Bab 39

Romance Series 32332

“Sayang cepat sikit bersiap tu.Rombongan pengantin lelaki dah nak sampai.Nanti tak sempat nak jadi pengapit"kata Eiyad sambil mendukung Eijaz dan Eshal.

“Ya abang,sekejap.Sikit aje lagi"balasku sambil mengenakan lipstick dan sedikit blusher.

“Vie memang macam tu.Bersiap mengalahkan pengantin.Mari ibu jaga Eijaz dengan Eshal.Kamu pergilah dulu.Ibu rasa pengantin lelaki dah sampai"balas ibu.

Aku segera keluar dari bilik setelah berpuas hati dengan penampilanku.Aku lihat Eiyad tidak berkalih dari memandangku.Aku memetik jari di hadapan muka Eiyad membuat Eiyad tersedar.

“Jom"ajakku.Eiyad hanya mengikut sambil merangkul kemas pinggangku.Sampai saja dihalaman rumah Hana,kami berpisah.Aku masuk ke dalam rumah,Eiyad pula menyertai rombongan pengantin lelaki.

“Cantiknya kau"pujiku sambil memandang Hana yang nampak cantik mengenakan kebaya songket.

Kak Sally sempat lagi menambah make up di muka Hana.Akhirnya ada juga jodoh Hana dan Zahran.Bertahun-tahun menyulam kasih.Ada betulnya juga kata orang tua-tua.Dari menjadi pengapit,boleh menjadi pasangan jika ada jodoh.Zahran pun tidak kurang kacaknya.Hana juga apa kurangnya.Cantik,cerdik dan bertanggungjawap.Tidak lama lagi bergelar doktor Hana.

Kompang mula dipalu.Aku dan Hana berjalan perlahan.Aku menutup muka Hana dengan kipas.Aku menjegil mata pada Eiyad setelah ternampak Eiyad mengenyit sebelah mata padaku.Setelah kami merapat dengan rombongan pengantin lelaki,Eiyad menghulur tangan supaya aku bersalam dengannya.Aku segera menepis tangan Eiyad.Sempat lagi bergurau.

“Mana satu pengantinnya ni?Eiyad ke Zahran?"soal mama Hana sambil menggaru kepala.Eiyad ketawa mendengarnya.

“Maaf mak cik,saja nak mengusik Vie"jawap Eiyad.

Kami berarak masuk ke dalam rumah setelah selesai upacara bersilat.Aku mengipas Hana yang sudah berpeluh.Abang Ashraff tekun mencari angel sepanjang sesi photografi.

Aku duduk bersandar di atas kerusi bawah khemah.Eiyad pergi ke tempat makanan.Aku merasa badanku amat lesu.Mungkin faktor cuaca yang agak panas hari ini.

Eiyad meletak makanan di hadapanku.Dia duduk di sebelahku sambil mengurut sedikit bahuku.Mukanya nampak risau setelah aku mengadu tidak sedap badan.

“Makanlah sayang.Perut masuk angin lah tu"kata Eiyad.

Aku mula menyuap nasi berlaukkan ayam masak merah ke mulutku.Aku tiba-tiba rasa mual.Aku menekup mulutku lalu berlari masuk ke dalam rumah.Aku menolak pintu bilik air sekuat hati dan memuntahkan semua yang ada di dalam perut.Setelah itu aku merasa sedikit lega.Aku masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil.Mujurlah aku berjiran dengan Hana.Tidaklah jauh sangat aku nak balik ke rumah.

“Sayang okay tak ni?Mari abang bawa ke klinik"ajak Eiyad sambil duduk di birai katil.

“Sikit aje ni abang.Cuaca panas sangat"aku menyalahkan cuaca pula.

“Nah"Eiyad menghulur sesuatu yang ada dalam plastik hitam.Aku segera ambil lalu mengeluarkannya.

“Untuk apa pregnancy test ni?"soalku pelik.

“Manalah tau Eijaz dan Eshal nak dapat adik"jawap Eiyad sambil tersenyum penuh makna.Aku mencubit lengan Eiyad sekuat hati.

“Sakitlah"Eiyad menggosok lengannya.

“Sorry"ucapku lalu meletak kepala di dada Eiyad.Aku merasa bahagia sekarang.

Malam itu aku cuba menggunakan pregnancy test yang diberi oleh Eiyad.Lama aku duduk di dalam bilik air.Eiyad sudah bising di luar kerana dia mahu mandi.Aku mengambil alat itu lalu meneleknya.Ada dua garisan samar-samar.Aku tersenyum sambil mengucap syukur.Aku keluar dari bilik air lalu memeluk Eiyad.

Eiyad yang pada mulanya tidak mengerti dengan tindakan aku,lalu tersenyum setelah aku menyerahkan alat pregnancy test padanya.Dia memelukku erat.

“Syukur sayang"ucap Eiyad.

“Apa yang drama sangat ni?"soal ibu terpinga-pinga melihatku dengan Eiyad.

“Tak lama,cucu ibu bertambah"jawap Eiyad membuat ibu tersenyum.

“Elok sangatlah tu.Kembar tu pun da semakin membesar.Tahun depan dah nak sekolah"balas ibu.

Aku segera mendapatkan Eijaz dan Eshal lalu memeluknya.Baru nak masuk lima tahun tapi bercakap seperti orang besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience