Bab 17

Romance Series 32332

Aku terjaga lebih kurang pukul 5.00 pagi.Sebentar lagi azan akan berkumandang.Aku mendengar suara Eiyad mengaji.Lapang dada aku mendengarnya.Aku mencapai tuala dan terus keluar dari bilik.

“Cepat bersiap Vie,nanti boleh berjemaah sama-sama."Kata ibu yang sudah siap memakai telekung.

Aku hanya mengangguk lalu turun ke dapur dan masuk ke kamar mandi.Hatiku tiba-tiba merasa kosong.Sampai saja di Kuala Lumpur maka berakhirlah semuanya.Aku hanya menggeleng bagi melupakan semuanya kemudian segera membasahkan tubuhku.

Sekali lagi Eiyad menjadi imam.Hatiku betul-betul sayu seolah-olah merasa akan kehilangan sesuatu berharga.Aku berdoa dalam hati agar ada lagi pertemuan dengan Eiyad selepas ini.

Selesai bersarapan,aku bersalaman dengan ibu,atok dan mama Hana.Eiyad membantu memasukkan bagasi aku dan Hana ke dalam kereta.Hari masih gelap ketika kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Kenapa senyap dari tadi?"Soal Eiyad.

Aku hanya mencebik lalu mengangkat bahu.Aku memandang wajah tenang Eiyad.

“Kau dah jatuh hati pada aku ya?"Soal Eiyad sengaja mendugaku.

“Mengarut."Balasku menafikan.Aku ego atau aku takut hanya aku seorang yang ada hati padanya?Takut bertepuk sebelah tangan.

“Tak nak mengaku."

“Betullah,saya hanya anggap awak kawan.Awak sendiri yang berubah kan.Awak dah tak seperti dulu.Macam permulaan perkenalan kita.Awak sendiri tak bagi ruang dalam hati awak untuk mempercayai saya."

“Entahlah,susah aku nak percaya.Aku takut aku ditipu lagi.Aku takut dipermainkan."Kata Eiyad.

“It's up to you.By the way,thanks sebab awak dah tolong saya."ucapku tenang.

“Parents aku,ibu kau macam mana lepas ni?Mesti mereka mahu kita bersatu."tanya Eiyad lagi.

“Pandailah saya beri alasan pada mereka.Anggap saja tidak ada jodoh"jawapku sedikit sebak.Air mata bergenang di tubir mata,aku cepat-cepat seka.Takut Eiyad perasan.

“Kalau itu yang kau mahu,aku ikut saja."Eiyad akur dengan keputusanku.Wajahnya mencuka.

“Anggap saja ini pertemuan kita yang terakhir."

“What?No way,aku tak setuju,takkan pasal ini kau nak putuskan hubungan persahabatan kita?"Eiyad mula meninggi suara.

“Tolong hormat keputusan saya"pintaku.

Aku tahu dengan cara ini aku tidak terus dibayangi Eiyad.Sebelum hati aku benar-benar cintakan Eiyad lebih baik aku undur diri.

Eiyad hanya diam membisu.Sesekali aku dengar dia mengeluh.Aku menjeling ke belakang lihat Hana.Nyenyak betul tidur,dengan mulut ternganga.Lalat masuk pun belum tentu sedar.

Eiyad berhenti betul-betul depan pagar rumahku.Dia keluar dari kereta lalu mengeluarkan bagasi.Tanpa pamitan,Eiyad segera masuk ke dalam kereta setelah aku dan Hana keluar.Dia memecut laju kereta meninggalkan kami.Marah benar Eiyad pada aku.

“Korang gaduh lagi?"tanya Hana masih terpinga-pinga dengan tindakan Eiyad.

“Tak adalah,Eiyad nak cepat.Dia ada flight ke Amsterdam."

Aku cuba menafikan.Aku tidak mahu Hana turut terlibat dengan masalah kami.Aku menarik bagasi masuk ke dalam rumah.Jam menunjukkan lebih kurang 7.30 pagi.Masih awal untuk ke pejabat.

Aku segera ke dapur lantas mengeluarkan sebotol susu segar lalu menuang ke dalam gelas.Aku duduk ke atas kerusi sambil belek gambar dalam galeri handphone.Hatiku sebak melihat Eiyad sedang tersenyum riang di bendang semalam.Baru beberapa minit berpisah,aku dah mula rindukan Eiyad.

“Kalau kau sukakan Eiyad,kau terus terang aje"kata Hana entah bila masa dia berdiri di belakangku.

“Tak ada maknanya."

“Kalau kau tak nak,aku boleh try dia.Dahlah handsome,caring.Kaya pulak tu.."belum sempat Hana habis cakap,aku segera menyampuk.

“Suka hati kau lah Hana.Okaylah,aku naik dulu.Sekejap lagi nak ke office pulak."

Aku segera berjalan menaiki anak tangga menuju ke bilik.Aku menghenyak tubuh ke atas katil sambil merenung syiling.Aku nampak muka Eiyad.Aku segera menampar pipi sendiri.Aku dah angau ke?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience