikan? Mungkinkah rahsia yang disimpan selama ini sudah terbongkar? Kalau ya, mengapa Hazim tidak berterus terang sahaja?
Sophia akhirnya masuk ke dalam selimut. Hati masih berbekas dengan luahan Hazim. Dia pasti ini ada kena mengena dengan Iqbal. Pasti, Iqbal sudah melakukan sesuatu di luar pengetahuan dia.
‘Aku takkan biarkan kau rosakkan rumahtangga aku, Iqbal. Takkan!’
.
Sophia melihat kereta milik Hazim bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah. Suaminya terburu-buru keluar dari rumah setelah hanya menjamah sedikit sarapan.
Seperti semalam, Hazim tidak semesra selalu. Bagaikan ada tembok besar yang memisahkan mereka berdua.
Sophia pantas menaip seseuatu di telefon bimbit. Beberapa pesanan dihantar kepada Iqbal yakni insan yang dia percayai dalang di sebalik yang berlaku.
‘Apa kau dah cakap dengan suami aku?! Apa kau dah buat Iqbal? Aku tahu semua ni angkara kau!’
Sejurus mesej dihantar, Sophia menjerit kuat bagi melepaskan emosi yang terbuku di hati. Fikirannya benar-benar terganggu. Stress dan marah menguasai diri. Airmata yang ditahan-tahan tumpah jua. Nombor Nadine didail. Hanya Nadine yang boleh dipercayai buat masa ini.
Nadine berjalan laju ke arah Sophia setibanya dia di café yang dijanjikan. Wajah sugul kakaknya membuat Nadine kerisauan. “Kakak!”
Sophia memeluk Nadine sekejap. Hanya Nadine tempat dia mengadu masalah yang dihadapi. Kebelakangan ini Sophia agak sensitif. Sekejap gembira, sekejap rindu, sekejap emosi.
"Kenapa ni? Akak nangis eh?" tanya Nadine. Mata Sophia yang kemerahan itu ditatap.
"Hal kecik je. Sorry ganggu Nadine waktu kerja. I just need someone to talk to."
"It's okay. Papa takde kat office, so Nadine keluar la kejap. Kenapa ni? Sapa buat kat akak?"
"Kalau akak cerita ni, Nadine janji jangan bagitahu sesiapa tau..." tutur Sophia perlahan.
"Ye. Nadine rahsiakan. Ada apa pulak ni?" banyak betul rahsia Sophia yang tersimpan kemas dalam tangannya.
"Bulan lepas Iqbal ada ugut akak. Dia ugut untuk sebarkan gambar-gambar lama kitaorang dekat abang Hazim kalau akak tak ikut cakap dia."
"Ya Allah. Apa lagi jantan tu nak?! Gambar apa ni? Akak jangan cakap—"
"Gambar lama kami, memang gambar tu semua tak senonoh. Sumpah, akak sendiri dah delete gambar-gambar tu. Akak tak tahu Iqbal masih simpan." beriya Sophia mempertahankan diri. Dia tahu Nadine akan lebih percayakan dia.
"Nadine percayakan kakak kan?"
"Ye. Nadine tahu akak dengan dia dulu macam mana. Tapi kenapa Iqbal tu sampai sanggup buat macam tu? Dia dengki apa lagi dengan akak? Nadine tak faham lah!"
"Akak tak tahu. Mungkin dia dendam sebab akak tolak pinangan dia. Dan akak rasa... abang Hazim dah tahu pasal gambar tu."
"Macam mana akak tahu?"
"Akak boleh rasakan. Ada something tak kena dengan dia. Dia dingin semacam dari semalam. Dia siap bagi amaran yang dia tak suka ditipu. Akak takut, Nadine..." Sophia meluahkan kebimbangannya dari kelmarin. Sungguh dia buntu.
"Fuh... Nadine pun tak tahu nak cakap macam mana. Akak tak terus terang dengan abang Hazim?" payah benar memujuk kakaknya seorang ini. Sophia memang jenis suka memendam.
"Akak tak berani. Nadine please jangan bagitahu abang Hazim pasal ni. Akak tak nak dia fikir bukan-bukan. Akak tak nak dia anggap akak curang."
"Okey, okey relaks. Apa kata kita buat report polis?" hanya itu satu-satunya cara yang dapat Nadine fikirkan. Kemelut rumah tangga kakaknya agak rumit jika difikirkan.
Sophia diam dan melepaskan keluh panjang. Apa yang dapat dia jadikan bukti kalau ingin membuat laporan polis sekali pun? Adakah kebenaran akan berpihak kepadanya?
.
Dari siang tadi, mesej yang dikirim Sophia kepada Iqbal tidak berjawab. Puas dihubungi, juga tidak dapat. Akhirnya Sophia menghempas telefon di atas katil.
Serentak itu, bunyi pintu rumah dibuka kedengaran. Pasti suaminya sudah pulang, Sophia bergegas memeriksa diri sebelum turun untuk menyambut Hazim.
"Abang." panggilan lembut dari Sophia menyapa telinga Hazim.
Timbul sedikit rasa bersalah di hati Hazim. Seharian mereka tidak berhubung, Sophia seakan telah melupakan hal yang terjadi malam tadi. Hazim tidak terniat langsung untuk menolak Sophia semalam, entah mengapa dia bertindak bodoh sedemikian.
"Abang nak makan? Saya panaskan lauk kejap." tanya Sophia setelah tangan Hazim disalami. Hazim hanya mengangguk sebelum naik ke atas.
Laju langkah Sophia menuju ke dapur. Siapa tahu masakannya dapat memujuk hati Hazim yang sedang beku itu.
Siap membersihkan diri, Hazim ingin turun untuk makan malam. Bau masakan isterinya sudah terhidu dari tadi. Laparnya!
Sedang dia menyarung baju, telefon bimbit milik Sophia di atas katil berbunyi. Tandanya ada mesej yang masuk. Bukan sekali, malah beberapa kali hingga Hazim terpanggil untuk menjenguk.
Dahinya berkerut, hatinya berdetak tidak senang ketika nama Iqbal terpapar di skrin.
'Glad you knew it, baby.'
'Oh, for the video. Aku bagi kelonggaran.'
'Bagi aku duit sikit, and then aku akan simpan.'
'Macam mana??'
Dada Hazim berombak menahan marah. Macam-macam tanggapan negatif singgah di fikiran. Nampaknya memang benar Iqbal dan Sophia ada berhubung. Dan Sophia merahsiakan itu dari pengetahuannya.
"Abang!" Sophia tiba-tiba muncul dari belakang.
"Abang jom makan. Dah siap." ajak Sophia.
"Sophia." panggil Hazim perlahan. Masih dia membelakangi Sophia, dan cuba mengatur nafas tenang.
"Kenapa bang?" Sophia mendekati Hazim yang sedang mencekak pinggang.
"Awak masih contact dengan Iqbal?" pertanyaan Hazim sekali lagi membuat Sophia tidak keruan. Sophia menelan liur dengan pahit.
"A-apa maksud abang?" tergagap Sophia bertanya kembali. Fikirnya, soal ini sudah dilupakan.
"Jawab la abang tanya!" suara Hazim meninggi seraya dia berpaling ke arah Sophia.
Terkejut, hampir sahaja melayang roh Sophia melihat reaksi Hazim. Gerun, bagaikan seekor harimau ingin menerkam mangsanya.
Melihat telefonnya di atas katil, Sophia meluru untuk mengambilnya. Skrin ditatap. Ternyata mesej dari Iqbal dapat dibaca. Mungkin kerana inilah Hazim naik berang.
"Apa tu, Sophia?" Tanya Hazim sekali lagi.
"Abang baca text saya?" tanya Sophia pula. Dia tidak ingin dipersalahkan begitu sahaja.
"Ya, memang. Abang dah cakap abang tak suka ditipu! Apa tu? Siap ber baby-baby lagi? Awak siap kasi duit dekat dia?" Hazim sudah tidak dapat tahan marah ketika itu.
"Abang tak ada hak untuk ceroboh privasi saya!" Sophia melawan. Dia kematian akal, namun masih ingin mempertahankan diri.
"Takda hak? Oh, sebab tu ke sampai nak tipu abang?!" langkah Hazim merapat ke arah Sophia.
"Abang tak faham!" sebak makin menghurung dada Sophia. Empangan mata pecah ketika suara Hazim mula meninggi.
"Apa yang abang tak faham?! Apa?!!!"
Share this novel