Bab 27

Romance Series 32332

Beberapa bulan selepas itu,aku sudah sembuh sepenuhnya.Kakiku juga sudah kuat untuk melangkah selepas menjalani sesi fisioterapi.Eiyad tidak henti-henti memberi kata semangat.Dia juga selalu menemani aku membuat rawatan susulan jika tiada duty.Setiap kali dia ada flight,dia akan hantar aku ke rumah mama.Tidak mahu aku bersendirian di rumah.

“Jauh termenung sayang"sapa Eiyad lalu duduk di sebelahku.Aku melemparkan senyuman sambil menatap muka Eiyad penuh makna.

“Baby ayah sihat tak dalam perut ibu ni"Eiyad mengusap perutku yang sudah memboyot sikit.Eiyad ketawa riang setelah merasa ada pergerakan dalam perutku.

“Abang..."panggilku dengan nada manja sambil buat muka comel.

“Ya sayang"Eiyad mencubit pipiku perlahan.

“Sayang mengidam sesuatu lah"aku tersengih memandang Eiyad.Selama ini,apa yang aku nak Eiyad tunaikan.Pernah sekali,jam dua pagi bertolak ke Langkawi semata-mata nak makan coklat daim dan makan dekat sana.

“Sayang nak apa?"

“Nak bawa kapal terbang"jawapku membuat Eiyad monkey surprise dan terjelepuk jatuh dari pangkin.Aku menjerit melihatnya lalu ketawa.

“Abang minta maaf sayang,permintaan sayang kali ini abang tidak dapat tunaikan."

Aku mula memuncungkan bibir dan merajuk.Eiyad mula memujukku.

“Abang memang tak sayang saya dan baby"aku mula psiko Eiyad.

“Bukan abang tak sayang,tapi permintaan sayang di luar kuasa abang.Sayang tahukan risikonya"jawap Eiyad mengusap kepalaku.

“Tak mahu kawan abang"aku terus dengan rajukku lalu berjalan laju masuk rumah.

“Hati-hati sayang,nanti jatuh"pesan Eiyad.

Aku duduk di atas kerusi sambil memerhatikan ibu memotong bawang.Ibu memandangku pelik.

“Kalau dah muncung bibir tu macam buntut itik,mesti bergaduh dengan Eiyad"teka ibu.

“Eiyad tu tak nak tunaikan permintaan Vie.Bukan dia tak tahu,Vie mengidam."

“Kalau Eiyad tak dapat tunaikan,bagi tahu ibu apa yang Vie mahukan.Insyaallah ibu boleh tunaikan"balas ibu membuat aku tersenyum.

“Betul ni ibu?"soalku.Ibu hanya mengangguk kepala.

“Vie nak bawa kapal terbang"jawapku sudah berangan.

Kuk! Laju tangan ibu meluku kepalaku membuat aku menjerit.Aku menggosok kepala sambil memandang ibu tidak puas hati.

“Kamu ni,cubalah mengidam benda yang munasabah sikit,ini nak bawa kapal terbang"

“Ibu pun sama macam Eiyad"sungutku.

“Apa kena dengan laki kamu tu?"soal atok sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kenapa dengan Eiyad?"soalku kembali.

“Buang tebiat agaknya termenung atas pokok pelam.Nak kata ambik buah pelam,tak ada pula diambilnya.Kamu pergilah tengok sendiri"jawap atok sambil menyeka peluh di dahinya.

Aku melangkah ke pintu dapur sambil memerhati Eiyad yang sedang mencangkung atas pokok pelam sambil menongkat dagunya dengan tangan.Aku beristighfar dalam hati lalu menyarung selipar di kaki.

“Abang buat apa ni?"soalku sambil mendongak ke atas pokok.

“Abang nak bunuh diri sebab tak dapat tunaikan permintaan sayang"jawap Eiyad bersahaja membuat aku ketawa besar.Setakat panjat pokok tinggi begini lepastu cakap nak bunuh diri.Mustahil.

“Dah lah abang,turun aje lah.Sia-sia je.Sayang tarik semula permintaan sayang tadi okay"balasku membuat Eiyad tersenyum.

“Betul ni sayang?Okay abang turun sekarang"Eiyad segera berdiri.

Bedebuk!Entah macam mana kaki Eiyad tergelincir dan jatuh ke bawah.Aku menerpa ke arah Eiyad yang tertiarap atas tanah.

“Abang"aku memangku kepala Eiyad.Matanya terpejam rapat.

“Abang"aku menepuk bahu Eiyad.Masih kaku.

Aku mula menangis.Aku takut kehilangan Eiyad.Aku menggoncang tubuh Eiyad sekuat hati.Pun kaku juga.

“Ibu tolong Vie"aku menjerit memanggil ibu setelah ada kekuatan.

“Abang,jangan tinggalkan saya.Saya minta maaf,saya janji tak minta yang bukan-bukan"aku memeluk dada Eiyad.

“Haa!"Eiyad menyergahku lalu duduk bersila membuat aku tergamam.Lama aku terpaku.Aku menampar bahu Eiyad setelah menyedari Eiyad mempermainkan aku.

“Sayang juga sayang dekat abang ya?"

Aku menyeka air mata lalu menarik muka masam.Bibirku terjuih ke hadapan tanda merajuk.Eiyad tersenyum kemudian menarik pipiku yang sudah tembam.

“Alolo.Comel isteri abang buat muka macam ni,tapi jangan amalkan selalu nanti kenan pula kat baby"kata Eiyad kemudian lari menyelamatkan diri dari jadi mangsa pukulanku..

“Abang!"jeritku dan cuba mengejar Eiyad yang sudah berlari ke bendang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience