Bab 29

Romance Series 32332

Aku meletak tas tangan atas meja lalu menghenyak tubuh ke atas sofa.Perjalanan cuma satu jam setengah,tapi penatnya macam perjalanan melebihi sepuluh jam.Eiyad masuk ke dalam rumah sambil menarik bagasi.

“Pergi rehat dalam bilik la sayang"Eiyad mengusap lembut kepalaku.

“Nanti sayang masuk bilik,nak tengok tv"balasku sambil menekan butang on pada remote tv.

“Sayang,abang nak keluar jap.Lagi sejam abang balik"kata Eiyad sambil mencapai kunci motor superbikenya.

“Abang nak pergi mana?"

“Malam nanti abang bagitahu okay.Sayang nak kirim apa-apa tak?"soal Eiyad pula.

“Belikan susu dengan granola.Lepastu sayang nak mixfruit"jawapku tanpa memandang Eiyad.Mata ralit tengok berita semasa.

“Okay sayang.See you later"balas Eiyad lalu keluar dari rumah.

Entah bila masa aku terlelap,sedar-sedar Eiyad sudah balik.Dia mengejutkan aku.Aku terpinga-pinga sambil memisat mata yang agak pedih.Rasa mengantuk masih menguasai diri.

“Sayang pergi mandi,boleh solat jemaah sama-sama"Eiyad sudah lengkap memakai baju melayu dan kain pelikat.Dia menutup tv.

Tanpa banyak soal,aku berjalan masuk ke dalam bilik dan bersihkan diri.Sewaktu aku keluar dari bilik air,aku lihat Eiyad berteleku di atas sejadah sambil berzikir.Aku cepat-cepat memakai telekung dan berdiri di belakang Eiyad.Eiyad memandangku sekilas lalu memulakan solat maghrib.

Usai solat,Eiyad mengajakku makan malam di luar.Alasannya kesian lihat aku keletihan hari ini.Dia beria-ia meminta aku memakai gaun mengandung yang dibelinya tadi.Tanpa banyak cakap,aku pakai setelah Eiyad meyakinkan aku bahawa dia sudah mencuci gaun itu di dobi.Sedondon pula dengan warna kameja yang Eiyad pakai.Agak pelik perangai Eiyad hari ini.

Eiyad memandu dengan tenang.Dia tidak mahu beritahu aku kemana hala tujunya.Dia cuma tersenyum.Setelah sampai di Bukit Bintang,Eiyad memarkir keretanya.Mata aku kagum melihat sebuah pesawat di tengah-tengah bandar.Eiyad memimpin tanganku masuk ke dalam restoran Plane In The City.

Lidah aku kelu tidak dapat berkata apa-apa.Kagum melihat suasana yang nampak eksklusif.Sebuah kapal terbang lama yang diubah suai menjadi sebuah restoran.Cuma membezakan pesawat ini,suasana dalamnya.Pesawat biasa padat dengan kerusi dan agak sempit.Tapi restoran ini meja makannya seperti terhad.

Eiyad menarik kerusi untuk aku duduk.Aku hanya mengangguk lalu duduk.Eiyad mengukir senyuman setelah duduk di hadapanku.Kami dihidang dengan beberapa makanan mewah.

“Mesti mahal kan?"dugaku.Eiyad menggeleng.

“Duit bukan segala-galanya.Yang penting lepas ni abang dapat tunaikan apa yang sayang idamkan.Jemput makan sayang."

Kami diberi layanan kelas pertama.Selesai makan,kami di bawa melawat ke kokpit pesawat.Tempat pilot menjalankan tugasnya.Sekali lagi aku kagum.Aku dapat memegang alatan yang ada di kokpit dan dapat duduk di atas kerusi yang pilot sering duduk.Eiyad tidak henti-henti mengambil fotoku.Setelah itu,kami dibawa ke bahagian sayap pesawat.Aku dan Eiyad dapat berjalan di atas sayap.

Pengalaman selama lebih kurang sembilan puluh minit benar-benar buat aku rasa puas.Walaupun tidak dapat membawa kapal terbang sebenar,tapi ini sudah memadai.Hilang rasa mengidam nak bawa kapal terbang.Nampak riak wajah Eiyad benar-benar menyayangiku.

“Lepas ini sayang nak apa pula?"soal Eiyad dalam nada gurau.

“Belum ada rasa nak apa-apa"jawapku tersengih.

“Sayang cakap aje nak apa.Insyaallah abang tunaikan"balas Eiyad lalu membelok kereta berhenti di hadapan kedai mamak.

“Kenapa abang berhenti dekat sini?"soalku pelik.

“Abang teringin nak makan roti canai kuah banjir"jawap Eiyad sambil mengukir senyuman.Macam kerang busuk.

Aku menjulingkan mata ke atas.Dasar kuat makan.Padahal tak sampai satu jam makan tadi.Lain macam sungguh tabiat sejak aku mengandung.Aku membiarkan Eiyad makan seorang dan aku menunggu di dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience