Bab 14

Romance Series 32332

Aku menceritakan apa yang terjadi pada Salman tengah hari tadi,ibu hanya ketawa.Aku membelek helaian daun sawi sebelum memotong.Eiyad pula hilang entah ke mana ikut atok tadi.

“Ibu berkenanlah dengan boyfriend kamu tu,siapa nama dia?Ayad?Piyat?Ibu lupalah."Ibu cuba mengingati nama Eiyad.

“Eiyad Zayyan."

“Apa ke pelik namanya."Gumam ibu

“Pelik tapi makna namanya baik tak apa ibu.Lagipun dia mix arab.Macam ibu bagi nama pada Vie,kan pelik jugak."

“Itu arwah nenek kamu yang bagi.Dulu dia suka benar tengok cerita latin.Itu yang lekat nama Vienna."

“Agak-agak apa yang atok kamu tu buat pada Eiyad?Bukan kamu tak tau,atok kamu tu suka benar menyuruh itu,ini.Kot nya dia suruh Eiyad turun ke bendang,habislah budak bandar tu."Ibu mula merasa resah.

Atok memang suka mengarah.Tapi dia bukan mahu sangat orang itu buat kerja.Niatnya untuk menguji saja.Aku tahu sangat dah perangai Atok.

“Vie!Ohh Vie,mari sini tolong atok!"Atok melaung dari luar rumah.

Aku segera berlari keluar.Bunyinya macam cemas aje.Aku lihat atok memapah Eiyad lalu duduk di pangkin berdekatan pintu dapur.Muka Eiyad nampak pucat dan lemah.Jari telunjukkan berbalut dengan kain.

“Kenapa ni atok?"Soalku cemas.

“Masuk dalam ambil air suam dan minyak gamat.Kawan kamu ni kena sengat ikan keli.Tapi atok dah cabut bisanya."Jawap atok.

Tanpa menunggu lama aku segera masuk ke dalam dan ambil minyak gamat.Selepas itu aku ambil gelas dan tuang air suam.

“Apa yang kecoh-kecoh dekat luar tu,Vie?"Soal ibu sambil mengerutkan dahi.

“Eiyad kena sengat dengan ikan keli."Jawapku ringkas dan berjalan laju keluar.

Ibu berlari anak keluar dari rumah.Dia duduk di sebelah Eiyad.

“Macam mana boleh kena sengat?"

“Aku dah pesan jangan usik ikan keli yang dia dapat masa mancing tadi sementara aku nak ambil gunting.Tapi degil,dia usik jugak.Itu yang mendapat.Nasib baik tak dalam."Jawap atok.

Eiyad hanya mendiamkan diri.Mukanya berkerut menahan sakit.Baru hari pertama dekat sini,macam-macam hal berlaku.

Atok membaca beberapa surah lalu menghembus ke gelas air kemudian atok membuka balutan di jari Eiyad lalu menyiram di tempat yang kena sengat.

“Nah,baca selawat tiga kali,lepastu minum."Atok menyerahkan gelas kepada Eiyad.

Mulut Eiyad terkumat kamit membaca selawat kemudian meneguk air itu.

“Ayah pun,dah tahu si Eiyad ni orang bandar kenapa ayah ajak ke bendang?"Soal ibu.

“Bukan atok yang ajak saya makcik,saya sendiri yang pergi ke sana."Balas Eiyad.

“Vie,kamu bawak kawan kamu ni masuk dalam.Suruh dia berehat.Nanti baiklah jari tu."

Aku sekadar mengangguk lalu memapah Eiyad masuk ke dalam rumah.Selepas menujukkan bilik pada Eiyad,aku segera ke dapur.Menyiapkan juadah makan petang yang tertangguh tadi.

“Wahh!Sedapnya bau.Masak apa tu?"Entah dari mana Hana muncul tahu-tahu dah ada dibelakangku.

Aku mengucap dalam hati.Terkejut benar dengan tindakan Hana.Tahu sangat dah perangai Hana suka munculkan diri secara tiba-tiba.

“Assalamualaikum."Ucapku sengaja perli Hana.Hana tersenyum sambil menutup mulut.

“Waalaikummussalam.Aku lupa nak bagi salam.Kes bersembang dengan ibu tadi kat luar tadi."

Ibu pula dipersalahkan.

“Langkah kanan kau hari ni,aku masak mee goreng basah udang selambak ni."Kataku membuat Hana menjenguk ke dalam kuali.

“Kau macam tau aje favourite aku."Ujar Hana sambil tersenyum.

“Favourite aku juga."Ada suara menyampuk di belakang membuat aku dan Hana berpaling serentak.

Aku lihat Eiyad sudah duduk di atas kerusi sambil tersenyum.

“Awak nak ke mana ni?"Soalku pelik melihat Eiyad memakai baju melayu dan songkok.

“Ikut atok pergi surau.Nak masuk waktu asar ni." Jawap Eiyad.

“Jari awak dah okay ke?"

“Setakat kena sengat ikan keli,tak ada hal lah.Tak sakit pun."Jawap Eiyad.Berlagak.

“Cakap besar nampak padahal tadi muka dah macam zombie.Tak ada darah.Tak ada hal konon."
“Jom."Atok mengajak Eiyad.

Eiyad hanya tersenyum.Dia bingkas bangun setelah melihat atok sudah keluar rumah.

“Dah lah handsome,baik pula tu.Solat tak tinggal.Untung kau Vie."Puji Hana.Aku setuju dengan kata-kata Hana.Tapi apakan daya,kami cuma menyamar sebagai kekasih.

Siang melabuhkan tirai,malam pula menjelma.Atok meminta Eiyad untuk mengimamkan solat maghrib.Mula-mula dia ragu-ragu,akhirnya dia akur permintaan atok.Aku tahu atok sedang menguji Eiyad.

Usai saja solat Eiyad duduk antara dua sujud sambil mengadap atok.Dia membaca doa.Bacaan doanya lancar walaupun suaranya perlahan.Hati aku sebak tatkala mendengar dia berdoa minta diampunkan dosa muslimin dan muslimat.Minta yang telah kembali kepada-Nya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dilapangkan kuburnya.Aku mula rindu arwah ayah dan arwah nenek.Setelah mengaminkan doa,aku menyalam tangan ibu kemudian atok.

“Vie,tolong hidangkan makan malam."Pinta ibu sambil melipat sejadah.

“Baiklah ibu."Balasku lalu masuk ke bilik.

Aku menghidang makanan di atas meja.Kecur liur aku tatkala menghidang lauk asam pedas ikan jenahak.Aku rindu nak makan masakan ibu.Ibu macam tahu aje aku nak makan asam pedas.

Atok dan Eiyad berjalan beriringan menuju ke dapur.Eiyad mengambil tempat duduk di sebelahku.

“Jemput makan Eiyad.Lauk biasa aje."Pelawa ibu.

“Ini pun dah cukup makcik.Alhamdulillah.Saya pun asal dari kampung."Eiyad merendah diri.

Aku amat menyenangi dengan sikap Eiyad walaupun sekali sekala menyakitkan hatiku.Satu saja yang aku tak suka.Ego,tak pernah nak terima penjelasan orang.

Aku makan dengan penuh selera sampai tidak perasan menambah nasi beberapa kali.Asam pedas ibu masak memang kaw.Perfect.

“Kau ajak saka kau makan sekali ke?"Eiyad berbisik di telingaku membuat tanganku laju mencubit pinggang Eiyad.

“Vie dengan asam pedas memang tak boleh dipisahkan.Kalau bagi seperiuk pun tak hairanlah kalau dia boleh habiskan."Atok sedari tadi hanya memerhati mula bersuara.Aku memuncungkan bibir tanda tidak puas ati.

“Betul cakap atok tu.Tiap kali balik kampung lauk ni aje dia minta makcik masakkan."Ibu pula menambah.

Eiyad sekadar mengangguk sambil memandang aku.Pipi aku terasa berbahang.Malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience