Bab 23

Romance Series 32332

Subuh itu aku tersedar saat terdengar bunyi handphone berdering.Aku menggosok mata sambil melihat nama tertera di skrin handphone.

“Assalamualaikum"ucapku sambil menguap.Terasa masih mengantuk.

“Waalaikummussalam.Sayang dah bangun ke?Sekejap lagi dah nak masuk waktu subuh"balas Eiyad nada lembut.

“Awal awak bangun"

“Apa awak-awak.I'm your husband.Cuba panggil abang.Kan sedap telinga mendengar"Eiyad mula membebel.

“Baiklah aa..bang"tergagap aku menyebutnya.

“Lagi sekali"pinta Eiyad

“Abang"

“Haa..boleh pun.Sayang bangun,pergi mandi.Lepastu solat"pesan Eiyad.

“Okay abang"balasku lalu menamatkan panggilan.

Aku menyarung tudung yang bersangkut di almari.Aku menggosok mata yang agak pedih.Rasa mengantuk masih menguasai diri.Aku capai tuala lalu berjalan keluar dari bilik.Aku lihat ibu,mak ngah dan makcik sedang menyediakan hidangan untuk orang rewang.

“Awal bangun Vie,tidur tak lena ke?"mak ngah mengusikku.

“Mana adalah mak ngah,kan nak masuk waktu subuh.Vie kenalah mandi awal-awal.Vie mandi lama,takut nanti lama pula orang lain menunggu giliran"jawapku.

“Vie ni kalau mandi tak cukup sejam.Entah apa dibuat kat dalam tu tak tau lah.Baca jampi serapah kot?"balas ibu berseloroh membuat mak ngah dan mak cik tergelak.

“Ibu ni,suka pecah temberang"aku menghentak kaki sambil mencebik bibir.

“Tengoklah tu,perangai tak berubah.Dah jadi bini orang pun tak matang lagi"

Aku segera masuk ke dalam bilik air.Lagi lama aku melayan lagi acap mereka mengusikku.

Aku masuk ke dalam bilik selepas siap mandi.Aku lihat Hana masih lagi lena.Aku menepuk muka Hana perlahan.

“Wake up Hana"kejutku.Hana mencelikkan matanya.

“Humm.Mengantuknya"Hana menggeliat malas.

Aku memakai telekung lalu mendirikan solat subuh.Hatiku merasa tidak sedap.Macam ada sesuatu yang bakal berlaku nanti.Aku segera menyangkalkan.Mungkin bisikan syaitan.Aku menyedapkan hatiku.

Usai solat aku berdoa agar permudahkan segala urusan hari ini.Aku lihat Hana sudah terlelap atas katil selepas solat.Berselubung dengan telekung pula tu.

Pintu diketuk dari luar.Aku bingkas bangun dan membuka pintu.Aku lihat ibu menghulur baju untuk aku pakai sewaktu bersanding nanti.

“Salleh cakap sekejap lagi dia datang semula,dia cuma nak hantar baju ni.Vie turun sarapan dulu.Nanti kalau si Salleh datang,tak sempat pula nak makan"ibu selalu bertekak dengan kak Sally pasal nama.Ibu lebih gemar panggil kak Sally dengan nama asalnya.

Aku hanya mengangguk lalu menyangkut baju di dalam almari.Aku tersengih setelah mendapat satu idea mengenakan Hana.Aku menepuk punggung Hana sekuat hati.Tak semena-mena Hana melompat turun dari katil dan bersilat.Mulutnya terkumat kamit bercakap bahasa yang aku tidak faham.

“Kau ni,aku tengah sedap-sedap tidur kot.Dah hilang mimpi pasal mr.pilot aku"rungut Hana setelah latahnya reda.Dia menanggalkan telekung lalu menggantung dekat penyangkut baju.

“Mr.pilot mana pula?"soalku setelah tawa reda.

“Adalah,kau fikir kau seorang aje ada mr.pilot?"

“Dah,jom turun sarapan"aku malas melayan Hana.

Tengah hari itu aku mengenakan busana peplum turquoise.Kak Sally make up mukaku ala-ala barbie doll.Pinggangku mula merasa lenguh.Hampir tiga jam duduk di atas kerusi.

“Siap.Cantik bak hang.Kak Sally nak guna gambar Vie boleh untuk buat banner kedai kak Sally?Mesti meletop butik kak Sally nanti"kata kak Sally.

“Apalah kak Sally ni,tak mahu la saya.Nanti apa pula kata orang lain"balasku.

Kak Sally touch up muka Hana pula.Cantik Hana hari ini.Aku memaksa Hana jadi pengapit aku hari ini.Dia bersin beberapa kali saat kak Sally sapu blusher dekat pipi.Mukanya berkerut,tidak suka pakai make up.

“Vie,siap sedia tau.Pengantin dah sampai"ibu menjengul kepala di pintu.

“Sudah ibu"balasku.Dadaku tiba-tiba berdegup kencang.

Aku berjalan keluar menuju ke halaman rumah.Hana menutup mukaku dengan kipas tangan.Keluarga Eiyad berbalas pantun dengan mak ngah.Eiyad terpaksa membayar tol.Selesai saja,kompang pun dipalu.Aku berjalan perlahan menghampiri Eiyad.Hana masih menutup mukaku.Hana menghulur tangan minta angpau.Belum ada sejarah pengapit minta angpau.Eiyad menjulingkan mata ke atas lalu menghulur angpau kepada Hana.

Hana mengalihkan kipas tangan sambil tersenyum.Eiyad betul-betul berada di hadapanku.Matanya tidak berkedip memandangku.Aku segera capai tangan Eiyad lalu salam.Kemudian aku selit tangan di lengan Eiyad.

“Cantiknya sayang"puji Eiyad membuat aku tersipu malu.

Aku dan Eiyad menghantar kepulangan keluarganya.Sebelum pulang mama berbisik sesuatu di telingaku.Dia berpesan agar aku menjaga Eiyad.Aku hanya mengangguk.

Aku sudah kepenatan lalu duduk menyandar di birai katil sambil mengurut kaki yang sudah lenguh berdiri terlalu lama.Hana pula hilang entah ke mana.

“Assalamualaikum"sapa Eiyad sambil melangkah masuk ke dalam bilik.Dia membawa uniformnya.

“Waalaikummussalam"balasku berasa agak kekok.

“Kenapa sayang tak tukar baju lagi?Nanti kan ada photoshot outdoor"soal Eiyad sambil membuka butang bajunya.

“Err...saya nak rehat jap"tergagap-gagap aku menjawap sambil menunduk.

Eiyad ketawa sambil memandangku.Dia berjalan mendekatiku.

“Sayang malu dengan abang ke?I'm yours.Nak malu apanya?"Eiyad duduk di birai katil.

“Err..rrr abang pergilah mandi.Nanti lewat pulak"aku cuba berdalih.

Eiyad akur lalu mencapai tuala di dalam almari.Sejurus saja dia keluar bilik,aku segera menutup pintu dan kunci.Aku cepat-cepat menyalin pakaian.Gaun kembang berwarna putih aku sarung ke badanku.Siap saja aku menyalin pakaian,Eiyad mengetuk pintu bilik sambil menyebut namaku beberapa kali.Aku buka pintu sambil tersengih macam kerang busuk.

“Express betul tukar baju,dah siap?"Eiyad memerliku.

Eiyad menyarung baju ke tubuhnya kemudian mendirikan solat zohor.Aku hanya memerhati sahaja.Selesai solat,Eiyad perhatikan aku.Aku mula rasa gelisah.Sesekali menggaru kepala yang tidak gatal.Kurang selesa bila diperhatikan.

Ketika aku berdiri Eiyad merangkul pinggangku dan menarik aku ke dalam pelukannya.Aku terkedu.Namun aku segera menolak dada Eiyad dan berkata bahawa kena bersiap cepat.Eiyad hanya tersenyum dan melepaskan pelukan.Dia memakai uniformnya kerana photoshot outdoor hari ini memerlukan dia memakainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience