14

Romance Completed 48873

Iqbal mundar mandir di dalam bilik. Malam ini malam Jumaat, kebiasaannya dia akan menghabiskan masa di kelab malam bersama kawan-kawan. Namun dalam waktu begini dompetnya malah kering. Dah lah dia sedang gian, rasa seram sejuk seluruh tubuh selagi tidak dapat apa yang dia mahu.

Mesej yang dihantar kepada Nasha tidak dibalas. "Shithead!" gumam Iqbal sendiri.

Dia tahu Nasha sengaja mengelak darinya. Puas memujuk orang tuanya, dapat juga dia sedikit duit buat tambang Grab. Tempat tinggal Nasha dituju.

.

Nasha yang sedang menelentang di sebuah sofa panjang terbangun apabila mendengar bunyi kereta di luar rumah. Kereta Myvi merah itu meluncur pergi setelah seseorang keluar dari situ. Kenal akan gerangan yang ke mari, Nasha mendengus kesal.

“Kenapa tak angkat call?” tanya Iqbal sambil berjalan mendekati Nasha. Gadis itu hanya membiarkan Iqbal melangkah masuk ke rumahnya tanpa jawapan.

“Dah pekak ke?” tanya Iqbal lagi.

“Phone kat atas. Malas nak naik.” Jawab Nasha acuh tak acuh. Matanya kembali tertumpu ke arah televisyen. Sebenarnya dia malas hendak melayan Iqbal. Iqbal hanya akan mencarinya jika mahukan sesuatu.

“Malas? Really, Nasha?”

“You nak apa? Straight forward je la. Datang rumah bagai…” gumam Sophia. Kalau bukan soal terdesak, tak akan Iqbal rajin menjejak kaki sampai ke rumah dia.

“Aku nak pinjam duit…”

“Again? Duit apa lagi? Nak mabuk? Dah la, Bal. I tak gaji lagi.” Nasha terus terang.

“Sikit je, Sha! Kau cakap nak tolong aku!” Iqbal mula berdalih. Hanya Nasha tempat dia meminta tolong ketika ini.

“I cakap I takda duit! Kenapa you tak mintak je dengan si Sophia tu?! Laki dia kan kaya!”

Iqbal terdiam sebentar. Betul juga apa kata Nasha. Suami Sophia adalah seorang CEO terkemuka, pasti tidak ada masalah jika dia meminta sedikit. Iqbal menimbang tara lagi alasan untuk digunakan bagi memeras ugut Sophia.

Nasha menjeling dari tepi, dia kenal benar wajah Iqbal yang penuh muslihat itu.

“Pandai jugak you ni ek?” Iqbal menepuk-nepuk pipi Nasha.

Laju sahaja tangan Iqbal mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Nombor Sophia didail. Mula-mula dia akan mengugut Sophia, kemudian dengan perlahan-lahan dia akan musnahkan kebahagiaan rumah tangga gadis itu pula.

Nasha hanya memandang tajam di sisi. Menyesal pula dia bagi idea tadi.

.

Sophia turun ke dapur setelah dirasakan perutnya berkeroncong. Tak sabar nak merasa air tangan encik suami kali ini. Agak-agak apalah yang Hazim sedang buat di dapur tu.

Masuk sahaja ke ruang dapur, Sophia tersenyum melihat Hazim yang memakai apron sedang sibuk menyediakan bahan makanan. Tengah masak pun kacak!

"Abangg..." Sophia menegur. Pantas sahaja tangan dilingkarkan di pinggang Hazim. Wanginya Hazim.

"Sayang dah mandi?" tanya Hazim.

"Dah."

"Solat?"

"Dah." Sophia angguk persis anak kecil.

"Good girl." pujinya.

"Nak kiss?" Sophia buat muka manja, hanya dibalas dengan tawa oleh Hazim.

"Nah." Hazim menyuakan pipinya, tahu Sophia tak mungkin sampai memandangkan dia lebih tinggi.

"Ish... dekat sikit!" Sophia menjengketkan kaki sambil memaut bahu Hazim mendekat. Satu ciuman dilekapkan ke pipi suaminya itu. Puas hati dia!

"Amboi!" sampai terbongkok-bongkok Hazim dibuatnya. Sophia hanya tayang senyum selamba.

"Masak apa tu?" Sophia melihat bahan-bahan yang disediakan Hazim.

Ada sebiji tin sos Prego, sepaket sosej, daging cincang dan bawang Holland di atas meja. Hazim pula sedang ligat memotong beberapa biji cendawan butang. Nah, dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dimasak.

"Abang masak spagetthi bolognese. Okey ke?" jawab Hazim. Melihat barang-barang basah yang lain, pening pula dia. Nasib baik ada pasta, cepat dan mudah.

"Okey... Tapi cepat tau? Lapar laa..." Sophia merengek. Sengaja dia mahu mengacau Hazim.

“Tak sure la, boleh cepat atau tak…” usik Hazim. Sophia mencuit pinggang Hazim sehingga tergeliat lelaki itu.

“Abang ni!” Hazim gelak besar bila Sophia tarik muncung. Mana taknya, Sophia pulang agak lewat hari ini dan belum sempat makan. Dia pula sudah berjanji untuk masak sementara isterinya mandi.

“Kejaplah, sayang. Abang dah masak laju ni.”

“Abang jangan main-main. Nanti saya makan abang!” ugut Sophia kembali mengetatkan pelukannya.

“Uuu… takutnya.”

“Ingat saya tak berani ke?” tangan nakal Sophia mula meraba-raba bahagian abdomen Hazim yang berlekuk itu. Dapat dia bayangkan tubuh seksi dan tinggi lampai suaminya, oh gediknya kau Sophia!

“Sayang jangan macam-macam.” Hazim sudah tergerak-gerak kecil apabila terasa perutnya digeletek oleh Sophia. Meremang bulu roma Hazim yang sedang memotong bawang itu. Haih, menggoda pula si isteri ni. Hilang fokus dia!

Sophia tidak mengendahkan teguran Hazim malah dia menambah pula ciuman ke belakang tengkuk Hazim. Seronok melihat Hazim makin tak duduk diam.

“I miss you…” bisik Sophia di tepi telinga Hazim, membuahkan senyuman di bibir lelaki itu.

Pisau sudah terlepas dari tangan, pantas Hazim memusingkan tubuh dan memerangkap Sophia ke meja. Meletus tawa Sophia apabila dia kini hanya beberapa inci sahaja dari wajah Hazim.

“Nak goda abang ye? Hmm? Apa kata kalau kita sambung kat atas?” Hazim semakin mendekatkan dirinya ke Sophia.

Kedua lengan isterinya berjaya dikunci hinggakan Sophia tidak dapat lari. Sophia yang mendengar kata-kata Hazim itu mula naik malu, hingga merah muka dia.

“Saya laparlah!” Sophia cuba melepaskan diri ketika bibir Hazim sudah melekap di pipinya. Memang dia teringin bermanja dengan Hazim setelah seharian tidak bertemu, tetapi perutnya harus diisi terlebih dahulu.

“Tadi cakap nak makan abang?” makin kuat Hazim mengusik, giliran dia pula untuk menggeletek Sophia.

“Saya gurau je lah! Abang! Geli!”

Tawa sepasang suami isteri itu akhirnya reda ketika deringan telefon bimbit Sophia mencelah suasana. Sophia menghantar isyarat mata ke arah Hazim.

“Go get it.” Hazim membenarkan. Baru sahaja ingin melangkah, tangan Sophia ditarik kembali.

“I miss you too.” Bisik Hazim sambil menatap mata Sophia. Sophia menguntum sebuah senyum lalu hidung Hazim dicuit.

“Go see your spaghetti!”

Hazim menyambung semula kerja yang terhenti tadi. Senyum masih belum mati mengenangkan si isteri yang teramat manja. Harapanya agar kemesraan antara mereka kekal sampai bila-bila.

.

Ternyata perkara yang dirisaukannya datang kembali. Nombor yang dikenali itu ditatap lama. Apa pula yang Iqbal mahu darinya? Apa lagi?

“Hello.” Sophia menjawab perlahan.

“Hello, baby. Rindunya suara baby aku ni.” Suara Iqbal sahaja sudah cukup untuk membuat Sophia meluat.

“Kau nak apa lagi?”

“Macam biasa lah, baby.”

“Aku takda—”

“Takda duit? Don’t fucking lie to me, Sophia. Laki kau kaya kot, takkan la kau takda duit.” potong Iqbal.

“Itu duit dia, bukan duit aku!” marah Sophia.

“Terpulang… Let’s see. Kalau aku nak tunjuk gambar-gambar lama kita kat dia, agak-agak dia suka tak.” Iqbal ketawa di hujung talian. Sophia keliru dengan gambar yang dimaksudkan.

“Oh, mesti kau tertanya-tanya kan gambar apa? Jangan risau, aku dah send. Silakan tengok. Jangan lupa Sophia, aku ada videonya sekali. Hahaha!”

“Jahanam kau Iqbal…” getus Sophia apabila menilik beberapa keping gambar dia dan Iqbal dua tahun lepas di satu festival muzik yang dihadiri bersama teman-teman.

Gambar dia dan Iqbal bercium dan berpelukan tanpa segan silu itu membuat Sophia menyesal. Waktu itu dia hanyut, alpa dalam menimbang baik buruk. Pergaulan bebas ibarat suatu perkara biasa bagi mereka. Kini dosa-dosa itu kembali menghantuinya.

.

Iqbal bersandar ke sofa, puas hati bila Sophia menutup panggilan. Kali ini dia pasti Sophia tiada pilihan lain.

"Gambar apa yang you simpan tu?" sampuk Nasha.

"Gambar dekat music festival tahun lepas." seraya itu telefon bertukar tangan.

Nasha nampak tidak puas hati. Barangkali cemburu melihat gambar mesra antara Iqbal dan Sophia. Telefon Iqbal dikembalikan. Melihat Nasha yang muram, Iqbal cuba memujuk.

"Sha, listen. Aku akan guna gambar ni untuk ugut Sophia. Nanti kalau dia bagi duit, aku share sikit dengan kau. Don't worry okay? Yang penting, ingat plan kita. Kita kena balas dendam, jangan biar dia hidup senang dengan laki tu. Faham?" Iqbal cuba meracuni fikiran Nasha.

Bukan susah pun, Nasha ni jauh lebih naif jika dibandingkan dengan Sophia. Gadis ini lebih senang dipujuk dan dihasut. Nasha boleh membantu dia untuk menjalankan rencana jahatnya.

"Macam mana? Nak tolong aku ke tak ni?" tanya Iqbal lagi. Lama Nasha diam sebelum bersuara.

"Apa i kena buat?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience