Bab 35

Romance Series 32332

Aku menatang dulang makanan naik ke tingkat atas.Sejak Eiyad dibenarkan keluar hospital setelah hampir tiga bulan menginap di dalam wad,ada perubahan pada diri Eiyad.Dia dapat berjalan menggunakan bantuan tongkat.Tidak seperti sebelum ini,dia hanya duduk di atas kerusi roda.

Cuma satu tidak berubah,perasaan marah dan panas barannya.Dia masih tidak boleh terima hakikat dengan apa yang terjadi.Pantang berbuat silap memang akan dimaki hamun.Aku cuba memujuk Eiyad tapi tidak dipedulikan.

Aku mengetuk pintu sebelum memulas tombol dan masuk ke dalam bilik.Gelap gelita.Aku meletak dulang makanan di atas meja lalu menyelak langsir.Pancaran matahari tepat ke muka Eiyad yang masih lena.Aku lihat Eiyad mengerutkan mukanya.Terasa tidurnya terganggu,Eiyad mencelikkan matanya.

“Siapa suruh kau selak langsir?"soal Eiyad tidak puas hati.

“Dah tengah hari ni abang.Abang kena bersihkan diri dan makan lepastu makan ubat"jawapku sambil mengemas apa yang patut.

“Kau siapa nak beri arahan pada aku?"mata Eiyad merenung tajam tepat pada mukaku.

Aku menelan liur.Aku takut Eiyad bertindak luar kawalan.

“Saya isteri abang.Bakal ibu kepada anak-anak abang.Sampai bila abang nak menghukum saya?"soalku kembali.

Eiyad merengus kasar.Rambutnya yang sedikit kusut diselak ke belakang dengan kasar.Sejak sakit,Eiyad memang tidak terurus.Bukan tiada siapa yang jaga,tapi diri dia sendiri melarang aku.Sampaikan papa,mama dan nenek tidak dapat berkata apa-apa.

“Pasal kau aku jadi cacat.Disebabkan kau,aku hilang kerja.Aku benci tengok muka kau.Lepas ni kau berambus.Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi."

“Sampai hati abang cakap begitu pada saya.Ini semua takdir.Abang cakap begitu seolah abang tak ada agama.Tolonglah abang maafkan saya.Abang tak kesiankah pada saya dan bakal anak-anak kita"aku mula rasa sebak.Daripada awal lagi Eiyad tidak henti-henti menyalahkan aku.

“Tak payah nak buat muka simpati.Ingat simpati tu dapat pulihkan kaki aku yang cacat ni?Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang.Dah tak ada masa depan.Makin lama aku tengok muka kau makin aku benci.Kenapa kau tak faham bahasa sangat?"

“Kalau abang benci pada saya,tak apalah saya terima.Tapi jangan benci anak-anak kita.Dah tak lama due nak sampai.Saya mohon pada abang jangan buang saya dan anak-anak dari hidup abang"aku merayu pada Eiyad sambil memegang kaki Eiyad.

“Kalau kau aku dah benci,anak-anak kau lagi aku benci.Kau berambus dari rumah ni"Eiyad masih dengan egonya.

“Tak apalah kalau itu kehendak abang.Saya akan pergi.Pergi jauh dari hidup abang.Saya harap abang bahagia selepas ini.Itu yang abang nak kan?Untuk terakhir kali,izinkan saya kucup tangan abang"aku mengambil tangan Eiyad lalu menyalam.Lama aku mengucup tangan Eiyad sehingga air mata aku menitik ke atas tangan Eiyad.

Aku menatap wajah Eiyad yang nampak cengkung sepuasnya.Jika sebelum ini aku hanya berdiam diri setiap kali Eiyad menghalau aku,tapi kali ini aku tekad.Aku mengalah dengan Eiyad.Biarlah aku pergi.

“Abang jaga diri baik-baik.Izinkan saya ambil baju abang.Untuk pengubat rindu saya pada abang."

Aku melangkah ke almari pakaian.Aku mengambil sehelai baju Eiyad.Aku memandang Eiyad kali terakhir.Eiyad sedikit pun tidak memandangku.

“Assalamualaikum"ucapku lalu keluar dari bilik.

Aku menutup pintu bilik.Aku menekup mulut dan menangis lagi.Aku segera masuk ke dalam bilik.Aku mengeluarkan bagasi dari dalam almari dan mengemas pakaianku.

“Vie betul-betul ke nak pergi?"soal mama sambil memegang tanganku setelah aku memaklumkan pada mama bahawa aku akan meninggalkan Eiyad.

“Betul mama.Ini permintaan abang Eiyad.Vie mengalah.Berbulan-bulan Vie cuba memujuk,tapi abang Eiyad masih begitu.Mungkin setelah ketiadaan Vie,abang Eiyad akan bahagia dan bersemangat untuk mengikuti sesi fisioterapi"jawapku sambil meletak kepala di riba mama.

“Emosi Eiyad masih belum stabil.Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.Vie bersabarlah.Vie dah sarat sangat ni.Mama risau kalau apa-apa berlaku pada Vie.Tunggu hari je kan?Vie nak pergi mana?"

Mama mengusap lembut kepalaku,nenek yang baru duduk dekat kami hanya memerhati.Riak muka nenek nampak mencuka.

“Vie ingat nak balik rumah ibu."

“Tak apalah Vie,kalau Vie rasa ini yang terbaik.Tapi nenek mohon Vie jangan putuskan silaturahim keluarga kita.Vie kena inform pada kami keadaan Vie setiap hari"pinta nenek.

“Baiklah nenek,mama.Vie janji Vie tak akan putuskan silaturahim keluarga kita"balasku sambil mengukir senyuman pahit.

Pin!pin!Sebuah teksi membunyikan hon di hadapan rumah.Aku segera menyalam tangan mama dan nenek.

“Vie janji Vie akan pergi sekejap saja."

“Jaga diri sayang.Mama doakan Vie sentiasa tabah dan dapat menerima Eiyad kembali"mama dan nenek menghantar aku sehingga ke pintu pagar.

Driver teksi mengambil bagasiku dan memasukkan ke dalam bonet kereta.Untuk terakhir kali aku memandang bilik yang didiami Eiyad.Aku nampak Eiyad berdiri di hadapan pintu sliding door sambil memerhati ke arah kami.Eiyad berlalu pergi setelah perasan bahawa aku memandang ke arahnya.Selamat tinggal abang.Bisikku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience