Bab 22

Romance Series 32332

Semakin hampir waktu pernikahan aku,aku semakin berdebar-debar.Pelbagai dugaan aku dan Eiyad telah lalui.Aku berdiri di jendela bilik sambil memerhati keadaan di luar rumah.Ramai sanak saudara dan jiran bertungkus lumus bekerjasama membuat kerja.Aku lihat atok dan sekumpulan budak muda sedang menyusun kerusi dan meja di khemah.

Aku mengenakan busana dari butik Hans Bridal.Butik yang agak terkenal di kampungku.Untuk akad nikah hari ini aku memakai dress labuh warna putih.Di bahagian dada sampai pinggang penuh labuci dan batu swarovski.

“Cantiknya kau!"jerit Hana di muka pintu.

“Bila kau balik?"soalku lalu memeluk Hana.

“Tengah hari tadi sampai.Lepastu aku tumpang seseorang balik ke sini.Kebetulan dia pun di jemput ke kenduri kau"jawap Hana.

“Seseorang?Lelaki atau perempuan?"

Hana ketawa kecil lalu mengenyitkan sebelah matanya.

“Belum masanya kau tahu.Nanti aku kenalkan bila masa dah sesuai"

“Vie,mari duduk.Akak nak touch up sikit lagi muka tu"pinta Sally aka abang Salleh.

Aku segera duduk di atas kerusi.

“Cantiknya kau.Berseri-seri muka.Akhirnya kau bakal disatukan dengan Eiyad"puji Hana sambil membetulkan veil di atas kepalaku.

“Vie,dah siap ke?Rombongan sebelah lelaki dah sampai"kata ibu sambil melangkah masuk ke bilikku.

Aku mula mengelabah.Mukaku merasa panas.Dada pula berdegup kencang tatkala ibu memaklumkan bahawa rombongan sudah sampai.

“Akhirnya anak ibu kahwin juga.Cantik anak ibu hari ini"ibu mencium pipiku kiri dan kanan.

“Vie takutlah ibu,"kataku mempamerkan riak risau.

“Bertenang sayang,oh ya ni atuk siapkan air.Atok suruh kamu membaca al-fatihah dan selawat.Insyaallah kamu akan rasa tenang"kata ibu sambil menghulur segelas air.Aku turuti apa yang ibu suruh lalu minum.

“Ibu keluar dulu.Hana nanti temankan Vie keluar ya"pinta ibu.Hana mengangguk setuju.

“Pengantin perempuan dah boleh keluar"kata makcik Hanisah.Mama Hana.

Aku dan Hana memandang antara satu sama lain.Aku segera menggenggam tangan Hana.Hana menepuk bahuku beberapa kali cuba untuk menenangkanku.Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus perlahan.

Aku berdiri lalu membetulkan bajuku.Kak Sally menghulur bunga tangan kepadaku.

“Jom"ajak Hana sambil memegang veil yang meleret di lantai.

Aku melangkah keluar dari bilik.Banyak mata memandang ke arahku.Aku rasa mahu masuk semula ke dalam bilik.Malu.Aku hanya menunduk kepala lalu duduk di atas alas nikah.

Tok kadi menghulur borang persetujuan nikah untuk aku tandatangan.Tanganku menggeletar tatkala memegang sebatang pen.Selepas tanda tangan,aku segera menghulur borang tersebut pada tok kadi.

Sebelum memulakan acara akad nikah,tok kadi beri sedikit kata-kata pada Eiyad.Aku lihat Eiyad hanya mengangguk.Sesekali dia tersenyum apabila tok kadi cuba berseloroh.

“Encik Eiyad Zayyan dah sedia?"aju tok kadi.Eiyad hanya mengangguk.

Tok kadi memegang tangan Eiyad seperti salam.

“Eiyad Zayyan bin Eizlan aku nikahkan akan dikau akan Nur Vienna Sofia binti Amarullah berwakil wali datuknya kepadaku dengan mas kahwin sebanyak rm300 tunai"

Saat tok kadi menggoncang tangan Eiyad,Eiyad segera membalas.

“Aku terima nikahnya Nur Vienna Sofia dengan mas kahwin sebanyak rm300 tunai"sekali lafaz saja aku sah menjadi milik Eiyad.

Tok kadi minta saksi mengesahkan sama ada sah atau tidak?Saksi mengangguk sambil kata sah.

“Yahooo!"Eiyad melompat girang membuat orang sekeliling ketawa melihat gelagat Eiyad.

“Ya Allah Eiyad,duduk.Jangan malukan mama dan papa"mama menarik samping Eiyad membuat Eiyad terduduk.

“Nampak sangat tak sabar tu"ada suara mengusik Eiyad buat aku tertunduk malu.

Air mata aku mengalir laju saat Eiyad membaca lafaz taklik.Aku berdoa dalam hati agar rumah tangga yang baru dibina kekal selamanya.Sebelum acara batal air sembahyang dimulakan sebelah tangan Eiyad memegang ubun-ubunku manakala sebelah lagi ditadah untuk berdoa.Eiyad membaca doa agak lancar meskipun suaranya perlahan.Kemudian dia mengambil seutas gelang tangan di atas dulang hantaran.Dia memakaikan ke pergelangan tanganku.Aku turut menyarung cincin platinum lelaki bertatahkan batu zamrud putih ke jari manis Eiyad.Cincin yang aku beli sewaktu nak lamar Eiyad dahulu.

Aku segera menyalam tangan Eiyad agak lama kerana permintaan orang ramai untuk mengambil gambar.Kemudian Eiyad memegang daguku lalu mencium dahiku.

“Alaa,lagi sekali.Tak sempat nak ambil gambar"pinta Eiyana.Lagi sekali Eiyad mencium dahiku.

“Terima kasih sayang sebab sudi terima saya sebagai suami awak"Eiyad berbisik ke telingaku.Sekali lagi air mataku mengalir.Aku jadi sensitif hari ini kerana segala tanggungjawap ibu sudah dipikul oleh Eiyad.

Kami menikmati juadah di khemah setelah selesai sesi bergambar.Agak ramai yang mengucap tahniah padaku dan Eiyad.

“Eiyad,aku balik homestay dululah.Kau balik dengan papa kau ke?"soal Zafran sambil memegang bahu Eiyad.

“Aku tumpang kau lagilah"jawap Eiyad segera menghabiskan makanan dalam pinggan.

“Sayang,abang balik homestay dulu ya.Malam nanti jumpa ya"Eiyad membahasakan dirinya abang membuat air yang aku teguk tersembur lalu terbatuk.

“Cuba minum tu perlahan-lahan.Kan tersedak"Eiyad menepuk belakangku beberapa kali.

Aku menjulingkan mata ke atas.Abang?agak janggal nak sebut.Aku segera menyalam tangan Eiyad.

“Hati-hati drive"pesanku pada Zafran.

“Baik Puan.Saya akan jaga suami puan dengan perfect"balas Zafran cuba berseloroh membuat aku ketawa.

Majlis malam berinai pada malam itu agak sederhana tapi meriah.Sanak saudara yang jauh dan dekat sudah sampai berkumpul di rumahku.Ada juga sebahagian yang sudah sampai dua atau tiga hari.Aku memakai baju kurung kedah berwarna putih.Eiyad turut serta malam itu.Dia memakai baju melayu putih.Samping pula di selempang dekat bahu.

Aku dan Eiyad duduk bersebelahan di hadapan pelamin.Kak Sally mengukir inai di atas tangan dan tapak tanganku.Sungguh halus dan cantik hasil tangan Kak Sally.Tak sia-sia ibu mengupah Kak Sally.

“Aik!Mana aci,enam jari aje pakaikan inai kat saya?"Eiyad membuat muka tidak puas hati.Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Mana ada aci.Aci dekat india la.Kamu ni lelaki ke perempuan?"

“Saya lelaki la"

“Dah tu kenapa sibuk nak macam Vie juga.Kamu nak ke orang judge kamu ni mak nyah?Tak pernah ada sejarah lelaki berinai sampai sepuluh jari"bebel kak Sally.

“Oh..Saya silap la ni?Sorry kak Sally"Eiyad cuba bergurau.Dia melenggokkan badan dan bersuara lembut seperti mak nyah.

“Amboi kau.Lawan tauke nampak"balas kak Sally membuat orang sekeliling ketawa.Boleh pula melayan kepala tak betul Eiyad.

“Saya pun nak juga"pinta Hana sambil menghulur tangannya kepada kak Sally.

“Everything for you my dear"kak Sally mengenyit mata pada Hana membuat Hana tersenyum kelat.Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience