7

Romance Completed 48873

Selesai sahaja pertunjukan fesyen petang itu, semua model-model bersorak kegembiraan di belakang pentas. Habis pula sesi fotografi, Sophia segera menukar kasut tumit tinggi yang sudah disarung berjam-jam.

Pakaiannya juga sudah ditukar kepada yang lebih selesa. Sedang dia bersiap hendak keluar dari situ, seorang gadis yang lebih rendah darinya menegur.

"Sophia. Dah nak balik ke?" tanya perempuan berambut pendek itu.

"Nasha. Haah, kenapa?"

"Nak tanya you sikit boleh?" Tanya Nasha.

"Tanya apa?"

"You dah break up dengan Iqbal ke?" Kalau ditanya pada Iqbal, lelaki itu merengus tanpa menjawab jadi kali ini apa pula kata Sophia?

Sophia sudah mengagak akan pertanyaan yang bakal diajukan Nasha. Nasha antara sahabat yang rapat dengan Iqbal. Sophia juga yakin Nasha sepertinya menyimpan perasaan terhadap Iqbal.

"Yes."

"Kenapa? Bukan ke korang nak kahwin?" Nasha jadi ingin tahu, walaupun dalam hatinya terselit perasaan lega.

"Ada sebab peribadi. I don't wanna talk about it."

Sophia lebih selesa merahsiakan punca putusnya hubungan dia dan Iqbal. Biarlah dia simpan sendiri kenangan pahit sepanjang dia bersama lelaki itu.

"I cuma kesian tengok Bal. Macam frust sangat je. You tahu tak dah tiga malam i terpaksa hantar dia balik sebab dia mabuk teruk?" Nasha melihat Sophia hanya diam, membuat dia makin ingin tahu apa yang berlaku.

"Nasha, boleh tak i tak nak cakap pasal ni?—"

Perbualan mereka terhenti ketika seorang krew event mencelah untuk memanggil Sophia.

"Excuse me. Sophia, someone wanna meet you." gadis berbangsa cina itu memberitahu.

"Okey, kejap. Nasha, i got to go." Sophia mengambil peluang itu untuk lari dari Nasha.

"Sure." Nasha hanya mengangguk faham. Nampaknya Sophia benar-benar sudah tidak mahu berbicara tentang Iqbal.

"Siapa tu, Rosie?" Sophia tertanya-tanya gerangan yang ingin bertemu dengannya sambil dia mengekori Rosie ke suatu sudut.

"I tak pernah nampak pulak, but seems like someone important." jawab Rosie sambil tersenyum-senyum.

Sampai sahaja di kawasan luar bilik persalinan, Sophia terlihat seorang lelaki yang amat dia kenali.

Sambil melemparkan senyuman, Hazim mengucapkan terima kasih kepada Rosie. Lalu dia mendekati Sophia yang masih menunjukkan reaksi terkejut.

"Hazim..."

"Congrats on your amazing show." Hazim berjalan mendekati Sophia.

Di tangannya terdapat sejambang bunga, lalu disuakan kepada Sophia. Sophia menyambut, masih terkejut dengan kehadiran Hazim yang tak disangka-sangka.

"Apa awak buat dekat sini?" Sophia cuba menyembunyikan perasaan gugup.

"Datang tengok awak—"

"Sebab mak awak yang suruh?" potong Sophia.

Terkena pula Hazim kali ini. Dia tahu Sophia mungkin masih terasa hati dengannya.

"Tak. Saya sendiri yang nak datang. Awak tak balas mesej saya. Saya minta maaf kalau saya ada buat awak tersinggung hari tu." Hazim berterus terang.

Hati Sophia pantas sahaja terpujuk dengan kata maaf dari Hazim. Melihat wajah lelaki itu sahaja dia amat gembira. Tidak mampu dia bermain tarik tali lama-lama dengan Hazim.

"Just forget about it. Saya terlalu ikutkan perasaan." tembok ego Sophia runtuh akhirnya.

.

"Bal, enough!" Nasha tarik lengan Iqbal yang baru sahaja menyedut separuh bahan terlarang di hadapannya.

"Sikit je lagi, Sha. Let me finish this..." Iqbal tidak mempedulikan jelingan Nasha terhadapnya.

Kepala sudah mulai berat setelah sejam lebih melayan perasaan. Nampaknya Nasha jadi mangsanya lagi malam ini. Terpaksa gadis itu menghantar dia pulang kerana dia terlalu 'asyik'.

"Dah la! Cubalah you dengar cakap i!" Nasha menepuk-nepuk pipi Iqbal yang kemerahan.

Pandangannya pada Iqbal masih tetap seperti sebelum ini. Walaupun tahu Iqbal masih sayangkan Sophia, dia tetap ingin menemani Iqbal. Sekian lama dia sukakan Iqbal, lelaki itu masih buta untuk menilai perasaannya.

Nasha tahu Iqbal jadi seteruk ini kerana Sophia. Entah apa yang istimewa pada Sophia sehinggakan Iqbal sanggup merayu-rayu akan kasih gadis itu. Dia juga tidak mengerti.

"You nak tahu kenapa Sophia tinggalkan you?" Nasha menepis lengan Iqbal yang cuba memaut bahunya.

"What??"

"Tengok la diri you sendiri, Bal. Lalok, kaki mabuk, kaki baran. Kerja pun entah ke mana. Memang patut dia tak nak kahwin dengan you." dengan beraninya Nasha bersuara.

"Mulut kau jaga sikit eh! Ah kau pun sama je." Iqbal membuang pandang sambil mencapai gelas yang sudah separuh di atas meja.

Memanglah dia juga kadang-kadang 'cucuk langit', tapi dia masih tahu batasan.

"Kenapa? betul kan apa i cakap? Stop chasing her lah, Bal!"

"I don't fucking need your opinion. Aku tetap akan dapatkan Sophia balik."

"Kenapa? Apa bangus sangat Sophia tu? You ingat dia masih nakkan you? Dia dah ada lelaki lain lah!" kata-kata Nasha membuat Iqbal bagaikan tersedar.

"Lelaki mana?"

"Manalah i tahu. Tadi i nampak diorang dekat backstage. And he obviously look better than you." Nasha menambah lagi api kemarahan Iqbal.

Biar Iqbal tahu. Biar Iqbal bertambah bencikan Sophia. Biar Iqbal berhenti mengejar Sophia.

Iqbal mendengus kemarahan. Dia segera bangun dari situ. Panggilan Nasha langsung tak dihiraukan. Sakit hati mendengar Sophia sudah menjumpai penggantinya!

"Bal! Nak pergi mana tu?!"

"Gila..." Nasha turut bangun menyusuli Iqbal.

.

Hazim mengajak Sophia makan malam di luar. Cukup gembira Sophia rasakan hari ini. Bukan sahaja dia berpuas hati dengan pertunjukkannya siang tadi, juga kerana Hazim sanggup meluangkan masa untuk bertemu dia.

"Hazim, boleh saya tanya sesuatu?" Sophia berhenti sebentar dari menjamah makanan di hadapannya.

"Tanyalah."

Sophia yakin untuk tahu lebih mendalam tentang kisah peribadi Hazim memandangkan lelaki itu tidak terlalu berahsia. Namun, cara bertanya haruslah betul dan berhati-hati.

"Maaf kalau saya ni menyibuk. Tapi macam mana awak move on? Melihat dari cara awak cerita pasal arwah isteri awak, saya tahu yang awak sangat sayangkan dia."

"Sejujurnya, saya pun tak tahu. I guess time heals everything. Hana pernah pesan, supaya saya jaga diri. Hanalah kekuatan saya untuk teruskan hidup. Apa yang dah lepas, jadikan pengajaran. Apa yang pasti, dia ajar saya untuk lebih menghargai orang yang saya sayang." jawab Hazim tenang.

"She's right." sambut Sophia. Bertuahnya wanita bernama Hana itu, kerana mendapat tempat di hati lelaki di depannya kini. Mungkinkah dia juga menjadi sepenting Hana dalam hidup Hazim?

"Am i answering your question?" suara Hazim menyentak kembali Sophia ke alam realiti.

"Yes." Hazim senyum melihat wajah Sophia yang sedikit kaget.

"Awak ada nak tanya apa-apa lagi? Saya boleh jawab." Hazim sambung makan sambil bertanya dengan nada bergurau.

"What if saya nak mengurat awak?" terpacul juga soalan itu dari mulut Sophia. Memang dia berani!

Pandangan serius dihantar ke wajah Hazim. Berkobar-kobar semangatnya menunggu jawapan. Hazim kelihatan berfikir-fikir.

"Betul ni? Walaupun saya ni duda dan tua?" tanya Hazim kembali. Ini bukanlah kali pertama Sophia berterus terang untuk mendekatinya.

Sophia tergelak kecil. Akan tetapi keputusannya bulat. Apa salahnya mencuba? Kalau Hazim tidak sukakan dia, mustahil lelaki ini sanggup berjumpa dengannya lagi hari ini. Siap bawak bunga lagi!

Dalam diam beberapa saat, Sophia pandang Hazim sekali lagi. Baginya kehidupan Hazim stabil. Nak cakap dia gila harta? Orang mana yang tak pandang harta oi...

"Betul. Itu pun kalau awak sudi."

"Masih belum terlambat kalau awak nak tarik diri. Saya tak nak lukakan awak sebagaimana saya pernah lakukan pada orang lain sebelum ni." Hazim pula berpendapat sejujurnya. Tidak sanggup dia menyakiti hati gadis sepolos Sophia.

"Then don't do it. Buktikan yang awak tak akan ulang lagi kesilapan tu."

Kata-kata Sophia membuat Hazim berfikir lagi. Diselangi pula dengan wajah Hana di ingatan. Nampaknya Sophia betul-betul tulus menyukai dia.

Hazim akhirnya mengangguk beberapa kali. Ketika itu juga dia melihat mata Sophia bersinar-sinar. Sama sewaktu dia pertama kali bertentangan mata dengan gadis itu. Senyuman terukir tanpa sedar, gelagat Sophia benar-benar menguji hati lelakinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience