Bab 16

Romance Series 32332

Petang itu kami bersiar-siar mengelilingi kampung.Sawah padi terbentang luas di hadapanku amat menenangkan.Sesekali Eiyad mengambil gambar kami bertiga.

“Aku suka kampung kau ni."Kata Eiyad sambil berjalan di sebelahku meniti batas.

“Tenang kan.Tak payah nak pergi sampai utara semata-mata nak tengok sawah padi."Balasku sambil menikmati permandangan indah.

“Kalau ikutkan hati aku nak stay sini lebih lama.tapi apakan daya esok aku flight ke Amsterdam."

“Seronok kan dapat pergi merata-rata.Untung jadi pilot ni.Gaji pun lumayan."Kataku sambil memerhati Hana berlari-lari anak mahu naikkan layang-layang.Dengan budak-budak pun dia boleh berkawan.

“Itu semua tak penting.Yang penting adalah keselamatan penumpang.Jika terjadi sesuatu,peluang untuk selamat tu tipis."Balas Eiyad.

Memang kerja pilot ni risiko tinggi.Silap satu langkah boleh melayang nyawa.Sebelum jadi pilot pun,kena berhabis ratusan ribu ringgit untuk belajar.Jadual belajar juga sangat padat,bukan seperti belajar di universiti biasa.Lepas itu kena pandai cari peluang untuk menjadi pilot,jika tidak sia-sia berhabis duit.Dah jadi pilot,kena berkorban masa pula,orang lain dah nyenyak tidur mereka pula terpaksa berjaga.Sewaktu cuti perayaan,tidak hairanlah mereka terpaksa bekerja.Kalau rasa tak sanggup jangan jadi pilot.

“Jom,saya nak bawa awak pergi satu tempat."Ajakku lalu berjalan menuju ke arah kereta.

Eiyad hanya mengikuti langkahku tanpa banyak soal.Aku melambai tangan ke arah Hana.Dia cuma memberi isyarat tidak mahu ikut kami.Aku akur dan masuk ke dalam kereta.

Aku memarkir kereta Eiyad di hadapan Farm Ville Homestay Sekinchan.Aku lihat Eiyad terpegun lihat suasana di kawasan Farm Ville.Kabin diubahsuai menjadi homestay.Sangat cantik.Aku ke kaunter dan membuat bayaran untuk menyewa basikal twin.Harga sewa sedikit berbeza antara orang luar dan guest yang menginap di homestay.

“Aku tak tahu pula ada tempat secantik ini."

Aku hanya mengangguk sambil menolak basikal.

“Awak nak duduk depan atau belakang?"Soalku.

“Aku depan kau duduk belakang."Jawap Eiyad sambil menaiki basikal.Aku turut menaiki basikal.

“satu...dua..tiga."Eiyad mengira sampai tiga dan kami serentak mengayuh basikal.

Kami pusing-pusing kawasan bendang.Eiyad bernyanyi riang.Mujur suara tak macam katak puru panggil hujan.Aku lihat kanak-kanak riang melompat di atas trampolin.

Hari ini merupakan hari terakhir kami di kampung,esok subuh-subuh lagi kami kena bertolak ke Kuala Lumpur.Hati aku mula rasa sayu,dapatkah aku dan Eiyad meluang masa begini lagi.Aku sedar antara aku dan Eiyad tiada apa-apa hubungan.

“Vie,kau rasa lepas ni kita dapat peluang macam ni lagi tak?"Soal Eiyad.

“Peluang macam mana maksud awak?"

“Peluang macam sekarang.Spend time sama-sama macam ni."

“Insyaallah."Jawapku ringkas.

“Sepanjang perkenalan kita ni,kau ada simpan perasaan pada aku tak?"Soal Eiyad.

“Tak ada."Jawapku ringkas cuba menafikan.Hakikatnya aku memang ada perasaan pada Eiyad.Perasaan sayang dan cinta mungkin.

“Aku dah agak.Mesti kau dah ada someone special?"

“Tak ada siapa yang mahukan saya Eiyad.Orang macam saya ni,siapa yang mahu."Balasku.

“Mamat yang dalam lif haritu?"

Aku segera berhenti mengayuh basikal membuat Eiyad kelam kabut menarik brek basikal dan meletak sebelah kakinya ke tanah.Menahan basikal dari jatuh.

“Saya dah cuba explain tapi awak tak pernah nak dengar.Dia tu client saya.Psiko agaknya dan hampir buat perkara tak senonoh pada saya.Apa yang awak lihat tu cuma salah faham.Dia cuba ambil kesempatan pada saya."Aku cuba menerangkan.Eiyad hanya diam mendengarnya.

“Baiklah,aku cuba untuk percaya."Balas Eiyad.

Eiyad mahu mengayuh basikal.Kebetulan aku memandang ke bawah.Aku tepandang ada sesuatu pada betis Eiyad.Dia pula memakai short pants warna khakis.Memang nampak jelas la benda itu.

“Eiyad,ada sesuatu dekat betis awak."Kataku.

“What?"Eiyad memandang betisnya lalu matanya yang sepet terbuka luas.Kaget mungkin?.

“Apa tu?"Soal Eiyad sambil menarik benda yang melekat di betisnya.Amat kuat cengkaman.

Aku ketawa kecil lalu turun dari basikal.

“Cakap orang kampung,takkan pacat pun tak kenal."Jawapku.Eiyad melompat dari basikal sambil menayangkan wajah geli geleman.

“Aku pernah dengar namanya tapi tak pernah tengok.Kau tolong cabutkan."Pinta Eiyad membuat wajah simpati.

“Takkan takut kot?Kecik aje pun."Kataku sengaja membiarkan Eiyad.

“Please.Nanti aku mati macam mana?"Rayu Eiyad.

“Tak akan matilah.Setakat hisap darah sikit.Lagipun bagus pacat ni,hisap darah kotor yang ada dalam badan."Balasku sambil mengeluarkan tisu lalu mencabut pacat yang melekat di betis Eiyad.Darah mula mengalir.

“Thanks Vie."Ucap Eiyad setelah merasa lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience