Bab 20

Romance Series 32332

Aku memandu Mini Cooper S aku seperti biasa untuk ke pejabat.Aku memandang cermin melihat ada sebuah kereta seperti mengikuti dari belakang.Aku cuba mengimbas semula.Macam kereta yang berhenti berdekatan rumah aku tadi.Mungkin kebetulan kot.Aku cuba menyedapkan hatiku.

Aku terpaksa memarking kereta seberang jalan berhampiran pejabat.Mungkin aku lewat sampai sehingga parking depan bangunan dua tingkat itu sudah penuh.

Aku mengepit tas tanganku dan memegang beg yang berisi laptop.Sewaktu aku mahu melintas jalan aku melihat kiri dan kanan.Clear.Aku segera berjalan.Tiba-tiba ada kereta dipandu laju menuju ke arahku.Aku tidak mampu membuat apa-apa.Ada seseorang menarikku membuat kami berpelukan.Kejadian terlalu pantas sehingga aku tidak sempat memandang nombor plat kenderaan itu.Tapi kereta itu seperti yang mengekori aku sepanjang perjalanan tadi.Apa motif dia?.

“Are you okay?"soal seseorang yang menyelamatkan aku tadi.

Aku segera berdiri lalu memandang orang yang selamatkan aku sambil tersenyum.Tiba-tiba senyumanku mati.

“Khalish?"Hatiku mula gelisah.

“You okay tak ni?Gila betul pemandu tu,tempat macam ni pun nak drive laju."

“I'm okay.Thanks.I need to go now."Aku segera berjalan masuk ke dalam pejabat.Harap-harap Khalish tidak ada niat yang tak elok.Aku mengucap dalam hati.Tak baik bersangka buruk.

“Vie,okay tak ni?cemas aje"Soal Encik Adam.

“Hampir excident tadi.Nasib tak apa-apa"jawapku lalu menarik nafas lega.

“Mesti mengelamun ingatkan orang jauh nun di sana.Yalah,hari pernikahan tinggal beberapa hari lagi"usik Encik Adam.

“Tak adalah encik.Jangan nak mengusik saya ya."

“Jangan lupa meeting jam 10 nanti"encik Adam mengingatkan aku.Aku hanya mengangguk lalu membuka laptop.

Portfolio interior design dipandang sepi olehku.Otakku memikir apa motif pemandu kereta tadi mahu melanggarku?Kenapa tiba-tiba Khalish muncul?.Ah!aku melepaskan keluhan agak kuat.

Eiyad membuat panggilan video.Aku segera menjawap merapatkan sedikit skrin handphone ke mukaku.Aku lihat Eiyad mengenakan baju sejuk.Dekat sana sekarang musim salji.

“Hai sayang"Eiyad mengukir senyuman.

“Hai"balasku.

“I miss you so much"kata Eiyad

“I miss you too.So,how are you?"

“I'm fine.Sayang,esok petang jemput saya dekat airport boleh?"soal Eiyad.

“Everything for you.Nanti saya minta half day."

“Sayang,i have to go.Awak ada nak pesan apa-apa tak?"

“Nothing"

“Okay,assalamualaikum"

“Waalaikummussalam"

Eiyad menamatkan panggilan dari sana.

Seperti yang dijanjikan,petang keesokan harinya aku menjemput Eiyad di airport.Aku menunggu dengan penuh kesabaran sambil memeluk sejambak bunga.Hatiku tiba-tiba rasa berdebar-debar.Aku lihat papan informasi menunjukkan penerbangan dari Amsterdam sudah landing beberapa minit lalu.Penumpang berpusu-pusu keluar dari balai ketibaan.Selang beberapa minit aku lihat kelibat Eiyad segak mengenakan uniform pilot.

“Assalamualaikum"sapaku sambil mengukir senyuman.

“Waalaikummussalam."

Aku menghulur sejambak bunga.Eiyad ambil sambil tersenyum lalu menghidu haruman bunga yang masih segar.

“Aku bukan patung kat sebelah ni"perli seseorang yang sedari tadi berada di sebelah Eiyad membuat Eiyad ketawa.

“Sayang,kenalkan ni Zahran.Kawan merangkap housemate saya.Zahran,ni tunang aku.Vienna."

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Cantik orangnya.Patutlah Eiyad angau semacam"Zahran cuba berseloroh membuat Eiyad menjegilkan matanya.

“Aku balik dengan Vie,kau drive kereta aku bawa balik kondo"pinta Eiyad.

“Okay kapten"balas Zahran cuba melawak.

“Dah,jom sayang"Eiyad menanggalkan topinya lalu diletak atas kepalaku.Aku membetulkan lalu berjalan beriringan dengan Eiyad menuju ke keretaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience