Bab 6

Romance Series 32332

I like your eyes
You look away
When you pretend not to care
I like the dimples on the corners
Of the smile that you wear

Eiyad menyanyi riang mengikut bait-bait lirik lagu yang berkumandang di corong radio.Matanya tertumpu di hadapan.Kereta bergerak agak perlahan kerana sekarang waktu makan tengah hari.Masing-masing keluar untuk mengisi perut.Aku melemparkan pandangan kosong ke luar tingkap.

Eiyad memarkir kereta berdekatan Restoran Asam Pedas Kampung Baru.Restoran yang agak top di Kuala Lumpur.

“Let's go"Eiyad mengajak aku dan keluar dari perut kereta.

Aku dan Eiyad berjalan beriringan masuk ke dalam restoran.Kebanyakan meja sudah penuh.Mata Eiyad melilau mencari tempat kosong.Akhirnya dia tarik aku berjalan ke arah satu meja kosong.

“Awak duduk dekat sini,saya tolong ambilkan makanan"kata Eiyad dan terus pergi ke depan.

Aku duduk diatas kerusi dan membelek skrin handphone.Aku membuka pesanan whatapps dari Hana.Hana memberitahu bahawa dia balik ke kampung untuk beberapa hari.

Eiyad meletak makanan di atas meja.Banyak juga lauk pauk yang dia ambil.Asam pedas claypot kepala ikan merah menarik perhatianku.Kecur liur dibuatnya.Macam tahu aje aku suka makan asam pedas.

“Silakan makan"

“thanks"aku mula menyenduk lauk ke dalam pinggan dan mula menjamah makanan .

“Awak memang tak banyak cakap ke?"soal Eiyad

“Excuse me.Apa awak cakap tadi?"ajuku setelah mendengar Eiyad cakap sesuatu.Khusyuk sangat menikmati makanan.

“Saya tanya,awak memang tak banyak cakap ke?"

“Ooo..saya memang kurang bercakap dengan orang yang baru saya kenal"jawapku bersahaja.

"Can i ask you something?"tanyaku.

“Silakan"jawap Eiyad sambil tersenyum mempamerkan giginya yang putih bersih tersusun rapi.

Ah!sudah janganlah aku terpikat dengan dia.Bisik hatiku.

“Kenapa awak nak jumpa saya?Ajak saya lunch dan awak suka desak saya?"tanyaku bertalu-talu.

Eiyad ketawa kecil sambil menggeleng kepala sedikit.

“Sebab awak cute"

“Psiko"bisik hatiku.

Kami diam seribu bahasa.Setelah usai makan Eiyad menghantar aku ke pejabat.

“Thanks Encik Eiyad"ucapku.

“you're welcome.By the way,esok saya flight ke Sydney untuk beberapa hari.Awak jaga diri ya,jangan berhenti rindu saya"kata Eiyad sambil tersenyum.

Aku menjulingkan mata ke atas.Sah mamat ni psiko.

“Perasan"balasku dan terus keluar dari perut kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience