Bab 38

Romance Series 32332

Aku membawa Eijaz dan Eshal melawat Aquarium of Western Australia sebelum pulang ke Malaysia.Bising mulut mereka berdua melihat pelbagai jenis ikan.Aku mendukung Eijaz dan bawa ke hadapan kaca aquarium.Eijaz meronta ketakutan.Aku tergelak melihat reaksi Eijaz.

Sewaktu aku mahu meletak Eijaz dalam stroller,aku tergamam.Eshal tiada di dalam stroller.Jantung aku berdegup laju.Mataku melilau mencari Eshal.

“Eshal..Eshal"aku memanggil Eshal beberapa kali.Aku segera menolak stroller.

Tangan aku mula menggeletar.Air mata mula bertakung di tubir mata.

“Ibu"aku mendengar suara Eshal.Aku segera berpaling.Eshal berada dalam dukungan Eiyad.

Aku segera berjalan ke arah Eiyad dan cuba mengambil Eshal.Tapi pengangan Eiyad lebih kuat.Eshal mula menangis.

“Bagi balik anak saya"pintaku.

“Anak kita sayang"balas Eiyad.

Dadaku berombak kencang menahan marah.Aku merenung tajam muka Eiyad.

“Ingat balik kata-kata awak tiga tahun lepas.Sampai mati saya tidak akan lupa kata-kata awak.Awak tak ada hak.Bagi balik anak saya.Saya akan tuntut cerai di mahkamah setelah kembali ke Malaysia."

Eiyad hanya tersenyum sambil mencium pipi Eshal.Dia cuba memujuk Eshal yang masih menangis.

“Abang tak akan pernah ceraikan sayang.Please sayang,maafkan abang.Waktu itu abang tertekan setelah dapat tahu abang cacat.Abang rasa masa depan kita gelap.Abang rasa tak mampu nak beri nafkah pada sayang"ujar Eiyad sambil memegang tanganku.Aku segera tarik tanganku.

“Tiga tahun saya bersusah payah di sini.Saya membesarkan Eijaz dan Eshal tanpa kasih sayang seorang ayah.Senang-senang awak minta maaf.Awak fikir dengan maaf tu saya boleh ubati luka di hati saya ni.Ruang untuk awak dalam hati saya dah tak ada.Dah tertutup sikit demi sedikit setiap kali awak kata awak benci saya.Pulangkan Eshal pada saya.Itu anak saya.Anak yang awak paling benci"aku mengambil Eshal dari Eiyad.Eshal memeluk erat leherku sambil menagis.

“Please sayang,give me second chance"Eiyad mula merayu.Matanya mula kemerahan.

“Tolong lepaskan saya.Tiga tahun,tempoh yang agak lama kita berpisah tanpa sebarang nafkah.Kalau pergi mahkamah,saya yakin saya yang menang"balasku masih berkeras hati.Sedangkan aku ingin memeluk Eiyad.Melepaskan kerinduan yang bermukim di hati.Tapi disebabkan ego,aku tolak ke tepi perasaan itu.

“Sebenarnya abang setiap bulan bank in duit pada Hana.Abang minta dia uruskan segalanya.Segala makan pakai sayang dan anak-anak abang minta Hana guna duit itu.

Mulanya Hana tidak terima tapi abang desak Hana.Abang kata kalau nak lihat kita kekal bersama tolong terima duit itu.Semasa sayang melahirkan anak kita,abang sentiasa ada di sisi sayang sepanjang tempoh pembedahan.Masa itu sayang tidak sedarkan diri.

Sepanjang tempoh tiga tahun,abang sentiasa pantau sayang dan anak-anak dari jauh.Abang nak sangat jumpa sayang,tapi abang malu pada diri sendiri kerana buat sayang macam tu"kata Eiyad panjang lebar.

Aku terdiam seketika.Menanti Eiyad meneruskan kata-katanya.

“Semasa sayang keluar dari banglo hari itu,abang cuba menghalang sayang dari pergi tapi abang tak berdaya.Kaki abang masih lemah untuk mengejar sayang.Abang merasa sangat kehilangan.Kehidupan abang rasa sunyi tanpa ada sayang.Sejak dari itu,abang tekad menjalani fisioterapi tanpa mengalah.Abang tekad,kalau abang sembuh,abang akan mencari sayang.Sekarang sayang tolong terima abang"pinta Eiyad masih merayu.

“Enough okay"aku masih berkeras hati lalu menolak stroller pergi jauh dari Eiyad.

Siang mula melabuhkan tirai,malam pula melebarkan sayapnya.Aku pulang ke apartment setelah merasa penat berjalan seharian untuk menenangkan diri.Aku buka pintu,keadaan dalam rumah gelap gelita.Tapi sandal yang Hana selalu pakai terletak elok di atas rak.Aku mula syak sesuatu terjadi pada Hana.Aku segera masuk dan buka suis lampu.Tidak menyala.

“Hana"panggilku dengan perasaan gugup.

“Happy birthday to you..Happy birthday to you..Happy birthday..happy birthday.Happy birthday to you"Hana menyanyi sambil membawa sebiji kek ke arahku.

Lampu di pasang.Aku lihat ada beberapa orang kawan Hana di ruang tamu.Tidak terkecuali Zahran.Aku meniup lilin sambil tersenyum lalu memeluk tubuh Hana.

“Happy birthday sayang"ucap Eiyad membuat aku berpaling padanya.

Aku cuba melarikan diri ke dalam bilik tapi cepat di halang oleh Eiyad.Eiyad merangkul kemas tubuhku.Berkali-kali dia berbisik kata maaf di telingaku.Akhirnya aku mengalah dan membalas pelukan Eiyad.

“Eh.Kejap,siapa perempuan dekat cafe haritu?"soalku sambil merenung mata Eiyad tajam.

“Sayang cemburu ke?"Eiyad tersenyum.

Aku mempamerkan wajah tidak puas hati.

“Yana!"Eiyad memanggil seseorang.

Eiyana masuk ke dalam sambil tersenyum.Mulutku melopong melihat penampilan Eiyana.Cantik dia bertudung.Aku hampir tidak cam mukanya.

“Kalau iya pun,tutup mulut tu sayang"tegur Eiyad membuat kami ketawa.

Aku berpelukan dengan Eiyana.Lama tidak berjumpa,banyak perubahan pada diri Eiyana.Malam itu aku dapat merasakan sinar bahagia mula menyinar hidup aku dan anak-anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience