Bab 21

Romance Series 32332

"Apa semua ni Vie!"Eiyad menerjah masuk ke dalam office sewaktu aku dan encik Adam sedang berbincang.

Dia melempar beberapa keping gambar ke atas meja kerjaku.Aku kaget dengan tindakan Eiyad.Depan Encik Adam pula tu.

“Sampai hati awak buat saya macam ni"Eiyad mula mengeluh.

Aku mengambil kepingan gambar tersebut.Aku lihat gambar aku sedang berpelukan dengan Khalish.Aku mendegus kasar.Memang dia ada niat tak baik.Apa motif dia?

“Duduk dulu Eiyad,benda boleh bincang"pinta Encik Adam sambil menarik kerusi di sebelahnya.Eiyad menolak,dia berdiri sambil bersandar di dinding.Dia menyilang tangannya sambil merenungku tajam.

“Kenapa diam?Atau terkejut sebab saya dah tahu awak curang saat saya tak ada dekat sini?"

“Ini semua fitnah.Mana awak dapat gambar ni?"

Encik Adam mengambil gambar tersebut di tanganku.

“Fitnah apa kalau dah terang-terang awak berpelukan dengan Khalish.Takkan awak nak bagi alasan gambar edit?"Eiyad terus menuduh aku macam-macam.

Aku mahu membalas tapi encik Adam menghalang.Dia segera berdiri.

“Jom ikut aku ke pejabat.Aku nak tunjuk sesuatu"ajak Encik Adam lalu keluar dari bilikku.

Eiyad melepaskan keluhan lalu mengikut encik Adam.Sikit pun dia tidak memandang wajahku.Aku segera mengambil handphone lalu mencari nama Khalish.Seingat aku,ada simpan nombor handphonenya.

“Hello"aku dengar suara serak basah di hujung talian.Memang suara Khalish.

“Apa motif kau bagi gambar macam tu pada Eiyad?"soalku dengan nada agak kasar.Nafasku turun naik menahan perasaan marah.

“Gambar?Gambar apa yang you maksudkan?i tak faham"

“Gambar yang kau selamatkan aku haritu.Kau sengaja kan?Ini mesti rancangan kau.Apa salah aku sampai kau nak fitnah aku?Kau tahu kan aku akan berkahwin dengan Eiyad."

Lama Khalish diam.Tak lama lepastu,aku dengar dia ketawa.Sengaja menyakitkan hatiku.

“You ingat i boleh lupa apa you buat pada i?Seumur hidup i,tak pernah ada sesiapa pernah naik tangan ke muka i.You dah jatuhkan maruah i.Dan apa saja keinginan i,semua i dapat,tapi satu satu saja i belum dapat.Body you..bibir you yang mugil.."

Klik!Aku menamatkan panggilan sebelum Khalish terus merepek.Khalish memang dah melampau.Tak padan dengan dah ada isteri.

“Ikut saya sekarang"Eiyad menarik lenganku.

Laju saja aku mengambil tas tangan bawah meja lalu mengikut langkah Eiyad.Aku tak berani nak berkata-kata kerana riak muka Eiyad sangat tegang.

Sewaktu dalam lif,Eiyad meraup mukanya beberapa kali sambil melepaskan keluhan berat.Dia memandangku dengan pandangan yang sukar aku ramalkan.

“Kenapa awak tak cerita pasal awak hampir dilanggar?"soal Eiyad.

“Saya fikir hal itu tidak serius.Saya pun selamat kan.So,saya abaikanlah"jawapku sambil merenung hujung kaki.Tak berani bertentang mata dengan Eiyad.

“Awak tahu tak siapa yang buat semua ni?"

Aku hanya menggeleng.

“Tisha"balas Eiyad membuat aku segera memandangnya.

Pintu lif terbuka,aku dan Eiyad berjalan beriringan ke kereta.

“Apa kena mengena Tisha dan Khalish?"soalku sambil mengerutkan dahi.

Aku lihat Eiyad hanya mencebir bibir tanda tidak tahu.

“Kalau terjadi sesuatu pada awak,tahulah saya apa nak buat dengan perempuan tu"Eiyad masih marah.

Dia membelok kereta dan berhenti di hadapan pintu pagar sebuah banglo di pinggir jalan.Dia keluar dari kereta dan menekan loceng yang berada di hujung beberapa kali.Selang beberapa saat,pintu pagar terbuka.Kelihatan Tisha keluar berjalan ke arah Eiyad.

Pang!Eiyad menampar pipi Tisha sekuat hati membuat tubuh Tisha terjelepuk ke atas tanah.Dia memegang pipi yang terasa perit sambil memandang Eiyad.

“Apa ni bro?Berani kau sakitkan adik aku?"aku lihat seseorang keluar dari rumah lalu mengangkat badan Tisha.Tisha menyorok dekat belakang badan Khalis sambil ketakutan

“Kau dengan adik kau sama aje.Kau fikir aku tak tahu kau dengan adik kau merancang nak cederakan Vienna kan?Kalau aku nak sumbat kau dengan adik kau yang tak tahu malu ni masuk penjara,senang saja sebab aku dah ada bukti"balas Eiyad sambil menuding jari ke wajah Khalish.

Ternyata Khalish dan Tisha adalah adik beradik.Aku hanya diam melihat Eiyad melepaskan kemarahannya.Mukanya sudah merah.

“Nak report polis?Silakan.Aku sikit pun tak takut.Setakat perempuan macam ni kau nak bela sangat,bersepahlah tepi jalan.Petik jari je semua berkerumun"Khalish tersenyum sinis.

“Kau memang dah melampau!"Eiyad melepaskan tumbukan dekat muka Khalish membuat badan Khalish tersungkur ke tanah tanpa sempat mengelak.

“Aku nak warning kau dan adik perempuan kau ni.Sekali lagi kau kacau hubungan aku dan Vienna,lebih teruk dari ni aku boleh buat"

Khalish hanya ketawa jahat sambil menyeka darah yang mengalir di tepi bibir dengan belakang tangannya.Tisha segera menerpa ke arah abangnya.Dia memandangku dengan riak tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience