Bab 24

Romance Series 32332

Aku memilih Farm Ville Cafe& homestay sebagai tempat fotografi outdoor.Aku memberi sepenuh kepercayaan kepada abang Ashraff sebagai photographer majlis aku dan Eiyad.Dia menetapkan tema fantasi kerana sesuai dengan baju yang aku pakai dan suasana tempat.

Hana dan kawan-kawannya menjadi bridesmaid pada petang itu.Agak mudah bekerjasama dengan abang Ashraff kerana dia sudah profesional dan setiap idea yang diberi sangat bernas.Dia menggunakan buih sabun dan kapal terbang kertas sebagai props.

Hari sudah lewat petang.Abang Ashraff menghentikan photoshot pada petang itu dan mengemas barang-barangnya.Hana pula sudah pulang bersama kawan-kawannya.Eiyad membuka jaket lalu mengipas mukanya dengan topi.Mukanya kemerahan kerana cuaca agak panas.

“Okay abang Ash,kami balik dulu ya"pintaku sambil menjinjit high heel yang aku pakai.Kakiku sudah rasa sengal-sengal.Mujur Eiyad ada simpan sandalku di dalam keretanya.Kalau tidak mahu melecet kaki aku.

“Okay,terima kasih sebab upah abang sebagai photographer Vie.Apa-apa pun,selamat pengantin baru.Segak suami hang na."

Aku hanya tersenyum sambil mata memandang Eiyad.

“Apa-apa abang update.Album ni dalam masa sebulan,dua siaplah"balas abang Ashraff.

“Okay,kami balik dulu ya"pintaku.Eiyad berjabat tangan dengan abang Ashraff.

Hatiku merasa berdebar-debar setelah masuk ke dalam kereta.Aku menggosok dada beberapa kali.

“Kenapa ni sayang?Sakit ke?"soal Eiyad sambil memerhati.

“Entahlah abang,hati ni sejak dua tiga hari berdebar.Macam ada sesuatu yang tak kena"jawapku.

“Mainan perasaan kot."

“Mungkinlah"aku mengiyakan untuk menyedapkan hatiku.

Eiyad mula memandu.Dia hanya diam membisu.

Dumm!Eiyad segera menekan brek dengan kuat sehingga bunyi berdecit tayar kereta.Ada kereta yang melanggar kami dari belakang.Eiyad keluar dari kereta untuk melihat keadaan.Agak lama Eiyad di luar.Aku memandang ke belakang.Tiada orang.Mana Eiyad?

Aku memberanikan diri keluar dari kereta dan pergi ke belakang,aku segera menerpa ke arah Eiyad yang terbaring di atas tanah dengan kepala berlumuran darah.Kebetulan aku sedang memegang handphone,aku segera mendail nombor Hana untuk meminta bantuan.Saat talian bersambung,mukaku diserkup dengan kain hitam dan tubuhku ditarik kemudian dimasukkan ke dalam kereta dengan kasar.

“Kau siapa?Apa kau nak?"soalku separuh menjerit.Pandanganku gelap.Aku tidak tahu ke mana mereka membawaku.

“Lebih baik kau diam jika kau tak nak peluru ni tembus kepala kau"suara perempuan kedengaran sambil mengacu sesuatu di kepalaku.Mungkin pistol.

“Lepaskan aku"pintaku sambil meronta minta dilepaskan.Agak sakit pergelangan tanganku di ikat dengan tali.

“Aku cakap diam!"Leherku di hentak dengan sesuatu membuat aku benar-benar lemah.Mataku kelam dan tidak tahu apa terjadi selepas itu.

Aku mencelikkan mata.Pandangan sedikit kabur.Aku memandang sekeliling.Keadaan perabut tunggang langgang dan kotor.Kemudian aku terpandang susuk tubuh Eiyad menyandar di kerusi dengan tangan berikat di belakang.Eiyad masih tidak sedarkan diri.Bajunya penuh dengan tompokan darah.

“Abang..abang"aku memanggil Eiyad beberapa kali sambil menguatkan kakiku yang berikat melompat sedikit menghampiri Eiyad.

“Abang"aku menyiku lengan Eiyad.Tanganku terasa sakit kerana ikatan amat kemas.

Eiyad mencelikkan matanya lalu mengaduh sakit.Dia memandangku minta kepastian.

“Kita diculik"kataku.

Pintu ditolak kuat dari luar.Serentak aku dan Eiyad berpaling ke arah pintu.

“Dah sedar pengantin baru.Amacam?cantik tak tempat honeymoon korang?"soal seorang gadis sambil ketawa jahat.

Dua orang yang mengikutinya turut tergelak sambil berdiri di samping aku dan Eiyad.Eiyad cuba melepaskan dirinya.

“Kau nak apa hah?"

Gadis itu tergelak sambil merapati tubuh Eiyad.Dia mengacu pisau ke muka Eiyad lalu turun ke dada.Aku tidak dapat mengecam kerana ketiga-tiga mereka memakai topeng.

“Aku nak apa?Kau tanya aku nak apa?Aku nak kau lah sayang.Tapi kenapa kau pilih perempuan ni?Kau tak adil Eiyad.Kau memang tak adil"gadis itu teresak menangis kemudian ketawa.Seperti orang tidak siuman.

Aku hanya diam membisu memerhati saja tingkah gadis itu.Nak membantu memang tidak boleh.Tangan dan kakiku terikat kemas.

“Kau siapa?"soal Eiyad lagi.

“Aku orang yang selama ini mencintai kau Eiyad.Aku yang selama ini menunggu kau tapi akhirnya kau pilih perempuan ini.Kau memang bodoh!"gadis itu menampar pipi Eiyad sekuat hati membuat Eiyad menyeringai sakit.

Mustahil Tisha yang melakukan hal ini kerana aku cam suara Tisha dan aku masih ingat tubuhnya yang tinggi lampai.Berlainan dengan gadis didepanku ini,bertubuh rendah dan kulitnya putih bersih.Cara percakapan pun agak pelat.Eiyad ada musuh lain ke selain Tisha?

“Aku nak kau awasi dua orang ni jangan sampai terlepas.Kalau terlepas,korang berdua tanggung akibatnya.Faham?"

“Baik madam"mereka bertiga keluar dari bilik dan mengunci dari luar.

Aku sudah hilang kekuatan.Aku menangis semahunya kerana tidak pernah menghadapi situasi ini.Lebih-lebih lagi melihat keadaan Eiyad lemah.Kalau diberi kuasa,aku mahu membantu Eiyad.

“Maafkan abang,sayang.Abang punca semua ini.Abang dah libatkan sayang dalam masalah ini"kata Eiyad suara sedikit sebak.

“Tak apa abang.Anggap saja ini takdir kita.Kita kena redha."

“Abang tak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini.Abang takut mereka cederakan sayang.Abang tak sanggup lihat sayang sakit.Abang tak daya nak bantu sayang"aku melihat air mata lelaki Eiyad mengalir laju menuruni pipi.

“Ya Allah selamatkanlah hambamu ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah.Aku ingin sujud padamu ya Allah selagi nyawa masih di jasadku.Berilah aku peluang untuk menikmati hidup bersama insan yang aku sayang dan berilah aku kesempatan untuk terus menunaikan kewajipanku pada-Mu"Eiyad berdoa.Air matanya merembes membasahi pipi membuat air mataku turut mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience