Segala barang milik Sophia sudah siap dikemaskan. Hari ini dia akan berpindah keluar dari rumah keluarganya untuk tinggal bersama Hazim. Usai mengucapkan selamat tinggal, mereka bergerak menuju ke rumah teres kepunyaan Hazim yang tidak jauh dari situ.
Seharian mereka sama-sama mengemaskan rumah, dan mengatur barang-barang Sophia di dalam bilik utama. Pada sebelah petangnya pula, Sophia mengajak Hazim membeli barang dapur.
Juadah untuk makan malam mereka hari ini adalah gulai ikan merah dan sayur goreng. Masakan kegemaran Sophia yang dipelajari oleh mamanya.
"Pandainya masak." belum siap lagi kerja-kerja memasak, Hazim sudah memuji. Apa lagi, kembang hidung Sophia.
"Sikit-sikit je bang, lauk simple-simple je. Banyak lagi kena belajar. Abang okey tak saya masak lauk ni?" ujar Sophia. Waktu sebelum kahwin, dia tidaklah pandai mana memasak. Membantu mamanya di dapur juga tidaklah selalu. Tapi kemahiran asas yang lain tetap ada, kalau tak mahu mengamuk Puan Natrah.
"Tolak batu dengan kayu, semua abang makan." Hazim sabar menanti Sophia di meja ruang makan.
Sempat dia kenyit mata ke arah Sophia. Sambil itu tangan sibuk memeriksa sesuatu di telefon bimbit. Pakej bulan madu sudah siap ditempah. Mengikut perancangan, mereka akan bertolak ke lusa.
Usai makan malam dan solat, Hazim duduk santai di ruang tamu. Muka sudah senyum-senyum sendiri.
"Sayang, sini jap." Hazim menarik Sophia untuk duduk si atas riba. Rambut yang menutupi wajah Sophia digebak sedikit, membuat gadis itu tersipu malu.
"Abang ada surprise."
"Surprise honeymoon ek?" Sophia teringat akan janji Hazim untuk membuat kejutan tentang destinasi bulan madu mereka. Dia tak kisah pun ke mana, asalkan dengan Hazim. Itu sudah cukup membuat dia gembira.
Hazim mencapai sesuatu dari celah sofa. Lalu dilayang-layangkan di hadapan Sophia. "We're going to New Zealand."
"Betul ni?!" bulat mata Sophia mendengarnya.
"Yeay!!!" Erat dia memeluk Hazim.
"Thank you, abang."
Hazim senyum melihat Sophia kegembiraan. Mudah betul mengambil hati isterinya ini.
Seperti hari-hari yang lainnya, sebelum tidur Sophia akan melakukan rutin penjagaan muka di waktu malam seperti mencuci muka dan memakai krim malam. Kali ini, Sophia berada sedikit lama di dalam bilik air.
Baju tidur paras peha berwarna biru lembut sudah siap tersarung. Kain lace yang agak jarang di bahagian dada cukup seksi dan terdedah. Tambah pula keadaan bilik yang sejuk, meremang pula Sophia rasakan.
Losyen dah disapu di badan, minyak wangi juga sudah disembur sedikit. Harap-harap cik abang dia tergodalah!
Hazim sedang menonton televisyen sambil duduk berlunjur di katil. Dia terdengar bunyi pintu bilik air yang terbuka, tetapi sengaja dia tidak melihat. Senyuman ditahan.
Sophia mengintai Hazim yang di atas katil. Takut-takut dia melangkah keluar, malu masih ada walaupun bukan pertama kali berkongsi katil dengan lelaki itu. Nasib baiklah cahaya lampu tidur bilik mereka samar-samar sahaja, kalau tak pasti Hazim dapat lihat muka merahnya.
Hazim sudah terhidu bau minyak wangi dipakai Sophia. Aduh, betul-betul buat dia ingin terkam Sophia sekarang. Apabila nampak kelibat isterinya sudah menghampiri katil, Hazim menoleh.
"Hai, abang..." tegur Sophia untuk menutup sedikit kegugupan di hati.
"Hai, sweetheart." jawab Hazim, tangan dihulurkan untuk membantu Sophia naik ke atas katil. Mengundang betul pakaian Sophia malam ini.
Televisyen dimatikan oleh Hazim, Sophia makin tak keruan. Tiada lagi bunyi-bunyi lain selain desiran nafas mereka berdua. "Kenapa tutup TV?" Sophia buat-buat tanya.
"Senang nak fokus." jawab Hazim. Sophia ketawa untuk menutup malu. Mana taknya, dia kini dikepung kemas oleh Hazim.
"Malulah saya." Hazim cium hidung Sophia.
"Nak malu apa? Kan dah kat rumah kita ni?" usik Hazim. Tangannya sudah mengusap lembut belakang Sophia.
"Abang dah nak tidur?" jari-jemari Sophia juga bermain-main di rambut tebal Hazim.
"Kejap lagi lah kita tidur." disebalik senyum Hazim itu ada maksud tersirat. Terima kasih kepada baju tidur Sophia yang bukan main seksi itu.
"So sekarang kita nak buat apa?" lagi soalan naif yang ditanya Sophia. Tawa halus dari Hazim membuat jantungnya bergegar hebat.
"Abang nak bermanja dengan sayang lah!"
"Awh!" terjerit kecil Sophia apabila Hazim mengubah posisi mereka. Dia kini terbaring di atas katil dan Hazim menindihnya. Hidung suaminya dipicit geram.
Hazim meninggalkan ciuman di dahi Sophia. Lalu dia menguak rambut yang menutupi sebahagian wajah Sophia ke belakang. Sophia menguntum senyuman paling manis. Itu berdasarkan apa yang dibaca di internet tentang persediaan malam pertama. Harus banyak senyum!
"Do i ever tell you that you're beautiful?" bisik Hazim di telinga Sophia. Ditinggalkan lagi satu kucupan di situ, membuatkan Sophia kegelian.
"I don't remember, abang." Sophia mengeliat apabila bibir Hazim sudah di lehernya.
Sophia membiarkan sahaja. Lama-lama cumbuan Hazim lalu di bahu, dada dan akhirnya di perut landai Sophia yang masih berlapik dengan baju.
"Sayang nak anak?" tanya Hazim tiba-tiba.
Soalan itu membuatkan mata Sophia bersinar-sinar.
"Nak! Bestnya, kalau ada baby kan bang?"
"Kalau best kena cepat." Hazim bangun untuk menanggalkan t-shirt yang dipakai.
"Cepat apa?" tanya Sophia sambil mengigit bibir menahan tawa.
"Cepat-cepat buat baby..." Hazim kembali memanjat ke atas Sophia. Tawa mereka berdua pecah sebelum akhirnya masing-masing hanyut dalam lautan asmara.
.
Iqbal masih meneliti gambar-gambar kahwin Sophia yang dimuatnaik di Instagram. Tidak percaya mudahnya Sophia bertemu pandamping. 'Dulu aku ajak kahwin, kau jual mahal!' getus hatinya.
Setiap kali melihat senyuman Sophia dan Hazim, hati dia sakit bagai dicucuk-cucuk.
"Tak move on lagi ke? Dah seminggu lebih tau diorang kahwin!" tegur Nasha yang sedang menyedut minuman.
"Kaya sangat ke laki duda ni?" Iqbal mencampak tepi telefon bimbitnya. Rokok di tangan disedut.
"CEO, apa you expect? Kalau i jadi Sophia pun, i—"
"Habis tu kau buat apa kat sini?" Iqbal memotong bicara. Panas betul bila Nasha mahu membanding-bandingkan dia dengan Hazim.
"Sedarkan you. Sampai Sophia beranak pinak ke you nak jadi macam ni? Gila bayang?" marah Nasha.
"Aku tak peduli lah! Kau dengar cakap aku ni, aku takkan biarkan Sophia bahagia dengan laki tu. Tak akan!" hambur Iqbal.
Janjinya pada diri sendiri, dia akan mengacau-bilaukan rumahtangga Sophia dan Hazim. Baginya, Sophia tak layak untuk bahagia atas penderitannya.
"Betul-betul gila la you ni, sumpah!" Nasha sudah habis fikir, Iqbal memang dah tak betul.
"Sudahlah, Sha. Dari kau bising, baik kau tolong aku. Kau tak suka Sophia kan? Apa kata kalau tolong aku." Iqbal mula mendekati Nasha.
Nasha pandang Iqbal atas bawah. Tolong apa pula?
"Tolong apa?"
"Kita buat kacau rumahtangga Sophia. Macam mana?" Iqbal membelai rambut Nasha, hanya untuk ditepis oleh gadis itu.
"Apasal pulak i kena tolong you. You kan suka, cinta sangat kat pompuan tu." perli Nasha. Jelingan maut diberikan pada Iqbal. Tawa Iqbal meletus, tiba-tiba.
'Lepas kau ganggu hubungan Sophia, kau nak rampas dia dari laki dia pulak kan?!' bisik Nasha dalam hati.
"Nasha, Nasha. Cinta tu dah lama mati. Sejak aku tahu dia nak kahwin dengan jantan tu, the love is gone. Apa yang ada sekarang ni, cuma dendam." Mata Iqbal tajam merenung wajah Nasha, hinggakan gadis itu berasa seram.
"Tolonglah aku, Nasha. Aku nak sangat tengok Sophia derita. Kau tahu kan apa dia dah buat kat aku? Sampai aku jadi macam ni?" Iqbal cuba lagi menyentuh lengan Nasha. Kali ini ditepis lagi.
"Nasha, come on. Kau cakap kau sayang aku kan? Hmm? Tolonglah aku..." pujuk Iqbal lagi, kedudukannya dirapatkan ke arah Nasha hingga gadis itu tidak dapat lari lagi.
Memang dia sayangkan Iqbal. Dia juga sakit hati dengan Sophia. Bukan kerana Iqbal sahaja, Sophia juga selalu bernasib baik, paling cantik, paling baik di mata orang lain. Dia menyampah.
"Kita sama-sama jatuhkan dia, ye baby?" Iqbal paut dagu Nasha. Dia tahu Nasha akan ikut cakapnya. Dia tahu kelemahan Nasha.
Perlahan-lahan wajah Nasha ditarik. Dan dengan pandangan menggodanya, dia bakal pastikan Nasha tunduk akan arahannya. Senang. Hanya dengan memancing nafsu gadis itu.
Share this novel