35

Romance Completed 48873

Sophia melambai ke arah mamanya yang berada di tengah-tengah lautan manusia. Laju sahaja orang tua itu mendapatkan Sophia kembali.

"Sophie pergi mana? Dari tadi mama cari." bebel Puan Natrah.

"Sophie teman kawan minum kejap tadi. Mama dah siap ke?" jawab Sophia.

"Dah. Kawan mana ni?"

"Kawan sekerja dulu. Terserempak pulak tadi, dia ajak Sophie minum. Seronok pulak kami bercerita tadi." jawab Sophia lagi dengan seulas senyuman.

Puan Natrah tumpang senang melihat keceriaan di wajah anaknya. Agaknya kerana sudah lama Sophia tidak bertemu dengan kawan-kawannya setelah kemalangan tempoh hari.

"Ok lah. Jom balik, mama lapar lah." ajak Puan Natrah. Jam sudah hampir pukul 10 pagi, dan mereka belum bersarapan.

Sophia lekas membuntuti mamanya dari belakang. Mata sempat memerhati sekeliling, kalau-kalau terjumpa lagi dengan Iqbal. Mereka juga ada bertukar-tukar nombor sebelum berpisah tadi.

Banyak yang diceritakan oleh Iqbal kepadanya. Setiap soalan yang diajukan dijawab panjang lebar. Sophia tidak sangka hubungan mereka sebelum ini begitu rapat. Iqbal tahu banyak hal tentang dirinya. Dan dia juga, merasakan mulai selesa dengan lelaki itu.

.

Sophia membaca pesanan whatsapp dari telefon bimbitnya. Mesej ringkas itu dihantar oleh Iqbal.

'Selamat makan malam!'

Sophia tersenyum sendiri. Teringat waktu pagi tadi dia ada menceritakan tentang rencana makan malam bersama keluarga. Tak sangka Iqbal masih ingat.

"What are you smiling at?" suara yang amat dikenali Sophia kedengaran merapat.

Sekejap sahaja, Sophia sudah di dalam rangkulan suaminya. Cepat-cepat dia tutup aplikasi Whatsapp.

"Hmm?" pipi Sophia dicubit perlahan oleh Hazim.

"It's been a while. Sayang senyum macam ni. Rasa macam dah lama tak nampak sayang happy macam ni." tegur Hazim.

Dahi Sophia berkerut. Dia pula mencubit pipi Hazim.

"Mana ada!"

"Kenapa happy sangat ni?"

"Hmm... sebab dapat dinner dengan mama papa?" jawapan Sophia kurang memuaskan Hazim.

"Ye ke? Betul ni?"

"Yes. Mestilah!"

"Biar abang tanya baby. Hello, baby? Ibu tengah lapar ke?" Hazim tunduk separas perut Sophia dan mula bercakap-cakap.

Aksi lucu Hazim itu mengundang tawa kecil Sophia. Sehari tak bercakap dengan baby, memang tak sah!

"Betul la sayang, abang dengar bunyi perut sayang bukan main kuat lagi! Mesti lapar ni kan? Ish ish..." usik Hazim. Bab makan memang Hazim suka menyakat dia. Mentang-mentang seleranya waktu mengandung ini agak besar!

"Awak ni! Dah lah, jom. Nanti lewat." Sophia menarik Hazim bangun semula.

"Kejap. Rambut okey. Make up okey. Baju okey." Hazim memeriksa satu-persatu gaya Sophia pada malam itu. Indah sungguh gerangan isterinya sorang ini walaupun dah sedikit tembam.

Sophia hanya akur apabila Hazim membelek wajahnya pula. Dia cuba tahan gelak.

"One more. Kiss for my lovely wife." beserta itu, sebuah ciuman dihadiahkan Hazim ke dahi Sophia. Tersipu-sipu wanita itu malu.

"Wah, makin lawa. Blushing pulak tu! Haih, abang rasa macam jatuh cinta sekali lagi lah!" tambah Hazim lagi.

"Abang ni! suka tau! Dah lah, cepat. Nanti mama tunggu."

.

Setelah makan malam, mereka sekeluarga duduk bersembang di ruang tamu. Sophia dan Nadine masih di dapur menikmati kek keju yang dibawa oleh Hazim bersama tadi.

"Akak rindu la nak kerja." kata Sophia tiba-tiba.

"Kenapa tiba-tiba? Akak teringat?" tanya Nadine. Mana tahu jika Sophia mulai ingat tentang kerjaya yang pernah dibina selama lebih lima tahun itu.

"Haah. Hari tu, akak ada terserempak kawan lama. Kawan sekerja katanya. Lepas tu dia ceritakan balik waktu-waktu kitaorang kerja sekali hari tu. Seronok akak bila dia tunjukkan juga gambar-gambar yang kita orang pernah shoot sekali."

"Oh... Baguslah kalau macam tu. Patut akak macam happy je?"

"Yeke? Abang Hazim pun cakap macam tu." Sophia menyisip sedikit air di dalam mug di sebelahnya.

Harapnya, dapat dia bertemu lagi dengan Iqbal. Banyak perkara lagi yang ingin dia ketahui. Dia pasti Iqbal sudi menjawab pertanyaannya. Membuatkan dia tak sabar-sabar mahu bertemu kembali rakan-rakan yang lain.

"Akak, jangan stress-stress tau. Pasal kes accident tu akak tak payah fikir sangat. Biar polis uruskan. Akak kena jaga kesihatan. Baby tu, dah lama lagi nak keluar." nasihat Nadine.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia menceritakan balik tentang apa yang berlaku, tetapi dia bimbang Sophia masih takut-takut.

"Yelah. Kalau akak fikir banyak pun, kepala akak jadi sakit."

"Macam mana abang Hazim layan akak, okey?" Nadine sengih sambil mencuri pandang abang iparnya yang berada di ruang tamu.

"Okey. Macam princess." Sophia tayang muka bangga sambil menyuap lagi kek keju ke dalam mulut.

"Untunglah! Nadine dah warning dia awal-awal tau. Kalau dia berani sakitkan hati akak, tahu la Nadine kerjakan."

"Eh? Pernah ke dia sakitkan hati akak?" tanya Sophia.

Sedar dia sudah terlajak kata, Nadine cepat-cepat mengawal riak muka.

"Manalah tau, kalau dia buat akak sakit hati. Kakak jangan pendam je kalau ada masalah, cerita kat Nadine okey?"

"Yelah, boss!"

.

"Awak..." Sophia memanggil Hazim yang sedang memakaikan losyen.

"Hmm?"

"Nanti kalau dah beranak, awak bagi saya kerja tak?" soalnya lagi.

Dahi Hazim sedikit berkerut, tiba-tiba Sophia bertanya perihal kerja. Nak bagi izin? Yang itu dia perlu fikir banyak kali. Buatnya Iqbal cari isteri dia di tempat kerja pula bagaimana?

"Duduk rumah je pun okey. Sayang nak kerja ke?"

"Nak... rindu nak jumpa kawan-kawan, nak travel." jawab Sophia.

"Kawan?"

"Oh, lupa nak bagitahu. Semalam saya jumpa kawan lama. Best sangat tengok gambar shooting diorang, awak." cerita Sophia bersungguh-sungguh.

Hazim duduk dekat dengan Sophia, lalu isterinya ditarik ke dalam pelukan. Dia perlu pandai memujuk agar Sophia tak merajuk lagi kali ini.

"Bukan abang tak bagi, tapi abang masih risau. Sayang belum betul-betul baik. Lagipun tak berani lah abang bagi sayang pergi kerja sorang-sorang. Sayang faham kan?"

"Faham. Maksud awak selagi orang yang langgar saya tu belum kena tangkap?" tanya Sophia.

Hazim berdehem kecil dan mengangguk.

"Betul."

"Saya percayakan awak..." bisik Sophia perlahan. Dia tidak mahu serabutkan fikirannya.

"Hmm?"

"Awak kan ada untuk lindungi saya." perlahan-lahan mata Sophia melayu. Legan Hazim dijadikan bantal, lalu matanya dipejam.

"Of course. Abang akan lindungi sayang selagi abang mampu." Hazim melabuhkan satu ciuman ke dahi si isteri.

"Abang sayang awak tau..." katanya lagi.

Sophia hanya berdehem. Matanya sudah terpejam rapat. Hazim tersenyum melihat telatahnya. Walaupun sudah lama tinggal bersama, isterinya masih malu-malu. Nampaknya dia pun dah terbiasa dengan sikap Sophia yang baru ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience