Bab 8

Romance Series 32332

Pagi itu aku dibenarkan keluar hospital.Buat sementara waktu terpaksalah aku berjalan menggunakan tongkat.Nak buat macam mana dah nasib badan.

Eiyad menumpu perhatian pada pemanduannya.
Sesekali aku dapat rasa dia menoleh kepala ke arahku.Eiyad membelok kereta masuk lebuhraya pantai timur.Aku mengerutkan dahi agak pelik.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?"soalku mula gelisah.

“Kuantan"jawapnya sepatah.

“Hantar saya balik!"pintaku mula tinggikan suara.

“No way.Saya mahu bawa awak pergi ke rumah nenek saya.Kaki awak belum sembuh lagi dan perlu diurut"balas Eiyad.

Aku merengus geram.Kalau ikutkan hati mahu aje aku terjun keluar dari kereta.Suka hati dia saja bawa aku kemana-mana.Dengan pergi sehelai sepinggang.Tinggalkan kerja lagi.Kalau Encik Adam pecat aku macam mana?.Macam-macam bermain di fikiranku.

“Don't worry,pasal kerja,Adam dah beri awak cuti sehingga awak sembuh.Pasal kain baju awak,saya dah minta housemate awak pack baju awak.Tu beg awak ada dekat tempat duduk belakang"kata Eiyad seolah-olah dapat membaca apa yang bermain difikiranku.

Aku menoleh ke belakang.Memang beg pakaian aku.Macam mana dia boleh tahu rumah aku?

“Housemate?macam mana awak tahu rumah saya dekat mana?"soalku kehairanan.

“Subuh tadi housemate awak call handphone awak.Saya tengok awak nyenyak tidur.Saya pun jawap.Dia tanya kenapa awak tak balik?Saya explain hal sebenar dan minta dia hantar beg pakaian awak dekat hospital"jawap Eiyad.

“Kenapa awak bersusah payah untuk saya.Saya bukan siapa-siapa untuk awak?"

“Actually,awak sangat istimewa.Sejak pertama kali jumpa masa awak tumpahkan coffee haritu,saya rasa nak kenal awak lebih dekat"Eiyad berterus terang.

Aku terkesima dengar penjelasan Eiyad.Aku memandangnya sambil menjegilkan mata.

“What?Saya tahulah saya handsome,janganlah pandang macam tu"Eiyad tersengih.

Aku segera melempar pandangan ke luar tingkap.Malu diri sendiri.Entah bila aku terlelap tahu-tahu Eiyad kejutkan aku.

“Kita dah sampai"kata Eiyad.

Eiyad membantu aku keluar dari kereta.Aku lihat nenek Eiyad sedang menanti di hadapan pintu.Aku mengukir senyuman sambil menyalam tangan nenek Eiyad.

“Ayu muka kekasih kamu ni Eiyad"nenek Eiyad berbisik di telinga Eiyad tapi aku masih dapat mendengar.

Eiyad hanya tersenyum sambil mengenyit sebelah matanya padaku.Gatal!.

“Kami hanya kawan nek"balasku menyangkal kata-kata nenek.

“Bawa balik anak dara orang ni,dah minta izin orang tua dia belum?"

Eiyad menggaru kepalanya yang tidak gatal.Matanya memandangku meminta aku membelanya.Padan muka.

“Nanti Vie call ibu bagitau dia"kataku.

Aku menyarung kain batik yang nenek hulur kepadaku.Aku menggaru kepala,tak pernah pakai kain batik.Aku simpul kain batik di tengah-tengah.Nampak agak buncit di bahagian perut.

“Vie,dah siap ke?"soal nenek sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

“Dah nek"jawapku.

“Ya Allah,ini kain batik,bukan kain pelikat"Nenek ketawa besar.

“Ooo,salah ya?Sebenarnya Vie tak pandai pakai kain batik"kataku tersengih macam kerang busuk.

“Cakap lah tak pandai."Nenek membetulkan kain batik yang aku pakai.

Nenek memapahku keluar dari bilik dan menuju ke beranda rumah.Angin pantai sepoi-sepoi menenangkanku.Aku lihat Eiyad duduk santai dekat hammock.

Nenek membuka bandage yang membaluti kakiku.Nenek menuang sedikit minyak angin di kakiku dan memulakan urutan perlahan.Agak sakit setiap kali nenek menyentuh tempat lebam.

“Awwww!sakit nek"aduku mula kesakitan.

“Tahan sikit,tempat terseliuh ni dah masuk angin.Itu yang sakit"kata nenek meneruskan urutan.

Aku mengetap bibir.Air mata mula bergenang.Eiyad berjalan mendekati kami.Jelas riak mukanya risau.

“Sakit nek!"suaraku sedikit meninggi.

“Perlahan sikit urut tu nek,kesian Vie"pinta Eiyad mempamerkan wajah simpati.

“Kalau perlahan,lambat sembuhnya.Silap-silap nanti makin bengkak.Dah,kamu pergi kedai,belikan nenek tepung beras dengan santan segar.Petang ni nenek nak buat kuih lompat tikam"pinta nenek.

Eiyad menurut arahan.Dia melangkah menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience